Salam Maal Hijrah



Salam Maal Hijrah .Wah sudah 1430 Hijriah.Mari merenung Hadis di bawah.

Dari Amir al-Mukminin Abu Hafs Umar Ibn Khattab radiyallahu anh ,katanya :Aku dengar Rasulullah sallallahu 'alayhi wassalam bersabda : Hanya segala amal dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seorang apa yang ia niatkan.Maka barangsiapa hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya.Dan barangsiapa hijrahnya bagi dunia yang ia akan memperolehinya atau perempuan yang ia ingin mengahwininnya ,maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya itu.

Diriwayatkan Hadis ini oleh dua orang Imam hadis iaitu Abu 'Abdullah Muhammad Ibn Isma'il Ibn Ibrahim Ibn Al-Mughirah Ibn Bardizbah' al-Bukhari dan Abu al-Hussain Muslim al-Qusyairi al-Naisaburi dalam kitab sahih keduanya ,iaitu kitab yang amat sahih di antara segala kitab yang pernah disusunkan.


Niat adalah teras segala amalan.Amalan yang baik mesti disertakan dengan niat yang baik.Amalan yang buruk atau amalan yang baik tetapi tidak mengikuti aturan syara' tidak membawa erti apa-apa walaupun dilaksanakan dengan niat yang baik.Begitu juga dengan amalan baik jika diniatkan bukan kerana Allah ,seumpama kerana riya' ,menunjuk-nunjuk atau kerana suatu tujuan duniawi ,maka ia tidak memberi apa-apa faedah.

Hijrah adalah suatu peristiwa besar dalam Islam iaitu umat Islam diperintahkan berhijrah.Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya ,dia akan dikurniakan pahala besar ,sebaliknya jika kerana dunia atau perempuan ,maka dia hanya mendapat apa yang diniatkannya.

Walaupun hijrah sudah tiada lagi ,namun hijrah dengan makna meninggalkan maksiat kepada melakukan taat ,ia juga dianggap hijrah yang akan dikurniakan pahala.

Pada zaman Rasulullah s.a.w. ada orang yang berhijrah ke Madinah tetapi hijrahnya bukanlah kerana maksud menunaikan tuntutan agama.Malah sebaliknya ,untuk menyampaikan hajatnya.Ibn Mas'ud menerangkan bahawa di antara para sahabat ada seorang lelaki yang ingin berkahwin dengan seorang perempuan yang bergelar Ummi Qais.Namun ,Ummi Qais sendiri tidak suka menjadi isterinya kalau dia tidak mahu berhijrah ke Madinah.Oleh sebab itu ,berhijrahlah lelaki itu.Kemudian berkahwinlah mereka.Kata Ibn Mas'ud :

Kami menamakan orang itu dengan 'muhajir Ummi Qais' ,iaitu seorang yang berhijrah kerana Ummi Qais dan bukan kerana Allah dan RasulNYa.


Inilah gambaran hijrah yang dikatakan berhijrah kerana perempuan.

Wallahua'lam.

Maktab

wahai putra putri bangsaku..
ayuh segera menuju..
mengikut gerak langkah maju..
bersatu mencari ilmu..
di zaman sains dan teknologi..
negara perlukan jasamu..
janganlh rasa malas lg..
bersama memegang teraju..
di maktab rendah sains m.a.r.a...
tuntut ilmu..jgn jemu..
ikrar taat setia pd guru..
berdisiplin slalu..
hari ini hari mulanya..
hari esok berjaya..
tetapkn segala yg ada..
ke kuliah kte segera..
Type your summary here

Type rest of the post here

Kami putus cinta


Alunan zikir tidak lagi kedengaran
Bacaan surah al-fatihah lama kami tinggalkan
Apa lagi amar ma'ruf dan nahi munkar

Kami putus cinta
Cinta akan Rahmat-Mu Ya Allah
Ampunkan kami
Boleh kami dibantu?

