Persoalkan teori mimpi ( Bahagian 2 )

Entri ini dipaparkan lanjutan daripada entri Persoalkan teori mimpi bahagian 1

Persoalan yang timbul ialah sejauh manakah kita dapat meneliti pendapat yang benar dalam masalah mimpi.Bolehkah kita menjadikan mimpi sebagai acuan dan sumber pertimbangan dalam menentukan sesuatu perkara.Mimpi ialah kasyf (penyingkap rahsia ghaib) ketika tidur manakala kasyf ketika jaga ialah ilham.

Kebenaran kasyf dalam dalam keadaan terjaga dengan kebenaran mimpi yang dilihat ketika tidur dalam mimpi cuba dibuktikan oleh Imam Ghazali.

Mimpi para Nabi bagaimanapun adalah wahyu.Ulama berpendapat mimpi para Nabi adalah salah satu cara penyampaian wahyu.Allah berfirman ;
"Dan tidaklah patut bagi seseorang manusia bahawa Allah akan berbicara kepadanya kecuali dengan perantaraan wahyu atau dari belakang tabir atau dengan mengutus utusan (malaikat) lalu diwahyukan kepadanya dengan izin-Nya apa yang Dia kehendaki.Sungguh, Dia Maha Tinggi,Maha Bijaksana." As-Syura:51
Jenis-jenis mimpi berdasarkan hadis;
  • Hadis Abi Qatadah
"Mimpi yang baik datangnya dari Allah,sedangkan mimpi yang buruk datangnya dari syaitan, maka jika salah seorang daripada kalian bermimpi buruk yang dibencinya, maka hendaklah ia meludah ke kirinya dan berlindunglah kepada Allah, maka mimpinya tersebut tidak akan pernah merugikannya."
  • Hadis Anas bin Malik
"Mimpi yang baik daripada seorang lelaki yang soleh merupakan satu bahagian daripada 46 bahagian kenabian."
  • Hadis Abi Sa'id Al khudry
"Jika seseorang di antara kalian bermimpi dengan mimpi yang ia sukai (mimpi yang baik) sesungguhnya itu datangnya dari Allah, maka pujilah Allah atasnya dan bicarakanlah mimpi tersebut.Dan jika seseorang di antara kalian bermimpi yang lain dari itu (mimpi yang buruk), dan ia membencinya, maka sesungguhnya itu datangnya dari syaitan, maka berlindunglah dari keburukannya dan janganlah membicarakannya kepada sesiapa pun, maka mimpi buruknya tersebut tidak merugikannya."
  • Hadis Abu Hurairah
"Tidak ada yang tersisa dari kenabian melainkan hanya mubasyiraat.Maka para sahabat bertanya : Apakah mubasyiraat itu? Maka nabi menjawab : Mimpi yang baik."
  • Hadis Anas
"Barang siapa melihatku (nabi) dalam mimpi, maka ia sungguh-sungguh telah melihatku, kerana syaitan tidak dapat menyerupaiku."
  • Hadis Abu Sa'id
Barang siapa melihatku (nabi) maka ia sungguh-sungguh telah melihat kebenaran, kerana sesungguhnya syaitan tidak bisa membentuk dirinya sepertiku."
Bersambung Persoalkan teori mimpi (Bahagian 3)...Sebarang kritikan diterima.Harap maklum.

Sumber : Sikap Islam terhadap Islam, kasyf ,mimpi ,jimat perdukunan dan jampi (Dr Yusuf Al Qardawy)
Penterjemah : Hermansyah
Penerbit : Jakarta , Bina Tsaqafah ,1997.

http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/
Desasiswa Cahaya Gemilang

Berbahasa dengan bahasa

Bagaimana aku mahu berbahasa dengan bahasa.Seorang sahabat meminta supaya diajarkan cara untuk berbahasa.Aku bukanlah orang yang hebat dalam penulisan.Namun aku cuba untuk mengurangkan perkataan singkatan supaya nampak seperti begitu moleknya bahasa itu.Setiap kali aku menulis dalam Bahasa Melayu (BM) seringkali aku rasa seperti diperhatikan.

Cikgu Zaleha mengajarku BM semasa di Tahun 5 dan 6.
Cikgu Rosli Mujni mengajarku BM semasa di Tingkatan 2.
Cikgu Saroya mengajarku BM semasa di Tingkatan 3.
Cikgu Sharina mengajarku BM semasa di Tingkatan 4 dan 5.
Puan Safiah mengajarku BM semasa aku di tahun pertama di kampus.Kursus wajib untuk syarat graduasi di Universiti Sains Malaysia.

