Salam Maal Hijrah



Salam Maal Hijrah .Wah sudah 1430 Hijriah.Mari merenung Hadis di bawah.

Dari Amir al-Mukminin Abu Hafs Umar Ibn Khattab radiyallahu anh ,katanya :Aku dengar Rasulullah sallallahu 'alayhi wassalam bersabda : Hanya segala amal dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seorang apa yang ia niatkan.Maka barangsiapa hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya.Dan barangsiapa hijrahnya bagi dunia yang ia akan memperolehinya atau perempuan yang ia ingin mengahwininnya ,maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya itu.

Diriwayatkan Hadis ini oleh dua orang Imam hadis iaitu Abu 'Abdullah Muhammad Ibn Isma'il Ibn Ibrahim Ibn Al-Mughirah Ibn Bardizbah' al-Bukhari dan Abu al-Hussain Muslim al-Qusyairi al-Naisaburi dalam kitab sahih keduanya ,iaitu kitab yang amat sahih di antara segala kitab yang pernah disusunkan.


Niat adalah teras segala amalan.Amalan yang baik mesti disertakan dengan niat yang baik.Amalan yang buruk atau amalan yang baik tetapi tidak mengikuti aturan syara' tidak membawa erti apa-apa walaupun dilaksanakan dengan niat yang baik.Begitu juga dengan amalan baik jika diniatkan bukan kerana Allah ,seumpama kerana riya' ,menunjuk-nunjuk atau kerana suatu tujuan duniawi ,maka ia tidak memberi apa-apa faedah.

Hijrah adalah suatu peristiwa besar dalam Islam iaitu umat Islam diperintahkan berhijrah.Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya ,dia akan dikurniakan pahala besar ,sebaliknya jika kerana dunia atau perempuan ,maka dia hanya mendapat apa yang diniatkannya.

Walaupun hijrah sudah tiada lagi ,namun hijrah dengan makna meninggalkan maksiat kepada melakukan taat ,ia juga dianggap hijrah yang akan dikurniakan pahala.

Pada zaman Rasulullah s.a.w. ada orang yang berhijrah ke Madinah tetapi hijrahnya bukanlah kerana maksud menunaikan tuntutan agama.Malah sebaliknya ,untuk menyampaikan hajatnya.Ibn Mas'ud menerangkan bahawa di antara para sahabat ada seorang lelaki yang ingin berkahwin dengan seorang perempuan yang bergelar Ummi Qais.Namun ,Ummi Qais sendiri tidak suka menjadi isterinya kalau dia tidak mahu berhijrah ke Madinah.Oleh sebab itu ,berhijrahlah lelaki itu.Kemudian berkahwinlah mereka.Kata Ibn Mas'ud :

Kami menamakan orang itu dengan 'muhajir Ummi Qais' ,iaitu seorang yang berhijrah kerana Ummi Qais dan bukan kerana Allah dan RasulNYa.


Inilah gambaran hijrah yang dikatakan berhijrah kerana perempuan.

Wallahua'lam.

2 ulasan:

BalQis berkata...

Salam Syahidah!

Salam MaalHijrah 1430H, semoga hari-hari mendatang, kamu akan terus tabah dan dimudahkan Allah segala urusan, InsyaAllah!

Muhajir Ummu Qais! Hurm, baru saya tahu kisah ini, terima kasih kerana berkongsi!

Selamat Tahun baru lagi sekali!

Syahidah berkata...

Semoga kita sama-sama dipermudahkan urusan..

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...