Nur Syahidah
21 Disember 2008
Desasiswa Indah Kembara
http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

Falling in love with Chemistry

Carboxylic acids and derivatives ,amines ,condensations and alpha substitutions of carbonyl compounds.

Back to campus.

Sekali tak bermakna selamanya

"Kau dah lihat keputusan peperiksaan semester lepas?"
"Dah.Alhamdulillah.Aku lulus semua subjek.Kau?"
"Aku gagal subjek teras lagi.Aku bimbang kalau terus begini.Aku tension la.Aku tak mampu.Aku tak sanggup"
"Kau mengeluh ya!"
"Mesti la.Result aku tak tinggi-tinggi juga.Makin jatuh ada la."

"You aren't finished when u've failed once.You are finished only when you quit.One who lacks courage to start has already finished.
Winners visualise the rewards of success.Losers visualise the penalties of failure.An error doesn't become a mistake untill you refuse to correct it."





Jangan mengeluh!Peringatan untuk diri ini juga.Itu baru ujian kecil.Kita diuji untuk mengetahui sejauh mana kita faham apa yang dipelajari dalam tempoh tertentu.

Dunia ini kita ibaratkan seperti dewan peperiksaan.Maka ,logiknya hidup ini penuh dengan ujian dan dugaan.Malah kenikmatan ,kekayaan serta kesenangan juga adalah ujian kepada manusia untuk mengukur tahap kesyukuran kita kepada Tuhan.

Kita bertanya : Kenapa aku diuji?
Quran menjawab : Al-Ankabut (Ayat 1 dan 2).

"Apakah manusia mengira bahawa mereka telah dibiarkan hanya dengan mengatakan ,"Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji? Dan sungguh kami telah menguji orang-orang sebelum mereka ,maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta."

Kita bertanya : Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Quran menjawab : Al-Baqarah (Ayat 216).

"Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal ,ia baik bagimu ,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu ,padahal itu tidak baik bagimu.Allah mengetahui ,sedang kamu tidak mengetahui."

Kita bertanya : Kenapa ujian seberat ini?
Quran menjawab : Al-Baqarah (Ayat 286).

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya....."

Kita bertanya : Kenapa rasa frust?
Quran menjawab : Al-Imran (Ayat 139).

"Dan janganlah kamu (merasa) lemah ,dan jangan (pula) bersedih hati ,sebab kamu paling tinggi (darjatnya) ,jika kamu orang beriman."

Kita bertanya : Apa aku dapat daripada semua ini?
Quran menjawab : At-Taubah (Ayat 111).

"Sesungguhnya Allah membeli daripada orang-orang mukmin ,baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka...."

Yakinlah kepada Tuhan.
Tidak semua yang kita rancang menjadi kenyataan.
Kerana itulah fitrahnya
atau tiba-tiba sahaja halangan mendatang kita harus percaya ini tidak bermakna berakhir segala-galanya dan akhirnya kita akan muncul di tangga teratas.
Jadi biar apa pun yang kita lakukan
Jangan mengalah
Kita mesti teruskan usaha biar bagaimanapun hidup kita beredar
kerana apa yang menanti kita di hadapan sana
tiada siapa yang tahu
kita harus percaya
yang baik itu pasti akan menang
dan tidak lama lagi
ada sebab untuk kita bergembira
jadi ,biar apa pun yang kita lakukan
jangan mengalah!

Abu Hassan Morad.

Jawapan : Kak Balqis dan Ainunl

Perlu jawab ni sebab dah dua orang minta..hehe..Ainunl dan Kak Balqis.

1) Do you think you’re hot ?
Penang sekarang ni ala-ala panas.Cepat kering baju di ampaian.Menjawab soalan kan?hehe~


2)
Upload your favourite pictures of yourself.
3) Why do you like that picture ?

