Salam Maal Hijrah



Salam Maal Hijrah .Wah sudah 1430 Hijriah.Mari merenung Hadis di bawah.

Dari Amir al-Mukminin Abu Hafs Umar Ibn Khattab radiyallahu anh ,katanya :Aku dengar Rasulullah sallallahu 'alayhi wassalam bersabda : Hanya segala amal dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seorang apa yang ia niatkan.Maka barangsiapa hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya.Dan barangsiapa hijrahnya bagi dunia yang ia akan memperolehinya atau perempuan yang ia ingin mengahwininnya ,maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya itu.

Diriwayatkan Hadis ini oleh dua orang Imam hadis iaitu Abu 'Abdullah Muhammad Ibn Isma'il Ibn Ibrahim Ibn Al-Mughirah Ibn Bardizbah' al-Bukhari dan Abu al-Hussain Muslim al-Qusyairi al-Naisaburi dalam kitab sahih keduanya ,iaitu kitab yang amat sahih di antara segala kitab yang pernah disusunkan.


Niat adalah teras segala amalan.Amalan yang baik mesti disertakan dengan niat yang baik.Amalan yang buruk atau amalan yang baik tetapi tidak mengikuti aturan syara' tidak membawa erti apa-apa walaupun dilaksanakan dengan niat yang baik.Begitu juga dengan amalan baik jika diniatkan bukan kerana Allah ,seumpama kerana riya' ,menunjuk-nunjuk atau kerana suatu tujuan duniawi ,maka ia tidak memberi apa-apa faedah.

Hijrah adalah suatu peristiwa besar dalam Islam iaitu umat Islam diperintahkan berhijrah.Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya ,dia akan dikurniakan pahala besar ,sebaliknya jika kerana dunia atau perempuan ,maka dia hanya mendapat apa yang diniatkannya.

Walaupun hijrah sudah tiada lagi ,namun hijrah dengan makna meninggalkan maksiat kepada melakukan taat ,ia juga dianggap hijrah yang akan dikurniakan pahala.

Pada zaman Rasulullah s.a.w. ada orang yang berhijrah ke Madinah tetapi hijrahnya bukanlah kerana maksud menunaikan tuntutan agama.Malah sebaliknya ,untuk menyampaikan hajatnya.Ibn Mas'ud menerangkan bahawa di antara para sahabat ada seorang lelaki yang ingin berkahwin dengan seorang perempuan yang bergelar Ummi Qais.Namun ,Ummi Qais sendiri tidak suka menjadi isterinya kalau dia tidak mahu berhijrah ke Madinah.Oleh sebab itu ,berhijrahlah lelaki itu.Kemudian berkahwinlah mereka.Kata Ibn Mas'ud :

Kami menamakan orang itu dengan 'muhajir Ummi Qais' ,iaitu seorang yang berhijrah kerana Ummi Qais dan bukan kerana Allah dan RasulNYa.


Inilah gambaran hijrah yang dikatakan berhijrah kerana perempuan.

Wallahua'lam.

Maktab

wahai putra putri bangsaku..
ayuh segera menuju..
mengikut gerak langkah maju..
bersatu mencari ilmu..
di zaman sains dan teknologi..
negara perlukan jasamu..
janganlh rasa malas lg..
bersama memegang teraju..
di maktab rendah sains m.a.r.a...
tuntut ilmu..jgn jemu..
ikrar taat setia pd guru..
berdisiplin slalu..
hari ini hari mulanya..
hari esok berjaya..
tetapkn segala yg ada..
ke kuliah kte segera..
Type your summary here

Type rest of the post here

Kami putus cinta


Alunan zikir tidak lagi kedengaran
Bacaan surah al-fatihah lama kami tinggalkan
Apa lagi amar ma'ruf dan nahi munkar

Kami putus cinta
Cinta akan Rahmat-Mu Ya Allah
Ampunkan kami
Boleh kami dibantu?

Nur Syahidah
21 Disember 2008
Desasiswa Indah Kembara
http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

Falling in love with Chemistry

Carboxylic acids and derivatives ,amines ,condensations and alpha substitutions of carbonyl compounds.

Back to campus.

Sekali tak bermakna selamanya

"Kau dah lihat keputusan peperiksaan semester lepas?"
"Dah.Alhamdulillah.Aku lulus semua subjek.Kau?"
"Aku gagal subjek teras lagi.Aku bimbang kalau terus begini.Aku tension la.Aku tak mampu.Aku tak sanggup"
"Kau mengeluh ya!"
"Mesti la.Result aku tak tinggi-tinggi juga.Makin jatuh ada la."

"You aren't finished when u've failed once.You are finished only when you quit.One who lacks courage to start has already finished.
Winners visualise the rewards of success.Losers visualise the penalties of failure.An error doesn't become a mistake untill you refuse to correct it."





Jangan mengeluh!Peringatan untuk diri ini juga.Itu baru ujian kecil.Kita diuji untuk mengetahui sejauh mana kita faham apa yang dipelajari dalam tempoh tertentu.

Dunia ini kita ibaratkan seperti dewan peperiksaan.Maka ,logiknya hidup ini penuh dengan ujian dan dugaan.Malah kenikmatan ,kekayaan serta kesenangan juga adalah ujian kepada manusia untuk mengukur tahap kesyukuran kita kepada Tuhan.

Kita bertanya : Kenapa aku diuji?
Quran menjawab : Al-Ankabut (Ayat 1 dan 2).

"Apakah manusia mengira bahawa mereka telah dibiarkan hanya dengan mengatakan ,"Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji? Dan sungguh kami telah menguji orang-orang sebelum mereka ,maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta."

Kita bertanya : Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Quran menjawab : Al-Baqarah (Ayat 216).

"Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal ,ia baik bagimu ,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu ,padahal itu tidak baik bagimu.Allah mengetahui ,sedang kamu tidak mengetahui."

Kita bertanya : Kenapa ujian seberat ini?
Quran menjawab : Al-Baqarah (Ayat 286).

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya....."

Kita bertanya : Kenapa rasa frust?
Quran menjawab : Al-Imran (Ayat 139).

"Dan janganlah kamu (merasa) lemah ,dan jangan (pula) bersedih hati ,sebab kamu paling tinggi (darjatnya) ,jika kamu orang beriman."

Kita bertanya : Apa aku dapat daripada semua ini?
Quran menjawab : At-Taubah (Ayat 111).

"Sesungguhnya Allah membeli daripada orang-orang mukmin ,baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka...."

Yakinlah kepada Tuhan.
Tidak semua yang kita rancang menjadi kenyataan.
Kerana itulah fitrahnya
atau tiba-tiba sahaja halangan mendatang kita harus percaya ini tidak bermakna berakhir segala-galanya dan akhirnya kita akan muncul di tangga teratas.
Jadi biar apa pun yang kita lakukan
Jangan mengalah
Kita mesti teruskan usaha biar bagaimanapun hidup kita beredar
kerana apa yang menanti kita di hadapan sana
tiada siapa yang tahu
kita harus percaya
yang baik itu pasti akan menang
dan tidak lama lagi
ada sebab untuk kita bergembira
jadi ,biar apa pun yang kita lakukan
jangan mengalah!

Abu Hassan Morad.

Jawapan : Kak Balqis dan Ainunl

Perlu jawab ni sebab dah dua orang minta..hehe..Ainunl dan Kak Balqis.

1) Do you think you’re hot ?
Penang sekarang ni ala-ala panas.Cepat kering baju di ampaian.Menjawab soalan kan?hehe~


2)
Upload your favourite pictures of yourself.
3) Why do you like that picture ?

