Baca dan fikir

Aku tertarik dengan catatan kembara oleh Muna 'Izzah Md Isa. Muna berpeluang untuk turut serta dalam sebuah seminar dan syarahan yang pastinya penuh dengan ilmu yang bermanfaat. Tidak dapat aku nyatakan secara jelas memandangkan aku hanya berpeluang membaca coretan-coretan di blog beliau. Secara jujur, aku juga mengetahui program tersebut melalui Rausyanfikir.com. Muna aku kenali dalam suatu program Uzlah Tazkiyah anjuran Angkatan Pemuda-pemudi Islam Pulau Pinang bulan Ramadhan 1430 H yang lalu.

Aku bersetuju dengan Muna bahawa bukan mudah untuk menghadam kandungan pemikiran Prof Syed Naguib al-Attas. Aku berpeluang sekali sahaja mengikuti usrah pemikiran yang diketuai oleh Ustaz Nizam Mahsyar. Secara kebetulan waktu itu aku dan Kak Wani menunggang motosikal dari USM ke tempat usrah beberapa minggu selepas Uzlah Tazkiyah. Waktu itu bercadang juga untuk menulis apa yang aku dapat di blog. Tapi, serius aku tidak berbuat sedemikian. Aku ulang : bukan mudah. Aku tambah : hendak seribu daya, betul tak. Hanya sebuah buku Prof Syed Naguib al-Attas pernah aku baca berjudul Preliminary Statement on a General Theory of the Islamization of the Malay-Indonesian Archipelago.

Suatu kerugian, bak kata seorang senior, sekiranya orang yang faham dan sedar tidak mampu atau tidak tahu menyampaikan kebenaran kepada orang lain. Sebab itulah penulisan adalah antara medium terbaik kerana ia akan sentiasa dibaca berzaman-zaman (terutamanya penulisan karya agung). Walau apa pun, sebelum menulis, membaca adalah keutamaan supaya apa yang cuba diutarakan bukan sekadar omongan kosong atau mengikut hawa nafsu. Aku rasa aku perlu paksa diri dalam bab membaca ni.

Aku cuba mencabar diriku sendiri menerangkan maksud isme-isme seperti kapitalisme, sekularisme, hedonisme dan sebagainya kepada adik-adikku di rumah. Contoh mudah yang boleh aku lakukan ialah semasa menonton rancangan atau iklan di televisyen.

"Ha, kenapa iklan sabun ni mesti tunjuk gambar perempuan?"

"Kenapa iklan minuman ni mesti ada orang menari-nari?"

"Kenapa banyak drama menggunakan nama perempuan? Nur Kasih?"
Soalan ni adik aku tanya aku balik "Tu drama Aliff Firdaus guna nama lelaki?"

"Kakak ni suka tanya soalan, apalah"

Alhamdulillah, tak rugi aku mengambil subjek psikologi di universiti dulu. Mengupaya diri mengenal pasti dan menarik minat orang lain. Seperti yang aku beritahu dalam entriku yang lepas, aku sedang membaca Hari-hari di dalam hidupku tulisan Zainab al-Ghazali. Aku menjadi tukang cerita kepada adik-adik sebelum tidur. Ternyata adikku Ain (13 tahun) dan Akmar (11 tahun) menunujukkan minat. Sekarang buku tersebut dibaca pula oleh mereka. Sampai berebut-rebut. Akmar tak sudah-sudah menceritakan pada semua orang tentang Zainab al-Ghazali yang diseksa dengan teruk sekali.

"Kakak, Zainab al-Ghazali dirotan 500 kali"

Sekali lagi, aku bersetuju dengan Muna. Kita perlu menjadi pemudahcara. Apa yang pasti sebelum dan sesudah perbualan, perlu kita jelaskan dahulu ma'na-ma'na perkataan tertentu yang boleh dikategorikan sebagai sukar difahami. Jumpa lagi!

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Terhalang

Salam,

Tiada apa yang aku lakukan buat masa ini, rasa malu dengan sahabat-sahabat yang lain. Sekarang aku berada di sebuah kafe siber di tempat aku. Apa yang aku dapat dalam program minggu lalu, janji hanya tinggal janji. Aku bukanlah menyalahkan pada orang tuaku, kerana aku tahu mereka hanya mahu yang terbaik buat diriku. Aku belum lagi menamatkan bacaan buku berjudul Hari-hari dalam hidupku. Coretan Zainab al-Ghazali, seorang tokoh perjuangan wanita yang tidak asing lagi. Sejak era Ikhwanul Muslimin ditubuhkan selepas kejatuhan empayar Islam di muka bumi. Si Kamal Attartuk yang tak mungkin dilupakan oleh dunia Islam. Gara-gara percaturan Kamal, jatuhlah sistem khalifah.

Sebenarnya walaupun aku tak dapat bersama-sama sahabat lain untuk turun lapangan, aku tahu apa yang aku boleh lakukan ialah menulis. Nampaknya Ihya Ulumuddin milik abi perlu aku telaa'h jua. Kami bukanlah berharta, tapi suatu kerugian buat aku sekiranya lambakan buku-buku di rumah tidak disentuh dan dibaca oleh siapa-siapa.

Suatu saat dulu, ma'na perjuangan cukup aku takuti, cukup aku tak suka. Adakah aku hanya mengulang sejarah silam? Aku pasti orang tuakau memahami ma'na di sebalik perjuangan. Insyaallah aku akan cuba menerangkan kepada mereka.

Cuma kadang-kadang mulutku ini kasar juga berbahasa. Maaf umi. Maaf abi. Anak apakah akuini? Ikutkan hati banyak yang mahu aku coretkan di sini. Hanya aku catatkan dalam buku monologku. Aku ada mengarang sebuah sebuah sajak dalam perjalanan ke Sungai Petani. Waktu itu aku menaiki four wheel drive bersama Eqa, Abel, Din dan pemandunya ialah Abang Man.

Fakir bercerita

Sahabat,
Ingin sekali fakir bercerita,
Bukan ada-ada.
Ummah ini telah rosak,
Adakah kerna fakir tidak bekerja?
Tidak berbuat apa-apa,
Mana da'wah?
Mana gerak kerja demi ummat?
Persampahkan segala alasan,
Sibuk? Punya keluarga? Punya bisnes?
Politikus penipu,
Sampai da'wah terkebelakang?
Laungan asal manefesto,
Manis di bibir mengungkap janji,
Waktu mengaut undi.

Fakir bimbang sahabat,
Sampai bila kita perlu,
dimonopoli kapitalisme,
dalam aras sekularisme,
munculnya hedonisme,
dan segala macam kebejatan mengganas,
yang berakar umbi,
dari serangan pemikiran fasad,
yang terinstitusi,
bebas menjadi norma kehidupan.

Salahkah fakir mengajak kalian berjuang,
Walau kalian terus-menerus mencela di depan,
dan jua di belakang.

Nur Syahidah Wan Mahassan
6 Disember 2009
Kedah Darul Aman

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Ayuh rebut hadiah hebat!

Klik banner ya!


Dapatkan Buku Percuma Di Sini!



Sebelum itu, kredit buat Kak Balqis. Aku tahu tentang hadiah-hadiah ini pada asalnya setelah membaca blog beliau.

Menyahut kempen membaca. Bagus sekali. Hmmm, aku sebenarnya baru tahu harga komik kanak-kanak terbitan PTS bawah RM 10. Jadi, cadangnya mahu beli untuk adik bongsuku Jannah. Jannah sangat suka membaca. Sehinggakan buku Faisal Tehrani yang bertajuk Bila Tuhan Berbicara tu pun Jannah baca. Umurnya baru 8 tahun. Adik. Adik. Kakak doakan adik menjadi seseorang yang berjaya pada masa hadapan! Yeh! Sebenarnya bila ditanya adik faham atau tidak BTB tu tentang apa. Sah-sahlah Jannah jawab tak faham. Haha. Tetapi, buku-buku yang aku senaraikan untuk hadiah percuma bukan untuk Jannah. Hehe. Mahu hadiahkan untuk seseorang. Siapa ya yang bertuah itu nanti. =P.

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Ayat-ayat

Sahabat aku beritahu, ayat aku ayat buku walau dalam muka buku (Facebook). Entahlah, jujur aku tidaklah begitu skema seperti yang digambarkan. Aku bahagia menulis dengan ayat-ayat sebegitu. Rasa lebih molek dibaca. Baca : aku bukanlah anti bahasa pasar atau bahasa campur atau sewaktu dengannya. Cuma telah menjadi tabiat. Aku menggunakan YM pun kadang-kadang dah terlupa tak perlulah Syahidah oii nak taip satu-satu patah perkataan. Aduhai!

Kemudian, aku agak suka bereksperimen. Sekadar suka-suka. Heeee. Kemudian, ada masalah. Url asal blog ini ialah http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/ kemudian aku tukar kepada http://syahidahmahassan.via.my/ kemudian yang sekarang http://syahidahmahassan.blogspot.com/. Haha. Tak matang langsung! Heh! Main-main. Tapi bila lama tak lihat blog ni rasa tak sedap hati. Sekarang jam 2.33 pagi, aku tak boleh tidur. Aku rasa blog ni lama-lama jadi blog peribadi sungguh. Tak ada idea untuk menulis perkara berat.

Oh ya, beberapa hari lepas aku nekad menegur sahabat blogger yang menggunakan singkatan dalam blog mereka. Alhamdulillah, mereka boleh terima. Heeee. Gembira aku dibuatnya. Bukan apa aku lihat kandungan blog sahabat aku ni sangat bagus dari segi inti pati terutamanya berkaitan menyampaikan kebenaran. Jadi, aku mahu enjin carian juga mampu mencari maklumat-maklumat tersebut. Sebenarnya ramai lagi yang masih menggunakan singkatan dalam blog. Tapi, aku jadi tabiat pula, bila menaip di muka buku (Facebook), tak sampai hati nak taip singkatan terlalu banyak. Haha. Skema seyh!

Bila aku nak balik Pahang ni, aduhai, esok budak-budak kimia ni mahu buat makan-makan. Majlis perpisahan. Huhu. Insyaallah ahad atau isnin aku akan pulang. Homesick seyh! Apa banyak seyh da. Bila nak serius dalam kehidupan ni. Sedihlah pula hendak meninggalkan USM. Huuuuuuuu.

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

masihkah aku bertanya kenapa?

"Adik-adik pun nak belajar juga, tak sempat nak tolong nanti"

Ayat ni buat aku nangis. Sebab aku dah susahkah sekali lagi. Sama waktu aku di Pasir Salak dulu!

"Allah dah tentukan jalan hidup aku, sebab-musabab yang berlaku yang membezakan cara pandang aku terhadap keadaan tersebut"

Aku berhenti menangis sebab ayat ni. Ayat sendiri je pun. Eh silap. Ayat dalam buku tulisan Ustaz A. Ustaz A menulis pandangan tentang Perang Teluk antara Baghdad dan Kuwait pada tahun 1990. Eh masa tu aku baru berumur tiga tahun waktu perang tu.

Kenapa susah sangat nak bersyukur. Kenapa susah sangat nak bangun semula. Macam dulu. Kenapa susah sangat nak mohon doa dan pertolongan tu pada Allah Tuhan aku. Ah aku sendiri yang lupa dengan kewujudan-Nya. Masih tak percaya lagikah aku dengan qada' dan qadar. Memang sebab-musabab yang berlaku tu buat aku buta hati. Tak nampak langsung hikmah di sebaliknya.

