Gelodak hari ini

Blogger yang pemalu.

Bijak bercakap dan mahir menulis
bijak bercakap tetapi tidak mahir menulis
mahir menulis tetapi tidak bijak bercakap
Oh kita sungguh berbeza.

Jalan dakwah yang aku pilih.

Khilaf-manusia melakukan kesilapan
Tidak terkecuali aku
Jangan diajak aku ke panggung wayang
berpeleseran
berbuat selain disuruh agama.

Izinkan aku menimba ilmu
Aku rindu zaman aku di madrasah
kelas tajwid
bacaan asmaul-husna di hadapan blok asrama
Abi Anhari ,Ummu Maryam
zaman ana anti
Kau pasti tak pernah tahu
Aku khilaf.

Along sayang
Usah dikenang zaman silam kita.

Ampunkan dosa-dosa kami Ya Allah
Kami khilaf
melakukan kesilapan
Kembalilah
Hanya jalan yang Allah redhai itu yang terbaik
Insyaallah.

Nur Syahidah
11.54 malam 1032-A Rumah Guru SK Karak.
http://mulabelajarhentimimipi.blogspot.com/

Jawapan : Kak Balqis dan Kak Eva

Tugasan kali ini ialah mencari gambar yang bersesuaian dengan soalan berpandukan Goggle image.Caranya mudah.Pilih gambar pada paparan pertama keputusan carian dan jadikan sebagai jawapan kepada soalan-soalan berikut.Ulang siar khusus buat Kak Eva.Blogspot ni boleh ubah tarikh ,jadi boleh ya saya buat begini.Huhu.

1. Tahun hadapan (2010) saya

2. Saya teringin sekali berkunjung ke Everest



3. Tempat kegemaran saya ialah4. Barang kegemaran saya ialah

5. Minuman kegemaran saya ialah
6. Makanan kegemaran saya ialah
7.Warna kegemaran saya ialah ungu.
8. Saya tinggal di Karak.
9. Saya dilahirkan di Raub.
10. Panggilan untuk saya ialah kakak ,Syahidah ,Syida ,Kak Ngah.

11. Pengkhususan saya ialah
12. Tabiat kurang enak saya
13. Hobi saya ialah
14. Saya harap saya dan juga dunia tidak percaya dengan omong-omong kosong Yahudi laknatullah!
Oh ya.Tag ini diminta oleh Kak Balqis.Sesiapa yang berminat boleh jawab juga.Maklumkan pada saya jika sudah selesai.Tag dalam Bahasa Melayu apa agaknya ya?Kak Eva juga telah meminta menjawab soalan yang sama.=P.

http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/
1032-A ,Rumah Guru SK Karak


Siapa yang sakit?

Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.

Ingin sekali saya berkongsi sedikit pengalaman di sini.Secara kebetulan pada hari Selasa 20 Januari 2009 saya berpeluang menziarahi pesakit-pesakit di wad C6 Hospital Pulau Pinang.Aktiviti ziarah hospital anjuran Pusat Islam Universiti Sains Malaysia ini mendedahkan saya pada beberapa isu.Menziarahi orang yang sakit bukan sekadar ziarah kemanusiaan bahkan ziarah yang dituntut iaitu sunat muaakad.

Wad C6 Hospital Pulau Pinang kira-kira jam 11.00 pagi.
Walaupun majoriti wad ini bukan beragama Islam kami dapat mendekati beberapa orang Islam yang terlantar di atas katil.Bagi yang bukan beragama Islam kami berikan sedikit buah tangan sebagai permulaan perkenalan.

Sayu melihat seorang perempuan tua yang baru sahaja kehilangan kedua-dua belah buah pinggangnya.Ada juga yang buta ,kencing manis dan sebagainya.Seorang remaja lelaki sudah lima bulan terlantar terpaksa menangguhkan persekolahan.