Gambar 1-Kali pertama mendaki puncak tinggi.Puncak Korbu dan Gayung di Perak. Gambar diambil dalam perjalanan menuju ke puncak.Penat.Penat.April 2006.Melihat panorama indah.Melihat kebesaran Allah.Indah sungguh ciptaan-Nya.Iman adalah mutiara.Walau apa pun caranya jua.Mendaki gunung yang tinggi.Merentas lautan api.Namun tak dapat jua dimiliki.Sesi muhasabah seketika.

Gambar 2-Ekspedisi berkayak 3 hari 2 malam yang takkan dilupakan.Kayak warna biru tempat duduk hadapan.hehe.3-5 Februari 2008 mengelingi Pulau Pinang.Balik je rumah adik tanya begini : Ni kakak ke? (Sebab rupaku telah berubah akibat panahan matahari yang serius selama 3 hari.Gelap ,malap dan mengelupas rupaku.)Sila guna 'sunblock' untuk aktiviti sebegini.Memandangkan aku belajar kimia aku jarang guna chemical untuk kulit ni.Aloe vera yang umi (mak) tanam digunakan sebaik mungkin untuk rawatan.hehe.Alhamdulillah berjaya!

Gambar 3-Adik bongsu yang selalu kurindu.Sayang adik.Gambar diambil semasa Along konvo di UTM Skudai Ogos 2008.Wah~nak balik ,nak balik ,nak balik.

4) When was the last time you ate pizza?
Wah..dah lama sangat ni tak makan.Berabad dah ni.

5) The last song you listen to ?
Forever-Chris Brown..baca soalan ni baru buka media player..layan..forever..ever..ever..ever..hehe..eh dah habis pun~lalalala..Lucky..Jason Mraz..Lucky to have been where I've been..Lucky to becoming home again~lalalala..

6) What are you doing right now besides this ?

Baru sarapan.

7) What name would you prefer besides yours ?
Huh!..Kakak ,Kak Ngah ,Syida ,Syahidah..Which is which?


8) People to tag :

Hidaya.
Fairuz.

An-Nabil.
Aqilah.
Rusila.

9) Who is number 1 ?
Partner lab ,pendengar yang baik ,berterus terang ,kalau mula bercerita tentang adiknya bermakna rindu kat rumah.Suka beri nasihat.Boleh bincang hal serius mahupun tak serius.Panggil Dayah.

10) Say something about number 2

Suka warna pink ,ramah.Berkereta dalam kampus.

11) Introduce number 3
Kawan sekolah semasa Tingkatan 1-3.Tak sangka jumpa semula di USM.Panggil An.

12) How about number 4?
Teman sebilik semasa di Kolej Matrikulasi Melaka.Pendengar yang baik.Bercita-cita tinggi.Tak mudah putus asa.Boleh bersembang dengannya dalam masa yang lama.Panggil Qilah.Suka guna nickname mirmo.

13) Introduce number 5?

Rakan belajar yang bagus.hehe.Kelakar juga orangnya.Panggil Kak Ila.Ha Kak Ila apa keputusan Kimia Tak Organik ?Semester ini kita belajar Kimia Organik pula ya?

p/s~Jenuh cari gambar yang tak tunjuk muka sendiri.hehe.Konon low profile.Kak Balqis nak tahu tentang saya boleh baca tag sebelum ini.Jawapan : Haf dan Jawapan : Ainunl.
Dah bercampur aduk bahasa.Aduh!


http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/
Desasiswa Indah Kembara

Emosi

M baru sahaja mendapat tawaran pekerjaan di sebuah syarikat swasta yang sesuai dengan minatnya.S baru sahaja kehilangan adiknya akibat kecelakaan jalan raya.

Bagaimana peristiwa-peristiwa ini mempengaruhi komponen-komponen emosi M dan S?

Emosi merupakan suatu keadaan yang kompleks dan membawa kepada persediaan untuk bertindak balas.Emosi ada kategori tertentu seperti marah ,geram dan seronok.M akan berasa seronok dan gembira apabila mendapat surat tawaran tersebut.Manakala S pula yang baru kehilangan adiknya akan berasa sangat sedih.

Tema dan dimensi penilaian

Dimensi minimalis mencadangkan tema tertentu untuk mendefinasikan maksud emosi secara spesifik.Contohnya dalam hal M ini bermaksud M mahu akan pekerjaan yang bersesuaian dengan mintanya.Dimensi minimalis selalunya berhala dua tetapi tidak semestinya.

Dimensi maksimalis mencadangkan kejadian yang diingini jika terjadi akan membuatkan seseorang itu gembira dan jika tidak berlaku dia akan berasa sedih.Sebaliknya kejadian tidak diingini sekiranya terjadi akan membuatkan sesorang itu tidak gembira dan sebaliknya jika tidak berlaku dia akan berasa lega.

Perkara yang diingini berlaku kepada M ,maka M berasa gembira.Sebaliknya perkara yang tidak diingini berlaku kepada S ,maka S berasa tidak gembira ataupun sedih.Hubungan individu dan persekitaran menyebabkan wujudnya penilaian kognitif dan tindak balas emosi seperti :

Pengalaman subjektif
Kecenderungan pemikiran - tindakan
Perubahan dalaman tubuh badan
Ekspresi wajah


Pengalaman subjektif

Emosi dialami secara sedar dan berfungsi untuk membantu seseorang bertindak balas.Misalnya rasa takut menunjukkan adanya ancaman terhadap keselamatan dan kita perlu mengambil tindakan untuk menyelamatkan diri.Rasa gembira pula membantu kita untuk rasa selamat dan membolehkan kita meneroka dan berkembang.M merasa gembira atas tawaran pekerjaan tersebut dan perasaan gembiranya dijadikan panduan positif untuk tindak balas seterusnya dalam situasi ini.M jadi lebih bersemangat meneruskan cita-citanya.

Kecenderungan pemikiran - tindakan

Emosi membantu kita bertindak balas dengan menimbulkan kecenderungan untuk berfikir atau bertindak dalam cara tertentu yang membantu kita untuk terus hidup.Lazimnya emosi negatif menimbulkan kecenderungan pemikiran - tindakan yang spesifik seperti ketakutan akan membuatkan seseorang melarikan diri (sekadar contoh).Emosi positif pula menimbulkan kecenderungan pemikiran - tindakan yang lebih umum seperti jika seseorang gembira dia mungkin ingin bergurau.

Perubahan dalaman tubuh badan

Perubahan fisiologi akan berlaku jika seseorang mengalami emosi tertentu secara kuat.Kesan sistem saraf simpatetik seperti degupan jantung dan pernafasan meningkat ,mulut menjadi kering ,berpeluh ,menggeletar dan senak perut.Selepas emosi menurun ,sistem parasimpatetik mengambil alih dan membantu kembali pada keadaan asal.

Ekspresi wajah dan emosi

Ekspresi wajah menunjukkan emosi seseorang.M dengan wajah gembira manakala Si dengan wajah masam.Wajah yang masam mungkin memberi amaran supaya kita menjauhinya.Ekspresi wajah dan emosi yang berkaitan dilihat secara universal namun kaitan antara emosi dengan tingkahlaku tertakluk kepada budaya.

