Emosi

M baru sahaja mendapat tawaran pekerjaan di sebuah syarikat swasta yang sesuai dengan minatnya.S baru sahaja kehilangan adiknya akibat kecelakaan jalan raya.

Bagaimana peristiwa-peristiwa ini mempengaruhi komponen-komponen emosi M dan S?

Emosi merupakan suatu keadaan yang kompleks dan membawa kepada persediaan untuk bertindak balas.Emosi ada kategori tertentu seperti marah ,geram dan seronok.M akan berasa seronok dan gembira apabila mendapat surat tawaran tersebut.Manakala S pula yang baru kehilangan adiknya akan berasa sangat sedih.

Tema dan dimensi penilaian

Dimensi minimalis mencadangkan tema tertentu untuk mendefinasikan maksud emosi secara spesifik.Contohnya dalam hal M ini bermaksud M mahu akan pekerjaan yang bersesuaian dengan mintanya.Dimensi minimalis selalunya berhala dua tetapi tidak semestinya.

Dimensi maksimalis mencadangkan kejadian yang diingini jika terjadi akan membuatkan seseorang itu gembira dan jika tidak berlaku dia akan berasa sedih.Sebaliknya kejadian tidak diingini sekiranya terjadi akan membuatkan sesorang itu tidak gembira dan sebaliknya jika tidak berlaku dia akan berasa lega.

Perkara yang diingini berlaku kepada M ,maka M berasa gembira.Sebaliknya perkara yang tidak diingini berlaku kepada S ,maka S berasa tidak gembira ataupun sedih.Hubungan individu dan persekitaran menyebabkan wujudnya penilaian kognitif dan tindak balas emosi seperti :

Pengalaman subjektif
Kecenderungan pemikiran - tindakan
Perubahan dalaman tubuh badan
Ekspresi wajah


Pengalaman subjektif

Emosi dialami secara sedar dan berfungsi untuk membantu seseorang bertindak balas.Misalnya rasa takut menunjukkan adanya ancaman terhadap keselamatan dan kita perlu mengambil tindakan untuk menyelamatkan diri.Rasa gembira pula membantu kita untuk rasa selamat dan membolehkan kita meneroka dan berkembang.M merasa gembira atas tawaran pekerjaan tersebut dan perasaan gembiranya dijadikan panduan positif untuk tindak balas seterusnya dalam situasi ini.M jadi lebih bersemangat meneruskan cita-citanya.

Kecenderungan pemikiran - tindakan

Emosi membantu kita bertindak balas dengan menimbulkan kecenderungan untuk berfikir atau bertindak dalam cara tertentu yang membantu kita untuk terus hidup.Lazimnya emosi negatif menimbulkan kecenderungan pemikiran - tindakan yang spesifik seperti ketakutan akan membuatkan seseorang melarikan diri (sekadar contoh).Emosi positif pula menimbulkan kecenderungan pemikiran - tindakan yang lebih umum seperti jika seseorang gembira dia mungkin ingin bergurau.

Perubahan dalaman tubuh badan

Perubahan fisiologi akan berlaku jika seseorang mengalami emosi tertentu secara kuat.Kesan sistem saraf simpatetik seperti degupan jantung dan pernafasan meningkat ,mulut menjadi kering ,berpeluh ,menggeletar dan senak perut.Selepas emosi menurun ,sistem parasimpatetik mengambil alih dan membantu kembali pada keadaan asal.

Ekspresi wajah dan emosi

Ekspresi wajah menunjukkan emosi seseorang.M dengan wajah gembira manakala Si dengan wajah masam.Wajah yang masam mungkin memberi amaran supaya kita menjauhinya.Ekspresi wajah dan emosi yang berkaitan dilihat secara universal namun kaitan antara emosi dengan tingkahlaku tertakluk kepada budaya.

Tindak balas terhadap emosi

Ada masanya kita ingin memanjangkan emosi (apabila gembira) dan ada masanya kita ingin memendekkan emosi (apabila sedih).Strategi kognitif akan membuatkan S mengelak daripada berfikir tentang adiknya dan cuba untuk mencari jalan penyelesaian.S juga berkemungkinan berfikir untuk menyibukkan diri sebagai penyelesaian masalah.Strategi tingkah laku pula mendorong Siti untuk meluahkan masalahnya kepada sahabat atau orang yang dipercayai dalam cubaan memendekkan emosi negatif

http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/
Desasiswa Indah Kembara

5 ulasan:

classmate_auckland berkata...

emosi yg dinyatakan berbentuk ilmiah. tp dlm kajian ilmiah, ade x mnyatakan mngapa pmpn kerap tersentuh emosinya berbnding laki. Adekah ianye fkta atau skdar interpretation indivdu smata?

Ibnurashidi berkata...

Semoga Akal, Iman, dan Taqwa mampu mengawal emosi. Dibimbang terlalu beremosi boleh mengundang bahaya pula.

~Mulabelajarhentimimpi~ berkata...

oh classmate lagi..setakat yang penulis tahu ia adalah fakta..berkaitan dengan perempuan menggunakan kedua-dua belah otak kiri dan kanan berbeza dengan lelaki..komen classmate memberikan penulis idea untuk entry seterusnya..nantikan..

~Mulabelajarhentimimpi~ berkata...

Oh Saudara Ibnu Rashidi terima kasih atas komen Saudara ,agak sukar penulis mencari maklumat mengenai tajuk2 di bawah psikologi dalam Bahasa Melayu.Maklumat yang diperolehi melalui internet kebanyakannya dalam Bahasa Inggeris dan juga versi Indonesia.Penulis betul-betul buntu untuk mencari pandangan psikologi dalam Islam.

Common name : PiNkLaDy IUPAC : not provided berkata...

Oh.. harinie die paper terakhir... Seronoknya....

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...