Gambar 1-Kali pertama mendaki puncak tinggi.Puncak Korbu dan Gayung di Perak. Gambar diambil dalam perjalanan menuju ke puncak.Penat.Penat.April 2006.Melihat panorama indah.Melihat kebesaran Allah.Indah sungguh ciptaan-Nya.Iman adalah mutiara.Walau apa pun caranya jua.Mendaki gunung yang tinggi.Merentas lautan api.Namun tak dapat jua dimiliki.Sesi muhasabah seketika.

Gambar 2-Ekspedisi berkayak 3 hari 2 malam yang takkan dilupakan.Kayak warna biru tempat duduk hadapan.hehe.3-5 Februari 2008 mengelingi Pulau Pinang.Balik je rumah adik tanya begini : Ni kakak ke? (Sebab rupaku telah berubah akibat panahan matahari yang serius selama 3 hari.Gelap ,malap dan mengelupas rupaku.)Sila guna 'sunblock' untuk aktiviti sebegini.Memandangkan aku belajar kimia aku jarang guna chemical untuk kulit ni.Aloe vera yang umi (mak) tanam digunakan sebaik mungkin untuk rawatan.hehe.Alhamdulillah berjaya!

Gambar 3-Adik bongsu yang selalu kurindu.Sayang adik.Gambar diambil semasa Along konvo di UTM Skudai Ogos 2008.Wah~nak balik ,nak balik ,nak balik.

4) When was the last time you ate pizza?
Wah..dah lama sangat ni tak makan.Berabad dah ni.

5) The last song you listen to ?
Forever-Chris Brown..baca soalan ni baru buka media player..layan..forever..ever..ever..ever..hehe..eh dah habis pun~lalalala..Lucky..Jason Mraz..Lucky to have been where I've been..Lucky to becoming home again~lalalala..

6) What are you doing right now besides this ?

Baru sarapan.

7) What name would you prefer besides yours ?
Huh!..Kakak ,Kak Ngah ,Syida ,Syahidah..Which is which?


8) People to tag :

Hidaya.
Fairuz.

An-Nabil.
Aqilah.
Rusila.

9) Who is number 1 ?
Partner lab ,pendengar yang baik ,berterus terang ,kalau mula bercerita tentang adiknya bermakna rindu kat rumah.Suka beri nasihat.Boleh bincang hal serius mahupun tak serius.Panggil Dayah.

10) Say something about number 2

Suka warna pink ,ramah.Berkereta dalam kampus.

11) Introduce number 3
Kawan sekolah semasa Tingkatan 1-3.Tak sangka jumpa semula di USM.Panggil An.

12) How about number 4?
Teman sebilik semasa di Kolej Matrikulasi Melaka.Pendengar yang baik.Bercita-cita tinggi.Tak mudah putus asa.Boleh bersembang dengannya dalam masa yang lama.Panggil Qilah.Suka guna nickname mirmo.

13) Introduce number 5?

Rakan belajar yang bagus.hehe.Kelakar juga orangnya.Panggil Kak Ila.Ha Kak Ila apa keputusan Kimia Tak Organik ?Semester ini kita belajar Kimia Organik pula ya?

p/s~Jenuh cari gambar yang tak tunjuk muka sendiri.hehe.Konon low profile.Kak Balqis nak tahu tentang saya boleh baca tag sebelum ini.Jawapan : Haf dan Jawapan : Ainunl.
Dah bercampur aduk bahasa.Aduh!


http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/
Desasiswa Indah Kembara

Emosi

M baru sahaja mendapat tawaran pekerjaan di sebuah syarikat swasta yang sesuai dengan minatnya.S baru sahaja kehilangan adiknya akibat kecelakaan jalan raya.

Bagaimana peristiwa-peristiwa ini mempengaruhi komponen-komponen emosi M dan S?

Emosi merupakan suatu keadaan yang kompleks dan membawa kepada persediaan untuk bertindak balas.Emosi ada kategori tertentu seperti marah ,geram dan seronok.M akan berasa seronok dan gembira apabila mendapat surat tawaran tersebut.Manakala S pula yang baru kehilangan adiknya akan berasa sangat sedih.

