Apabila masa itu tiba

Salam....Aku teringat Syawal 1428H yang lepas aku dan lima orang rakan bersama-sama menaiki keretapi Tanah Melayu Berhad untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.Pengalaman yang menarik ,tetapi Raya kali ini tiada seorang pun yang ingin menaiki keretapi lagi.Sebabnya masa perjalanan yang terlalu lama.Perjalanan mengambil masa hampir 8 jam dari Butterworth ke Sentral Kuala Lumpur walhal biasanya dari Pulau Pinang ke Stesen Puduraya hanya mengambil masa kira-kira 4 - 5 jam sahaja.Walau apa pun anda yang berminat boleh lihat di sini destinasi yang anda mahu kunjungi.

Sebenarnya bukan ini yang ingin aku kongsikan di sini.Apa yang pasti marilah kita merenung sejenak dan mengambil sedikit masa untuk sama-sama muhasabah diri bahawa adakah kita pernah melakukan kesalahan terhadap orang tua kita ,pernahkah kita membuatkan mereka berkecil hati tidak kira secara sedar atau tidak.Apa yang pasti mereka tidak sedikit pun akan membuatkan kita sakit hati walhal kita berkali-kali membuatkan mereka bersedih hati tanpa kita sedari.Coretan kali ini membuatkan aku benar-benar rindu akan orang tuaku.

Oleh sebab itu ,aku ingin mengajak anda semua sama-sama berfikir ,
pernahkah kita mengambil berat akan keadaan mereka ,
pernahkah kita ikhlas membantu mereka ,
pernahkan kita menggembirakan mereka ,
pernahkah kita mengucapkan terima kasih kepada mereka ,
pernahkah kita meminta maaf dengan mereka jika membuat salah ,
pernahkah? pernahkah? pernahkah?

Jadi ,bagi yang berpeluang dan masih ada peluang menemui mereka Syawal 1429H ini marilah sama-sama memohon ampun dan maaf terhadap mereka serta minta dihalalkan makan minum selama kita dijaga dan diasuh oleh mereka yang tidak pernah merungut walau sedikit pun.Namun begitu ,tidak kira bagaimana pun aku tahu pasti ada di antara kita termasuk aku sendiri kadang kala tidak setuju mahupun tidak dapat menerima teguran mereka yang sebenarnya hanya mengharapkan yang terbaik buat diri kita.Sayangilah ibu bapa kita kerana apabila masa itu tiba ,kita tidak tahu adakah kita berkesempatan melalui Syawal ini bersama mereka.

Manusia itu mudah lupa...perlu saling mengingati...

Tiada ulasan:

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...