Prestasi baik

Apabila aku baca di sini nampaknya tiada masalah sepatutnya pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris diteruskan.Aku ada tanya Ain (adik aku yang baru dapat keputusan UPSR semalam).Ain kata Matematik senang.Habis tu sebenarnya apa yang susah sangat.Aku ingat lagi apa yang Ustaz Zaini pernah kata dalam kelas kira-kira 4 tahun lepas ,Ustaz kata belajar bahasa lain bukanlah suatu kesalahan.Jadi apa yang menyebabkan sesetengah pihak tidak bersetuju Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris.Dr Danial Zainal Abidin ada menyatakan dalam bukunya yang bertajuk 7 Formula Individu Cemerlang edisi kedua iaitu ,

"Untuk berjaya umat Islam perlu menerima perubahan yang berlaku di hadapan mata mereka secara positif dan seterusnya berani membuat pengubahsuaian pada hidup bagi menghadapi perubahan itu.Islam menentang minda yang beku."

Aku yang cetek ilmu ini berpendapat walaupun bahasa itu mungkin menjadi permasalahan sekalipun ambillah ia sebagai cabaran untuk maju.

http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/
Desasiswa Indah Kembara

8 ulasan:

SangPelangi berkata...

Kata-kata Dr Danial Zainal Abidin itu tak mungkin bisa dipersoalkan. Tapi, aku tak nampak ia boleh dipegang sebagai menyuruh kita menyahut cabaran dalam isu bahasa ini.

Islam menentang minda yang beku, tapi ketahuilah. Anak desa kita di ceruk pergunungan sana belum ada lagi kesedaran. Apatah lagi minda mereka masih membeku. Boleh tanya sendiri pendapat tenaga guru di hujung sana.

Islam menentang minda yang beku, tapi tak memeranginya. Malah perlunya dicairkan dengan lembut, ada ketika dicanai dengan keras.

Sayangnya minda yang beku itu terus dibekukan (dengan pelaksanaan bahasa Inggeris).
Angkara siapa? Bukan dari tangan-tangan kita sendiri?

Satu lagi penambahan, Islam juga menentang usaha membekukan minda.

Ibuku seorang guru yang pernah terlibat dalam urusan peperiksaan di peringkat pusat. Katanya, graf tahap kelulusan dan gred pemarkahan berubah-ubah mengikut kehendak semasa (atau sesiapa saja yang berkuasa ke atasnya).

Maka prestasi pelajar dalam peperiksaan bukan satu ukuran. Peningkatan gred A dalam Matematik Sains UPSR aku lihat ada agenda di sebaliknya.

Aku cuma berpijak di bumi yang nyata. Persembahkan kepada kami, hujankan panahan bukti, bahawa anak desa kita mampu menggapai A, dalam masa sesingkat itu.

Kuantiti belum pasti mencermin kualiti.

~Syahidah~ berkata...

Terima kasih Sang Pelangi di atas kunjungan yang aku tak jangka.Ulasan yang panjang lebar untuk entry cuba-cuba bagi blogger kecil-kecilan seperti aku.

Mungkin benar pandangan Dr Danial itu tiada kaitan dengan isu ini.

Namun begitu ,ingin aku sampaikan di sini sebagai seorang kakak kepada adik yang menjadi antara barisan pertama menjadi bahan ujikaji PPISM ,aku melihat turutan dan juga perkembangan keputusan adikku dalam akademik.

Aku dapati memang benar ada kesukaran untuk dia memahami perkataan-perkataan saintifik di dalam Bahasa Inggeris.Apa yang aku lihat ayah dan ibuku yang kadangkala rungsing itu sentiasa memberi dorongan dan galakan supaya dia tidak putus asa.Bayangkan adikku pernah menangis semasa menyiapkan kerja rumah.

Bagi aku mereka yang tak sudah-sudah merungut mengapa Bahasa Inggeris begini dan begini sudah cukupkah mereka memahami dan menggunakan Bahasa Melayu itu sendiri.

Mungkin benar prestasi peperiksaan bukan ukuran dan ada agenda di sebaliknya.Oh ini sensitif mungkin.Aku cuba untuk elakkan sebenarnya.Aduh.SP membuatkan aku tak jadi mengelak.Mungkin tak sepatutnya mengelak.