Betapa kita manusia yang alpa dan tidak mengasihi saudara seagama kita sendiri.Pesanan buat saya sendiri dan sahabat-sahabat.Saya tidak mahu menghurai panjang jenis-jenis penyakit yang saya temui.

Tahukah kalian walaupun kita sakit kita tetap perlu menunaikan solat.Nikmat sihat adalah nikmat yang besar.Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.Jikalau waktu sihat pun kita lalai dengan solat ,apalagi waktu kita sakit dan tidak berdaya.Allah yang menyembuhkan penyakit walaupun setelah mengambil panadol hilang rasa pening itu adalah dengan izin Allah jua.

Terdiam saya apabila mendengar seorang wakil pihak hospital menyatakan mereka memerlukan wang daripada pihak luar bagi membolehkan buku panduan solat ketika sakit dicetak untuk diedar kepada semua pesakit beragama Islam.Sebuah surau di tingkat bawah hanya boleh dikunjungi bagi pesakit yang boleh berjalan.Memandangkan ini hospital lama maka tiada tempat khas di setiap aras mahupun dalam setiap bangunan bagi memudahkan mereka menunaikan solat.

Syukur Alhamdulillah kemasukan pegawai Agama Islam yang baru sahaja ditempatkan membolehkan gerak kerja seperti mengajar pesakit bersolat dapat dijalankan sedikit demi sedikit.Namun ,sanggupkah kita meletakkan bebanan tersebut di bahu beliau sahaja?

Walaupun pihak hospital mempunyai badan yang menguruskan hal ehwal kebajikan pesakit, tidaklah dapat badan tersebut memenuhi keperluan pesakit yang bertambah saban hari sehinggakan kadangkala mereka sendiri membekalkan wang peribadi untuk diberikan kepada pesakit.Tabung ehsan perlu sentiasa diisi.Sanggupkah kita membiarkan saudara seagama dalam terumbang-ambing.Persatuan agama bukan Islam kerap kali mengunjungi hospital menziarahi saudara seagama kita ,tetapi kita?Anda jangan marah jika mereka keluar dari Islam jika anda sendiri tidak pernah mendekati mereka untuk menghulurkan bantuan.

Hospital Pulau Pinang didatangi pesakit yang berbeza latar belakang.Sesudah sesi rawatan pesakit yang tidak berupaya untuk menaiki bas selain tidak mempunyai wang yang mencukupi kepada siapa mahu mereka adukan.Kagum saya terhadap staf hospital yang menghulurkan duit poket supaya pesakit itu dapat menaiki teksi untuk pulang ke rumah.

Tidakkah ada rasa malu dalam diri ini.Betapa selama ini kita mewah dengan nikmat yang kita perolehi sedangkan kita lupa akan saudara kita sendiri.

Wassalam.

http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/
Desasiswa Indah Kembara

We must adjust our distorted image of Hamas

Gaza is a secular society where people listen to pop music, watch TV and many women walk the streets unveiled

Last week I was in Gaza. While I was there I met a group of 20 or so police officers who were undergoing a course in conflict management. They were eager to know whether foreigners felt safer since Hamas had taken over the Government? Indeed we did, we told them. Without doubt the past 18 months had seen a comparative calm on the streets of Gaza; no gunmen on the streets, no more kidnappings. They smiled with great pride and waved us goodbye.

Less than a week later all of these men were dead, killed by an Israeli rocket at a graduation ceremony. Were they “dangerous Hamas militant gunmen”? No, they were unarmed police officers, public servants killed not in a “militant training camp” but in the same police station in the middle of Gaza City that had been used by the British, the Israelis and Fatah during their periods of rule there.

This distinction is crucial because while the horrific scenes in Gaza and Israel play themselves out on our television screens, a war of words is being fought that is clouding our understanding of the realities on the ground.

Who or what is Hamas, the movement that Ehud Barak, the Israeli Defence Minister, would like to wipe out as though it were a virus? Why did it win the Palestinian elections and why does it allow rockets to be fired into Israel? The story of Hamas over the past three years reveals how the Israeli, US and UK governments' misunderstanding of this Islamist movement has led us to the brutal and desperate situation that we are in now.