Tema dan dimensi penilaian

Dimensi minimalis mencadangkan tema tertentu untuk mendefinasikan maksud emosi secara spesifik.Contohnya dalam hal M ini bermaksud M mahu akan pekerjaan yang bersesuaian dengan mintanya.Dimensi minimalis selalunya berhala dua tetapi tidak semestinya.

Dimensi maksimalis mencadangkan kejadian yang diingini jika terjadi akan membuatkan seseorang itu gembira dan jika tidak berlaku dia akan berasa sedih.Sebaliknya kejadian tidak diingini sekiranya terjadi akan membuatkan sesorang itu tidak gembira dan sebaliknya jika tidak berlaku dia akan berasa lega.

Perkara yang diingini berlaku kepada M ,maka M berasa gembira.Sebaliknya perkara yang tidak diingini berlaku kepada S ,maka S berasa tidak gembira ataupun sedih.Hubungan individu dan persekitaran menyebabkan wujudnya penilaian kognitif dan tindak balas emosi seperti :

Pengalaman subjektif
Kecenderungan pemikiran - tindakan
Perubahan dalaman tubuh badan
Ekspresi wajah


Pengalaman subjektif

Emosi dialami secara sedar dan berfungsi untuk membantu seseorang bertindak balas.Misalnya rasa takut menunjukkan adanya ancaman terhadap keselamatan dan kita perlu mengambil tindakan untuk menyelamatkan diri.Rasa gembira pula membantu kita untuk rasa selamat dan membolehkan kita meneroka dan berkembang.M merasa gembira atas tawaran pekerjaan tersebut dan perasaan gembiranya dijadikan panduan positif untuk tindak balas seterusnya dalam situasi ini.M jadi lebih bersemangat meneruskan cita-citanya.

Kecenderungan pemikiran - tindakan

Emosi membantu kita bertindak balas dengan menimbulkan kecenderungan untuk berfikir atau bertindak dalam cara tertentu yang membantu kita untuk terus hidup.Lazimnya emosi negatif menimbulkan kecenderungan pemikiran - tindakan yang spesifik seperti ketakutan akan membuatkan seseorang melarikan diri (sekadar contoh).Emosi positif pula menimbulkan kecenderungan pemikiran - tindakan yang lebih umum seperti jika seseorang gembira dia mungkin ingin bergurau.

Perubahan dalaman tubuh badan

Perubahan fisiologi akan berlaku jika seseorang mengalami emosi tertentu secara kuat.Kesan sistem saraf simpatetik seperti degupan jantung dan pernafasan meningkat ,mulut menjadi kering ,berpeluh ,menggeletar dan senak perut.Selepas emosi menurun ,sistem parasimpatetik mengambil alih dan membantu kembali pada keadaan asal.

Ekspresi wajah dan emosi

Ekspresi wajah menunjukkan emosi seseorang.M dengan wajah gembira manakala Si dengan wajah masam.Wajah yang masam mungkin memberi amaran supaya kita menjauhinya.Ekspresi wajah dan emosi yang berkaitan dilihat secara universal namun kaitan antara emosi dengan tingkahlaku tertakluk kepada budaya.

Tindak balas terhadap emosi

Ada masanya kita ingin memanjangkan emosi (apabila gembira) dan ada masanya kita ingin memendekkan emosi (apabila sedih).Strategi kognitif akan membuatkan S mengelak daripada berfikir tentang adiknya dan cuba untuk mencari jalan penyelesaian.S juga berkemungkinan berfikir untuk menyibukkan diri sebagai penyelesaian masalah.Strategi tingkah laku pula mendorong Siti untuk meluahkan masalahnya kepada sahabat atau orang yang dipercayai dalam cubaan memendekkan emosi negatif

http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/
Desasiswa Indah Kembara

Jawapan : Hafrina

Haf minta aku buat ni.

1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
Keluarga.sob sob..

2. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri?
Tambah nilai 017-???????.

