Jawapan : Kak Balqis dan Ainunl

Perlu jawab ni sebab dah dua orang minta..hehe..Ainunl dan Kak Balqis.

1) Do you think you’re hot ?
Penang sekarang ni ala-ala panas.Cepat kering baju di ampaian.Menjawab soalan kan?hehe~


2)
Upload your favourite pictures of yourself.
3) Why do you like that picture ?

Gambar 1-Kali pertama mendaki puncak tinggi.Puncak Korbu dan Gayung di Perak. Gambar diambil dalam perjalanan menuju ke puncak.Penat.Penat.April 2006.Melihat panorama indah.Melihat kebesaran Allah.Indah sungguh ciptaan-Nya.Iman adalah mutiara.Walau apa pun caranya jua.Mendaki gunung yang tinggi.Merentas lautan api.Namun tak dapat jua dimiliki.Sesi muhasabah seketika.

Gambar 2-Ekspedisi berkayak 3 hari 2 malam yang takkan dilupakan.Kayak warna biru tempat duduk hadapan.hehe.3-5 Februari 2008 mengelingi Pulau Pinang.Balik je rumah adik tanya begini : Ni kakak ke? (Sebab rupaku telah berubah akibat panahan matahari yang serius selama 3 hari.Gelap ,malap dan mengelupas rupaku.)Sila guna 'sunblock' untuk aktiviti sebegini.Memandangkan aku belajar kimia aku jarang guna chemical untuk kulit ni.Aloe vera yang umi (mak) tanam digunakan sebaik mungkin untuk rawatan.hehe.Alhamdulillah berjaya!

Gambar 3-Adik bongsu yang selalu kurindu.Sayang adik.Gambar diambil semasa Along konvo di UTM Skudai Ogos 2008.Wah~nak balik ,nak balik ,nak balik.

4) When was the last time you ate pizza?
Wah..dah lama sangat ni tak makan.Berabad dah ni.

5) The last song you listen to ?
Forever-Chris Brown..baca soalan ni baru buka media player..layan..forever..ever..ever..ever..hehe..eh dah habis pun~lalalala..Lucky..Jason Mraz..Lucky to have been where I've been..Lucky to becoming home again~lalalala..

6) What are you doing right now besides this ?

Baru sarapan.

7) What name would you prefer besides yours ?
Huh!..Kakak ,Kak Ngah ,Syida ,Syahidah..Which is which?


8) People to tag :

Hidaya.
Fairuz.

An-Nabil.
Aqilah.
Rusila.

9) Who is number 1 ?
Partner lab ,pendengar yang baik ,berterus terang ,kalau mula bercerita tentang adiknya bermakna rindu kat rumah.Suka beri nasihat.Boleh bincang hal serius mahupun tak serius.Panggil Dayah.

10) Say something about number 2

Suka warna pink ,ramah.Berkereta dalam kampus.

11) Introduce number 3
Kawan sekolah semasa Tingkatan 1-3.Tak sangka jumpa semula di USM.Panggil An.

12) How about number 4?
Teman sebilik semasa di Kolej Matrikulasi Melaka.Pendengar yang baik.Bercita-cita tinggi.Tak mudah putus asa.Boleh bersembang dengannya dalam masa yang lama.Panggil Qilah.Suka guna nickname mirmo.

13) Introduce number 5?

Rakan belajar yang bagus.hehe.Kelakar juga orangnya.Panggil Kak Ila.Ha Kak Ila apa keputusan Kimia Tak Organik ?Semester ini kita belajar Kimia Organik pula ya?

p/s~Jenuh cari gambar yang tak tunjuk muka sendiri.hehe.Konon low profile.Kak Balqis nak tahu tentang saya boleh baca tag sebelum ini.Jawapan : Haf dan Jawapan : Ainunl.
Dah bercampur aduk bahasa.Aduh!


http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/
Desasiswa Indah Kembara

9 ulasan:

BalQis berkata...

Hoho....

Suka juga berkayak, tapi penatkan?

Seronok bila kayak dah laju, tapi bila sampai dah ntah mana-mana, alamak, macam seramlah pulak dah pergi jauh dari orang, kena pula buat conering patah balik, penat2...

hehe...

Oh, cari gambar yang takder muka dia, yer....

huhu...

Syahidah berkata...

Penat..penat..penat..

Haf berkata...

heheh,ko da daki korbu ke?aku daki datuk,hahahahaha!!da nama gng datuk,nk wat cmne.nanti laa aku share sal gng datuk ni,heheh...

kayak?pon da penah tp kat tasik je,hue3...mase kem btn.

campus life mmg best kan?

Syahidah berkata...

Kak Balqis.

Bagaimana conering yang anda buat ya?..hehe..tarik dari hadapan ya?..memang penat begitu..
Contoh kan ,kita nak membelok atau memusingkan kayak ke kanan..

1.Paddle dihulurkan ke depan melalui sebelah kiri sehingga tangan kiri menjadi lurus dan bahu kiri ke hadapan.
2.Tangan kanan dibengkokkan.
3.Letakkan papan paddle dalam posisi separuh terbenam.
4.Tarikan paddle ke belakang seberapa keluar yang boleh hingga menyentuh buritan kayak dengan tangan mengikuti hingga berada di sebelah kiri kokpit..aduh rasa seperti perlu buat entri tentang kayak ni..hehe~

Syahidah berkata...

Haf.

Haah aku daki Gunung Korbu dan Gayung je la..lepas tu dah tak dapat pergi sebab mak ayah tak bagi..adoi..

Hmmm ,kehidupan kampus memang seronok..dah nak kerja dah kan..hehe..Ogos 2009 ya kau konvo?..

akkimirrmo berkata...

klakar la bnd yg kau tulis psl aku...hahaha....wah sgt indu kamu...

Syahidah berkata...

@akkimirmo.

Wah rindu kamu juga!

BalQis berkata...

haha, makasih, makasih...

saya naik kayak memang tak belajar apa-apa pun, terus naik jer, aci jalan sudah...

hehe, maybe next time naik kayak nanti, i'll follow ur advice insyaAllah...

hehe, tq2...

Syahidah berkata...

Kak Balqis

sama-sama...banyak lagi sebenarnya soal kayak ni..hehe..teori tak cukup ni..ermmm~

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...