The story begins nearly three years ago when Change and Reform - Hamas's political party - unexpectedly won the first free and fair elections in the Arab world, on a platform of ending endemic corruption and improving the almost non-existent public services in Gaza and the West Bank. Against a divided opposition this ostensibly religious party impressed the predominantly secular community to win with 42 per cent of the vote.

Palestinians did not vote for Hamas because it was dedicated to the destruction of the state of Israel or because it had been responsible for waves of suicide bombings that had killed Israeli citizens. They voted for Hamas because they thought that Fatah, the party of the rejected Government, had failed them. Despite renouncing violence and recognising the state of Israel Fatah had not achieved a Palestinian state. It is crucial to know this to understand the supposed rejectionist position of Hamas. It won't recognise Israel or renounce the right to resist until it is sure of the world's commitment to a just solution to the Palestinian issue.

In the five years that I have been visiting Gaza and the West Bank, I have met hundreds of Hamas politicians and supporters. None of them has professed the goal of Islamising Palestinian society, Taleban-style. Hamas relies on secular voters too much to do that. People still listen to pop music, watch television and women still choose whether to wear the veil or not.

The political leadership of Hamas is probably the most highly qualified in the world. Boasting more than 500 PhDs in its ranks, the majority are middle-class professionals - doctors, dentists, scientists and engineers. Most of its leadership have been educated in our universities and harbour no ideological hatred towards the West. It is a grievance-based movement, dedicated to addressing the injustice done to its people. It has consistently offered a ten-year ceasefire to give breathing space to resolve a conflict that has continued for more than 60 years.

The Bush-Blair response to the Hamas victory in 2006 is the key to today's horror. Instead of accepting the democratically elected Government, they funded an attempt to remove it by force; training and arming groups of Fatah fighters to unseat Hamas militarily and impose a new, unelected government on the Palestinians. Further, 45 Hamas MPs are still being held in Israeli jails.

Six months ago the Israeli Government agreed to an Egyptian- brokered ceasefire with Hamas. In return for a ceasefire, Israel agreed to open the crossing points and allow a free flow of essential supplies in and out of Gaza. The rocket barrages ended but the crossings never fully opened, and the people of Gaza began to starve. This crippling embargo was no reward for peace.

When Westerners ask what is in the mind of Hamas leaders when they order or allow rockets to be fired at Israel they fail to understand the Palestinian position. Two months ago the Israeli Defence Forces broke the ceasefire by entering Gaza and beginning the cycle of killing again. In the Palestinian narrative each round of rocket attacks is a response to Israeli attacks. In the Israeli narrative it is the other way round.

But what does it mean when Mr Barak talks of destroying Hamas? Does it mean killing the 42 per cent of Palestinians who voted for it? Does it mean reoccupying the Gaza strip that Israel withdrew from so painfully three years ago? Or does it mean permanently separating the Palestinians of Gaza and the West Bank, politically and geographically? And for those whose mantra is Israeli security, what sort of threat do the three quarters of a million young people growing up in Gaza with an implacable hatred of those who starve and bomb them pose?

It is said that this conflict is impossible to solve. In fact, it is very simple. The top 1,000 people who run Israel - the politicians, generals and security staff - and the top Palestinian Islamists have never met. Genuine peace will require that these two groups sit down together without preconditions. But the events of the past few days seem to have made this more unlikely than ever. That is the challenge for the new administration in Washington and for its European allies.

William Sieghart is chairman of Forward Thinking, an independent conflict resolution agency

Sumber : Membina minda muslim super

Perancangan Allah pasti lebih baik

Hari ini akan pergi
Berlalu
Takkan kembali.

Usah bersedih
Duhai hati

Tak terkata
Kelu.