Tindak balas terhadap emosi

Ada masanya kita ingin memanjangkan emosi (apabila gembira) dan ada masanya kita ingin memendekkan emosi (apabila sedih).Strategi kognitif akan membuatkan S mengelak daripada berfikir tentang adiknya dan cuba untuk mencari jalan penyelesaian.S juga berkemungkinan berfikir untuk menyibukkan diri sebagai penyelesaian masalah.Strategi tingkah laku pula mendorong Siti untuk meluahkan masalahnya kepada sahabat atau orang yang dipercayai dalam cubaan memendekkan emosi negatif

http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/
Desasiswa Indah Kembara

Jawapan : Hafrina

Haf minta aku buat ni.

1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
Keluarga.sob sob..

2. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri?
Tambah nilai 017-???????.

3. Di manakah tempat impian perkahwinan kamu?
Tempat?Adoi.Apa ya? Gunung Everest boleh?

4. Berapa lama anda rasa hubungan kamu berkekalan?
Siapa? Ada ke? Cinta sebelum kahwin tu tak boleh kan? Jom baca saifulislam.com..

5. Adakah anda dilamun cinta?
Dilamun cinta dengan karya Hlovate.Boleh cari novel di MPH dan Popular rasanya.Aku pun nak cari.

6. Di manakah restoran terakhir kamu makan malam?
Restoran Awet Muda berdekatan kampus.

7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?
Reader's Digest.

8. Apakah nama penuh kamu?
Nur Syahidah binti Wan Mahassan

9. Kamu lebih senang dengan mak atau ayah?
Umi (mak).

10. Namakan seseorang yang kamu ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda?
Barack Obama boleh? Mengarut ni.

11.Sebutkan 8 nama sahabat yang paling rapat dengan kamu?
Dayah ,Milah ,Diey ,Eja ,Qilah ,She ,As ,Ecah.

12. Adakah kamu mencuci pakaian anda sendiri?
Ya.

13. Tempat yang paling seronok kamu mahu pegi?
Rumah.Homesick secara tiba-tiba.Adoi.

Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu.
Haf : Banyak cakap ,ramah ,ramai kenalan ,aktif dan ada personaliti sendiri.

16. 8 perkara yang amat saya gilai.
Blogging ,kayaking ,jalan-jalan ,baca blog sahabat-sahabat ,baca buku (tipu..tipu) ,main masak-masak ,makan-makan ,masuk makmal (tipu..tipu).

17. 8 perkataan yang sering di ucapkan
Ala.. ,maaf ,Sudah..sudah ,ngantuk ,weh ,silap..silap ,umi ,lapar.

18. 8 buah buku yang paling terbaru dibaca.
Reader's Digest ,Dialog dalam Islam ,7 Formula Individu Cemerlang ,Mimpi ,Kimia Organik ,Kimia Tak Organik ,Asas Psikologi.Teringin nak baca Isabella buat kali ketiga.

19. 8 lagu yang saya boleh dengar berulang kali.
Lagu 1 ,lagu 2 ,lagu 3 ,lagu 4 ,lagu 5 ,lagu 6 ,lagu 7 ,lagu 8.Dah cukup.hehehe..Aku layan semua..rock kapak ke..lentok ke..nasyid ke..bahasa asing yang aku tak faham ke..kopratasa ke..

20. 8 perkara yang saya pelajari tahun lalu.
Buat laporan ,masak dan makan ,kenapa perlu hargai masa ,kenapa perlu hargai diri ,kenapa perlu ada matlamat dalam hidup ,kenapa perlu maafkan orang ,kenapa perlu sayang diri dan sekeliling ,kenapa perlu bersyukur.Hidup ni sementara je kawan-kawan.

21. Mari meng'tag' 8 orang lain.
Diana ,ainunl ,nadiah ,yan ,husna ,nolly ,arfah ,napisah..tak kisah Haf dah minta kalian buat pun...hehe

http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/
Desasiswa Cahaya Gemilang

Kategori Orang Awam

Kira-kira 10.35 pagi.

Buku Panduan pembelajaran Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) diselak lemah kemalasan tak bersungguh.Perkarangan masjid sunyi.

"Assalamualaikum."
Aku berpaling.Siapa pula ni.
"Waalaikumussalam"
"Driving license?"
"Yes".Aku senyum.Dia balas tak nampak pula.Berjubah hitam.Berpurdah.Pelajar dari Arab barangkali.
"It's easy.Insyaallah.42.42.42."Diulang berkali-kali tanpa aku minta.Aku senyum lagi.42 markah lulus.Betul.
Dia berjalan melintasi aku masuk ke dalam masjid.Hilang.Empat orang kanak-kanak lelaki berkeliaran.Anak pelajar tadi mungkin.Biasalah pelajar antarabangsa membawa bersama keluarga untuk melanjutkan pelajaran.Mata lentik.Kulit putih.Cantik.Comel.Aku senyum sendirian.

Pandangan aku beralih menatap Reader's Digest muka surat 19 keluaran November 2004.Aku beli RM 3.00 senaskhah.Ada jualan lelong di perkarangan dewan kuliah dua minggu lalu.Jimat.

How safety is your car?
Ignore routine checks and you risk your life and the lives of your family.

Aku bosan sebenarnya.Giliran aku yang ke-49.Lambat lagi.Mujur dekat dengan masjid ni.Hendak makan tak lapar.

Crash investigators and safety experts says that while driver error is still the top reason for collision..bla..bla..bla..

Aduh.Whatever.Aku tutup Reader's Digest.

Teringat sebelum ni ,partner lab aku dilanggar kereta si pemandu mabuk umur 19 tahun seminggu sebelum peperiksaan semester berlangsung.Tragedi di simpang gelap.

Memandu semasa berada di bawah pengaruh minuman yang memabukkan atau dadah (melibatkan kematian atau kecederaan) di bawah seksyen 44 akan dikenakan tindakan oleh mahkamah iaitu penjara mandatori 3 hingga 10 tahun dan denda RM 8000 hingga RM 20000 dan digantung lesen memandu bermula dari tarikh sebutan pertama di mahkamah sehingga kes diputuskan.

Alkisah.Baru kes tu berlaku.Teman sebilik pula.Tragedi di simpang empat.U-turn yang tak semena-mena oleh kereta putih.Langgar dan hilang.Motor rosak teruk.

Wajib berhenti dan lapor kepada polis dalam masa 24 jam selepas kemalangan.Kesalahan seksyen 52(1) dan hukuman seksyen 119(2) kadar kompaun RM 100.

Mujur tiada kehilangan nyawa.Luka kecil.Tapi ada kesan.Parut.

Nama calon : ?
No. KP : ?
Kategori : Orang Awam Malaysia
No. Siri Buku KPP : ?
Masa Mula : 2.1o petang.
Jangkamasa Ujian : 12 minit 20 saat
Nombor Terminal : 6

Tuan / Puan,
Dimaklumkan bahawa tuan/puan telah LULUS Ujian Kecacatan ,Warna dan Penglihatan
Dimaklumkan bahawa tuan/puan telah LULUS Ujian Bahagian I (Statik).
Jumlah markah tuan/puan adalah seperti berikut :

SEKSYEN A : 15/15
SEKSYEN B : 24/25
SEKSYEN C : 10/10

Alhamdulillah.Agenda boleh diteruskan.