Insyaallah, berhenti merungut! Andai ini Ramadhan terakhir, apa agaknya amalan yang aku ada untuk dibuat bekal. Solat aku tak jaga, makan minum syubahat aku tak peduli. Dakwah aku tak buat. Majlis ilmu akhirat lama aku tinggal. Dengan keluarga dan saudara-mara aku sombong. Dengan kawan-kawan aku terlalu merendah diri dengan keadaan duniawi. Ikhtilat aku tak jaga. Buat baik aku tak ikhlas, tak bersungguh. Tiga tahun di kampus apa amalan baik yang aku buat? Sekadar mendatangkan fitnah. Fitnah orang akan ingat sampai bila-bila malah jadi bahan gurauan. Kalau dikenang hanya buat air mata aku terus mengalir. Lupanya aku menjaga malu aku sebagai perempuan. Akhlak aku tak jaga sebaiknya.

Ada hikmahnya aku baca buku Ustaz A. Aku tak ingat langsung sama ada aku pernah atau tidak bertemu dengan Ustaz A. Kata Dr Af beliau sangat mengkagumi peribadi Ustaz A. Mungkin aku pernah bertemu, tapi aku tak ingat waktunya.

Perencanaan Allah tu ada sebabnya. Dalam waktu aku di hujung semester terakhir ni banyak betul informasi yang aku peroleh. Satu-persatu menerjah kotak fikiran tanpa aku rancang untuk mengetahuinya. Betullah kalau kita berusaha, Allah pasti tunjuk jalan. Masihkah aku mahu bertanya kenapa aku? Malu aku Ya Allah. Malu.

Rentetan tentang aku sebagai hamba dari esq training dan Ini Sejarah Kita, termasuk apa yang aku tahu tentang Patani, Turki, Divide and Rule, World Order semua tu ada kaitannya dengan kebangkitan dan kejatuhan Islam di muka bumi ini. Terang-terang semua tu dah tertulis. Teori Darwin tentang evolusi pun dah dapat dikecam dunia dengan adanya buku tulisan Harun Yahya. Masihkah aku bertanya.

Betullah kita mesti kaji kenapa ada kisah Ashabul-Kahfi tu. Allah mahu kita berfikir kenapa Allah kata dalam Quran Ashabul Kahfi tertidur dalam gua tu selama 309 tahun pada ayat 25 surah tersebut. Namun pada ayat 26 surah al-Kahfi, Allah beritahu berapa tahun sebenarnya mereka tertidur hanya Allah yang lebih tahu. Masihkah aku mahu bertanya kenapa?

Ya Allah, hanya Kau tahu kenapa ilmu itu kau berikan di hujung semester ku ini, selama ni apa yang aku buat seolah-olah sia-sia.

Aku sepatutnya bersyukur.

*Riwayat asal ditulis pada 23 Ogos 2009. =P.

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Gembira atau apakah ini?

Alhamdulillah, walaupun tengah sedih dengan seperkara tapi aku tetap gembira dengan seperkara yang lain. Aku sedar kini, walaupun ramai sahabat kita punya, tetapi untuk mencari sahabat sejati, payah sekali. Kadang-kadang kita terlalu mengharap sahabat kita akan bersama-sama dengan kita dalam apa jua yang kita terpaksa hadapi sehari-hari. Biarlah. Sudahlah hal itu, tak mahu aku fikirkan lagi, walaupun sebenarnya tetap perlu difikir. Ialah, siapa mahu hidup tanpa teman bicara di dunia ini. Tak tahulah kalau masih ada yang boleh hidupnya tanpa ada tempat untuk bercerita. Itu cerita sahabat. Tak mahu aku panjang-panjangkan di sini. Yang penting aku tak suka bermusuh walau pahit sekali.

Adikku Mujahid genap tahun ini umurnya 21 tahun. Hmm, jujur aku tak begitu rapat dengannya. Aku punya ramai adik-beradik. Jadi, buat kali pertama, sungguh-sungguh aku beritahu di sini, malam tadi, kami berbual di corong telefon hampir sejam lamanya. Seolah-olah seperti aku baru kenal siapa adikku Mujahid. Besar sudah. Selamat hari lahir Mujahid. Moga kita kuat dalam menghadapi dugaan-dugaan hidup yang tak mungkin lari dari catatan diari. Begitulah hidup ini. Beberapa perkara kami bincangkan, rata-rata soal masa depan masing-masing.

Ya aku sendiri, November ini tamatlah pengajian aku di USM. Mujahid pun sudah memasuki fasa praktikal di tempat pengajiannya di Selangor. Adikku yang sama-sama sempat merasa liku-liku hidup waktu kami kecil dahulu. Adik-adikku yang lain sedikit beruntung. Naluri aku kadang-kadang cemburu juga. Tapi harus aku tepis jauh-jauh. Wajib barangkali. Biarlah kami yang di atas ini sahaja yang merasa. Aku, Mujahid dan along.

Pelik benar rasanya, kawan-kawan mungkin rapat dengan adik masing-masing. Tapi aku lain sedikit. Inilah kali pertama aku menceritakan apa yang aku pendam selama ini. Benar sekali. Aku jarang bercerita dengan dia. Mungkin sampai waktu. Besar sudah. Aku sendiri tak sedar entah bagaimana segalanya terpacul dari mulut untuk bercerita. Segala yang pahit. Yang manis tentulah selalu dikongsi. Terima kasih De, kerana mendengar. Nasihat yang awak beri, Insyaallah tak perlu kita putus asa dengan Rahmat Tuhan. Perlu berusaha bukan?

Cuma, aku sendiri pun tidak mampu untuk bertahan. Ada masa aku rebah juga. Aku tahu. Kesabaran sahajalah yang dapat mengatasi segalanya. Aku gembira dalam masa yang sama. Terima kasih Tuhan.

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Boleh diterimakah?

Apabila bertebaran maklumat dalam Bahasa Melayu sama ada di ruang maya mahupun di media cetak sebenarnya bagi aku menarik minat golongan yang tidak memahami Bahasa Melayu untuk memahami bahasa itu sendiri tidak kira apa pun tujuan golongan tersebut. Percaya atau tidak dewasa ini walaupun Malaysia, Indonesia, Brunei yang masih menggunakan bahasa ini walaupun ada sedikit perbezaan namun antara tiga negara ini kita masih dapat memahami gaya bahasa masing-masing. Melihat Indonesia yang lebih besar berbanding Malasia dan Brunei tentunya dapat menggerunkan dunia dengan kemantapan bahasa tersebut. Pada pendapat aku satu kesilapan besar jika ada antara kita yang masih mahu bermusuhan antara satu sama lain. Aku sendiri pernah bertemu dengan laman-laman web seumpama yang dilihat cuba memecahbelahkan kita yang pada asalnya serumpun. Sedangkan tidak diketahui secara hitam putihnya kerana tiada profil pengenalan diri siapa sebenarnya menjadi 'admin' bagi laman tersebut.

Bagi aku pihak penghasut dunia ini sememangnya itulah tujuan mereka tidak mahu melihat kita sebagai negara Islam bersatu. Percaya atau tidak dengan bahasa itu sendiri kita dapat memahami antara satu sama lain dengan lebih baik kerana terdapat persamaan. Apabila wujud persamaan maka lahirlah sifat kasih sayang yang secara tidak langsung mengeratkan silaturrahim antara kita. Seterusnya penyebaran Islam itu terus-menerus berlangsung tanpa henti. Kita bukan sekadar mahu meng'islah' iaitu memperbaiki akhlak umat Islam sahaja, malah kita seharusnya menyebarkan Islam itu. Sedangkan binatang yang cuba menghampiri api pun kita mahu menyelamatkan binatang tersebut, mahukah kita membiarkan kawan-kawan sekeliling memasuki neraka. Nau'zubillahi min zalik.

Benar, dengan teknologi masa kini, sudah ada perisian komputer yang boleh terus menterjemah pelbagai bahasa termasuk bahasa Melayu, sekurang-kurangnya kita tak mahu anak bangsa yang akan datang sudah tidak tahu apa maksud ayam, anjing jika selalu disebut chicken,dog. Oh parah sekali jika begitu jika nasi pun asyik dipanggil rice itupun jika makanannya nasi, tengok-tengok hanya tahu piza dan donut, itu pun dieja doughnut dalam bahasa Inggeris, sedangkan bahasa Melayu sudah menggunakan donut dalam kamus.

Walaupun aku sendiri masih tidak dapat memahami kaitan yang setepat mungkin antara Islam dan Bahasa Melayu, setidak-tidaknya bahasa inilah juga yang memanjangkan lagi peluasan dan penyebaran agama Islam di nusantara. Sedangkan rakyat di Patani, Yala, Narathiwat dan Songkhla dihalang oleh kerajaan Thailand untuk berbahasa Melayu itupun secara curi-curi mempelajari tulisan jawi, kenapa kita di Malaysia tidak mahu menyanjung keindahan asal bahsa tersebut. Terus-terang aku suka mendengar ibu dan nenek di kampung berbual kerana aku dapati perkataan-perkataan yang mereka gunakan ada ketinggian ilmu bahasanya dari segi perbendaharaan kata. Contohnya mak aku sendiri masih menggunakan ayahanda, anakanda, bonda apabila menulis. Sehinggakan aku hendak menghantar kad raya ke rumah pun aku ditegur supaya sentiasa menggunakan kata nama yang bersesuaian kerana menurut beliau ayahanda dan bonda itu merujuk betapa tingginya nilai murni dalam konteks menghormati orang yang lebih tua.

Tajuk ni agak serius, masih boleh dipanjangkan lagi huraian, contoh dan rujukan supaya lebih ilmiah dan mendidik jiwa nusa bangsa. Sekian, terima kasih. Terasa seperti sedang menjawab kertas peperiksaan LKM 400 iaitu kertas Bahasa Melayu yang wajib diambil oleh pelajar USM untuk layak bergraduasi. Terima kasih Puan Safiah atas tunjuk ajar.

*Riwayat asal ditulis pada 24 Ogos 2009. Peperiksaan semester ini bermula 4 November sehigga 20 November untuk subjek Kimia Fizik, Psikologi Kesihatan dan Statistik untuk pelajar sains.

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Sayang dan cinta

Kemampuan Allah mencintai makhluk tak sama dengan kemampuan cinta manusia, manusia tak dapat nak capai kasih sayang tersebut

sedangkan Yahudi itu sekalipun, mereka dapat kuasai dunia, kaya raya, cerdik kerna Allah beri kasih sayang pada makhluk-Nya. Boleh makan, boleh minum, walaupun mereka menentang Umat Islam.

Kerana Allah sayangkan firaunlah Allah utus Nabi Musa

Bagaimana Nabi Muhammad ada "jiwa dakwah" walaupun dikeji oleh seseorang, Nabi tetap sayang orang tersebut.

Kita benci perbuatan seseorang tetapi jangan sampai kita benci orang tersebut. Tengok muka pun rasa benci. Astaghfirullahalazim, layak kah kita membanci makhluk ciptaan Allah.