Jauhkanlah diri ini daripada tipu daya dunia.

http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/
Desasiswa Indah Kembara

Tiada rahsia tentang itu

Khamis 15 Januari saya dikehendaki mengundi bagi memenuhi syarat untuk memilih manusia yang akan menduduki tampuk pemerintahan Majlis Perwakilan Pelajar bagi sidang 2008/2009 (Semasa Tahun 1 saya mengundi sebab bimbang akan dikeluarkan dari Desasiswa ,kini saya mengundi kerana mahu memilih antara yang boleh dipilih). Pro Mahasiswa menang 10 daripada 37 kerusi di USM.Bermakna Aspirasi yang memegang majoriti kerusi yang dipertandingkan.Pro Mahasiswa hanya menang 3 kerusi di USM Utama(Pulau Pinang) daripada 25.Di kampus kejuruteraan Nibong Tebal Pro memenangi 3 daripada 7 kerusi yang dipertandingkan manakala di kampus kesihatan Kubang Kerian ,Kelantan 4 daripada 5 kerusi dipegang oleh Pro Mahasiswa.

Rapat umum kali ini saya berkesempatan mengikuti hanya pada 13 Januari yang lalu.Pelbagai ragam calon ketika itu dapat saya lihat bagi meraih undi.

Sembang-sembang dengan seorang sahabat di perantauan melalui Yahoo Messanger ,beliau bertanya :

Perubahan apa yang kalian mahukan?


Saya jawab :
Saya tidak perlukan wireless (Saya memiliki laptop sendiri pun semasa Tahun Dua ,sebelum itu Cyber Cafe menjadi tempat rutin untuk menyudahkan kerja kursus)
Saya tidak perlukan bilik desasiswa yang ada lift dan sebagainya.(Memang Desasiswa Indah Kembara ni tiada lift ,3 tahun sudah saya di sini)
Saya tidak perlukan bas yang banyak (Seingat saya dua tahun yang lalu saya lebih banyak berjalan kaki untuk ke kuliah atau Pusat Pengajian Sains Kimia ,lebih cepat begini cuma tahun ini bilangan bas bertambah dan kemasukan pelajar Tahun 1 sidang 2008/2009 lebih sedikit berbanding batch saya dahulu)


Bukanlah semua itu tidak penting walhal saya sendiri menggunakannya cuma keperluan-keperluan ini tidak lagi relevan untuk dijadikan bahan meraih undi.Perjuangan yang wajar salah satunya ialah bagi saya perubahan minda masyarakat USM terutamanya para pelajar.Apa akan jadi pada masa hadapan sedangkan mereka ini ialah bakal pemimpin-pemimpin negara pada masa hadapan (Ayat biasa dalam karangan masa sekolah dulu).

Buat teman sebilik yang menang tanpa bertanding bagi kerusi Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan ingin sekali saya memberi pesan agar amanah itu kau jalankan sebaik mungkin tidak kira kau menyebelahi pihak yang mana.

Sudahlah.Lihat dan tunggu.Saya mahu dengar lagu Untukmu Palestin.

Berzikir dengan nama tuhanmu
Bermunajatlah di tengah malam
Bertaubatlah padanya penuh rasa hamba
Agar doa kita di.. makbulkan
Agar Palestin kita genggam semula
Agar Palestin bebas di tangan kita
Kembali damai disirami air
Kebenaran Al-Quran dan sunnah
Palestina kan dimiliki lagi
Ingatlah Allah dan hindarkan dosa
Palestin kan aman lagi
Dengan ketaatan dan amalan soleh
Palestine you will regain your land
Remember Allah and stay away from sin
Palestine will be at peace again
And filled with the worship of Allah
Dengan kata dan ketaqwaan
Pada Allah yang maha kuasa
Ketakutan dan kelemahan
Peluru dan dentuman
Bukan lagi penghalang
Pembelaan Allah akan datang
Palestin... Palestin... Palestin
Palestin... Palestin...
Palestin...