Agenda politik barangkali.Aku masih tertanya-tanya apa yang aku boleh buat?Ubah sistem?

Secara rambang katakan PPISM ditukar semula kepada Bahasa Melayu yang kita cintai.Apa akan terjadi kepada sahabat-sahabat kita yang bakal menjadi guru ,tidakkah ia mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.Pasti wujud kesukaran jika ini berlaku.

Aku baca entry Betulkah Bahasa Jiwa Bangsa di SP.Aku sangat setuju dengan perlunya ramai penterjemah dalam pelbagai bidang tetapi bagaimana caranya ya.

Sebenarnya ayahku juga seorang guru yang pernah mengajar di pedalaman seperti sekolah orang asli (kini),sekolah cina dan juga sekolah nun jauh di kawasan ladang-ladang sawit yang hanya ada elektrik pada waktu malam.(Oh ini sekadar tambahan).

~Syahidah~ berkata...

Wah~Kenapa jadi panjang.Aduh sebenarnya tak habis lagi ni.Mungkin perlu jadi entry.

classmate_Auckland berkata...

Pandangan Sang Pelangi ada benarnya dan hujah Syahidah itu relevan dgn perkembangan semasa. Saya kira kedua-duanya tidak berbeda pendapat behawa perubahan perlu dilaksanakan terhadap sistem pembelajaran dan pengajaran(PNP) di Malaysia.

Isunye sama ada Bahasa Melayu wajar dijadikan medium atau tidak dlm memudahkan aktiviti PNP dlm jangka masa panjang. Sebagai seorang bakal guru matematik, pokok pangkalnya saya masih samar terhadap hala tuju pendidikan di Malaysia. Adakah bahasa Inggeris itu menjadi isu atau subjek matematik/sains itu yg menjadi isunya.

Persoalan yg timbul, sejauh mana keberkesanan subjek English dilaksanakan di sekolah sehingga kita berasa yakin bahawa bahasa Inggeris boleh menjadi medium yg proaktif terhadap proses pembelajaran pelajar. Justeru saya beranggapan secara peribadi iaitu bahasa Melayu perlu dikekalkan sbg medium bg subjek Matematik/sains diperingkat asas dan sedikit sebanyak mula memberi pendedahan terhadap 'term'2/penulisan dlm bahasa Inggeris. Di Malaysia kita mahukan anak Melayu terutama di desa dan di kampung memahami asas-asas matemaik/sains yg mereka pelajari. Konsepnye ialah menjana kefahaman diperingkat awal dan menyelaraskan kaedah pengajaran itu dngan perkembangan semasa.

Mungkin di peringkat mnengah, mereka yg menjurus dalam aliran sains perlu lebih banyak terdedah kepada 'term'2/penulisan dalam Bahasa Inggeris seperti mnulis 'lab repot' secara berselang seli dalam BM/BI mengikut silibus tertentu.(p/s: hanya cadangan)Saya sekali lagi bersetuju dgn kedua-duanya yg mahukan bahasa Melayu dimartabatkan dan PNP selari dengan tuntutan dunia semasa.

Kita wajar mencontohi Jepun seperti garapan Sang Pelangi namun malangnya di Malaysia kita masih lambat lagi ke arah keutuhan Bahasa Melayu sebagai medium perantaran dari sudut ilmu. Pusat penterjemahan kita masih jauh lagi jika dibandingkan dengan Jepun. Trend di Malaysia pula masih lagi mencedok ilmu-ilmu dari negara luar khususnya Barat.

Kesimpulannya, saya sekali lagi secara peribadi melahirkan pandangan yg tidak seberapa ini bahawa Bahasa Melayu perlu dikekalkan sebagai medium utk subjek matematik/sains atas dasar ingin memupuk kefahaman asas tanpa perlu mempolitikkanya (dlm erti kata lain bermain dengan graf) namun sedikit sebanyak bahasa inggeris didedahkan secara berperingkat dari semasa ke semasa.

~Syahidah~ berkata...

Siapa yang kita boleh harapkan untuk menentukan hala tuju pendidikan di Malaysia ketika ini?

Aku terdiam memikirkannya.

PiNkLaDy berkata...

Saya sokong SP =)

~Syahidah~ berkata...

Oh pink lady..Dah habis exam ke?..hehe..terima kasih bagi komen..=)

Syahidah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...