Sekali tak bermakna selamanya

"Kau dah lihat keputusan peperiksaan semester lepas?"
"Dah.Alhamdulillah.Aku lulus semua subjek.Kau?"
"Aku gagal subjek teras lagi.Aku bimbang kalau terus begini.Aku tension la.Aku tak mampu.Aku tak sanggup"
"Kau mengeluh ya!"
"Mesti la.Result aku tak tinggi-tinggi juga.Makin jatuh ada la."

"You aren't finished when u've failed once.You are finished only when you quit.One who lacks courage to start has already finished.
Winners visualise the rewards of success.Losers visualise the penalties of failure.An error doesn't become a mistake untill you refuse to correct it."





Jangan mengeluh!Peringatan untuk diri ini juga.Itu baru ujian kecil.Kita diuji untuk mengetahui sejauh mana kita faham apa yang dipelajari dalam tempoh tertentu.

Dunia ini kita ibaratkan seperti dewan peperiksaan.Maka ,logiknya hidup ini penuh dengan ujian dan dugaan.Malah kenikmatan ,kekayaan serta kesenangan juga adalah ujian kepada manusia untuk mengukur tahap kesyukuran kita kepada Tuhan.

Kita bertanya : Kenapa aku diuji?
Quran menjawab : Al-Ankabut (Ayat 1 dan 2).

"Apakah manusia mengira bahawa mereka telah dibiarkan hanya dengan mengatakan ,"Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji? Dan sungguh kami telah menguji orang-orang sebelum mereka ,maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta."

Kita bertanya : Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Quran menjawab : Al-Baqarah (Ayat 216).

"Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal ,ia baik bagimu ,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu ,padahal itu tidak baik bagimu.Allah mengetahui ,sedang kamu tidak mengetahui."

Kita bertanya : Kenapa ujian seberat ini?
Quran menjawab : Al-Baqarah (Ayat 286).

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya....."

Kita bertanya : Kenapa rasa frust?
Quran menjawab : Al-Imran (Ayat 139).

"Dan janganlah kamu (merasa) lemah ,dan jangan (pula) bersedih hati ,sebab kamu paling tinggi (darjatnya) ,jika kamu orang beriman."

Kita bertanya : Apa aku dapat daripada semua ini?
Quran menjawab : At-Taubah (Ayat 111).

"Sesungguhnya Allah membeli daripada orang-orang mukmin ,baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka...."

Yakinlah kepada Tuhan.
Tidak semua yang kita rancang menjadi kenyataan.
Kerana itulah fitrahnya
atau tiba-tiba sahaja halangan mendatang kita harus percaya ini tidak bermakna berakhir segala-galanya dan akhirnya kita akan muncul di tangga teratas.
Jadi biar apa pun yang kita lakukan
Jangan mengalah
Kita mesti teruskan usaha biar bagaimanapun hidup kita beredar
kerana apa yang menanti kita di hadapan sana
tiada siapa yang tahu
kita harus percaya
yang baik itu pasti akan menang
dan tidak lama lagi
ada sebab untuk kita bergembira
jadi ,biar apa pun yang kita lakukan
jangan mengalah!

Abu Hassan Morad.

7 ulasan:

e-leeyana berkata...

nice entry..kadang-kadang manusia ini terlalu mudah berserah kalah..ujian itu sememangnya pahit untuk dilalui..tapi, bila dah dilepasi, pastinya akan jadi manis-semanisnya..

aduhh~ peperiksaan ini bisa mendemamkan..tengok keputusan pula bisa memengsankan hehe..belum keluar di skrin dah pengsan dulu sebab gementar sangat ;p

Syahidah berkata...

ermmm~biasa la..pengalaman pahit sekalipun mengajar erti hidup yang penuh makna~

Haf berkata...

haiss,kalo xmemikirkan exam ni sekadar ujian da lama aku quit math ni sbb asek2 jatuh je marks aku.tp xpe,aku tau kalo aku teruskan ade sesuatu yg lebey baik menunggu aku di sane...

Syahidah berkata...

Haf..golongan yang berjaya adalah golongan yang mampu menghadapi segala ujian dan cabaran dengan hati yang cekal..

Berusaha!

Dah kerja nanti belanja aku makan-makan boleh?..hehe

aliya berkata...

Salam. Ah, junior saya rupanya :) Ikhlas dalam menuntut ilmu, sabar menghadapi cabaran dan tekun mengejar impian dan cita-cita di USM bakal membuahkan hasil yang terbaik. Semoga keputusan peperiksaan semester ini lebih baik daripada semester lepas.

farkhana omar berkata...

sokong pendapat anda..hehehe..kekadang bila result jatuh..rasa kesal dan mula mencari kesalahan org lain..yang paling teruk,lecturer yang salah..sebab kedekut markah...
yang penting...semangat yang kuat..student mesti ada naik dan turun..

syahidah berkata...

@Kak Aliya

Terima kasih sudi singgah di blog saya..wah super senior rupanya..hehe..Ya semoga keputusan semester ini lebih baik..terima kasih sekali lagi.

@Farkhana Omar

Semangat yang kuat untuk terus berusaha boleh didorong dengan berfikiran positif..Berusaha..

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...