Raihan

http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/
Desasiswa Indah Kembara

Jawapan:Cabai kering

Rakan blogger Cabai Kering minta saya selesaikan tugasan ini.=P.

Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
Keluarga.sob sob..

Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri?
Sarapan nasi lemak di cafe Desasiswa Indah Kembara.

Di manakah tempat impian perkahwinan kamu?
Tempat?Adoi.Apa ya? Gunung Everest boleh?

Berapa lama anda rasa hubungan kamu berkekalan?
Siapa? Ada ke? Jom baca saifulislam.com..

Adakah anda dilamun cinta?
Dilamun cinta dengan karya Hlovate.Boleh cari novel di MPH dan Popular rasanya.

Di manakah restoran terakhir kamu makan malam?
Masak nasi goreng..=P..jimat..jimat..

Namakan buku terakhir yang kamu beli?
Ikramah-Penentang jadi pembela.

Apakah nama penuh kamu?
Nur Syahidah binti Wan Mahassan

Kamu lebih senang dengan mak atau ayah?
Umi (mak).

Namakan seseorang yang kamu ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda?
Barack Obama boleh? Mengarut ni.

12. Adakah kamu mencuci pakaian anda sendiri?
Ya.

Tempat yang paling seronok kamu mahu pegi?
Rumah.

Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu.
Cabai Kering...hmmm..penulisan sempoi..kelakar..kelihatan berterus terang...baca blog beliau pun ada slanga penang tu..keluaq..bayaq..hehe

8 perkara yang amat saya gilai.
Blogging ,kayaking ,jalan-jalan ,baca blog sahabat-sahabat ,baca buku (tipu..tipu) ,main masak-masak ,makan-makan ,masuk makmal (tipu..tipu).

8 perkataan yang sering di ucapkan
Ala.. ,maaf ,Sudah..sudah ,ngantuk ,weh ,silap..silap ,umi ,lapar.

8 buah buku yang paling terbaru dibaca.
Kimia organik ,kimia fizik ,dan sewaktu dengannya..esok ada kuiz ni..hehe

8 lagu yang saya boleh dengar berulang kali.
Lagu 1 ,lagu 2 ,lagu 3 ,lagu 4 ,lagu 5 ,lagu 6 ,lagu 7 ,lagu 8.Dah cukup.hehehe..layan semua..rock kapak ke..lentok ke..nasyid ke..bahasa asing yang tak faham ke..kopratasa ke..

8 perkara yang saya pelajari tahun lalu.
Buat laporan ,masak dan makan ,kenapa perlu hargai masa ,kenapa perlu hargai diri ,kenapa perlu ada matlamat dalam hidup ,kenapa perlu maafkan orang ,kenapa perlu sayang diri dan sekeliling ,kenapa perlu bersyukur.Hidup ni sementara kawan-kawan.

Mari meng'tag' 8 orang lain.
Hmm..tidak bercadang berbuat demikian~

http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/
Desasiswa Indah Kembara

Morning Prayer

Hamza Robertson : Morning Prayer

There is a reason why to Allah we pray
In the morning on every day
It’s a meeting and we must not be late
If we want to have peace we must obey and pray

CHORUS:
There is no better feeling
Than when we pray on time
And we know the rest of our days
Will work out just fine
So we must work hard and wake up before sunrise
So we can leave our homes with the blessings of Allah

Idha hafadhta 'alal salah
Hayatuka tumla' baraka
Idha hafadhta 'alal salah
Tanal ridhaa' Allah
If you maintained your prayers
Your life will be filled with blessings
If you prayed on time
Allah will be pleased with you

No excuses of why you cannot pray
Coz we need him on everyday
So don't tell me just why you turned up late
If we want to have peace we must obey and pray

CHORUS

Idha hafadhta 'alal salah
Hayatuka tumla' baraka
Idha hafadhta 'alal salah
Tanal ridhaa' Allah
If you maintained your prayers
Your life will be filled with blessings
If you prayed on time
Allah will be pleased with you