3. Di manakah tempat impian perkahwinan kamu?
Tempat?Adoi.Apa ya? Gunung Everest boleh?

4. Berapa lama anda rasa hubungan kamu berkekalan?
Siapa? Ada ke? Cinta sebelum kahwin tu tak boleh kan? Jom baca saifulislam.com..

5. Adakah anda dilamun cinta?
Dilamun cinta dengan karya Hlovate.Boleh cari novel di MPH dan Popular rasanya.Aku pun nak cari.

6. Di manakah restoran terakhir kamu makan malam?
Restoran Awet Muda berdekatan kampus.

7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?
Reader's Digest.

8. Apakah nama penuh kamu?
Nur Syahidah binti Wan Mahassan

9. Kamu lebih senang dengan mak atau ayah?
Umi (mak).

10. Namakan seseorang yang kamu ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda?
Barack Obama boleh? Mengarut ni.

11.Sebutkan 8 nama sahabat yang paling rapat dengan kamu?
Dayah ,Milah ,Diey ,Eja ,Qilah ,She ,As ,Ecah.

12. Adakah kamu mencuci pakaian anda sendiri?
Ya.

13. Tempat yang paling seronok kamu mahu pegi?
Rumah.Homesick secara tiba-tiba.Adoi.

Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu.
Haf : Banyak cakap ,ramah ,ramai kenalan ,aktif dan ada personaliti sendiri.

16. 8 perkara yang amat saya gilai.
Blogging ,kayaking ,jalan-jalan ,baca blog sahabat-sahabat ,baca buku (tipu..tipu) ,main masak-masak ,makan-makan ,masuk makmal (tipu..tipu).

17. 8 perkataan yang sering di ucapkan
Ala.. ,maaf ,Sudah..sudah ,ngantuk ,weh ,silap..silap ,umi ,lapar.

18. 8 buah buku yang paling terbaru dibaca.
Reader's Digest ,Dialog dalam Islam ,7 Formula Individu Cemerlang ,Mimpi ,Kimia Organik ,Kimia Tak Organik ,Asas Psikologi.Teringin nak baca Isabella buat kali ketiga.

19. 8 lagu yang saya boleh dengar berulang kali.
Lagu 1 ,lagu 2 ,lagu 3 ,lagu 4 ,lagu 5 ,lagu 6 ,lagu 7 ,lagu 8.Dah cukup.hehehe..Aku layan semua..rock kapak ke..lentok ke..nasyid ke..bahasa asing yang aku tak faham ke..kopratasa ke..

20. 8 perkara yang saya pelajari tahun lalu.
Buat laporan ,masak dan makan ,kenapa perlu hargai masa ,kenapa perlu hargai diri ,kenapa perlu ada matlamat dalam hidup ,kenapa perlu maafkan orang ,kenapa perlu sayang diri dan sekeliling ,kenapa perlu bersyukur.Hidup ni sementara je kawan-kawan.

21. Mari meng'tag' 8 orang lain.
Diana ,ainunl ,nadiah ,yan ,husna ,nolly ,arfah ,napisah..tak kisah Haf dah minta kalian buat pun...hehe

http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/
Desasiswa Cahaya Gemilang

Kategori Orang Awam

Kira-kira 10.35 pagi.

Buku Panduan pembelajaran Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) diselak lemah kemalasan tak bersungguh.Perkarangan masjid sunyi.

"Assalamualaikum."
Aku berpaling.Siapa pula ni.
"Waalaikumussalam"
"Driving license?"
"Yes".Aku senyum.Dia balas tak nampak pula.Berjubah hitam.Berpurdah.Pelajar dari Arab barangkali.
"It's easy.Insyaallah.42.42.42."Diulang berkali-kali tanpa aku minta.Aku senyum lagi.42 markah lulus.Betul.
Dia berjalan melintasi aku masuk ke dalam masjid.Hilang.Empat orang kanak-kanak lelaki berkeliaran.Anak pelajar tadi mungkin.Biasalah pelajar antarabangsa membawa bersama keluarga untuk melanjutkan pelajaran.Mata lentik.Kulit putih.Cantik.Comel.Aku senyum sendirian.