Sudah ramai blogger yang membincangkan isu berbahasa.Ini termasuklah isu Bahasa Inggeris yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik.Rasanya tidaklah sukar untuk berbahasa dengan bahasa.Malah apabila kita berbahasa dengan bahasa, kelihatannya bahasa itu suatu yang indah.Jujur aku katakan aku lebih suka membaca blog yang menggunakan aturan bahasa yang tersusun tetapi tidak semestinya perlu puitis dan berbunga-bunga.Bukankah elok begitu.Maafkan aku andai tersalah bahasa.

http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/
Desasiswa Cahaya Gemilang

Rindu akan kalian

Coretan aku mungkin tidak sepuitis sahabatku Ainunl Muaiyanah ,tetapi entah mengapa bait-bait kata di blog Ainunl membuatkan aku ingin bertemu dengannya.Mungkin suatu hari nanti jika ada peluang kita pasti bersatu kembali.Apa pun kenangan pahit manis di maktab tak mungkin aku lupakan.Pahit sekalipun ia tetap menjadi kenangan.Manis sekalipun ia tetap di ingatan.

Masing-masing sudah dewasa dan punya tanggungjawab masing-masing.Aku sangat baru dalam dunia penulisan.Tidak seperti Ainunl.Sahabatku Azian kini jauh di perantauan.Aku sendiri tak tahu bila kita dapat bertemu walau kita senegeri Pahang Darul Makmur.Keterbatasan masa membuatkan kita terpisah.Cita-cita yang kalian kejar aku doakan kejayaan setinggi-tingginya.

Suka duka kita bersama.Wiyah aku jumpa dua kali itupun semasa dia datang ke kampus aku sewaktu minggu konvokesyen.Ana aku tak pernah jumpa sesudah tamat Sijil Pelajaran Malaysia.Apa pun aku mohon ampun dan maaf lantaran sikapku yang tidak menentu mood dan tingkahlaku.Aku kira jika kita bertemu mungkin banyak perbezaannya tidak seperti dahulu.

Sahabatku yang bakal jadi guru ,doktor ,peguam ,mahupun penulis .Betapa singkatnya masa ,betapa kecilnya dunia ,bertambah tahunya kita bahawa kita tidak boleh menoleh lagi.Aku doakan kesejahteraan dan kebahagiaan kalian.

http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/
Desasiswa Cahaya Gemilang

Marah!

Marah!
Marah pada siapa?
Marah pada diri?

Marah!
Kenapa marah?
Marah yang tiada erti.

Marah!
Marah tak bertempat.
Marah yang tiada erti.

Marah yang ada erti?
Bagaimana?

Kau bangun solat Subuh?
Tak.
Dah ganti?
Tak.
Kenapa?
Bangun lewat.

Zuhur?
Dah solat?
Belum.
Bangun dah masuk Asar.

Asar?
Dah solat?
Belum.
Tengok wayang sampai pukul 7 petang.

Maghrib?
Dah solat?
Belum.

Isya'?
Dah solat?
Tak jugak.

Marah!
Itu sebab kau marah.
Kau lupa buat perkara penting.
Itu sebab kau marah.
Hati kau tak tenang.

Kau masih marah?

Nur Syahidah
Desasiswa Indah Kembara 4.20 petang 21 Nov 08
http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

Keutamaan yang terbabas

Kawan :
"Aku ada meeting pukul 4 petang ini."
Penulis :
"Bukankah kau ada kelas masa tu."
Kawan :
"Ya ,tapi aku kena jumpa Yang Di Pertua St John.Hanya waktu itu dia ada masa terluang.Waktu lain aku pula yang tak boleh."


Ruginya kawan.Sanggup ponteng kuliah dan kelas tutorial sebab mahu menguruskan hal persatuan.

http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/
Desasiswa Indah Kembara

Prestasi baik

Apabila aku baca di sini nampaknya tiada masalah sepatutnya pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris diteruskan.Aku ada tanya Ain (adik aku yang baru dapat keputusan UPSR semalam).Ain kata Matematik senang.Habis tu sebenarnya apa yang susah sangat.Aku ingat lagi apa yang Ustaz Zaini pernah kata dalam kelas kira-kira 4 tahun lepas ,Ustaz kata belajar bahasa lain bukanlah suatu kesalahan.Jadi apa yang menyebabkan sesetengah pihak tidak bersetuju Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris.Dr Danial Zainal Abidin ada menyatakan dalam bukunya yang bertajuk 7 Formula Individu Cemerlang edisi kedua iaitu ,

"Untuk berjaya umat Islam perlu menerima perubahan yang berlaku di hadapan mata mereka secara positif dan seterusnya berani membuat pengubahsuaian pada hidup bagi menghadapi perubahan itu.Islam menentang minda yang beku."

