Berbahasa dengan bahasa

Bagaimana aku mahu berbahasa dengan bahasa.Seorang sahabat meminta supaya diajarkan cara untuk berbahasa.Aku bukanlah orang yang hebat dalam penulisan.Namun aku cuba untuk mengurangkan perkataan singkatan supaya nampak seperti begitu moleknya bahasa itu.Setiap kali aku menulis dalam Bahasa Melayu (BM) seringkali aku rasa seperti diperhatikan.

Cikgu Zaleha mengajarku BM semasa di Tahun 5 dan 6.
Cikgu Rosli Mujni mengajarku BM semasa di Tingkatan 2.
Cikgu Saroya mengajarku BM semasa di Tingkatan 3.
Cikgu Sharina mengajarku BM semasa di Tingkatan 4 dan 5.
Puan Safiah mengajarku BM semasa aku di tahun pertama di kampus.Kursus wajib untuk syarat graduasi di Universiti Sains Malaysia.

Sudah ramai blogger yang membincangkan isu berbahasa.Ini termasuklah isu Bahasa Inggeris yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik.Rasanya tidaklah sukar untuk berbahasa dengan bahasa.Malah apabila kita berbahasa dengan bahasa, kelihatannya bahasa itu suatu yang indah.Jujur aku katakan aku lebih suka membaca blog yang menggunakan aturan bahasa yang tersusun tetapi tidak semestinya perlu puitis dan berbunga-bunga.Bukankah elok begitu.Maafkan aku andai tersalah bahasa.

http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/
Desasiswa Cahaya Gemilang

10 ulasan:

SangPelangi berkata...

Mari, kita satu barisan, membanteras blog bahasa SMS ini. Hihi.
Aku kalau ada blog tulisan SMS, memang aku pangkah awal-awal. (Tak sedar yang aku dulu pun tulis macam tu. Haha)

~Syahidah~ berkata...

Ayuh!Blogger bersatu.

Ibnurashidi berkata...

Perlu diingit, Al-Quran juga ada bahasa puitisnya.
Apapun, saya sememangnya tidak suka membaca blog menggunakan bahasa SMS.

Syahidah berkata...

Syukran ya IbnuRashidi.Setuju tentang itu.Bahasa Arab antara subjek yang aku minat.Namun ,tidak berpeluang untuk belajar nahu dan sebagainya secara serius.Sekadar PMR kelayakanku.

BUDAK KAMPUNG berkata...

aku mula sedar yg bahasa sms dalam dunia blogging memang x d alu2 kan..aku mula mengerti semua itu..terima kasih sahabat~

Syahidah berkata...

Bukan tidak dialu-alukan, cuma bagi aku jika bukan kita yang mulakan ,kita nak tunggu siapa mulakan baru kita nak turuti..Terima kasih atas ulasan kau budak kampung.

ainunl.muaiyanah berkata...

syida..

kata orang bahasa melambangkan bangsa..
kalau kita sudah tidak tahu berbahasa dan berbudi bahasa bagaimana pula perihal bengsanya, ?

tegak rumah kerana sendi
runtuh sendi rumah binasa
tegak bangsa kerana budi
runtuh budi runtuhlah bangsa

Syahidah berkata...

Cikgu Sharina tidak lagi mengajar di pasir salak.kau tahu tentang itu ainunl?

drrazi berkata...

bgusnya ingat semua cikgu BM dari dulu. terasa terkena sebijik kat diri ini. sori guru-guruku-bkn tak ingat,cuma terlupa. huhu~ bahasa menunjukkan bangsa. hmm,actually,bahasa juga menunjukkan peribadi. sama2 renungkan.=)

Syahidah berkata...

Bahasa Melayu dan Bahasa Arab aku lebih suka berbanding Bahasa Inggeris.Aku lebih mudah ingat nama guru yang mengajar subjek bahasa.

Bahasa menunjukkan peribadi? ermm~

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...