Pandangan aku beralih menatap Reader's Digest muka surat 19 keluaran November 2004.Aku beli RM 3.00 senaskhah.Ada jualan lelong di perkarangan dewan kuliah dua minggu lalu.Jimat.

How safety is your car?
Ignore routine checks and you risk your life and the lives of your family.

Aku bosan sebenarnya.Giliran aku yang ke-49.Lambat lagi.Mujur dekat dengan masjid ni.Hendak makan tak lapar.

Crash investigators and safety experts says that while driver error is still the top reason for collision..bla..bla..bla..

Aduh.Whatever.Aku tutup Reader's Digest.

Teringat sebelum ni ,partner lab aku dilanggar kereta si pemandu mabuk umur 19 tahun seminggu sebelum peperiksaan semester berlangsung.Tragedi di simpang gelap.

Memandu semasa berada di bawah pengaruh minuman yang memabukkan atau dadah (melibatkan kematian atau kecederaan) di bawah seksyen 44 akan dikenakan tindakan oleh mahkamah iaitu penjara mandatori 3 hingga 10 tahun dan denda RM 8000 hingga RM 20000 dan digantung lesen memandu bermula dari tarikh sebutan pertama di mahkamah sehingga kes diputuskan.

Alkisah.Baru kes tu berlaku.Teman sebilik pula.Tragedi di simpang empat.U-turn yang tak semena-mena oleh kereta putih.Langgar dan hilang.Motor rosak teruk.

Wajib berhenti dan lapor kepada polis dalam masa 24 jam selepas kemalangan.Kesalahan seksyen 52(1) dan hukuman seksyen 119(2) kadar kompaun RM 100.

Mujur tiada kehilangan nyawa.Luka kecil.Tapi ada kesan.Parut.

Nama calon : ?
No. KP : ?
Kategori : Orang Awam Malaysia
No. Siri Buku KPP : ?
Masa Mula : 2.1o petang.
Jangkamasa Ujian : 12 minit 20 saat
Nombor Terminal : 6

Tuan / Puan,
Dimaklumkan bahawa tuan/puan telah LULUS Ujian Kecacatan ,Warna dan Penglihatan
Dimaklumkan bahawa tuan/puan telah LULUS Ujian Bahagian I (Statik).
Jumlah markah tuan/puan adalah seperti berikut :

SEKSYEN A : 15/15
SEKSYEN B : 24/25
SEKSYEN C : 10/10

Alhamdulillah.Agenda boleh diteruskan.

Namun , kalau markah teori begini sepatutnya apabila sudah berada di jalan raya pemandu-pemandu di Malaysia sudah arif benar dengan etika dan undang-undang di jalan raya.Maklum kuantiti tidak mencerminkan kualiti.

http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/
Desasiswa Cahaya Gemilang

Persoalkan teori mimpi ( Bahagian 3 )

Permasalahan dalam memahami mimpi adalah berbeza.Sebenarnya pengikut mazhab analisa jiwa (psikoanalisis) menolak mimpi yang benar - mereka melihat mimpi sebagai pantulan daripada apa yang mereka rasa ketika jaga atau sesuatu yang tersimpan dalam minda bawah sedar mereka.(Sila baca Persoalkan teori mimpi bahagian 1 untuk mengetahui teori-teori mimpi yang diperkenalkan oleh barat).Sigmund Freud salah seorang pencetus teori ini bagaimanapun tidak menolak bahawa adanya tokok tambah dalam penceritaan semula mimpi dan wujudnya ramalan dalam menginterpretasikan mimpi.Baca juga Persoalkan teori mimpi bahagian 2.


Mimpi sebagai peringatan dan berita gembira.