Listen brother and sister it's all been said before
You're too tired now so you sleep some more
But when you wake up there's an emptiness inside
If we want to have peace we must swallow our pride

Bridge:
I know my friend it's not easy
But we must try believe me
And we will feel a difference
In our lives and Allah will give us strength

CHORUS


Saya sangatttttttt suka lirik lagu ini ,memandangkan ada sedikit masalah saya harap kalau hendak dengar mungkin boleh cuba cari di Iluvislam sendiri.Connection interrupted.Maklumlah wireless di kampus.Dapat free pun mujur.Menyentuh hatiku.Terima kasih buat Azian yang memperkenalkan lagu ini melalui YM.=P.

Sibuk

Sibuk?
Sibuk sangatkah?
Tiada masa?
Apa yang kau cari?
Dunia?
Akhirat?
Dunia dan akhirat?

Sebenarnya,
Apa yang buat kau sibuk?

Nur Syahidah
24 Disember 2008 1.56 tengahari
Desasiswa Indah Kembara
http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

Gaza ,nyawa,hilang dan terima kasih


Selasa ,06/01/2009 - Kementerian Kesihatan Penduduk Palestin di Gaza melaporkan tentera rejim Zionis telah menyerang Semenanjung Gaza pagi semalam dan mengakibatkan 17 rakyat Palestin terbunuh.

Kementerian berkata antara 17 yang terbunuh pagi ini adalah lima orang anak dari sebuah keluarga tujuh orang , apabila pejuang-pejuang jet rejim Zionis mengebom rumah mereka . Medik melaporkan bahawa ahli keluarga tersebut dibiarkan mati bersendirian kerana ambulans-ambulans itu tidak dapat mengambil mereka kerana kereta kebal rejim Zionis mengawal di situ.

Pada hari Isnin, kereta kebal rejim Zionis telah mengebom rumah milik Arafa Abed Al Dayim, membunuh empat orang mencederakan sekurang-kurangnya 40 orang yang lain. Sumber-sumber tempatan berkata , Abed Al Dayim telah terbunuh pada hari Ahad sebelum itu apabila ambulans yang beliau bawa telah diserang oleh tentera rejim Zionis . Warga Palestin berkumpul hari ini di rumah beliau bagi memberi penghormatan terakhir.

sumber:palestinkini.info

Cerita saya.

Saya baru sahaja kehilangan dompet dan telefon bimbit di Puduraya gara-gara kecuaian saya sendiri.Jenuh juga rupanya untuk saya buat laporan.Jumpa polis ,jabatan keselamatan USM ,pihak bank.Paling lucu hendak cari pejabat pendaftaran untuk mohon kad pengenalan baru sebab saya tidak tahu tempat.Mujur ada yang membantu saya.

Jutaan terima kasih buat umi ,abi dan adik-adik di rumah.
Kak Nisa.Hati-hati ya pandu kereta kak.=P.Orang yang menghantar saya sampai ke Pahang.
En Mohd Firdaus b Othman - Pegawai bertugas di IPD Karak ,Bentong.Saya ditemani adik saya Mujahid membuat laporan polis.
En polis di Puduraya - tidak tahu nama pula.Pihak pertama yang saya temui di Puduraya.
Sahabat di Klang.=P.
Pegawai bertugas di bahagian keselamatan.Apa nama ya?..ramai..hehe..Pak Cik di sini minta saya buat kad pelajar dengan segera.
Pegawai bertugas di Bank Muamalat ,Bank Islam dan Bank CIMB.Guard di sini sangat membantu saya.
Cik Nurul Aishah Kholeb yang menemani saya ke pejabat pendaftaran.
En Razis ,En Ezzrinorhisham ,Cik Diana Rashid dan Cik Aqilah Ahmad sebagai penyebar maklumat tambahan.