Cinta yang harus dititikberatkan ialah cinta yang boleh bawa kepada erti pengorbanan. Cinta Allah sememangnya memerlukan pengorbanan. Cinta manusia boleh berkurang. Walaubagaimanapun cinta Allah kita mesti usaha bagaimana kita sanggup berusaha untuk mencapai cinta manusia, kenapa kita rasa segan, malu untuk mencapai cinta Allah, usaha dakwah kita masih nak perlekeh. Jangan perlekeh usaha dakwah orang, tapi tanya diri sendiri, gerak kerja apa yang kita dah buat.

Kenapa kita masih memiliki ruang-ruang yang banyak untuk kepentingan diri sendiri berbanding masa pengorbanan untuk cinta kepada Allah

Kita jangan ingat kita seorang sahaja yang ada masalah, sebab itu, saat berdoa mohonlah bantuan supaya Allah membantu kita dan orang lain yang mempunyai masalah yang sama.

Al-Maidah ayat 54, rujuk nanti...

"O ye who believe! if any from among you turn back from his Faith, soon will God produce a people whom He will love as they will love Him,- lowly with the believers, mighty against the rejecters, fighting in the Way of God, and never afraid of the reproaches of such as find fault. That is the grace of God, which He will bestow on whom He pleaseth. And God encompasseth all, and He knoweth all things" Al-Maidah : 54.

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Kenapa aku pilih?

Hari ni hujan lebat sungguh, cabaran betul. Kisah di seminar. Memandangkan aku dan Dayah sampai agak lewat, aku tak 'jot down' pun apa yang Brother Joannes Lukas bagi 'talk' tentang 'Liku-liku pengalaman saudara baru'. Yang aku ingat dia ada beritahu beberapa kelemahan institusi agama yang lebih banyak menyukarkan orang bukan Islam yang ingin memeluk agama Islam. Sebenarnya mudah sahaja.

Kemudian, Cikgu Kamarulzaman beri 'talk' tentang 'Bencana Tinggalkan Dakwah'. Katakanlah kita melihat anjing yang sedang dalam kesusahan, sebagai manusia normal kita secara refleksnya akan mempunyai sikap prihatin pada anjing tersebut dan cuba menyelamatkan anjing itu. Tapi takkan sedikit pun tidak kita rasa kasihan dengan kawan bukan-muslim, takkan kita nak biarkan mereka masuk neraka? Mesti kita mahu melihat mereka masuk syurga kan. Aku tertarik dengan Cikgu yang mengajar matematik ni buat kiraan multi-level-marketing. dalam surah al-baqarah ayat 261. Katakan setiap biji benih boleh dapat 700 biji.

Kalau 700/1 x 100% = 70 000 %,

maknanya kita dapat 70 000 % pahala hasil dari aktiviti kita menyampaikan dakwah ni. Orang yang memberi alasan tidak mahu berdakwah harus melihat surah Al-Ashr ayat 1 hingga 3 iaitu kita mesti beriman dan beramal dan berpesan-pesan degan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran. Dalam quran tidak kata beriman atau beramal atau berpesan-pesan dengan kebenaran atau berpesan-pesan dengan kesabaran.

Seterusnya Syaikh Abdullah pula memberi 'talk' tentang 'Tangan-tangan yang mengubah dunia'. Beliau merupakan pensyarah di Pusat Pengajian Jarak Jauh. Beliau menyatakan menurut Yusuf Qardawi, muslim itu ialah pemilik, pewaris dan pemikul. Tangan-tangan yang menggoncang dunia boleh jadi orang yang muda. Contohnya ialah Muhammad Al-fateh yang masih muda dapat membuka Istanbul. Sejarah telah membuktikan kejayaan Islam bukan sahaja berlaku pada zaman nabi, sahabat, tabiin, tabi' tabiin sahaja. Syeikh Abdullah menekankan muslim hari ni perlu menjaga asas (basic) iaitu seperti Solat SUBUH! 'Basic' ni. Malu dengan diri sendiri sebab 'basic' pun tak jaga.

Selepas itu, Ahmad Nadhir Yop, pelajar tahun 3 Botani minor Agama Islam pula membentangkan tajuk 'Dakwah Kotemporari' secara ringkas. Nadhir menekankan aspek keberkatan menuntut ilmu dengan cara menjaga adab berguru. Juga hidupnya ilmu hanya dengan amalan. Barulah penghayatan tu dapat diperoleh. Aku 'respect' 'gak' dengan Nadhir ni walaupun dia muda dari aku, tapi pengetahuan dia ni 'superb'! Boleh tahanlah. Malunya dengan diri sendiri. Apa yang aku tahu!. Ya Allah.

Lepas tu rehat. 'Lunch'. Nasi tomato. Kemudian balik desasiswa solat zuhur. Dekat jam 2 hujan lebat semula. Terpaksa tunggu reda, pi semula seminar. Tapi Brother Joannes Lukas dah mula 'talk' tentang 'penampilan diri pendakwah'. Beliau menerangkan cara berpakaian, cara berinteraksi, cara berkomunikasi dengan madu' dan juga bukan-muslim. Biar kemas. Cara berjalan dan duduk biar betul postur. Katanya walaupun nampak remeh hal-hal begini, sebenarnya perlu dititikberatkan sebagai pendakwah. Aku teringat 'talk' pasal nak pi 'interview'. Lebih kurang, bagus juga cara-cara dipraktikkan untuk tujuan dakwah. Bayangkan la kalau pendakwah pun berpakaian tak tentu hala, guano nak ajak orang dekat dengan Islam ya tak.

Kemudian dalam jam 3.15 petang, Cikgu Kamarulzaman sambung 'talk' tentang 'saudara baru'. Beliau pesan kita jangan mempersoalkan HASIL dakwah, tapi berusahalah untuk meneruskan GERAK KERJA dakwah tu.

Perkara penting apabila membawa bukan-muslim untuk mendaftar.

1. Jangan biarkan bukan-muslim tu pergi seorang diri
2. Ajar mengucap patah demi patah perkataan (usah melulu)
3. Keperluan salinan kad pengenalan dan 4 keping gambar (walaupun ni urusan dunia ja, tapi kita kena 'follow' la peraturan kat Malaysia)

Balik, solat maghrib, isya'. Jam 9.00 keluar semula pi seminar lagi. Tajuknya 'Mengapa Islam Pilihanku' oleh Brother Joannes Lukas. Beliau ceritalah betapa 3 tahun merahsiakan dari keluarga yang kuat Kristian bahawa dia dah memeluk Islam. Dia beritahu family dia masuk Islam pun melalui surat. Pastu ada la cerita tentang trinity sebenarnya ada dalam surah Al-Maidah ayat 73. kata Bro dalam Bible tak de pun cerita tentang trinity secara jelas sebab kristian sendiri tak pasti..banyak percanggahan Yesus tu anak Tuhan atau Tuhan? Kenapa disalibkan? Pembunuhan Nabi ISa ada dijelaskan dalam An-Nisa ayat 157.

Huhu, sampai sini dulu ya. Aku suka seminar hari ni. Rasa tenang ja masa pergi dan masa balik. Insyaallah. Aku tak salah pilih nak ikut Dayah pi seminar ni. Aku pilih sebab aku tahu aku mesti memilih untuk pergi. Sesungguhnya apa yang baik itu dari Allah jua, dan kelemahan itu adalah kekurangan aku sendiri. Aku tahu aku tak boleh tunggu diri aku sempurna baru aku boleh ajak orang lain, sebab kalau kita mengajak orang sebenarnya dengan sendiri nya kita juga memandu orang ke arah kebaikan sambil mengingatkan diri sendiri. Wallahua'lam.

* Riwayat asal ditulis pada 2 Ogos 2009. Ah lambatnya aku!

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Mencari

Belum lagi aku meriwayatkan peristiwa hari khamis dan jumaat, haha fikir-fikir riwayat untuk dibaca orang, bah kapal tak hanyut, inikan pula kemarau panjang, untuk tubuh diri mengutip makna di sebalik riwayat. Ukir-ukir pinang Betawi, pinang satu dibelah dua, fikir-fikir badan sendiri, bantal satu kepalanya dua. Apa aku buat hari khamis dan jumaat, banyak membuta daripada celik. Haha. Khamis kuliah pemula satu tengahari, kuliah statistik. Sejam kemudiannya kosong aku tak isi, oh zuhur, tutorial statistik jam tiga nanti. Sejam kemudian kosong lagi, oh asar, jam lima aku belajar berkarya atas kanvas. Berkongsi duit poket dan peralatan. Dicari segera kertas lukisan, warna pensel, akrilik, berus lukisan, oh RM 11 seorang. Aku berkumpulan empat orang. Jimat. Nanti berkarya jua berkumpulan. Seni lukis tidaklah aku tahu, adik bongsuku Jannah pun mungkin lebih baik. Ah apa aku merepek hari ini?

Hmm, sesudah tamat kelas jam tujuh bersegera aku ke masjid. Oh maghrib. Jam 8 malam ke kelas lagi. Brother Kor berbicara soal budaya dan agama bangsa Cina, Buddhisme, Taoisme dan seangkatan dengannya. Terkesannya aku apabila diberitahu 'belajar tentang agama lain ni usah sampai pengetahuan kita tentang agama lain lebih tinggi berbanding agama Islam itu sendiri'. Mencarilah aku dalam proses membentuk jati diri, ada baiknya aku sertai hal-hal luar dari kuliah akademik. Tenangnya berada dalam majlis ilmu. Menyedarkan aku tentang sesuatu. Walaupun majlis bukanlah berkata soal solat contohnya, dengan sendirinya segala-galanya bersangkut-paut. Ah bukankah pada kad pengenalanku tertulis jelas agamaku Islam. Cukup tahukah aku tentang agamaku sendiri. Jika ditanya anak-anak suatu hari nanti, bolehkah aku menjawabnya?

Eh dah keluar topik.

Aku sambung, kata Brother Kor, pakai colok tu bukan dari Buddha tapi dari Taoisme. Buddha agama, Taoisme ni sembah Tuhan Langit..ada suatu hal yang aku musykil, cuma tidak aku punya bukti. Kata Brother Kor asalnya penggunaan colok ialah nak halau nyamuk, sebab dulu-dulu belajar agama bawah pokok. Jadi sah-sahlah nyamuk banyak, halau nak guna asap. Zaman ini, colok diguna untuk menyembah Tuhan supaya dirahmati. Diberitahunya pada kita itu warisan nenek moyang. Penting buat kesihatan dan kekeyaan. Supaya sihat dan banyak wang.

Apa kata sejarah, Buddhime masuk ke negara China sekitar tahun 65 selepas Masihi. Namun waktu itu pengikutnya sedikit. Tahun 290 selepas masihi ramai sekali pengikut di China terutamanya saat rusuhan banyak berlaku. Jadi, pembawaan agama ke dalam negara tersebut yang menentang kezaliman menarik minat penduduk tempatan yang dahagakan ketenangan.

