Rindu akan kalian

Coretan aku mungkin tidak sepuitis sahabatku Ainunl Muaiyanah ,tetapi entah mengapa bait-bait kata di blog Ainunl membuatkan aku ingin bertemu dengannya.Mungkin suatu hari nanti jika ada peluang kita pasti bersatu kembali.Apa pun kenangan pahit manis di maktab tak mungkin aku lupakan.Pahit sekalipun ia tetap menjadi kenangan.Manis sekalipun ia tetap di ingatan.

Masing-masing sudah dewasa dan punya tanggungjawab masing-masing.Aku sangat baru dalam dunia penulisan.Tidak seperti Ainunl.Sahabatku Azian kini jauh di perantauan.Aku sendiri tak tahu bila kita dapat bertemu walau kita senegeri Pahang Darul Makmur.Keterbatasan masa membuatkan kita terpisah.Cita-cita yang kalian kejar aku doakan kejayaan setinggi-tingginya.

Suka duka kita bersama.Wiyah aku jumpa dua kali itupun semasa dia datang ke kampus aku sewaktu minggu konvokesyen.Ana aku tak pernah jumpa sesudah tamat Sijil Pelajaran Malaysia.Apa pun aku mohon ampun dan maaf lantaran sikapku yang tidak menentu mood dan tingkahlaku.Aku kira jika kita bertemu mungkin banyak perbezaannya tidak seperti dahulu.

Sahabatku yang bakal jadi guru ,doktor ,peguam ,mahupun penulis .Betapa singkatnya masa ,betapa kecilnya dunia ,bertambah tahunya kita bahawa kita tidak boleh menoleh lagi.Aku doakan kesejahteraan dan kebahagiaan kalian.

http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/
Desasiswa Cahaya Gemilang

7 ulasan:

diana berkata...

aku juga merindui saat ini..uwawawawa

syida berkata...

Betul tu..suka duka perintis maktab..
walaupun aku tidak begitu rapat dengan cikgu sharina mahupun miss zaireen..apa pun mereka telah berikan aku ilmu..

Saat yang akan diingati sampai akhir hayat~

ainunl.muaiyanah berkata...

aku yang kat depan tu
yang kat depan..
yang comel tu..
hehe
tak abes2 perasan..
syida..
benarkah aku ini puitis?
bukan jiwang kan?
heh!

ainunl.muaiyanah berkata...

aku yang kat depan tu..
yang kat depan..
yang comel tu..
yang comel.
hehe
tak abes2 perasan kan?

syida,, benarkah aku sepuitis itu?
bukan jiwang kan?
hehe

Syahidah berkata...

baiklah~kau tak jiwang.hehe

Tanpa Nama berkata...

rindu juge~
insyaAllah, aku akan pulang ke Malaysia bulan 7 nie.
Kalo ade jodoh kite jumpe yer~

Syahidah berkata...

@Yan

bulan 7?..lama lagi tu..lagi 5 bulan..Insyaallah..lagi 10 tahun pun tak apa..weh..kita berjiran mahu?..hehe..hari-hari pun boleh jumpa..hehe..

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...