Namun , kalau markah teori begini sepatutnya apabila sudah berada di jalan raya pemandu-pemandu di Malaysia sudah arif benar dengan etika dan undang-undang di jalan raya.Maklum kuantiti tidak mencerminkan kualiti.

http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/
Desasiswa Cahaya Gemilang

Persoalkan teori mimpi ( Bahagian 3 )

Permasalahan dalam memahami mimpi adalah berbeza.Sebenarnya pengikut mazhab analisa jiwa (psikoanalisis) menolak mimpi yang benar - mereka melihat mimpi sebagai pantulan daripada apa yang mereka rasa ketika jaga atau sesuatu yang tersimpan dalam minda bawah sedar mereka.(Sila baca Persoalkan teori mimpi bahagian 1 untuk mengetahui teori-teori mimpi yang diperkenalkan oleh barat).Sigmund Freud salah seorang pencetus teori ini bagaimanapun tidak menolak bahawa adanya tokok tambah dalam penceritaan semula mimpi dan wujudnya ramalan dalam menginterpretasikan mimpi.Baca juga Persoalkan teori mimpi bahagian 2.


Mimpi sebagai peringatan dan berita gembira.

Mimpi yang baik dikatakan sebagai peringatan dan berita gembira demi menetapkan hati orang yang beriman atau bagi memperkuatkan azam mereka ,bukan sandaran yang diambil oleh orang yang malas dan pasif untuk putus asa mahupun lari daripada kenyataan ,duduk berdiam diri tidak memerangi kerosakan ,kezaliman mahupun orang yang zalim.Orang sebegini ini jika melihat sesuatu dalam mimpinya mereka sekadar bertepuk tangan dan membesar-besarkannya tanpa ada usaha untuk mengerah tenaga dalam menggapai cita-cita.Mereka berpendapat harus berserah kepada takdir tanpa berusaha.

Padahal Nabi saw dan para sahabatnya memandang mimpi tidak lebih dari sekadar khabar gembira (busyro) ,kemudian mereka meneruskan perjuangan mereka dan jihad mereka ,dengan tetap menempuh jalan tersebut tanpa merasa lemah dan merasa berat ,dan tanpa menganggap remeh terhadap ketentuan-ketentuan alamiah Allah (Sunnatullah).

Hal ini sangat jelas terlihat dalam sirah Nabi s.a.w. ,setelah beliau bermimpi bahawasanya beliau dan para sahabat akan memasuki masjidil haram dalam keadaan aman.

Inilah perbezaan yang amat jelas antara mimpi yang tidak diragukan lagi kebenarannya -iaitu mimpi nabi s.a.w. - dengan mimpi yang boleh jadi merupakan bisikan-bisikan hati dan angan-angan kosong ketika dalam keadaan terjaga kemudian menjelma menjadi gambaran mimpi di malam hari ,persis sepert yang dikatakan oleh pepatah :
"Orang yang lapar bermimpi bahawa dia berada di pasar kehidupan"
Perbicaraan iblis ketika kalian dalam tidur tidak jauh bezanya dengan perkataan iblis ketika kalian terjaga (semuanya dusta).

Cadangan rujukan :

Tafsiran mimpi oleh para ulama ,Syeikh Muhammad Sirin.
Tafsir mimpi dalam pandangan Islam ,Muhammad Ali Qutb.
Ensiklopedia tafsir mimpi menurut tradisi Islam ,Muhammad Ibnu Sirin.

http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/
Desasiswa Cahaya Gemilang

Bantahan PPSMI

Bantahan membantah PPSMI.Setakat ini hanya 370 orang sahaja.Anda bagaimana?

Lihat di sini.Petisyen PPSMI.

Aku peserta yang ke-157.Apa pun sejauh mana bantahan ini membantu usaha untuk memartabatkan Bahasa Melayu itu sendiri tak usah kita pertikaikan.Apa yang lebih utama ialah sejauh mana kita sendiri dapat memperjuangkan Bahasa Melayu tersebut.

Jawapan : Ainunl

Ainunl minta aku buat ni.Aku baru tiba di kampus.5 jam dalam bas.Penat sungguh.Esok seperti biasa mesti masuk makmal.

Starting time : 6.00petang.

Name : Nur Syahidah binti Wan Mahassan.

Sisters : 7

Brothers :3

Shoe size :6.

Height : 158.5 cm.hehe.0.5 cm tu membezakan aku dengan 158 cm.Penting.

Where do you live :Karak ,Pahang.Insyaallah pindah Raub tahun depan.

Have you ever….

Been on a plane : Tidak pernah..pergi KLIA pun baru sekali..hehe

Swam in the ocean : Ya.Kali terakhir masa ikut ekspedisi berkayak Pulau Pinang..

Fallen asleep at school : Jarang.Aku fokus.Kelas bukan tempat tidur.(Maaf Ainunl-tidak bermaksud).

Broken someone’s heart : Maaf ya!

Fell off your chair :Tak pernah barangkali.(tak pasti).

Sat by the phone all night waiting for someone to call : Tak nak jawab soalan ni.

Saved e-mails : Ya.

What is your room like : Bilik di desasiswa ni warna putih.

What’s right beside you : Botol air.Haus ni.

What is the last thing you ate : Nasi lemak.Makan tengahari lewat.Sampai bilik terus makan.Beli di terminal tadi.

Ever had…Chicken pox : Sekali masa Darjah 6.Masa UPSR tu.

Sore throat : Ha?

Stitches : Setakat yang simple boleh la.Kalau suruh buat sepasang baju tu belum lepas lagi.Boleh la jahitan 'mata lalat' kat leher baju kurung tu.Wajib tolong umi tiap-tiap kali raya ni.

Broken nose : Soalan ni pun ada.Ish ish.

Do you Believe in love at first sight : Tak tau.Aduh.Tak nak amik tau boleh?

Like picnics : Aktif dengan Kelab Rekreasi di kampus terutamanya masa Tahun pertama dan kedua.Tahun tiga ni kurang.Aku akan ceritakan kembara rekreasi aku di blog ini.Cerita yang molek-molek sahaja.

Who was were the last person You danced with : Tiada.

Last time u laugh: Dalam van dengan adik-adik masa ayah hantar ke stesen LRT Taman Melati.Kira-kira pukul 10 pagi tadi waktu Malaysia.

You last yelled at : Adik aku Ain.

Get sick : Selalu selsema.

Miss someone : Rindu kat adik bongsu.(Ainunl kau mesti percaya yang ni.hehe)

Who do you really hate: Kalau aku benci pun aku tak untung.Kalau aku marah pun bukan aku dapat apa-apa.Maafkan sahaja.(Mesti!).

Do you like your hand-writing : Cikgu Sejarah masa aku Tingkatan 3 suka tegur tulisan aku.Tak cantik.Adus.Malu.

Are your toe nails painted : Inai kadang-kadang.

What color shirt are you wearing now : Jubah hitam.

Are you a friendly person : Ikut mood.Bahaya ni.Kata kawan aku.hehe.

Do you have any pets : Aku tak suka kucing (Maaf ya kucing!) .Di rumah memang tidak bela binatang.

Do you sleep with the TV on : Boleh la.Umi marah ni.

What are you doing right now : Menaip.

Can you handle the truth : Mesti terima walau pahit.Ambil masa yang lama ikut peristiwa.

Are you closer to your mother or father : Umi.

Do you eat healthy : Makan ok.Kurang minum air ni.Adus.

If you’re having a bad day, who are you most likely to go to: Dayah ,Milah ,Diey ,Ecah.Rakan sekuliah ni.

Are you loud or quiet most of the time : Pendiam kot.

Are you confident: Perlu belajar lagi yang ni.