Perayaan Hantu Lapar dalam bulan ke-7 kalendar Cina, menurut kepercayaan masyarakat bangsa Cina, pintu neraka terbuka, semua hantu turun, (boleh tonton drama/filem cina, aku selalu tengok 'gak', banyak cerita tentang hantu-hantu ni)

Hari ni hari sabtu, baru aku mahu beriwayat kisah hari khamis. Terkebelakangnya aku. Aku nak ikut Dayah melawat Qilah di klinik, tapi setakat ni dia di bawah pemerhatian. Di wad biasa. Semalam suhu 39.4 darjah selsius..panas tuuuuu. Semalam, aku, Yana, Ecah dan Dayah dengan sudah menjenguk, sampai ditegur dengan jururawat kenapa berlama-lama di tempat penuh orang sakit. Hihi. Maaf. 'First time' melawat 'member' ditahan lama di wad. Ah dulu Nad tak penuh sehari gara-gara gastrik, sebentar sahaja di wad. Tetapi Qilah ni kalau sakit mukanya tak macam orang sakit..jadi, kelihatan seperti biasa. Hendak menghantar makanan dan barang-barang Qilah..kemudian ada seminar di SK2. Patutnya program mula jam 8.30 pagi. Hihi. Tapi sekarang jam 9.30 pagi, aku masih di bilik menanti hujan teduh. Lebat 'seyh'. Bagaimana aku mahu membonceng JHE Dayah itu.

Dan aku rasa tajuk entri sudah tidak berkaitan dengan apa yang aku tulis sekarang. Oh ya ada lagi satu hal mahu diriwayatkan. Tentang hari jumaat pula iaitu semalam.'Kuang-kuang panjang'.

Semalam kelas aku mula jam 9 pagi, kuliah statistik, kemudian ada ruang kosong sejam. Ada pula kuliah Kimia Fizik. Segera aku balik selepas itu merehatkan diri. Haha. Malam tadi aku dan Dayah pi majlis makan malam di Vistana Hotel. Dapat sekeping sijil, bila pandang sijil ni aku rasa rendah diri tahap optimum, sebab aku kan pelupa. Sah-sah lah tak berapa ingat apa yang aku sudah pelajari. Huhu. Tapi Insyaalah, aku akan cuba lah juga baca semula mana-mana yang tak ingat tu. Sebab tu salin nota.

Huhu. Hujan sudah berhenti ni. Mahu ke klinik lawat Qilah. Petang baru balik sebab seminar habis 5.30 petang. Yuhu. Wassalam.

*Riwayat asal ditulis pada 1 Ogos 2009, ah teruk sekali bahasa aku!

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Ku mohon

Assalamualaikum semua,

Terima kasih kerana sudi menerima aku sebagai sahabat. Ampun maaf andai lenggok bahasa, tutur bicara membuat kau bersedih hati, bermuram durja.

Aku insan lemah sering berbuat salah, lalu terzahir perbuatan yang mungkin padahnya terpaksa kau terima.

Perpisahan pasti berlaku kerana itu ketentuan, moga pertemuan dan perpisahan yang kita telusuri bersama hanya kerana mengharap kebaikan menuju jalan kepada Allah tuhan pencipta alam raya.

Moga sinar Syawal yang bakal tiba tiada lagi sengketa yang merobek hati dan jua perasaan yang membawa barah dendam antara kita.

Moga perjalanan hidupku lebih tenang saat tiada lagi perselisihan. Insyaallah ke Kelantan aku tahun ini.

2.06 petang,
26 Ramadhan 1430 H,
Indah Kembara,
USM Pulau Pinang.

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Semoga segalanya selamat



Salam, apa khabar kamu yang sedang membaca? Sihat-sihat ya moga hendaknya. Hari ni tepat jam 12.00 malam akan bermulalah perjalanan saya sehingga 23 Ogos ni. Bersempena dengan cuti pertengahan semester ini, saya Insyaallah akan menyertai program di Bangi, Selangor pada 15 dan 16, selepas itu terus pulang ke Pahang. Bertemu abi, umi dan adik-adik. Adik lelaki saya De pun katanya akan pulang bercuti. Kalau tiada aral melintang dapatlah sama-sama berbuka puasa dan menghayati kemulian bulan Ramadhan nanti. Sama-sama kita raikan dan nantikan.

Buat senior dan sahabat-sahabat di USM yang bergraduasi sejak kelmarin hingga Ahad ni saya ucapkan tahniah buat kalian. Moga kalian dapat menjadi insan yang bukan hanya cemerlang dengan skrol yang dimiliki malah lebih baik daripada itu. Hidup bukan hanya untuk cemerlang di dunia. Bukan hanya mahu kaya harta. Bukan hanya mahu kaya kuasa. Ingat! Insyaallah giliran saya akan tiba tahun depan. Doakan saya ya. Moga segalanya selamat. Moga saya tidak menjadi insan yang sombong dengan ilmu.

Saya juga ingin memaklumkan bulan ramadhan nanti saya akan berehat dari menulis di ruang maya (blog) ini. Jom kita lakukan anjakan paradigma! Oh saya bukan mengajak kalian juga menuruti langkah ini. Ini saya bukan kamu. Tak apa. Jom baca blog Abuyon tajuknya tentang Menulis sampai ke syurga. Senang hati sekali apabila baca madah-madah abuyon dalam blognya. Muhasabah ya kawan-kawan dengan apa yang kita tulis. Jumpa lagi jika Allah izinkan moga waktu itu kita lebih baik dari hari ini. Insyaallah. Alfatihah buat Ustaz Asri Rabbani. Lagu "Pergi tak kembali" banyak meninggalkan kesan buat diri saya kerana boleh dikatakan lagu-lagu Nadamurni menusuk jiwa. Saya dan kamu yang sedang membaca pun akan pergi suatu hari nanti dan kita takkan kembali untuk memegang tetikus yang kamu sedang pegang, kita takkan kembali untuk menatap skrin laptop yang kamu sedang pandang, kita takkan kembali untuk menaip papan kekunci , kita takkan kembali untuk membaca http://syahidahmahassan.via.my/. Ya kita takkan kembali. Muhasabah kawan. Muhasabah. Kamu yang sedang membaca dan juga saya sudahkah kita bersedia untuk pergi?

Kamu yang sedang membaca tak perlu tanya kawan sebelah, tak perlu tanya ustaz ustazah, tapi kamu tanyalah diri kamu sendiri.

Sekian, terima kasih.

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Hadiah maya lagi


Nyatakan 5 fakta menarik mengenai pemberi 'award' ini. Ada dua orang.

Azim
1- Kolaborasi beliau, Aizat, Basri, Puteri, As dan Lala menarik minat senator-senator KRU untuk mengekalkan keterlibatan beliau dan 5 sahabat dalam KRU. Senator ialah gelaran yang kami berikan untuk mantan. Kiranya sidang ni saya sendiri adalah golongan senator. Huhu.
2- Baru mula jadi blogger. Huhu. Jangan tak siap projek tahun akhir sudahlah ya.
3- Mantan YDP Kelab Rekreasi Unisains (KRU) USM sidang 2008/2009.
4- Tak marah saya kerana pencen menjadi setiausaha KRU secara tiba-tiba.
5- Mudah dibawa berbincang dalam segala hal.

Hawa
1- Muda tiga tahun daripada saya.
2- Seorang penulis.
3- Sangat berusaha untuk menjadi penulis yang berjaya
4- Rupa-rupanya beliau juga membaca blog saya ni. Terima kasih
5- Sewaktu saya mula-mula komen di blog beliau tentang PPSMI, beliau dengan senang hati memberi cadangan kepada saya apabila saya menyatakan kerisauan adik yang bakal menduduki SPM pada tahun ini.

Setiap blogger harus menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima 'award' seterusnya

1. Muslim.
2. Rakyat Malaysia.
3. Melayu.
4. Pelajar USM.
5. Major sains kimia minor psikologi.
6. Anak kedua dalam keluarga.
7. Tinggal di Pahang.
8. Suka membaca.
9. Suka aktiviti lasak.
10. Bercadang untuk ........ hehehehehe......

Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya,dan jelaskan siapa mereka

1. Salwa, saya pernah berkayak dengan beliau.
2. Arnamee, walaupun beliau pelajar USM, tapi kami hanya mengenali di ruang maya.
3. Sofia, baru sahaja menjadi rakan blog saya.
4. Put, orang Pahang.
5. Kak Julie, boleh cari beliau di Pusat racun USM.
6. Purplez, katanya kawan Salwa.
7. Ayuni, seperti Arnamee walaupun beliau pelajar USM, tapi kami hanya mengenali di ruang maya.
8. Allin, antara rakan blogger yang awal.
9. Kak Zai, mula kenal waktu cuti semester yang lepas.
10. Eyda, seorang pelajar UKM.

Azim, terima kasih. Begitu juga sahabat maya Hawa.

Seterusnya ingin sekali saya bercerita kenapa muslim itu menjadi pilihan utama saya. Kenapa tidak memilih saya sebagai pelajar, rakyat Malaysia atau berbangsa Melayu sebagai pilihan pertama? Saya sebagai seorang pelajar, bermula dari tadika sehingga universiti baru sahaja 16 tahun. Apalah sangat 16 tahun. Tak banyak yang boleh diceritakan. Begitu juga status saya sebagai warganegara Malaysia dan berbangsa Melayu baru sahaja 22 tahun sejak Mac 1987.

Menurut Sejarah Kerajaan Melayu Patani oleh Ibrahim Syukri terbitan UKM, bab pertama Tanah Melayu pada zaman purbakala, orang-orang Melayu itu bangsa yang terakhir sekali datang menduduki dan mendiami di dalamnya. Bangsa pertama yang mendiami Semenanjung Tanah Melayu, mengikut kitab-kitab sejarah ialah orang-orang bangsa liar. Kemudian diikuti orang-orang Hindu yang datang dari India. Setelah itu dikuasai oleh orang-orang Siam asli dari Tanah Siam dan akhir sekali barulah orang Melayu.

Walaubagaimanapun muslim itu mempunyai sejarah yang paling panjang iaitu bermula sejak nabi Adam a.s., seterusnya nabi-nabi yang terdahulu dan akhirnya nabi Muhammad. Kembali kita mengingati peristiwa nabi-nabi menyebarkan agama kebenaran. Nabi Muhammad contohnya berusaha menyeru penduduk Makkah yang terpesong dan menyembah berhala. Pada asalnya penduduk Makkah mengikut ajaran Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s. Sanggupkah kita lupa akan semua ini?

Bermula pada 610 Masihi turunnya wahyu pertama baginda berdakwah secara sembunyi hanya 40 orang pengikut, 613 Masihi baginda berdakwah secara terang-terangan dan sehingga 633 Masihi sahaja dikatakan 120, 000 orang pengikut. Lihat betapa sabarnya baginda dalam perjuangan.

Perjuangan ini tidak terhenti di situ apabila diteruskan oleh Khulafa' Ar-Rasyidin iaitu Saidina Abu Bakar, Saidina Umar al-Khatab, Saidina Uthman dan juga Saidina Ali r.a. Bagaimana misi menyebarkan Islam boleh kan sampai ke Syria, Mesir, Palestin, Armenia, China dan utara Afrika. Masihkah kita lupa?

Seterusnya bagaimana diteruskan oleh Muawiyah pada zaman Bani Umayyah (661 Masihi) sehingga Islam berjaya menguasai dua pertiga (2/3) dunia berdasarkan populasi manusia bukan kawasan (area) pada 750 Masihi. Zaman Abbasiyah pula di Baghdad Islam terkenal di seluruh dunia. Tertubuhnya Universiti Al-Azhar (988 Masihi) lebih awal berbanding Oxford University (1167 Masihi). Kita masih mahu ditipu sewenang-wenangnya oleh mereka yang mahu hancurkan ISlam?

