Persoalkan teori mimpi ( Bahagian 1 )

Mimpi

Mimpi ialah suatu kesedaran terubah iaitu imej dan fantasi mungkin di kelirukan dengan realiti.Menurut Freud yang mencadangkan proses psikologi dikatakan menyumbang kepada mimpi.Freud mengatakan mimpi ialah keinginan tersembunyi dan merupakan jalan melihat ketidaksedaran.Menginterpretasi isi mimpi memberi peluang meneroka keinginan tersembunyi.

Menurut Evan (1984) semasa tidur ,otak memisahkan diri dari dunia luar dan cuba menapis dan menyusun maklumat yang terkumpul semasa siang untuk disimpan di dalam ingatan.Pada peringkat Rapid Eye Movement (REM) ,otak menjadi on-line buat seketika dan ini membolehkan pemikiran sedar melihat sebahagian sampel proses organisasi dan modifikasi otak.

Teori-teori mimpi Crick dan Mitchison (1986 ,1983) pula menyatakan korteks pada otak menyimpan ingatan terdiri daripada rangkaian neural yang saling berkaitan.Oleh sebab jumlah maklumat yang diterima adalah banyak ,otak memerlukan satu mekanisme untuk memperbetulkan semula fungsi neural.Mimpi ialah satu mekanisme yang cuba memperbetulkan program neural pada otak yang telah berfungsi dengan aktif pada siang hari.Mimpi diperlukan untuk membersihkan sistem rangkaian harian otak.

Adakah semua orang bermimpi?

Semua orang bermimpi.Laporan menunjukkan tidak bermimpi mungkin disebabkan tidak dapat mengingati mimpi.Mimpi tidak dapat diingati kerana :
  • Mimpi itu kompleks
  • individu tidak terjaga semasa Rapid Eye Movement
  • Ada gangguan sebaik jaga
  • Tiada usaha untuk mengingati mimpi
REM vs NREM

REM (Rapid Eye Movement)
  • Mata bergerak pantas
  • Degupan jantung meningkat
  • Tahap metabolik otak sama seperti ketika jaga
  • Otak yang jaga dalam keadaan badan yang lumpuh
NREM (Non-Rapid Eye Movement)
  • Tiada pergerakan mata.
  • Degupan jantung dan pernafasan menurun.
  • Otot dalam keadaan relaks.
  • Tahap metabolik otak menurun.
  • Otak yang tidak bergerak dalam badan yang relaks.
Ingatan tentang mimpi pada REM vs NREM
  • Kita hanya mengingati mimpi sekiranya terjaga apabila sedang bermimpi.
  • Apabila terjaga pada peringkat NREM ,orang sukar mengingati mimpi dan mimpi selalunya dalam bentuk yang biasa.
  • Apabila terjaga pada peringkat REM ,mimpi selalu diingati dalam bentuk yang jelas ,pelik dan tidak logik.
Kejadian mimpi dikatakan sama lama dengan kejadian ketika jaga.Misalnya anda bermimpi sedang berjalan ,maka tempoh anda berjalan itu adalah sama dengan tempoh anda berjalan ketika jaga.Seseorang seringkali sedar bahawa mereka sedang bermimpi.Walaubagaimanapun ,ada orang mengalami mimpi yang terang / jelas sehingga menyukarkan mereka mengetahui sama ada itu mimpi atau tidak.Terdapat juga orang yang mengalami saat mimpi palsu.

Isi mimpi juga dikatakan boleh dikawal.Kajian menunjukkan bahawa memberi cadangan secara tidak langsung sebelum orang tidur dapat mempengaruhi mimpi mereka.Contohnya pemakaian kaca mata berwarna merah sebelum tidur meyebabkan mimpi berwarna merah.Selai itu ,memberi cadangan secara langsung juga akan mempengaruhi isi mimpi.Misalnya ,seseorang yang diminta bermimpi tentang personaliti yang diingini ada bermimpi tentang personaliti tersebut.

Baca lanjut.
1. Persoalkan teori mimpi (Bahagian 2)
2. Persoalkan teori mimpi (Bahagian 3)

http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/
Desasiswa Indah Kembara

2 ulasan:

Classmate_Auckland berkata...

Aku pernah dengar satu siri ceramah oleh Ustaz Ismail Kamus yg bertajuk mentafsir mimpi.. Dgn tujuan tidak mahu mngaitkannya dari perspektif islam maka ape yg dsampaikan oleh beliau adalah bersandar keatas khilafnye sbagai seorang manusia. Waallahualam. Dalam siri tersebut dceritakan bhawa mimpi ini adelah keadaan dimana roh manusia terpisah dari jasad dan mneroka satu alam lain. Bagaimana kita kadang2 bila bermimpi berjumpa dgn arwah yg kita kenali. Dan slainnya dikatakan mainan syaitan utk melalaikan manusia. Namun tidak dnafikan juga faktor2 lain sperti terlalu memikirkan ssuatu smasa jaga shgga terbawa dalam mimpi. Mgkin saintis barat cuba mncari kaitan mimpi dgan diri manusia scara jasadnya namun sbagai muslim kita harus ingat bagaimana junjngan bsar kita mnerima wahyu melalui mimpi. Aku yakin dan percaya kajian mngenai mimpi ini belum ada titik noktahnya. Sejauh mane pandangan saintis barat dalam mencipta teori2 berkaitan mimpi harus dilihat juga sudutnya dari perspektif islam.

~Syahidah~ berkata...

Aku suka komentar yang kau berikan.Hehe ,nampaknya aku tak perlu edit.Asas psikologi yang aku pelajari memang dari sudut pandangan barat.Antara teori mimpi yang lain ialah :

1) teori Hobson (1997)- Mimpi seperti delirium

http://en.wikipedia.org/wiki/Delirium

2) teori Cartwright (1996) - Mimpi membantu menyelesaikan masalah

3)Teori Domhoff & Schneider (1998)-Mimpi ialah proses imaginatif yang menggambarkan konsepsi ,kebimbangan dan emosi seseorang.

Apa pun terima kasih atas makluman mengenai pandangan Ustaz Ismail Kamus.

"sperti terlalu memikirkan ssuatu smasa jaga shgga terbawa dalam mimpi".Ini mungkin benar.

Walaubagaimanapun aku bersetuju belum ada titik noktah kajian tentang mimpi.

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...