5 things I was doing 5 years ago

1. Tingkatan 4 masa tu.Sekolah kat Perak.

2. Selalu homesick tapi jarang balik Pahang.

3. Selalu balik rumah mak cik kat Manjung.Pak cik datang ambil di maktab.

4. Satu baris dengan Wiyah ,Azian dan Ainunl dalam kelas.

5. Duduk dalam kelas diam-diam.Ada yang kata dalam mulut aku ada emas.Susah nak dengar suara aku dalam kelas.

5 things I would do if I were a billionaire

1. Bagi kat abi (ayah).

2. Bagi kat umi (mak).

3. Bagi kat along.

4. Bagi kat adik-adik.

5. Aku?hehe.Jika maka ni.

Ainul.Aku dah jawab.Aku nak rehat.Aduhai.Semester dua akan bermula 22 Disember ini.

Emergency Data Card


Salam..pasti ramai yang tidak mengetahui kewujudan kad ini.Aku dapat kad ini secara percuma semasa aku mengikuti kursus Andai Kau Tahu yang dijalankan di kampus aku.Sesiapa sahaja boleh mendapatkan kad ini secara percuma.MVFRA ialah Malaysian Volunteer Fire and Rescue Assc. yang mewujudkan kad ini supaya sekiranya berlaku kemalangan keluarga terdekat kita dapat dihubungi dengan segera selain pasukan penyelamat dapat mengenalpasti kumpulan darah dan juga 'medical information' yang perlu.Anda boleh mendapatkan kad ini di sini.

Persoalkan teori mimpi ( Bahagian 2 )

Entri ini dipaparkan lanjutan daripada entri Persoalkan teori mimpi bahagian 1

Persoalan yang timbul ialah sejauh manakah kita dapat meneliti pendapat yang benar dalam masalah mimpi.Bolehkah kita menjadikan mimpi sebagai acuan dan sumber pertimbangan dalam menentukan sesuatu perkara.Mimpi ialah kasyf (penyingkap rahsia ghaib) ketika tidur manakala kasyf ketika jaga ialah ilham.

Kebenaran kasyf dalam dalam keadaan terjaga dengan kebenaran mimpi yang dilihat ketika tidur dalam mimpi cuba dibuktikan oleh Imam Ghazali.

Mimpi para Nabi bagaimanapun adalah wahyu.Ulama berpendapat mimpi para Nabi adalah salah satu cara penyampaian wahyu.Allah berfirman ;
"Dan tidaklah patut bagi seseorang manusia bahawa Allah akan berbicara kepadanya kecuali dengan perantaraan wahyu atau dari belakang tabir atau dengan mengutus utusan (malaikat) lalu diwahyukan kepadanya dengan izin-Nya apa yang Dia kehendaki.Sungguh, Dia Maha Tinggi,Maha Bijaksana." As-Syura:51
Jenis-jenis mimpi berdasarkan hadis;
  • Hadis Abi Qatadah
"Mimpi yang baik datangnya dari Allah,sedangkan mimpi yang buruk datangnya dari syaitan, maka jika salah seorang daripada kalian bermimpi buruk yang dibencinya, maka hendaklah ia meludah ke kirinya dan berlindunglah kepada Allah, maka mimpinya tersebut tidak akan pernah merugikannya."
  • Hadis Anas bin Malik
"Mimpi yang baik daripada seorang lelaki yang soleh merupakan satu bahagian daripada 46 bahagian kenabian."
  • Hadis Abi Sa'id Al khudry
"Jika seseorang di antara kalian bermimpi dengan mimpi yang ia sukai (mimpi yang baik) sesungguhnya itu datangnya dari Allah, maka pujilah Allah atasnya dan bicarakanlah mimpi tersebut.Dan jika seseorang di antara kalian bermimpi yang lain dari itu (mimpi yang buruk), dan ia membencinya, maka sesungguhnya itu datangnya dari syaitan, maka berlindunglah dari keburukannya dan janganlah membicarakannya kepada sesiapa pun, maka mimpi buruknya tersebut tidak merugikannya."
  • Hadis Abu Hurairah
"Tidak ada yang tersisa dari kenabian melainkan hanya mubasyiraat.Maka para sahabat bertanya : Apakah mubasyiraat itu? Maka nabi menjawab : Mimpi yang baik."
  • Hadis Anas
"Barang siapa melihatku (nabi) dalam mimpi, maka ia sungguh-sungguh telah melihatku, kerana syaitan tidak dapat menyerupaiku."
  • Hadis Abu Sa'id
Barang siapa melihatku (nabi) maka ia sungguh-sungguh telah melihat kebenaran, kerana sesungguhnya syaitan tidak bisa membentuk dirinya sepertiku."
Bersambung Persoalkan teori mimpi (Bahagian 3)...Sebarang kritikan diterima.Harap maklum.

Sumber : Sikap Islam terhadap Islam, kasyf ,mimpi ,jimat perdukunan dan jampi (Dr Yusuf Al Qardawy)
Penterjemah : Hermansyah
Penerbit : Jakarta , Bina Tsaqafah ,1997.

http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/
Desasiswa Cahaya Gemilang

Berbahasa dengan bahasa

Bagaimana aku mahu berbahasa dengan bahasa.Seorang sahabat meminta supaya diajarkan cara untuk berbahasa.Aku bukanlah orang yang hebat dalam penulisan.Namun aku cuba untuk mengurangkan perkataan singkatan supaya nampak seperti begitu moleknya bahasa itu.Setiap kali aku menulis dalam Bahasa Melayu (BM) seringkali aku rasa seperti diperhatikan.

Cikgu Zaleha mengajarku BM semasa di Tahun 5 dan 6.
Cikgu Rosli Mujni mengajarku BM semasa di Tingkatan 2.
Cikgu Saroya mengajarku BM semasa di Tingkatan 3.
Cikgu Sharina mengajarku BM semasa di Tingkatan 4 dan 5.
Puan Safiah mengajarku BM semasa aku di tahun pertama di kampus.Kursus wajib untuk syarat graduasi di Universiti Sains Malaysia.

Sudah ramai blogger yang membincangkan isu berbahasa.Ini termasuklah isu Bahasa Inggeris yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik.Rasanya tidaklah sukar untuk berbahasa dengan bahasa.Malah apabila kita berbahasa dengan bahasa, kelihatannya bahasa itu suatu yang indah.Jujur aku katakan aku lebih suka membaca blog yang menggunakan aturan bahasa yang tersusun tetapi tidak semestinya perlu puitis dan berbunga-bunga.Bukankah elok begitu.Maafkan aku andai tersalah bahasa.

http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/
Desasiswa Cahaya Gemilang

Rindu akan kalian

Coretan aku mungkin tidak sepuitis sahabatku Ainunl Muaiyanah ,tetapi entah mengapa bait-bait kata di blog Ainunl membuatkan aku ingin bertemu dengannya.Mungkin suatu hari nanti jika ada peluang kita pasti bersatu kembali.Apa pun kenangan pahit manis di maktab tak mungkin aku lupakan.Pahit sekalipun ia tetap menjadi kenangan.Manis sekalipun ia tetap di ingatan.

Masing-masing sudah dewasa dan punya tanggungjawab masing-masing.Aku sangat baru dalam dunia penulisan.Tidak seperti Ainunl.Sahabatku Azian kini jauh di perantauan.Aku sendiri tak tahu bila kita dapat bertemu walau kita senegeri Pahang Darul Makmur.Keterbatasan masa membuatkan kita terpisah.Cita-cita yang kalian kejar aku doakan kejayaan setinggi-tingginya.