Mimpi yang baik dikatakan sebagai peringatan dan berita gembira demi menetapkan hati orang yang beriman atau bagi memperkuatkan azam mereka ,bukan sandaran yang diambil oleh orang yang malas dan pasif untuk putus asa mahupun lari daripada kenyataan ,duduk berdiam diri tidak memerangi kerosakan ,kezaliman mahupun orang yang zalim.Orang sebegini ini jika melihat sesuatu dalam mimpinya mereka sekadar bertepuk tangan dan membesar-besarkannya tanpa ada usaha untuk mengerah tenaga dalam menggapai cita-cita.Mereka berpendapat harus berserah kepada takdir tanpa berusaha.

Padahal Nabi saw dan para sahabatnya memandang mimpi tidak lebih dari sekadar khabar gembira (busyro) ,kemudian mereka meneruskan perjuangan mereka dan jihad mereka ,dengan tetap menempuh jalan tersebut tanpa merasa lemah dan merasa berat ,dan tanpa menganggap remeh terhadap ketentuan-ketentuan alamiah Allah (Sunnatullah).

Hal ini sangat jelas terlihat dalam sirah Nabi s.a.w. ,setelah beliau bermimpi bahawasanya beliau dan para sahabat akan memasuki masjidil haram dalam keadaan aman.

Inilah perbezaan yang amat jelas antara mimpi yang tidak diragukan lagi kebenarannya -iaitu mimpi nabi s.a.w. - dengan mimpi yang boleh jadi merupakan bisikan-bisikan hati dan angan-angan kosong ketika dalam keadaan terjaga kemudian menjelma menjadi gambaran mimpi di malam hari ,persis sepert yang dikatakan oleh pepatah :
"Orang yang lapar bermimpi bahawa dia berada di pasar kehidupan"
Perbicaraan iblis ketika kalian dalam tidur tidak jauh bezanya dengan perkataan iblis ketika kalian terjaga (semuanya dusta).

Cadangan rujukan :

Tafsiran mimpi oleh para ulama ,Syeikh Muhammad Sirin.
Tafsir mimpi dalam pandangan Islam ,Muhammad Ali Qutb.
Ensiklopedia tafsir mimpi menurut tradisi Islam ,Muhammad Ibnu Sirin.

http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/
Desasiswa Cahaya Gemilang

Bantahan PPSMI

Bantahan membantah PPSMI.Setakat ini hanya 370 orang sahaja.Anda bagaimana?

Lihat di sini.Petisyen PPSMI.

Aku peserta yang ke-157.Apa pun sejauh mana bantahan ini membantu usaha untuk memartabatkan Bahasa Melayu itu sendiri tak usah kita pertikaikan.Apa yang lebih utama ialah sejauh mana kita sendiri dapat memperjuangkan Bahasa Melayu tersebut.

Jawapan : Ainunl

Ainunl minta aku buat ni.Aku baru tiba di kampus.5 jam dalam bas.Penat sungguh.Esok seperti biasa mesti masuk makmal.

Starting time : 6.00petang.

Name : Nur Syahidah binti Wan Mahassan.

Sisters : 7

Brothers :3

Shoe size :6.

Height : 158.5 cm.hehe.0.5 cm tu membezakan aku dengan 158 cm.Penting.

Where do you live :Karak ,Pahang.Insyaallah pindah Raub tahun depan.

Have you ever….

Been on a plane : Tidak pernah..pergi KLIA pun baru sekali..hehe

Swam in the ocean : Ya.Kali terakhir masa ikut ekspedisi berkayak Pulau Pinang..

Fallen asleep at school : Jarang.Aku fokus.Kelas bukan tempat tidur.(Maaf Ainunl-tidak bermaksud).

Broken someone’s heart : Maaf ya!

Fell off your chair :Tak pernah barangkali.(tak pasti).

Sat by the phone all night waiting for someone to call : Tak nak jawab soalan ni.

Saved e-mails : Ya.

What is your room like : Bilik di desasiswa ni warna putih.

What’s right beside you : Botol air.Haus ni.

What is the last thing you ate : Nasi lemak.Makan tengahari lewat.Sampai bilik terus makan.Beli di terminal tadi.