Aku yang cetek ilmu ini berpendapat walaupun bahasa itu mungkin menjadi permasalahan sekalipun ambillah ia sebagai cabaran untuk maju.

http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/
Desasiswa Indah Kembara

Sembang bersama Kak Teh

(10 Nov 08 : 6.33pm) .Nombor celcom yang baru dibuka setelah sekian lama.Maaf Kak Teh.De ada beritahu awak akan hadapi SPM.Sebulan yang lalu aku ada hantar kad good luck ke alamat asrama Kak Teh di SMK Bentong.

Inbox :
Salam ,kak minta maaf untuk segala yang menyakitkan hati..doakan orang ya..peperiksaan bermula esok hingga 27 November..

(13 Nov 08 : 5.55pm).Petang tadi selepas Asar aku telefon adikku Ain bertanyakan keputusan UPSR.Ain tanya bila aku hendak pulang ke rumah.Dia rindu katanya.Haha.Aku gelak, walhal touching aku dibuatnya.Sedap umi masak Nasi Kerabu waktu makan tengahari katanya.

(13 Nov 08 : 11.49pm).Nombor maxis aku.Menyusahkan buat begini.

Sent Item :
Kak Teh ,subjek apa lagi tinggal?Ain dapat 4A 1B.Bahasa Inggeris B.
Inbox :
Orang sudah maklum ,orang telefon rumah tengahari tadi.Selasa depan Add math ,rabu Pendidikan Agama Islam ,Khamis Kimia ,Minggu ketiga Bio ,Fizik dan EST.

Sent Item :
Lawak pula rasanya ,tadi kakak telefon rumah ,Ain kata dia nangis sebentar dalam hati.

Inbox :
Ya ,masa orang telefon suara dia seperti kesedihan..kakak sedang minggu peperiksaan bukan?

Sent Item :
Sudah berakhir tiga hari lepas ,sekarang fokus pada projek di makmal dan bercadang untuk mengambil kurus bagi mendapatkan lesen kereta dan motosikal.

Inbox :
Wah ambil lesen ,tak mahal ke ,banyak pula duit kak.

Sent Item :
Haha ,berjimat cermat amalan mulia ,bagaimana BM dengan Sejarah ,ok tak?

Inbox :
Erm ,ya la..ntah la ,boleh kot ...nanti kalau kakak chat dengan Abang De kirim salam kat dia ya..along sekali..

Sent Item :
Baru YM dengan De ,along minggu lepas,De sibuk jual t-shirt sekarang kat internet ,ok la good luck.

Inbox :
Jual baju..?Menarik tu..ok..selamat malam..Salam..:)


Aku tak telefon Kak Teh sebab tidak mahu mengganggu dia belajar...wah..sebenarnya aku tak tahu apa yang perlu aku beritahu kepada dia..hehe..Kak Teh lebih rapat dengan Abang De dia berbanding aku...Selalu gaduh dengan Kak Teh ni masa kecil ,tetapi dengan De member kamcing.Sok sek sok sek dua orang tu.Apa-apa pun aku sayang semua adik-adik aku.Hahahahahaha~

P/S ~ Aku telah mengubah bahasa SMS kepada ayat yang lebih tersusun.Jika diikutkan aku sendiri tidak pernah mengerti Kak Teh akan menggantikan huruf G dengan nombor 9 dalam bahasa SMSnya.Sungguh ku tidak mengerti.Pernah sekali ditegur tak menjadi.

http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/
Desasiswa Indah Kembara

Persoalkan teori mimpi ( Bahagian 1 )

Mimpi

Mimpi ialah suatu kesedaran terubah iaitu imej dan fantasi mungkin di kelirukan dengan realiti.Menurut Freud yang mencadangkan proses psikologi dikatakan menyumbang kepada mimpi.Freud mengatakan mimpi ialah keinginan tersembunyi dan merupakan jalan melihat ketidaksedaran.Menginterpretasi isi mimpi memberi peluang meneroka keinginan tersembunyi.