Suka duka kita bersama.Wiyah aku jumpa dua kali itupun semasa dia datang ke kampus aku sewaktu minggu konvokesyen.Ana aku tak pernah jumpa sesudah tamat Sijil Pelajaran Malaysia.Apa pun aku mohon ampun dan maaf lantaran sikapku yang tidak menentu mood dan tingkahlaku.Aku kira jika kita bertemu mungkin banyak perbezaannya tidak seperti dahulu.

Sahabatku yang bakal jadi guru ,doktor ,peguam ,mahupun penulis .Betapa singkatnya masa ,betapa kecilnya dunia ,bertambah tahunya kita bahawa kita tidak boleh menoleh lagi.Aku doakan kesejahteraan dan kebahagiaan kalian.

http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/
Desasiswa Cahaya Gemilang

Marah!

Marah!
Marah pada siapa?
Marah pada diri?

Marah!
Kenapa marah?
Marah yang tiada erti.

Marah!
Marah tak bertempat.
Marah yang tiada erti.

Marah yang ada erti?
Bagaimana?

Kau bangun solat Subuh?
Tak.
Dah ganti?
Tak.
Kenapa?
Bangun lewat.

Zuhur?
Dah solat?
Belum.
Bangun dah masuk Asar.

Asar?
Dah solat?
Belum.
Tengok wayang sampai pukul 7 petang.

Maghrib?
Dah solat?
Belum.

Isya'?
Dah solat?
Tak jugak.

Marah!
Itu sebab kau marah.
Kau lupa buat perkara penting.
Itu sebab kau marah.
Hati kau tak tenang.

Kau masih marah?

Nur Syahidah
Desasiswa Indah Kembara 4.20 petang 21 Nov 08
http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

Keutamaan yang terbabas

Kawan :
"Aku ada meeting pukul 4 petang ini."
Penulis :
"Bukankah kau ada kelas masa tu."
Kawan :
"Ya ,tapi aku kena jumpa Yang Di Pertua St John.Hanya waktu itu dia ada masa terluang.Waktu lain aku pula yang tak boleh."


Ruginya kawan.Sanggup ponteng kuliah dan kelas tutorial sebab mahu menguruskan hal persatuan.

http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/
Desasiswa Indah Kembara

Prestasi baik

Apabila aku baca di sini nampaknya tiada masalah sepatutnya pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris diteruskan.Aku ada tanya Ain (adik aku yang baru dapat keputusan UPSR semalam).Ain kata Matematik senang.Habis tu sebenarnya apa yang susah sangat.Aku ingat lagi apa yang Ustaz Zaini pernah kata dalam kelas kira-kira 4 tahun lepas ,Ustaz kata belajar bahasa lain bukanlah suatu kesalahan.Jadi apa yang menyebabkan sesetengah pihak tidak bersetuju Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris.Dr Danial Zainal Abidin ada menyatakan dalam bukunya yang bertajuk 7 Formula Individu Cemerlang edisi kedua iaitu ,

"Untuk berjaya umat Islam perlu menerima perubahan yang berlaku di hadapan mata mereka secara positif dan seterusnya berani membuat pengubahsuaian pada hidup bagi menghadapi perubahan itu.Islam menentang minda yang beku."

Aku yang cetek ilmu ini berpendapat walaupun bahasa itu mungkin menjadi permasalahan sekalipun ambillah ia sebagai cabaran untuk maju.

http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/
Desasiswa Indah Kembara

Sembang bersama Kak Teh

(10 Nov 08 : 6.33pm) .Nombor celcom yang baru dibuka setelah sekian lama.Maaf Kak Teh.De ada beritahu awak akan hadapi SPM.Sebulan yang lalu aku ada hantar kad good luck ke alamat asrama Kak Teh di SMK Bentong.

Inbox :
Salam ,kak minta maaf untuk segala yang menyakitkan hati..doakan orang ya..peperiksaan bermula esok hingga 27 November..

(13 Nov 08 : 5.55pm).Petang tadi selepas Asar aku telefon adikku Ain bertanyakan keputusan UPSR.Ain tanya bila aku hendak pulang ke rumah.Dia rindu katanya.Haha.Aku gelak, walhal touching aku dibuatnya.Sedap umi masak Nasi Kerabu waktu makan tengahari katanya.

(13 Nov 08 : 11.49pm).Nombor maxis aku.Menyusahkan buat begini.

Sent Item :
Kak Teh ,subjek apa lagi tinggal?Ain dapat 4A 1B.Bahasa Inggeris B.
Inbox :
Orang sudah maklum ,orang telefon rumah tengahari tadi.Selasa depan Add math ,rabu Pendidikan Agama Islam ,Khamis Kimia ,Minggu ketiga Bio ,Fizik dan EST.

Sent Item :
Lawak pula rasanya ,tadi kakak telefon rumah ,Ain kata dia nangis sebentar dalam hati.

Inbox :
Ya ,masa orang telefon suara dia seperti kesedihan..kakak sedang minggu peperiksaan bukan?

Sent Item :
Sudah berakhir tiga hari lepas ,sekarang fokus pada projek di makmal dan bercadang untuk mengambil kurus bagi mendapatkan lesen kereta dan motosikal.

Inbox :
Wah ambil lesen ,tak mahal ke ,banyak pula duit kak.

Sent Item :
Haha ,berjimat cermat amalan mulia ,bagaimana BM dengan Sejarah ,ok tak?

Inbox :
Erm ,ya la..ntah la ,boleh kot ...nanti kalau kakak chat dengan Abang De kirim salam kat dia ya..along sekali..

Sent Item :
Baru YM dengan De ,along minggu lepas,De sibuk jual t-shirt sekarang kat internet ,ok la good luck.

Inbox :
Jual baju..?Menarik tu..ok..selamat malam..Salam..:)


Aku tak telefon Kak Teh sebab tidak mahu mengganggu dia belajar...wah..sebenarnya aku tak tahu apa yang perlu aku beritahu kepada dia..hehe..Kak Teh lebih rapat dengan Abang De dia berbanding aku...Selalu gaduh dengan Kak Teh ni masa kecil ,tetapi dengan De member kamcing.Sok sek sok sek dua orang tu.Apa-apa pun aku sayang semua adik-adik aku.Hahahahahaha~

P/S ~ Aku telah mengubah bahasa SMS kepada ayat yang lebih tersusun.Jika diikutkan aku sendiri tidak pernah mengerti Kak Teh akan menggantikan huruf G dengan nombor 9 dalam bahasa SMSnya.Sungguh ku tidak mengerti.Pernah sekali ditegur tak menjadi.

http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/
Desasiswa Indah Kembara

Persoalkan teori mimpi ( Bahagian 1 )

Mimpi

Mimpi ialah suatu kesedaran terubah iaitu imej dan fantasi mungkin di kelirukan dengan realiti.Menurut Freud yang mencadangkan proses psikologi dikatakan menyumbang kepada mimpi.Freud mengatakan mimpi ialah keinginan tersembunyi dan merupakan jalan melihat ketidaksedaran.Menginterpretasi isi mimpi memberi peluang meneroka keinginan tersembunyi.

Menurut Evan (1984) semasa tidur ,otak memisahkan diri dari dunia luar dan cuba menapis dan menyusun maklumat yang terkumpul semasa siang untuk disimpan di dalam ingatan.Pada peringkat Rapid Eye Movement (REM) ,otak menjadi on-line buat seketika dan ini membolehkan pemikiran sedar melihat sebahagian sampel proses organisasi dan modifikasi otak.