Kerajaan Turki Uthmaniyyah (1265 Masihi) yang diasaskan oleh Uthman Gazi di Turki. Pada 1453 Sultan Muhammad al-Fateh membuka Constantinople (Istanbul). Seterusnya berakhir zaman khalifah pada tahun 1924 di tangan Kamal. Sejarah inilah harus kita ulang-ulang pada generasi Islam kita. Mahukah kita dilabel sebagai Islam warisan atau Islam hanya pada nama?. Hmm, ada masa jom baca semula sejarah Islam ya kawan-kawan. Saya mahu pulang bercuti ke Pahang sehingga 23 ogos ni. Wassalam.

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Mencetus panik

H1N1 yang menular sejak akhir-akhir ini tidak sudah-sudah menjadi isu utama di mana-mana. Saya sendiri yang pada mulanya menyangka saya mendapat simptom tersebut telah berjumpa dengan doktor di Pusat Sejahtera 3 Ogos yang lalu. Saya tertarik dengan perbincangan dalam subjek psikologi kesihatan iaitu bagaimana seseorang kekal sihat, mengapa mendapat penyakit dan apa respon terhadap penyakit yang dimiliki.

Awal-awal lagi di kaunter pertanyaan pusat sejahtera, saya ditanya kenapa saya datang ke klinik.

"Saya demam" kata saya kepada staf yang menjaga kaunter pendaftaran.

Saya bukan doktor rasa panas tu demamlah. Jika seseorang yang tidak tahu hendak jawab apa, dia akan jawab dia sakit, apa yang terlintas di kepala, termasuk saya. Saya rasa badan saya panas.

Persoalan 1 : Pesakit tak tahu dia sakit apa, yang dia tahu keadaannya sekarang ialah tidak selesa.

Memandangkan ramai pula yang ingin bertemu dengan doktor pada hari tersebut, lamalah juga saya menunggu giliran.

Persoalan 2 : Apakah jangka masa antara waktu pendaftaran dengan masa berjumpa dengan doktor akan mempengaruhi pesakit. Sama ada sakit penyakitnya akan bertambah atau emosinya bertambah sakit. Bagaimana emosi negatif pesakit boleh mendorong pesakit lebih terdedah untuk penyakitnya menjadi lebih serius. Jadi, teori emosi mempengaruhi penyakit adakah boleh diterima?

Saringan pertama, saya diperiksa oleh nurse yang bertugas. Saringan bagi mereka yang memberitahu mereka demam waktu di kaunter. Diperiksa suhu, tekanan darah dan pulse. 37 darjah selsius, b/p 105/68 dan pulse 64.

Nurse kata, "Awak tak demam ni, tak apalah awak tunggu giliran untuk berjumpa dengan doktor pula".

Huhu sikit punya lama tunggu. Tak apalah ramai lagi di belakang yang belum diperiksa, ada yang batuk, selsema, penuh dewan menunggu. Tak pernah pusat sejahtera yang dulunya dikenali dengan pusat kesihatan menerima kunjungan pesakit sebegitu ramai. Sabar. Tunggu. Kemudian, di ruang menunggu yang lain bersembanglah saya dengan pelajar tahun 1 di sebelah saya. Suhunya lebih 1 darjah selsius sahaja dengan saya.

"Dah seminggu dah saya demam, kejap panas, kejap baik, risau"

Aik, budak ni dah tahu demam, kenapa tak pergi klinik. Apa yang mempengaruhi pelajar ni untuk tidak ke klinik. Bukan jauh pun. Kalau tinggal di desasiswa Restu sekalipun masih boleh menaiki bas komuter ke Pusat Sejahtera. Semua bas (biru, ungu, hijau) kecuali bas berwarna merah akan berhenti di perhentian bas hadapan Pusat Sejahtera.

Persoalan 3 : Kenapa tak mahu berjumpa dengan doktor walaupun tahu demam yang agak lama tu mesti ada yang tak kena.

Waktu berjumpa doktor saya beritahu saya sakit kepala. Seperti ditarik-tarik. Bukan pening kepala seperti biasa. Seperti nurse tadi, doktor juga menyatakan saya tidak demam. Saya diberi mefenamic acid dan vitamin B complex pada hari tersebut atau nama panjangnya 2-(2,3-dimethylphenyl)aminobenzoic acid. Pelajar kimia boleh cuba lukis sturukturnya. Hehe. Satu nitrogen, dua oksigen, 12 karbon dan 12 hidrogen. Kalau sudah diberi bilangan ni masih tak dapat lukis baca semula buku kimia organik. Cari di wikipedia kerana rasa tak puas hati kenapa saya yang merasakan diri ni demam tidak dikategorikan sebagai demam. Patutnya bersyukur ya tak. ISh ish. Rasa sejuk/panas sahaja jumpa doktor. 1 dan 2 Ogos saya ada seminar di PP Sains Kemasyarakatan. Hujan memang agak lebat.

Persoalan 4 : Adakah kerana situasi semasa yang mencetus panik dalam diri seseorang walaupun simptom yang ada tidak berkaitan dengan penyakit yang menular. Akibat hebahan tentang penyakit dan sebagainya. Asyik baca akhbar isu berkaitan. Tingkah laku membaca itu sebenarnya baik atau tidak.

Persoalan 5 : Bagaimana terkena hujan itu boleh mencetus panik, maka cepat-cepat mencari doktor. Tingkah laku itu sebenarnya baik atau tidak. Seseorang terdorong untuk bersikap negatif terhadap dirinya sendiri. Minda menyatakan "saya sakit", maka tubuh merelakan dirinya untuk sakit, maka sakitlah tubuhnya. Jadi, fizikalnya yang sakit atau mindanya yang sakit.

Pada tahun 1948, world health organization (WHO) menyatakan seseorang itu sihat apabila fizikal, mental dan sosialnya sihat secara menyeluruh dan sihat tidak hanya ditakrifkan sebagai tiada penyakit atau gejala.

Tingkahlaku manusia terhadap dirinya sendiri, orang lain merupakan sesuatu yang unik untuk dikaji. Walau apa pun mesti diingat tidak semua perkara itu dapat diselesaikan secara saintifik. Doktor mungkin boleh membantu kita mengubati simptom, tetapi untuk mengubat hati seseorang, makanlah ubat paling mahal di dunia sekalipun sukar sekali.

"Sesunggunya kami jadikan untuk neraka jahanam kebanyakan di antara jin dan manusia, bagi mereka ada jantung hati, (tetapi) tiada mengerti dengan hatinya, dan bagi mereka ada mata, (tetapi) tiada melihat dengan matanya dan bagi mereka ada telinga (tetapi) tiada mendengar dengan telinganya. Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat. Mereka itulah orang-orang yang lengah. " Surah Al-a'raf : ayat 179.

"Hai segala manusia, sungguh telah datang kepadamu pengajaran dari Tuhanmu dan menyembuhkan apa yang dalam dada (hati), lagi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman." Surah Yunus : ayat 57.

"Tidakkah mereka berjalan di muka bumi, supaya mereka mempunyai akal (untuk) memikirkan, atau telinga (untuk) mendengarkan. Sesungguhnya mereka bukankah buta mata, tetapi buta hati yang dalam dada." Surah Al-hajj : ayat 46.

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Sabar, sabar, sabar, sabar dan sabar tanpa henti

Kenapa ya orang marah kita menentang kezaliman? Sebenarnya berkata soal kezaliman ni, hanya orang pernah dizalimi atau pun rapat dengan orang yang dizalimi atau orang yang ambil tahu tentang kesusahan mereka yang dizalimi sahaja yang tahu KEZALIMAN mereka yang zalim. Ya Allah bantulah mereka yang dianiaya oleh mereka yang ZALIM ini.

Sabarlah dalam menghadapi ujian hidup. Bersyukurlah kepada Allah kerana menciptkan orang yang menyakiti hati kamu kerana dialah orang yang menabahkan hati kamu. Setiap kali kita ditimpa musibah, usah cepat marah, usah cepat putus asa. Muhasabahlah kerana itulah yang membuatkan hati kamu tenang, aman, damai walau apa pun yang menimpa.

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Dulu lain sekarang lain

"Mula-mula dia datang sini dia memang berpakaian sebegitukah?" tanya seorang sahabat baik kepada saya.

"Tak juga, mula-mula elok, tutup semua, tapi entahlah"

"Kenapa agaknya ya?"

"Sampai di sini mereka terikut-ikut pula dengan budaya di sini"

Saya diam sekejap. Mencari jawapan.

"Tak perlulah fikir tentang kenapa mereka jadi begitu bila masuk Malaysia ni. Cuba lihat skop lebih kecil. Anak-anak yang berkelakuan baik, sopan dan menutup aurat di hadapan keluarga tu pun buat perkara yang sama. Sampai sahaja di perhentian bas setelah ibu ayah menghantar mereka, waktu itu juga pakaian litup yang dipakai hilang entah ke mana."

Sebenarnya saya tiada jawapan pun. Depan mata sendiri melihat kawan-kawan yang tidak lagi seperti yang saya kenali waktu di sekolah dulu. Tak kiralah sekolah mana sekalipun.

Saya tak tahu kenapa kerap hal-hal begini begitu menyentuh kotak pemikiran saya yang kecil ni. Buat apa nak fikir. Biarlah mereka dengan kehidupan mereka ya tak. Tapi tak bolehlah saya buat begitu. Tegur tak berani. Cuma saya masih boleh berkawan dengan sesiapa sahaja. Pedulikan sikap dan perwatakan. Berbaik sangkalah jalan penyelesaian. Pening.

Kawan-kawan sebaya, kalian memberontakkah. Penat mak ayah ajar. Penat guru-guru pesan. Jangan tak sempat minta maaf! Parah! Tersalah kawan, bahaya!

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Apa cerita sekarang?

"Salam Syahidah, apa khabar? Emm, nak tanya agak-agak minggu depan kau balik Karak tak? Syikin nak datang 1 Ogos, kalau boleh biar kita buat mini-reunion. Makan-makan kat kedai ke..Huhu.."

Pesanan ringkas diterima. Bukan yang pertama kali. Kali kedua. Terlepas yang pertama. Muncul lagi yang kedua. Bungkam!

Tak banyak yang hendak cerita. Masih seperti selalu. Syahidah yang ini juga. Walhal bukan jauh sangat Penang dengan Pahang ya tak. Tapi semenjak habis sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi memang tak jumpa dah semua.

Alasan! Huhu saya tiada alasan hendak diberi. Bukan bermakna saya terlalu sibuk. Tidak juga. Jadual kuliah di USM memang begitulah. Hari-hari pun ada kuliah. Kuiz tiap-tiap minggu. Dari semester pertama dulu sampai sekarang. Sidang lepas memang tahap mengganggu emosi. Hihi. Projek. Projek. Projek. Yuhu. Dah lepas. Terima kasih Dr Aziz, PP Sains Kimia, Zaheer, Ecah dan Su.

"Hidup ni mana boleh relaks je"

"Ye la" Akur.

Sabar.

Tapi, 1 dan 2 Ogos dah janji dengan Dayah, ada program. Hmmm...

Tanpa jawapan. Seperti selalu!

