Gaza ,Tahun baru ,tidak tahu atau tidak mahu ambil tahu



Saya baru sahaja terlibat dengan Ops Sayangi Remaja sekitar Pulau Pinang malam ambang Tahun Baru 2009.Ini kali pertama saya mengikuti program anjuran NGO mendekati remaja sebegini.Tak sangka selama ini begitu ramai manusia tak kira tua muda ,bercampur lelaki perempuan dalam keadaan mencurigakan.Apabila ditanya apa dan mengapa mereka bijak berdalih.Saya agak terkejut melihat kelibat sekeluarga lengkap ibu ,ayah termasuk anak-anak kecil pun ada sanggup dari petang hari sehingga jam 1 atau 2 pagi duduk berehat di tepi pantai menyambut Tahun Baru.Asar entah ke mana ,apa lagi Maghrib ,belum tentu Isya'.Aduhai apa nak jadi.Jikalau Malaysia tidak aman seperti Palestin ,agaknya apa akan jadi pada masyarakat kita yang lalai ini.Hancur musnah tidak sempat berbuat apa-apa barangkali.

Cerita satu.Berdekatan pantai.Gelap.Sunyi.

A dan B dua beradik perempuan dalam sebuah kereta Y.Saya dan enam lagi muslimat mendekati mereka perlahan-lahan.Lapan orang muslimin pula menuju ke sebuah taman permainan berdekatan kereta Y setelah melihat kelibat lima orang lelaki di kawasan tersebut.

A dan B dalam lingkungan 20-an pada mulanya berdalih
apabila ditanya dengan siapa mereka datang.Terbongkar.Lelaki di taman itu kenalan mereka rupanya.Baru sahaja kenal.A dan B sudah bekerja tinggal di rumah sewa.Keluarga juga ada masalah.

Setelah menggunakan pendekatan kasih sayang sebagai tema gerak kerja malam itu akhirnya mereka bersetuju untuk pulang ke rumah masing-masing.

Cerita dari lokasi lain.Penceritaan semasa post mortem daripada kumpulan lain.

~Pelajar bawah umur berbasikal mahu menyambut ta
hun baru.Dibekalkan RM20.oo oleh ibunya.Aduhai.Ibu bagaimana begini.Biarkan anak keluar lewat malam.
~Seorang lelaki lari dari rumah kerana kecewa dengan keluarga yang haru-biru.Cuba untuk cari jalan hidup sendiri.
~Remaja merempit.
Ada lagi sebenarnya.Pelbagai kes dijumpai sukarelawan.Walau apa pun kita mesti mendekati mereka supaya kita tahu masalah mereka.Jangan menuding jari tidak tentu hala tanpa mengatahui hal sebenar.Jikan bukan kita yang membantu siapa lagi?

Tahun Baru.

Gambar-gambar dikumpul dengan rajinnya oleh Azian.Sambutan tahun baru.Gaza yang keluasannya 360km persegi menjadi tempat pertumpahan darah yang
sehingga entri ini ditaip 398 orang terbunuh tanpa belas kasihan.Hospital penuh.Bantuan darurat disekat.Universiti dibedil.Malangnya di tempat kita apa yang berlaku?Walaupun bukan semua yang tidak ambil tahu ,sekurang-kurangnya buatlah sesuatu.Sukarelawan Iran bersedia untuk mati syahid.
Berdoa.Baca Qunut Nazilah.


Ada apa dengan Gaza?

~Permulaan serangan 27 Disember.
~Semangat juang.
~Puncanya dunia Arab cemburukan Hamas.
~Gegaran bom.
~Jangan salurkan derma kepada FATAH

Nota kaki : Maaf kerana tiada gambar Ops Sayangi Remaja tersebut dan penceritaan yang agak umum mengenainya.

Pembetulan~Ops Sayangi Remaja bukan Ops Remaja..aduh silap pula.