Teori-teori mimpi Crick dan Mitchison (1986 ,1983) pula menyatakan korteks pada otak menyimpan ingatan terdiri daripada rangkaian neural yang saling berkaitan.Oleh sebab jumlah maklumat yang diterima adalah banyak ,otak memerlukan satu mekanisme untuk memperbetulkan semula fungsi neural.Mimpi ialah satu mekanisme yang cuba memperbetulkan program neural pada otak yang telah berfungsi dengan aktif pada siang hari.Mimpi diperlukan untuk membersihkan sistem rangkaian harian otak.

Adakah semua orang bermimpi?

Semua orang bermimpi.Laporan menunjukkan tidak bermimpi mungkin disebabkan tidak dapat mengingati mimpi.Mimpi tidak dapat diingati kerana :
  • Mimpi itu kompleks
  • individu tidak terjaga semasa Rapid Eye Movement
  • Ada gangguan sebaik jaga
  • Tiada usaha untuk mengingati mimpi
REM vs NREM

REM (Rapid Eye Movement)
  • Mata bergerak pantas
  • Degupan jantung meningkat
  • Tahap metabolik otak sama seperti ketika jaga
  • Otak yang jaga dalam keadaan badan yang lumpuh
NREM (Non-Rapid Eye Movement)
  • Tiada pergerakan mata.
  • Degupan jantung dan pernafasan menurun.
  • Otot dalam keadaan relaks.
  • Tahap metabolik otak menurun.
  • Otak yang tidak bergerak dalam badan yang relaks.
Ingatan tentang mimpi pada REM vs NREM
  • Kita hanya mengingati mimpi sekiranya terjaga apabila sedang bermimpi.
  • Apabila terjaga pada peringkat NREM ,orang sukar mengingati mimpi dan mimpi selalunya dalam bentuk yang biasa.
  • Apabila terjaga pada peringkat REM ,mimpi selalu diingati dalam bentuk yang jelas ,pelik dan tidak logik.
Kejadian mimpi dikatakan sama lama dengan kejadian ketika jaga.Misalnya anda bermimpi sedang berjalan ,maka tempoh anda berjalan itu adalah sama dengan tempoh anda berjalan ketika jaga.Seseorang seringkali sedar bahawa mereka sedang bermimpi.Walaubagaimanapun ,ada orang mengalami mimpi yang terang / jelas sehingga menyukarkan mereka mengetahui sama ada itu mimpi atau tidak.Terdapat juga orang yang mengalami saat mimpi palsu.

Isi mimpi juga dikatakan boleh dikawal.Kajian menunjukkan bahawa memberi cadangan secara tidak langsung sebelum orang tidur dapat mempengaruhi mimpi mereka.Contohnya pemakaian kaca mata berwarna merah sebelum tidur meyebabkan mimpi berwarna merah.Selai itu ,memberi cadangan secara langsung juga akan mempengaruhi isi mimpi.Misalnya ,seseorang yang diminta bermimpi tentang personaliti yang diingini ada bermimpi tentang personaliti tersebut.

Baca lanjut.
1. Persoalkan teori mimpi (Bahagian 2)
2. Persoalkan teori mimpi (Bahagian 3)

http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/
Desasiswa Indah Kembara

Peperiksaan tamat

Salam ,
Jam 4.15 petang tadi maka berakhirlah peperiksaan semester pertama sidang 2008/2009 buat penulis.Namun dengan dukacitanya dimaklumkan kepada orang tua penulis tidaklah dapat pulang ke kampung halaman di Pahang Darul Makmur sepanjang cuti semester ini.Ini disebabkan suatu keperluan kepada penulis supaya kembali semula ke makmal kimia tercinta (oh ikhlaskanlah~).Sob sob...Oh sebelum terlupa semoga berjaya buat pelajar-pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini~ Kak Teh boleh! (adikku)...Sekian~

http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/
Desasiswa Indah Kembara

Mulakan.Ayuh!

Salam..peperiksaan akhir bagi semester ke-5 semakin hampir.
Hanya semangat dan iltizam yang tinggi
membuatkan diri ini terus berjuang.
Mulakan langkahmu.
Jangan berhenti.
Ayuh!
Terima kasih Tuhan kerana memberi peluang
untuk memperbaiki diri dan keputusan akademik ini.
Yang berlalu biarkan berlalu ,
Yang mendatang hadapi dengan cemerlang.

6 November : Kimia tak organik (2.15 pm - 5.15 pm )
7 November : Kimia organik ( 9.00 am - 12.00 pm )
10 November: Asas-asas psikologi (9.00 am - 12.00 pm )
Bahasa Inggeris Saintifik dan perubatan ( 2.15 pm - 4.15 pm )

Akhir sekali ,hanya pada-Mu aku bertawakal Ya Allah.Moga hari-hari mendatang lebih baik dari hari ini dan semalam.

Kecelaruan mood

Kecelaruan mood
Kemurungan
adalah adalah reaksi biasa kesan daripada ketegangan.Kemurungan dianggap tidak normal apabila ia melampau ,tidak bersesuaian dengan kejadian dan berterusan walaupun kejadian sudah lama terjadi.

Antara simptom kemurungan ialah
simptom emosi - mengalami kesedihan dan kemuraman ,tidak seronok
simptom kognitif - sentiasa mempunyai pemikiran negatif ,rasa tiada harapan ,kekeliruan
simptom motivasi - sering pasif dan sentiasa mempunyai kesukaran memulakan aktiviti
simptom fizikal - kehilangan selera makan ,ada gangguan tidur ,rasa letih dan sakit-sakit badan

Keempat-empat simptom ini menyebabkan seseorang mengalami kesukaran untuk berfungsi dalam kehidupan mereka.


Mencari kekuatan

Aku tak peduli
Biar aku begini
Aku bukan keseorangan
Pasti ada yang memahami

Aku mahu begini
Bukan kegembiraan dunia yang aku cari
Aku mahu mencari ketenangan
Ketenangan

Aku mesti berusaha
Aku mesti boleh lakukan
Insyaallah
Dunia ini hanya sementara
Kemewahan tak selamanya memberi ketenangan
Kepahitan hidup itu memberi pengajaran
Biar semua orang tidak tahu
Apa yang telah aku lalui
Apa yang telah aku tempuhi
Yang penting
Aku tenang dengan hidup aku kini

Izinkan Ya Allah
Ampunkan aku Ya Allah
Berikan aku kekuatan
Berikan aku ketenangan
demi ketenangan.

Nur Syahidah
25 ogos 2008 1.48pm Desasiswa Indah Kembara

Cerita

Tepat jam 12 malam pada 22 hb april 2008 ,aku menaiki bas dari terminal bas Sg Nibong untuk perjalanan ke puduraya. Harga tiket RM27 ialah harga tambang bas bagi perjalanan penang-kl dari hentian Sg Nibong ke hentian Puduraya. Pada malam itu aku menaiki bas Konsortium 2 tingkat dan aku dikehendaki duduk di seat no 3 seperti yang tertera pada tiket bas. Tetapi pemandu bas meminta aku duduk di seat nombor 1 iaitu tempat yang paling hadapan sekali bagi tingkat atas. aku y gayat ini sedikit cuak apabila bas melalui jambatan Pulau Pinang. Ketika itu x putus2 ak cuba menenangkan diri dan y paling penting ak x dapat tidur dgn nyenyak. ada ke patut. sebenarnya ini bukanlah kali pertama aku terpaksa duduk di seat depan ni. tetapi ak y gayat ni. sepanjang perjalanan ak tidur dan terjaga mengenangkan situasi ak itu sehingga la akhirnya kira2 pukul 5 pagi ak tiba di Puduraya.

