Persoalkan teori mimpi ( Bahagian 3 )

Permasalahan dalam memahami mimpi adalah berbeza.Sebenarnya pengikut mazhab analisa jiwa (psikoanalisis) menolak mimpi yang benar - mereka melihat mimpi sebagai pantulan daripada apa yang mereka rasa ketika jaga atau sesuatu yang tersimpan dalam minda bawah sedar mereka.(Sila baca Persoalkan teori mimpi bahagian 1 untuk mengetahui teori-teori mimpi yang diperkenalkan oleh barat).Sigmund Freud salah seorang pencetus teori ini bagaimanapun tidak menolak bahawa adanya tokok tambah dalam penceritaan semula mimpi dan wujudnya ramalan dalam menginterpretasikan mimpi.Baca juga Persoalkan teori mimpi bahagian 2.


Mimpi sebagai peringatan dan berita gembira.

Mimpi yang baik dikatakan sebagai peringatan dan berita gembira demi menetapkan hati orang yang beriman atau bagi memperkuatkan azam mereka ,bukan sandaran yang diambil oleh orang yang malas dan pasif untuk putus asa mahupun lari daripada kenyataan ,duduk berdiam diri tidak memerangi kerosakan ,kezaliman mahupun orang yang zalim.Orang sebegini ini jika melihat sesuatu dalam mimpinya mereka sekadar bertepuk tangan dan membesar-besarkannya tanpa ada usaha untuk mengerah tenaga dalam menggapai cita-cita.Mereka berpendapat harus berserah kepada takdir tanpa berusaha.

Padahal Nabi saw dan para sahabatnya memandang mimpi tidak lebih dari sekadar khabar gembira (busyro) ,kemudian mereka meneruskan perjuangan mereka dan jihad mereka ,dengan tetap menempuh jalan tersebut tanpa merasa lemah dan merasa berat ,dan tanpa menganggap remeh terhadap ketentuan-ketentuan alamiah Allah (Sunnatullah).

Hal ini sangat jelas terlihat dalam sirah Nabi s.a.w. ,setelah beliau bermimpi bahawasanya beliau dan para sahabat akan memasuki masjidil haram dalam keadaan aman.

Inilah perbezaan yang amat jelas antara mimpi yang tidak diragukan lagi kebenarannya -iaitu mimpi nabi s.a.w. - dengan mimpi yang boleh jadi merupakan bisikan-bisikan hati dan angan-angan kosong ketika dalam keadaan terjaga kemudian menjelma menjadi gambaran mimpi di malam hari ,persis sepert yang dikatakan oleh pepatah :
"Orang yang lapar bermimpi bahawa dia berada di pasar kehidupan"
Perbicaraan iblis ketika kalian dalam tidur tidak jauh bezanya dengan perkataan iblis ketika kalian terjaga (semuanya dusta).

Cadangan rujukan :

Tafsiran mimpi oleh para ulama ,Syeikh Muhammad Sirin.
Tafsir mimpi dalam pandangan Islam ,Muhammad Ali Qutb.
Ensiklopedia tafsir mimpi menurut tradisi Islam ,Muhammad Ibnu Sirin.

http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/
Desasiswa Cahaya Gemilang

2 ulasan:

BalQis berkata...

Ya, sewaktu belajar subjek philosophy dan psychology, saya ada belajar tentang mimpi, tetapi tentulah dari pandangan ahli-ahli barat. Contohnya, Rene Descartes sewaktu mula mempersoalkan tentang kewujudan dirinya dan mencipta gan moto yang terkenal ini, 'I think therefore I am' pernah berkata bahawa mimpi itu hanyalah seperti apa yang dilukis oleh seorang pelukis yang menggabungkan elemen-elemen atau imej-imej yang nyata dalam lukisannya. Kamu mungkin pernah bermimpi tentang kuda bersayap, tetapi itu hanyalah kerana kamu pernah melihat kuda dan sayap. Begitu.

Bagi sesetengah orang, mimpi hanyalah sebuah mainan tidur.
Tetapi kebanyakan mimpi orang-orang yang soleh dan beriman terisi dengan ' bushro', khabar gembira seperti yang telah kamu terangkan. Moga-moga kita sentiasa didatangi mimpi-mimpi yang baik sebagai peringatan, InsyaAllah.

Syahidah berkata...

@Balqis

Itulah, kadang-kadang kalau mimpi yang bukan-bukan tu maknanya sama ada sebelum tidur tak berwudhu' atau tak baca doa sebelum tidur

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...