Menurut Evan (1984) semasa tidur ,otak memisahkan diri dari dunia luar dan cuba menapis dan menyusun maklumat yang terkumpul semasa siang untuk disimpan di dalam ingatan.Pada peringkat Rapid Eye Movement (REM) ,otak menjadi on-line buat seketika dan ini membolehkan pemikiran sedar melihat sebahagian sampel proses organisasi dan modifikasi otak.

Teori-teori mimpi Crick dan Mitchison (1986 ,1983) pula menyatakan korteks pada otak menyimpan ingatan terdiri daripada rangkaian neural yang saling berkaitan.Oleh sebab jumlah maklumat yang diterima adalah banyak ,otak memerlukan satu mekanisme untuk memperbetulkan semula fungsi neural.Mimpi ialah satu mekanisme yang cuba memperbetulkan program neural pada otak yang telah berfungsi dengan aktif pada siang hari.Mimpi diperlukan untuk membersihkan sistem rangkaian harian otak.

Adakah semua orang bermimpi?

Semua orang bermimpi.Laporan menunjukkan tidak bermimpi mungkin disebabkan tidak dapat mengingati mimpi.Mimpi tidak dapat diingati kerana :
  • Mimpi itu kompleks
  • individu tidak terjaga semasa Rapid Eye Movement
  • Ada gangguan sebaik jaga
  • Tiada usaha untuk mengingati mimpi
REM vs NREM

REM (Rapid Eye Movement)
  • Mata bergerak pantas
  • Degupan jantung meningkat
  • Tahap metabolik otak sama seperti ketika jaga
  • Otak yang jaga dalam keadaan badan yang lumpuh
NREM (Non-Rapid Eye Movement)
  • Tiada pergerakan mata.
  • Degupan jantung dan pernafasan menurun.
  • Otot dalam keadaan relaks.
  • Tahap metabolik otak menurun.
  • Otak yang tidak bergerak dalam badan yang relaks.
Ingatan tentang mimpi pada REM vs NREM
  • Kita hanya mengingati mimpi sekiranya terjaga apabila sedang bermimpi.
  • Apabila terjaga pada peringkat NREM ,orang sukar mengingati mimpi dan mimpi selalunya dalam bentuk yang biasa.
  • Apabila terjaga pada peringkat REM ,mimpi selalu diingati dalam bentuk yang jelas ,pelik dan tidak logik.
Kejadian mimpi dikatakan sama lama dengan kejadian ketika jaga.Misalnya anda bermimpi sedang berjalan ,maka tempoh anda berjalan itu adalah sama dengan tempoh anda berjalan ketika jaga.Seseorang seringkali sedar bahawa mereka sedang bermimpi.Walaubagaimanapun ,ada orang mengalami mimpi yang terang / jelas sehingga menyukarkan mereka mengetahui sama ada itu mimpi atau tidak.Terdapat juga orang yang mengalami saat mimpi palsu.

Isi mimpi juga dikatakan boleh dikawal.Kajian menunjukkan bahawa memberi cadangan secara tidak langsung sebelum orang tidur dapat mempengaruhi mimpi mereka.Contohnya pemakaian kaca mata berwarna merah sebelum tidur meyebabkan mimpi berwarna merah.Selai itu ,memberi cadangan secara langsung juga akan mempengaruhi isi mimpi.Misalnya ,seseorang yang diminta bermimpi tentang personaliti yang diingini ada bermimpi tentang personaliti tersebut.

Baca lanjut.
1. Persoalkan teori mimpi (Bahagian 2)
2. Persoalkan teori mimpi (Bahagian 3)

http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/
Desasiswa Indah Kembara

Peperiksaan tamat

Salam ,
Jam 4.15 petang tadi maka berakhirlah peperiksaan semester pertama sidang 2008/2009 buat penulis.Namun dengan dukacitanya dimaklumkan kepada orang tua penulis tidaklah dapat pulang ke kampung halaman di Pahang Darul Makmur sepanjang cuti semester ini.Ini disebabkan suatu keperluan kepada penulis supaya kembali semula ke makmal kimia tercinta (oh ikhlaskanlah~).Sob sob...Oh sebelum terlupa semoga berjaya buat pelajar-pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini~ Kak Teh boleh! (adikku)...Sekian~

http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/
Desasiswa Indah Kembara

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...