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Saya dan hari ini

Salam, hari ni kuliah hanya ada satu itu pun jam 1 tengahari tadi. Kuliah pukul 8 pagi batal. Dr Z ganti kelas waktu makan tengahari, katanya mahu habiskan silibus sebelum bulan puasa atau pun raya. Hari pertama kuliah pun dah diberitahu waktu-waktu pertukaran. Jadinya tak semena-mena semester ni saya jadi pelajar Pusat Pengajian Sains Matematik. Huhu. Setiap hari ada kuliah statistik.

Pukul 5 petang ada kelas catan. Haha satu lagi perkara yang tidak berkaitan dengan pelajar kimia. Ya lah subjek seni tu!
Apa pun pensyarah catan En Khairul memang sempoi. Katanya, "Saya bukan mahu suruh kamu jadi pelukis, minggu depan saya mahu setiap kumpulan bentang cara-cara nak mewarna". Aduhai ada presentation lagi minggu depan. Hari ini baru membentangkan tajuk Abstract expressionist. Terus-terang tak tahu apa pun tentang tajuk ni pada mulanya. Apa lagi bantuan En Goggle lah yang menyelesaikan masalah saya. Saya mana ada bakat melukis, mewarna ni. Ayo!

Maka berkenalanlah saya dengan Jackson Pollock, Yusof Ghani. Serius tak faham lukisan Jackson tapi saya suka lukisan Yusof Ghani. Semester ni kalau dilihat pada jadual sama seperti Tahun 1 dulu. Isnin hingga Jumaat penuh. Sabar Syahidah dah nak habis ni. Berusaha!

Jam 9.30 malam lebih kurang teman Syikin pergi rumah kayak (nama yang kami panggil untuk bangunan ni, di hadapannya ada tasik yang penuh biawak, Tasik Harapan). Tempat persatuan saya bermesyuarat dan membincangkan aktiviti. Kelab Rekreasi Unisains USM. Jumpa mereka semua. Barisan majlis tertinggi dan gelaran senator untuk yang tidak lagi memegang jawatan seperti saya. Hoho rindu betul dengan kayak, hutan, laut, sungai dan mereka semua. Dah hampir setahun "pencen" dengan aktiviti outdoor.

Lama betul saya tidak jumpa mereka semua. Kiranya tadi ala-ala reunion. Haha. Lawak sungguh. Buat persiapan untuk pembukaan booth pendaftaran ahli baru untuk sidang 2009/2010. 31 Julai ni ada aktiviti interaksi kelab di Sedim. Hmm nampaknya saya tak boleh pergi ada majlis makan malam di Hotel vistana, kelas IPSI tu. Berbaju kurung cukuplah kan. Kita bersederhana.
Memang seronok betul cerita diari kosong begini ya. Adoih saya tak pasti bila ada masa untuk menulis. Kalau saya kata mahu berhenti pun sah-sah lah esok tu saya dah menulis semula. Jadi ini entri ringan-ringan sahaja. Hanya sekadar menulis. Tak perlu berfikir kenapa saya mahu tulis tentang ini.

Apa faedah yang pembaca boleh dapat dengan apa yang saya tulis. Adakah ia memberi impak positif atau pun negatif. Saya suka kalau ada yang kritik entri saya. Sebab nanti saya dapat belajar. Barulah saya faham kenapa tuan blog yang popular tidak gemar komen yang sekadar berbentuk pujian. Huhu. Oh ya saya ada satu lagi masalah. Bila saya komen blog orang. Selepas dah publish komen tu. Kemudian tuan blog tu balas komen saya, rupa-rupanya apa yang saya komen agak lari dengan topik perbincangan entri. Jadi, bila baca semula saya pula yang pening.

P/S - Cik Hafrina Hamdi, kalau kau baca entri ni. Aku mahu beritahu kita sama sahaja. Sebab tu aku masih di USM. Jangan salah sangka pula ya. Lambat pun lambatlah. Nanti dah kerja kita cerita tentang tempat kerja pula ok. Untuk Cik Azian Che Puzi, aku tahu kau sudah di Malaysia, tapi seperti biasa aku tak tahu bila aku boleh jenguk kau di Pekan. Untuk Cik Alawiyah aku minta maaf tak dapat datang kenduri tu.

http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

Kebejatan Mengganas

Wah ramainya. Wat gapo ni. Central Square, Sg Petani.

Memantau persekitaran. Barisan pemantau. Rehat jap. Perempuan dapat tempat duduk. Yeh! Central Square, Sg Petani.

Alhamdulillah 11 Julai yang lalu berkesempatan ke Sungai Petani. Walaupun hujan, perjalanan hari itu berjalan lancar. Lambat betul Syahidah oii bercerita. Dush ketuk kepala sendiri. Nak wat guano banyok kijoe lae (alasan ini tidak relevan, tahu!)

9.40 pagi
Saya, Kak Wan dan Farhana bertolak dari USM ke Taman Jubli Perak, Sg Petani. Bersebelahan Masjid Sultan Muzaffar Syah, Sg Petani. Memandangkan hujan yang tidak berhenti, selain diberi taklimat pemetaan lokasi oleh Ustaz Din, kami juga dimaklumkan dengan isu penting yang dekat dengan kita iaitu Selatan Thailand. Memandangkan ramai juga yang tidak ambil tahu tentang pergolakan di Selatan Thailand ni.

12.06 t/hari
Seramai 17 aktivis ke stesen bas Sg Petani. Dua bangunan kedai kami kunjungi. Berterabur penutup tin gam ( Rubber Cement), botol arak (Thai Song, Cap Buluh) dan rokok murah di sana-sini. Ada masa saya cerita entri lain.

Berminat menjadi sukarelawan? Sangat dialu-alukan. Anda akan dilatih untuk sama-sama menyelamatkan adik-adik kita di luar sana. Klik Urusetia Menangani Gejala Sosial Negeri Kedah. Klik sini untuk lihat aktiviti LANDAS di Bukit Mertajam. Apa yang dapat dilihat situasi, keadaan dan remaja yang terlibat adalah sama.

2.00 petang
Kompleks beli-belah Central Square, Sg Petani


Ustaz Din bersama adik si rambut tegak. Sumber. Baru sikit ni. Kalau lihat sendiri ya ampun ramai sungguh kawan adik berambut tegak. Kebetulan ada konsert di aras 5 Central Square. Rock weh!

Ini belum lagi kita bincangkan isu sebenar. Punca dan masalah remaja-remaja ini berkeliaran di kompleks beli-belah tanpa pemantauan keluarga. Klik sini. Kak Wan ada fakta berkaitan.

"Adik, beritahu tak mak ayah mai sini?"
"Bagitau, depa tau saya mai, mak yang hantaq kat bustop tadi"

Boleh jadi lali mendengar ayat yang sama. Tapi tak bolehlah buat begitu ya tak. Mereka datang ke sini secara berkumpulan.

"Ni siapa ni?"
"Ni adik, ni sepupu" atau "ni kawan, kami kawan lama dah, dari sekolah rendah lagi"

Tak tahulah. Kita terima apa yang budak-budak ni beritahu.

"Adik buat apa kat sini"
"Saya kerja kat tingkat 4, kat kedai makan"
"Oh sekolah kat mana?" (setelah ditanya umurnya baru 16 tahun)
"Saya berhenti dah kak, keluarga susah, tu saya kerja"
"Adik da solat?"
"Payah la" (ditunjukkan rambutnya yang berwarna, mungkin kerana rambut yang berwarna perang, dia tidak perlu solat agaknyalah, tak pastilah tu) Aduhai! (ternyata adik ni tidak solat, kerja di kompleks ni hampir setahun)

Sebenarnya berkecamuk fikiran saya melihat gelagat dan tingkah laku mereka. Kalau ditanya perkara yang sama keluar daripada mulut mereka. Secara logiknya, remaja yang memenuhi kompleks Central Square ni dari tingkat 1 sampai tingkat 5 ni semuanya terlalu bermasalahkah? Belum cerita rambut yang tidak lagi berwarna hitam ataupun yang tajam-tajam, pakaian yang tidak manis dipandang siap berbelang-belang. Lelaki perempuan berpegangan tangan. Seolah-olah perkara ni tiada penyelesaian. Menurut senior yang telah lama dengan aktiviti ni semakin hari semakin teruk. Kalau tak kerana dek kesabaran, alamatnya tak sanggup. Huhu. Sabar. Sabar.

Menurut Kamus Dewan Edisi ke empat, bejat bermaksud Jw rosak (barang anyaman dll); 2. Id, bp rosak (budi pekerti), buruk (kelakuan), tidak berguna lagi; membejatkan merosakkan;kebejatan kerosakan, keburukan. Harap maklum.

Tak berapa nak berkait - Aduh bilalah nak jumpa Farhana ni. Mahu gambar lagi.

http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

Nota buat yang membaca

Assalamualaikum semua. Secara peribadinya saya tidak lagi sekerap dahulu untuk menjengah laman maya rakan blogger yang lain. Apa pun saya baca juga apabila ada masa terluang kerana saya menggunakan goggle reader untuk membaca entri baru kalian. Buat rakan blogger yang menggunakan perkhidmatan mel saya mohon maaf kerana saya menidakkan kemudahan tersebut (unsubscribe).

Mesti pelik pula saya buat begitu. Walhal sama juga kalau saya guna goggle reader sekalipun. Cuma, saya lebih suka mengasingkan jenis-jenis mel yang sepatutnya masuk dalam inbox. Jadi, saya satukan semua blog yang saya ikuti di dalam google reader (sama ada blog yang baru saya kenali mahupun lama, termasuk yang telah disenaraikan dalam blog saya).

Saya juga telah menidakkan ajakan rakan-rakan lama untuk menyertai Frienster, Facebook, High-5, Ning dan sebagainya. Maaf ya.

Perancangan asal mahu menulis sesuatu tentang konflik di selatan Thai. Tapi nampaknya saya masih belum berbuat sedemikian. Cubaan pertama ada di sini. Peristiwa di Xinjiang, China boleh klik blog AO. Kalau tentang Palestin boleh klik di sini.

Sekian, jumpa lagi.

http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

Perjuangan yang belum selesai

Sumber Patanikini.

Memandangkan saya sendiri masih tidak begitu memahami isu sebenar yang berlaku di sana. Begitu juga maklumat yang sampai kepada masyarakat dilihat berbeza-beza.

Sajak berikut telah menarik perhatian saya untuk paparan semua. Tiada tajuk diletakkan. Saya kekalkan tulisan daripada sumber yang saya peroleh.

Penjajah datang.
menjajah bangsa merdeka.
menguatkuasa hukum imperialis.
merugol,memenjara,membunuh.
bersultan di mata,beraja di hati.
pejuang-pejuang bangsa bangkit melawan.
ditembak, dikelar, dicincang.
lawan tetap lawan.
dari hidup bercermin bangkai.
baik mati bergalang tanah.
pengkhianat bangsa.
bersubahat dengan penjajah.
menghapus pejuang bangsa.
dengan upah semurah hati nya.
menjilat ludah geleliat penjajah.
menghirup muntah muntah penjajah.
penjajah dan pengkhianat petani.
bersepakat menulis sejarah nesta.
konon merekalah pembila rakyat.
pejuang bangsa di kata pengganas.
pejuang bangsa di kata pemisah.
sepangjang usia pasti di laknat.
sedangkan merekalah firaun dunia.
pembunuh bangsa melayu petani.
perjuangan haram di hentikan.
sehingga petani di bebaskan pemuda.
pejuang-pejuang petani menulis sejarah baru.
merdeka,merdeka,merdeka bangsaku…

Sumber : Patanikini

Isu ini ada kaitannya dengan Perjanjian Anglo Siam 1909.