Ever had…Chicken pox : Sekali masa Darjah 6.Masa UPSR tu.

Sore throat : Ha?

Stitches : Setakat yang simple boleh la.Kalau suruh buat sepasang baju tu belum lepas lagi.Boleh la jahitan 'mata lalat' kat leher baju kurung tu.Wajib tolong umi tiap-tiap kali raya ni.

Broken nose : Soalan ni pun ada.Ish ish.

Do you Believe in love at first sight : Tak tau.Aduh.Tak nak amik tau boleh?

Like picnics : Aktif dengan Kelab Rekreasi di kampus terutamanya masa Tahun pertama dan kedua.Tahun tiga ni kurang.Aku akan ceritakan kembara rekreasi aku di blog ini.Cerita yang molek-molek sahaja.

Who was were the last person You danced with : Tiada.

Last time u laugh: Dalam van dengan adik-adik masa ayah hantar ke stesen LRT Taman Melati.Kira-kira pukul 10 pagi tadi waktu Malaysia.

You last yelled at : Adik aku Ain.

Get sick : Selalu selsema.

Miss someone : Rindu kat adik bongsu.(Ainunl kau mesti percaya yang ni.hehe)

Who do you really hate: Kalau aku benci pun aku tak untung.Kalau aku marah pun bukan aku dapat apa-apa.Maafkan sahaja.(Mesti!).

Do you like your hand-writing : Cikgu Sejarah masa aku Tingkatan 3 suka tegur tulisan aku.Tak cantik.Adus.Malu.

Are your toe nails painted : Inai kadang-kadang.

What color shirt are you wearing now : Jubah hitam.

Are you a friendly person : Ikut mood.Bahaya ni.Kata kawan aku.hehe.

Do you have any pets : Aku tak suka kucing (Maaf ya kucing!) .Di rumah memang tidak bela binatang.

Do you sleep with the TV on : Boleh la.Umi marah ni.

What are you doing right now : Menaip.

Can you handle the truth : Mesti terima walau pahit.Ambil masa yang lama ikut peristiwa.

Are you closer to your mother or father : Umi.

Do you eat healthy : Makan ok.Kurang minum air ni.Adus.

If you’re having a bad day, who are you most likely to go to: Dayah ,Milah ,Diey ,Ecah.Rakan sekuliah ni.

Are you loud or quiet most of the time : Pendiam kot.

Are you confident: Perlu belajar lagi yang ni.

5 things I was doing 5 years ago

1. Tingkatan 4 masa tu.Sekolah kat Perak.

2. Selalu homesick tapi jarang balik Pahang.

3. Selalu balik rumah mak cik kat Manjung.Pak cik datang ambil di maktab.

4. Satu baris dengan Wiyah ,Azian dan Ainunl dalam kelas.

5. Duduk dalam kelas diam-diam.Ada yang kata dalam mulut aku ada emas.Susah nak dengar suara aku dalam kelas.

5 things I would do if I were a billionaire

1. Bagi kat abi (ayah).

2. Bagi kat umi (mak).

3. Bagi kat along.

4. Bagi kat adik-adik.

5. Aku?hehe.Jika maka ni.

Ainul.Aku dah jawab.Aku nak rehat.Aduhai.Semester dua akan bermula 22 Disember ini.

Emergency Data Card


Salam..pasti ramai yang tidak mengetahui kewujudan kad ini.Aku dapat kad ini secara percuma semasa aku mengikuti kursus Andai Kau Tahu yang dijalankan di kampus aku.Sesiapa sahaja boleh mendapatkan kad ini secara percuma.MVFRA ialah Malaysian Volunteer Fire and Rescue Assc. yang mewujudkan kad ini supaya sekiranya berlaku kemalangan keluarga terdekat kita dapat dihubungi dengan segera selain pasukan penyelamat dapat mengenalpasti kumpulan darah dan juga 'medical information' yang perlu.Anda boleh mendapatkan kad ini di sini.

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...