Ak y membawa banyak beg ini jadi segan untuk berebut2 dgn penumpang lain y berasak2 turun dari bas. ak antara penumpang terakhir y turun dari bas. Ketibaan yang terlalu awal ini menyebabkan ak terpaksa menunggu sehingga masuk waktu Subuh di luar surau di tingkat dua bangunan terminal bas Puduraya tersebut. Oleh sebab ak mesti berwaspada ak yang mengantuk terpaksa menahan diri dari tertidur dgn membaca sebuah buku y ak pinjam berjudul ‘Pudarnya pesona Cleopatra’ iaitu himpunan kisah tauladan cinta dari Habiburrahman El-Shirazy. Habis Pabila azan Subuh berkumandang barulah pintu pagar surau tersebut dibuka. Sesudah solat ak berhat seketika menunggu hari cerah. Kira2 pukul 7 pagi ak melangkah keluar dari bangunan ini ke stesen LRT Plaza Rakyat. Ak meneruskan perjalanan dari stesen ini ke stesen Titiwangsa. Tiba di stesen Titiwangsa yang betul2 berdekatan dgn terminal bas untuk ke serata tempat di negeri Pahang.Ak memanggil terminal ini Pekeliling. Oleh sebab kaunter tiket ke Bentong masih belum dibuka ak sarapan mihun goreng dan teh tarik di warung. Setelah itu ak duduk di bangku yang disediakan di ruang menunggu. Beberapa minit kemudian sepasang suami isteri yang sewajarnya ak panggil datuk dan nenek menghampiri ak dan duduk disebelah ak..Si suami yang sedang membaca akhbar menegur ak dan bertanya khabar.

Dlm bas.seat sebelah budak laki.nampak ak pegang byk barang..dia duduk belakang memandangkan penumpang tidak ramai. Nasib baik dia baik bagi aku tempat duduk tu. pastu dia pindag seat lain. Alhamdulillah. Pasangan datuk dan nenek tadi makan sambil berbual-bual dalam bas.

Bergaduh

nt 3">

Kenapa kita bergaduh? Sebab kita tak sehaluan.

Kenapa tak sehaluan? Sebab ada salah faham.

Kenapa ada salah faham? Sebab kita tak bertolak ansur.

Kenapa tak bertolak ansur? Sebab kita geram.

Kenapa kita geram? Sebab kita tak puas hati.

Kenapa kita tak puas hati? Sebab kita pentingkan diri sendiri.

Kenapa kita pentingkan diri sendiri? Sebab kita tak mahu memaafkan kesalahan orang lain

Jadilah bergaduh itu sememangnya tidak menyeronokkan malah mendatangkan keburukan..Oleh sebab itu kita kena berunding..Sebab itu diam itu bukan beerti kalah kerana lancang mulut badan binasa.

Nur Syahidah

Desasiwa Indah Kembara

Kembali


Salam..cuti raya dah habis..masa untuk kembali ke sekolah..semalam aku dan adikku menaiki bas dari Bentong ke Kuala Lumpur..Rupa-rupanya tambang bas yang ni pun ada surcaj 30 % tu..hehe..Nasib baik ada duit raya untuk bayar tiket..adik aku terpaksa berdiri sepanjang perjalanan tersebut kerana tiada kekosongan tempat duduk..lelaki kan..hehe..kira-kira 45 minit perjalanan kami tiba ke Pekeliling berdekatan star-lrt Titiwangsa.Kemudian kami menaiki star-lrt ke stesen masjid jame'..jenjalan sungguh..maklumlah baru dapat duit raya dari along..hehe..jangan jeles..bila la aku pulak nak bagi duit raya kat adik-adik..Insyaallah giliran aku untuk mengembirakan adik-adik pasti tiba..

Sementara menuggu bas aku yang akan menuju ke Penang..aku follow la adik aku membeli-belah..penat sungguh..sedar-sedar dah pukul 12.30 tengahari..bas aku pukul 1.00 ..adus..terpaksa la aku bergegas kelam kabut mencari stesen lrt terdekat untuk ke stesen Pasar Seni..kali ni bas menunggu di bangunan KTM lama berdekatan mahkamah syariah..kali pertama aku naik dari situ..jadi tercari-cari la mana bas parking..mujur sempat naik bas padahal aku dah terlewat..
Tiket ke Penang ni kawan aku tolong belikan..Cuba tengok surcaj dikenakan sampai RM8.00.Buat masa ini sebagai seorang pelajar yang masih ditanggung ibu dan bapa ,tidaklah begitu terbeban dengan kenaikan tersebut.Apa-apa pun kita lihat apa yang akan berlaku pada masa akan datang.Kali ini kerajaan tetapkan.Sebelum ini aku pernah dicaj sampai RM33.oo untuk perjalanan Butterworth ke Puduraya.Situasi terdesak apa lagi bayar je tiket terus naik bas..Alhamdulillah sampai ke destinasi walaupun terpaksa bayar lebih.Ok aku ada lagi 27 hari sebelum peperiksaan akhir semester yang ke lima ni..Berusaha!..

Apabila masa itu tiba

Salam....Aku teringat Syawal 1428H yang lepas aku dan lima orang rakan bersama-sama menaiki keretapi Tanah Melayu Berhad untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.Pengalaman yang menarik ,tetapi Raya kali ini tiada seorang pun yang ingin menaiki keretapi lagi.Sebabnya masa perjalanan yang terlalu lama.Perjalanan mengambil masa hampir 8 jam dari Butterworth ke Sentral Kuala Lumpur walhal biasanya dari Pulau Pinang ke Stesen Puduraya hanya mengambil masa kira-kira 4 - 5 jam sahaja.Walau apa pun anda yang berminat boleh lihat di sini destinasi yang anda mahu kunjungi.

Sebenarnya bukan ini yang ingin aku kongsikan di sini.Apa yang pasti marilah kita merenung sejenak dan mengambil sedikit masa untuk sama-sama muhasabah diri bahawa adakah kita pernah melakukan kesalahan terhadap orang tua kita ,pernahkah kita membuatkan mereka berkecil hati tidak kira secara sedar atau tidak.Apa yang pasti mereka tidak sedikit pun akan membuatkan kita sakit hati walhal kita berkali-kali membuatkan mereka bersedih hati tanpa kita sedari.Coretan kali ini membuatkan aku benar-benar rindu akan orang tuaku.

Oleh sebab itu ,aku ingin mengajak anda semua sama-sama berfikir ,
pernahkah kita mengambil berat akan keadaan mereka ,
pernahkah kita ikhlas membantu mereka ,
pernahkan kita menggembirakan mereka ,
pernahkah kita mengucapkan terima kasih kepada mereka ,
pernahkah kita meminta maaf dengan mereka jika membuat salah ,
pernahkah? pernahkah? pernahkah?

Jadi ,bagi yang berpeluang dan masih ada peluang menemui mereka Syawal 1429H ini marilah sama-sama memohon ampun dan maaf terhadap mereka serta minta dihalalkan makan minum selama kita dijaga dan diasuh oleh mereka yang tidak pernah merungut walau sedikit pun.Namun begitu ,tidak kira bagaimana pun aku tahu pasti ada di antara kita termasuk aku sendiri kadang kala tidak setuju mahupun tidak dapat menerima teguran mereka yang sebenarnya hanya mengharapkan yang terbaik buat diri kita.Sayangilah ibu bapa kita kerana apabila masa itu tiba ,kita tidak tahu adakah kita berkesempatan melalui Syawal ini bersama mereka.

Manusia itu mudah lupa...perlu saling mengingati...

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...