Desasiswa Indah Kembara
http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

12 ulasan:

e-leeyana berkata...

itulah kelalaian manusia. tika senang lupa diri. tika susah baru nk menagih simpati. adakah ini kesilapan muslimin serta muslimat itu sendiri yang leka sebelum ini? tatkala kita bersuka ria, mereka di luar sana memikir prlbagai cara. bila cita-cita mereka terlaksana, kita masih tak berdaya.

ayuh, bangkitlah segera. jangan dibiarkan mereka terus leka. syabas atas usaha itu. mudah-mudahan dapat mengejut mereka dari bermimpi di siang hari..

BalQis berkata...

Oh, syahidah...

Terima kasih berkongsi maklumat-maklumat ini di sini!

bagus Ops Remaja yang dilakukan...
Di kuala Lumpur pasti lebih teruk kalau dibuat tinjauan kan?

dr.radzi berkata...

marah rasanya pada orang yang tak tahu menghargai dan menghayati pengorbanan saudara semuslim di paestine. panaaaaaas je rasa. huhuhuhu......

mari kita sama2 bdoa utk mereka ye?
semoga orang yang lalai dgn kemewahan akan cepat sedar.

eva berkata...

bagus jika semua remaja ada kesedaran sebegini...

betul...mereka perlu didekati dengan cara berhikmah...

akak tingin sangat nak join ops begini tapi tak pernah da kesempatan...

doakn saudara kita yang terkorban di Plaestin mendapat syahid...amin ya Rabb

CaBaiKeRinG berkata...

salaam

memang cara orang islam kat malysia nis ambut tahun baru memalukan

baru kemarin orang bukan seagama dok mai cerita kat saya..

dia kata kat disco kl... 95% melayu.. apa nak jadi...

saya tak taulah melayu yang dia kata tu islam atau tak.. tapi biasanya orang anggap islam lah kan

sama samalah kita berdoa..

jom tengok belogs aya..

kalau suka mungkin boleh bertukar link...

cabaikering

Syahidah berkata...

@e-leeyana

Jika bukan kita yang membantu,siapa lagi..tak kenal maka tak tahu..

@Kak Balqis

sama-sama..Kuala Lumpur?..tempat yang saya tahu mungkin Puduraya..transit dari Penang ke Pahang setiap kali cuti semester..kalau buat operasi..tak tahu la apa yang dijumpai..

Syahidah berkata...

@Dr Radzi

Sabar Dr..jangan panas-panas..Kawal ya!...semoga berjaya menyedarkan sahabat-sahabat yang tak tahu..

@Kak Eva

Saya ada nyatakan ini kali pertama..baru sedikit pengalaman yang saya ada..tapi pengalaman yang sedikit ini menyedarkan saya bahawa betapa bermasalahnya generasi muda yang tak dibimbing dengan baik ini..

Syahidah berkata...

@Cabai kering

Hmm..itulah..tak faham apa yang perlu faham..kisah Saudara kita di Palestin buat tak tahu..

e-leeyana berkata...

tak kenal maka tak tahu??? bukankah itu tajuk sebuah buku??? saya suka ayat itu..hehe

salam persaudaraan sahabat

Syahidah berkata...

@e-eleeyana

Saya tidak tahu pula itu tajuk buku..hehe..cuma saya rasa ia lebih universal berbanding tak kenal maka tak cinta..

tak kenal maka tak tahu..sebab kita perlu ambil tahu..bagaimana nak tahu kalau tak kenal dahulu..

warkahraudhah berkata...

Jazakallah atas perkongsian.
Salam palestin dari kejauhan.Moga terus senantiasa berdoa untuk sahabat-sahabat seakidah kita.

Allahuakbar!

Syahidah berkata...

@Wakahraudhah

Sama-sama..tetapi nampaknya angka korban telah bertambah setiap hari..entri saya ini sudah tidak 'valid' lagi..apa pun kita lakukan apa yang kita boleh lakukan..contoh terdekat boikot..tak cukup dengan doa..boikot barang-barang yang kita tahu..

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...