Berbeza sekali sajak ini. Sajak yang penuh keinginan untuk memerdekakan diri. Sajak yang ditulis jujur. Satu-persatu penindasan yang berlaku ditulis jelas. Inilah yang dialami bagi mereka yang ingin akan kemerdekaan. Kita di Malaysia telah berada di zon selesa (sebenarnya masalah yang menimpa masyarakat tidak begitu disedari, lihat anak-anak remaja yang terbiar). Baiklah, sewaktu Palestin ditindas ramai yang mula sedar dengan pergolakan yang berlaku di sana. Namun, apa yang berlaku dekat dengan kita tidak ramai yang tahu. Umat Islam di selatan Thailand turut ditindas dalam dimensi yang berbeza. Mereka turut berdepan dengan kesukaran untuk menegakkan syiar Islam dan juga boleh dikatakan keinginan memerdekakan tanah air. Seolah-olah kita di Malaysia tidak mengambil tahu sedikit pun apa yang berlaku. Insaf weh!

http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

Datang bila-bila masa

7.35 pagi : Kita baru mula berjalan ke perhentian bas.

7.40 pagi : Kita sudah berada di perhentian bas.
7.45 pagi : Sebuah lori secara tiba-tiba merempuh perhentian bas (termasuk kita dan sesiapa sahaja yang ada berdekatan).
7.46 pagi : Kita mati di tempat kejadian.

Moral : Ingat mati!

http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

Piza sendiri

Sebenarnya dah sebulan yang lepas cuba buat di rumah. Hehe jadi tiada gambar ya! Kalau berminat bolehlah kawan-kawan cuba. Jangan malu-malu. Sendiri mahu makan bukan orang lain lagi. Selera sendiri apa.

Bahan-bahan doh piza (untuk dua keping)
1) 2 sudu teh yis direndam dalam secawan air suam sehingga kembang
2) 200 gram tepung gandum
3) air (agak-agak supaya doh boleh diuli dengan baik). Tak ukurlah pula berapa mililiter guna. Haha.

Sos piza pula memerlukan
1) garam
2) Dua sudu sos cili dan sos tomatoman (haha)
3) Satu biji tomatoman direbus dan dikisar baik punya (jangan terlebih tomatoman ni. Masamlah. Saya tak suka masam sangat. Rasa pelik nanti.
4) Setengah bawang merah (dikisar)

Inti piza
Ikut sukalah ( puan kentang, kakak ayam, encik cendawan, ikut kreativitilah, encik lada benggala dan sebagainya).

Cara-caranya ialah masukkan rendaman yis tadi ke dalam tepung. Tambah air. Uli hingga menjadi doh. Tutup doh dan tunggu sehingga 5 minit. Kemudian, uli semula. Tunggu pula selama 30 minit. Pastikan doh yang diuli tu kita tutup. Nanti bendalah lain pula yang masuk. Ngeh ngeh.
Ha setelah itu bolehlah buat bentuk bulat leper (sedang sahaja ketebalannya). Letak atas piring pembakar yang telah disapu marjerin. Sapu campuran sos di atas kepingan doh. Taburkan inti di atasnya. Kemudian parutlah encik keju (ala-ala gamlah kiranya encik keju ni). Sila bakar sampai keperangan . Selesai.

Tips - Untuk mengelakkan roti menjadi keras dan inti jadi mentah apabila selesai dibakar. Seeloknya dinasihatkan masak terlebih dahulu inti tadi sebelum letak atas doh piza. Goreng sekejap ke. Bolehlah. Layan!

http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

Biarkan sendirian



Jiwang seyh! Konon biarkan sendirian. Oh bukan itu maksud asalnya. Menyendiri saat terbaik untuk muhasabah diri. Renung dosa-dosa kecil yang bertimbun telah kita lakukan. Jika dihitung boleh jadi banyak. Ha makanya waktu berdiam itu usah berangan. Apa lagi. Koreksi diri. Okeyh! Mungkin buat silap dengan adik, kakak, abang apatah lagi ibu ayah dan guru-guru. Tak lupa kawan-kawan. Kawan adik kakak maafkan saya ya!

http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

Dengar-dengarkan







Sekali sekala layannnnnnnnnnn! Sebenarnya betulkah lagu ni melalaikan. Hmmm. Pandai-pandailah. Kalau dengar lagu nasyid sekalipun leka sampai lewat solat kan tak kena tempatnya tuh. Aishhh. Tak tahulah nak kata apa. "Lu pikirlah sediri!" kata beliau. Heh layan lagu rentak laju-laju eh? Seronok ya? Saya tertanya juga apa agaknya budak-budak remaja ni fikir. Jumpa lagi. Wassalam.

http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

Let's be real!!

Tak sepatutnya kita mengajak orang ke arah kebaikan tetapi kita sendiri TIDAK melakukannya.

Betul?

Don't make fun with people when they ask Where is God?

Allah is not like the creation. Allah is capable doing anything! Allah is not like human being.

Atheis won't belive if they don't see. Atheis won't belive if they don't hear.

Hindu belive God is everywhere.

But, we have our responsibility. Deliver the MESSAGE!!

When people attack Islam it's a chance for us. They asking harsh about Islam? Simply say thank you for asking me about my religion and SMILE. Grab the chance not the people. What is in Islam? Believing in ONE God and worship Him without any partner.

Secret of da'wa,
"Call the people to ISlam on the daytime, Call to Allah on the night"

Allah decide, not us. It is impossible to force people to be a Muslim.

"Asyhadualla ila ha illallah, wa asyhadu anna muhammadar rasulullah"

Seorang lagi saudara baru mengucapkan kalimah suci. Masjid USM menjadi saksi. Subhanallah! Tersentuh hati ini melihat berjujuran air mata wanita Cina itu jatuh ke pipi. Alhamdulillah. Syukur.

http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

Meletusnya Gunung

Abi memarkir van Ford betul-betul di hadapan kedai serbaneka PLMN (bukan nama sebenar). Seorang kanak-kanak lelaki berbaju belang putih hijau sedang asyik menolak sebuah basikal. Oh basikal itu lagi besar daripada saiz badan budak berbaju belang putih hijau. Tak mungkin miliknya. Tiba-tiba basikal itu jatuh.

"Buat apa ni ha? Bodoh!"

Perempuan muda berskarf merah jambu menghampiri. Kelihatan sedang mendukung bayi.

"Dush!"

Ditendang kanak-kanak tadi tak semena-mena. Terjatuh. Menangis.

"Astagfirullahalazim, mak apa ni?" Saya berpaling ke arah lain tak sanggup memandang.

Kebiasaankah begini. Perlukah si ibu mendidik anak dengan kekerasan. Didikan tanpa tarbiyah. Hawa nafsu menguasai.

"Budak-budak ni tak perlu marah-marah dan guna kekerasan kalau hendak ditegur. Tegur secara lembut Insyaallah dia dengar" pesan umi kepada saya.

Kasih sayang paling penting bukan. Tak dapat saya lupakan peristiwa ini walaupun setahun telah berlalu.

Marah mewujudkan sombong, takabur dan dendam. Tanpa kawalan syariat akan menggerakkan anggota seperti tangan, kaki dan sebagainya untuk bertindak. Mudah sekali mencaci maki, mengutuk, menyebut-nyebut keaiban orang lain sesukanya. Tidak ada satu kebaikan disebutnya kecuali perkara yang menjatuhkan maruah orang yang dimarahi.

Kerana sifat marahlah Firaun membunuh ramai anak Bani Israel. Kerana marahlah kaum kafir Quraisy menolak kebenaran Rasulullah. Tercetus krisis-krisis nilai dan peradaban.

Rasulullah bersabda, "Barangsiapa menahan kemarahannya, nescaya Allah akan menahan siksanya terhadap orang itu. Barangsiapa mengemukakan keuzurannya kepada Allah akan menerima keuzurannya itu, dan barangsiapa menyimpan lisannya, nescaya Allah akan menutup segala keburukannya"

P/S - Kalau ditendang bunyinya dush kah Syahidah oiiii?

http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

Jom McD

"Weh, ceritalah sesuatu kat aku. Bosan ni. Aku ajak pergi McD tak nak"

"Betul kau nak dengar?"

"Nak, nak, nak"

"Aku cerita tentang Nabi Ibrahim boleh?'

"Biar betul kau. Apa-apalah"

"Begini, Nabi Ibrahim as ni zuriatnya ramai yang dilantik sebagai Nabi dan rasul"

"Oooo, siapa nabi-nabi tu?"

"Ada dua kelompok besar. Pertama daripada anaknya Ismail membentuk bangsa Arab. Kedua, keturunan Ishaq yang melahirkan bangsa Yahudi. Mereka juga dikenali sebagai Bani Israel sempena nama lain bagi Ishaq iaitu Israil."

"Nabi Ishaq yang anaknya nama Yaaqub tu kan?"

"Betul, betul, betul. Hmm, Nabi Yaaqub ni ada 12 orang anak termasuk Nabi Yusuf. Anak-anak nabi Yaaqub inilah yang melahirkan 12 puak dalam kalangan Bani Israel"

"Oooo"

"Mereka diutuskan di Palestin dan negeri-negeri berdekatan dengannya. Waktu itu Baitul Maqdis menjadi markaz ramai Nabi dan rasul. Mereka menggelar diri mereka sebagai bangsa Allah yang terpilih. Mereka menambah catatan dalam Taurat dan Talmud dengan menyifatkan bangsa lain lebih hina daripada anjing"

"Lupa daratan tu"

"Haah, sedangkan Allah mengutus bilangan rasul yang ramai kerana kedegilan dan keengganan mereka untuk beriman kepada Allah. Kaum ni melakukan jenayah paling besar membunuh ratusan nabi dan rasul"

"Oh ustaz aku pernah cerita mereka mempermainkan nabi Musa, membunuh nabi Zakaria dan cuba membunuh nabi Isa"

"Betul tu, mereka juga menderhaka kepada nabi Samwil dan raja Talut yang soleh"

"...Kemudian mereka ditimpa kenistaan dan kemiskinan, dan mereka (kembali) mendapat kemurkaan dari Allah. Hal itu (terjadi) kerana mereka menginkari ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi tanpa alasan yang benar. Yang demikian itu kerana mereka menderhaka dan melampaui batas" Al Baqarah ayat 61.

"Weh, mana kau tahu semua ni. Sejak bila?"

"Ayah aku bagi buku. Tajuknya 'Gaza menangis. Menelusuri sejarah perjuangan Palestin dan pembantaian di Gaza'. Kau nak pinjam?"

"Bagus tu. Eh sebab tu ke kau dah tak nak ikut aku pergi McD?"

"Kau rasa?"

P/S - Buku tersebut dijual di ruang maya. Klik sini. Harganya RM 20.00 sahaja. Penulisnya ialah Aris Hazlan Ismail dan Riduan Mohamad Nor.

****Kemaskini 2.00 petang 4 Jun 2009.

http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

Hadiah maya

Daripada Khairiah. Terima kasih!

Seterusnya diberikan kepada nama-nama berikut! Simpan dan letak dalam blog anda.
Kak Balqis
Kak Yana
Qilah
Fairuz
Kak Wan
Penari Laut
Wardatul Shaukah
Haf
Dan semua yang blognya ada dalam senarai pada lama saya ini dialu-alukan untuk mengambilnya juga. Hehe. Tak dapat senaraikan semuanya pada entri.Daripada Barukisu

Daripada Wardatul Shaukah

Sekian. Jumpa lagi!

Kemaskini 4 Jun 2009 11 pagi

11800
http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

Bersyukur lalu beringat, Teringat lalu bersyukur

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang dengan limpah dan kurnia-Nya.

Masih diberi kesempatan untuk tunduk dan sujud menyembah-Nya.
Walaupun di atas kenderaan.

Begitulah beringat sebelum terlewat.

Elok-elok dapat menunaikan solat di ruang selesa di rumah atau di tempat kerja boleh pula berlengah-lengah sambil menonton rancangan kegemaran di televisyen, berbual-bual kosong dengan rakan, berjual-beli tatkala azan berkumandang.

Tapi saat bermusafir. Bimbang pula tak sempat solat pada waktunya gara-gara bas ekspres yang dinaiki tidak berhenti di R&R. Mujur wudhu' yang masih ada membolehkan solat jama' diselesaikan. Begitulah waktu sukar memang meudah kita teringat.

Orang yang bertaqwa itu menunaikan solat. Rujuk Al-Baqarah ayat 2 dan 3.

Lagu tiga kupang,
Saku penuh padi,
Dah kata solat itu tiang,
Takkan tak faham lagi.

Wallahua'lam

Puduraya-sg.Nibong
http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

Tergendala

Salam,

Tempoh tidak saya tetapkan. Jumpa lagi!

Pesanan khas buat along di Teluk Sepanggar. Selamat datang ke dunia blog. Hehe......

28600, Karak
http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

Kenapa mempersoalkan soalan?

Segalanya tak semudah memprogramkan sebuah mesin. Jenama mesin pun bukan buatan Malaysia. Jenama mereka juga kan.

Kenapa mereka tukar ramalan kedatangan Nabi Muhammad dengan nama lain? Sepatutnya ramalan itu membuktikan nama Nabi Muhammad. Tetapi ditukar sebagai Comforter dan berbagai-bagai nama ikut suka mereka.


Kenapa Malcoml X tak mahu dirinya dikenali sebagai rakyat Amerika?

Kenapa perlu kita tahu keajaiban Al-Quran?

Kenapa muncul soalan-soalan begini?


Hari ke-7

Desasiswa Saujana
http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/2009/04/mulabelajarhentimimpi.html

Tak faham sejarah


Ini mayat kan. Siapa yang salah sebenarnya? Ada sesiapa yang kisah dan peduli? Ini bukan rakyat Amerika.


Kenapa semua mahu menunjukkan diri mereka kuat. Berkuasa! Patutkah?

Bergelimpangan. Mayat.


Kalau dah mati. Tinggal rangka. Bolehkah hidup dan berkata-kata seperti watak ini?


Siapa bersaudara dengan siapa? Kenapa Amerika mahu tolong? Kenapa??????????


Mengingati si mati? Amerika atau Vietnam? Kononnya 57,939 nama rakyat Amerika tercatat pada memorial Vietnam di Washington ini. Mati dan hilang dalam perang Vietnam.


Oh faham sejarah pun belum. Mahu menyokong pula. Tak patut. Rasa-rasa patutkah saya teruskan bacaan Vietnam A History The First Complete Account of Vietnam at War tulisan Stanley Karnow. Dengan harga RM 12 beli di Pasar Chowrasta semalam. Gara-gara tak bertemu buku yang sepatutnya dicari. Tak pasal-pasal sambar buku Sejarah. Err. Tak tahu lah. Rasa nak marah. Tapi tak tahu nak marah siapa. Huhu. Aishhh Syahidah!

The War Nobody Won. Itu bab pertama dalam buku tu. Dianggarkan 600 000 komunis yang mati. Fuh lagi ramai berbanding rakyat Amerika tu. Oppss..sampai sini dulu ya. Mahu membantu Ecah siapkan laporan projek. Wassalam.

Hari ke-6
Desasiswa Saujana
http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

Berdua

Insyaallah Ahad ni saya akan ke Kedah. Menghantar Kak Teh ke matrik. Di Changlun. Huhu. Berjalan lagilah nampaknya.

Pagi tadi bersama Ecah ke Pasar Chowrasta berdekatan bangunan KOMTAR. Mengunjugi kedai buku second hand. Tingkat dua. Di tingkat satu jeruk dijual dengan banyaknya. Tak dapat pergi pesta buku di KL. Pergi kedai buku begitu pun seronok. Sangat banyak buku yang dijual dengan harga yang murah. Serendah RM 3 dan ke atas. Dapat percuma pun boleh sebenarnya kalau kita borong banyak. Kali ini lihat-lihat. Sambar tiga buah. Dua novel remaja untuk adik dan sebuah buku tentang sejarah Vietnam. Semuanya RM 20 sahaja. Haha seperti tiada kerja beli buku Sejarah.

Desasiswa Saujana
http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

Lima

Salam, pernah tak rasa tak senang dengan orang yang suka bertanya? Hmm, sebenarnya pendiam ni elok juga sebab lagi banyak kita bercakap kalau tidak pada tempatnya boleh keluar perkara yang tak elok. Tetapi malu bertanya tak tahu, betul tak.

Kenapa boleh wujud malu bertanya sesat jalan? Hmm. Bukan ada papan tanda ke kalau mahu cari jalan. Hehe. Banyak main pula Syahidah!

Berbincang, bergurau dan berbual tentang apa sahaja. Tak tahulah bila boleh jumpa Milah dan Ila semula. Konvo Ogos 2009 nanti mungkin yang terakhir. Baru seminggu berpisah. Oh. Dayah dan Qilah masih ada. Mujur.

Hari ke-5
Desasiswa Saujana
http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

Bebas dalam tenang

"Kawan, kadang-kadang aku rasa serabut, rasa tak tenang. Kenapa ya? Seolah-olah dunia ni terlalu banyak masalah."

"Perasaan mahu merdeka sepenuhnya. Mahu kebebasan. Tidak suka dikongkong. Tidak suka dipaksa. Rasa tak ikhlas pun buat sesuatu perkara. Kenapa ya?"

"Hmm, cuba kau fikir-fikir, selidik, kenang semula apa yang kau lakukan."

Salah satu punca ialah HATI tak bersih. Penuh sifat mazmumah. Racun kehidupan! Sifat mazmumah boleh jadi racun. Tahu!

"Dalam hati-hati mereka ada penyakit, maka Allah tambah penyakit kepada mereka dan bagi mereka siksaan yang pedih kerana mereka telah berdusta" Al-Baqarah : 10

"Sesungguhnya berbahagialah orang-orang yang membersihkan jiwanya dan celakalah orang-orang yang mengotorinya" As-Syams : 9-10

Mahu ketenangan!
Pagi-pagi melalui titi,
Titi tergantung lama tak ganti,
Ilmu dicari koreksi diri,
Mujahadah diri mensucikan hati,

Hari ke-3
Desasiswa Saujana
http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

Hilang gemuruh

Salam, beberapa hari tidak menulis.

Jam 10.30 pagi tadi selesai membentangkan keputusan hasil kaijan projek.
Alhamdulillah. Selesai. Masih perlu meluangkan beberapa hari di USM untuk menyelesaikan beberapa perkara. Esok masih ada seminar kerjaya satu hari suntuk. Sebelum 13 Mei laporan kajian projek mesti dihantar. Hmm, Insyaallah masih ada masa. Gemuruh hilang? Haha selepas habis pembentangan selama kira-kira 20 minit termasuk sesi soal jawab terus sahaja berjumpa Dr Aziz, penasihat projek saya. Tangan masih terketar-ketar. Paling penting saya, Ecah dan Suraya Shasrudin berjaya melepasi satu cabaran walaupun ini bukanlah projek besar seperti pelajar sarjana. Sekurang-kurangnya sedikit pengalaman yang diperoleh dapat membantu kami dalam kerjaya masing-masing pada masa akan datang ataupun jika mahu meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Alhamdulillah penat lelah kami bertiga sejak tahun lepas menunjukkan hasil.

Dr Aziz penasihat projek kami sangat membantu dalam memberikan buah fikiran dan tunjuk ajar yang sangat berguna. Siapa tahu suatu hari nanti pasti nasihat dan galakan Dr sangat berguna. Insyallah Dr. Kami ingat jasamu! Kami mohon maaf andai tersalah bicara, andai melakukan sebarang kesalahan (walaupun saya tak pernah beritahu Dr tentang blog ni). Jumpa lagi Dr.

Desasiswa Indah Kembara
http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

Xilena sama dengan Xylene

Pengisomeran xilena ke atas mangkin H-ZSM-5 telah dikaji menggunakan reaktor pemangkin antara 425 – 500oC. Tiub turus pemanasan digunakan untuk menjalankan proses pengisomeran xilena. Spektra FTIR bagi zeolit H-ZSM-5 menunjukkan, mod getaran pada 1104.06, 801.28 dan 449.96 cm-1 ialah getaran dalaman bagi Si dan tetrahedra AlO4, manakala mod getaran pada 550.30 dan 1230.19 cm-1 ialah getaran tetrahedra gelang ganda dua dan regangan tidak simetri tetrahedral Si dan AlO4 dalam rangka zeolit. (Belum habis lagi, panjang lagi sebenarnya, sengaja tak mahu letak dalam Bahasa Inggeris, hehehehehe)

Huhu, saya agak pening ketika ini, ada beberapa perkara yang saya perlu betulkan dan kenal pasti dengan tepat walaupun kefahaman saya masih terbatas. Paling penting hanya perlu buat yang terbaik! Jam 9.40 pagi di bilik NMR pada 4 Mei ini, segalanya akan ditentukan sama ada saya mampu atau tidak. Berusaha! Ayuh pembentangan yang membuatkan saya berdebar-debar. Ho ho ho.

Xilena dalam Bahasa Melayu, Xylene dalam Bahasa Inggeris. Zeolit = zeolite, reaktor pemangkin = catalytic reactor, tiub turus pemanasan = tubular tube furnace, pengisomeran = isomerization, tetrahedra gelang ganda dua = double-ring tetrahedral, regangan tidak simetri tetrahedral = asymmetric stretching tetrahedra, rangka = framework.

Desasiswa di USM telah kesunyian kerana penghuni-penghuni telah pulang ke kampung halaman masing-masing. Cuti semester selama tiga bulan. Pelajar yang masih setia adalah mereka yang terlibat dengan aktiviti kampus, latihan industri dan projek kursus. Memang sunyi seolah-olah tidak berpenghuni. Barangkali laman saya ini juga akan kesepian kerana di rumah saya agak tidak berminat untuk menulis di ruang maya. Hehe. keseronokan bersama keluarga di dunia realiti membuatkan ruang maya jarang di jejaki. Internet di rumah pun tidak begitu memuaskan. Kalau di USM akhbar pun tak beli sebab boleh online. Di rumah abi tetap membelinya walaupun sepatutnya boleh membaca di ruang maya. Huhu. Wah...nampaknya hasrat untuk berhenti memblog memang tak tercapai. Haha. Lawak!

P/S - Desasiswa ialah kolej kediaman di USM.

Sekian, terima kasih.

Desasiswa Indah Kembara
http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...