Alhamdulillah.Kini menunggu untuk mendapatkan kad pengenalan ,kad pelajar dan kad bank yang baru.Kehilangan yang boleh diganti.Bagaimana dengan nyawa?Ya Allah bantulah umat Islam di Palestin.Pengajian di Sekolah Memandu perlu ditangguhkan buat seketika.

Desasiswa Indah Kembara
http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

Gaza ,Tahun baru ,tidak tahu atau tidak mahu ambil tahu



Saya baru sahaja terlibat dengan Ops Sayangi Remaja sekitar Pulau Pinang malam ambang Tahun Baru 2009.Ini kali pertama saya mengikuti program anjuran NGO mendekati remaja sebegini.Tak sangka selama ini begitu ramai manusia tak kira tua muda ,bercampur lelaki perempuan dalam keadaan mencurigakan.Apabila ditanya apa dan mengapa mereka bijak berdalih.Saya agak terkejut melihat kelibat sekeluarga lengkap ibu ,ayah termasuk anak-anak kecil pun ada sanggup dari petang hari sehingga jam 1 atau 2 pagi duduk berehat di tepi pantai menyambut Tahun Baru.Asar entah ke mana ,apa lagi Maghrib ,belum tentu Isya'.Aduhai apa nak jadi.Jikalau Malaysia tidak aman seperti Palestin ,agaknya apa akan jadi pada masyarakat kita yang lalai ini.Hancur musnah tidak sempat berbuat apa-apa barangkali.

Cerita satu.Berdekatan pantai.Gelap.Sunyi.

A dan B dua beradik perempuan dalam sebuah kereta Y.Saya dan enam lagi muslimat mendekati mereka perlahan-lahan.Lapan orang muslimin pula menuju ke sebuah taman permainan berdekatan kereta Y setelah melihat kelibat lima orang lelaki di kawasan tersebut.

A dan B dalam lingkungan 20-an pada mulanya berdalih
apabila ditanya dengan siapa mereka datang.Terbongkar.Lelaki di taman itu kenalan mereka rupanya.Baru sahaja kenal.A dan B sudah bekerja tinggal di rumah sewa.Keluarga juga ada masalah.

Setelah menggunakan pendekatan kasih sayang sebagai tema gerak kerja malam itu akhirnya mereka bersetuju untuk pulang ke rumah masing-masing.

Cerita dari lokasi lain.Penceritaan semasa post mortem daripada kumpulan lain.

~Pelajar bawah umur berbasikal mahu menyambut ta
hun baru.Dibekalkan RM20.oo oleh ibunya.Aduhai.Ibu bagaimana begini.Biarkan anak keluar lewat malam.
~Seorang lelaki lari dari rumah kerana kecewa dengan keluarga yang haru-biru.Cuba untuk cari jalan hidup sendiri.
~Remaja merempit.
Ada lagi sebenarnya.Pelbagai kes dijumpai sukarelawan.Walau apa pun kita mesti mendekati mereka supaya kita tahu masalah mereka.Jangan menuding jari tidak tentu hala tanpa mengatahui hal sebenar.Jikan bukan kita yang membantu siapa lagi?

Tahun Baru.

Gambar-gambar dikumpul dengan rajinnya oleh Azian.Sambutan tahun baru.Gaza yang keluasannya 360km persegi menjadi tempat pertumpahan darah yang
sehingga entri ini ditaip 398 orang terbunuh tanpa belas kasihan.Hospital penuh.Bantuan darurat disekat.Universiti dibedil.Malangnya di tempat kita apa yang berlaku?Walaupun bukan semua yang tidak ambil tahu ,sekurang-kurangnya buatlah sesuatu.Sukarelawan Iran bersedia untuk mati syahid.
Berdoa.Baca Qunut Nazilah.


Ada apa dengan Gaza?

~Permulaan serangan 27 Disember.
~Semangat juang.
~Puncanya dunia Arab cemburukan Hamas.
~Gegaran bom.
~Jangan salurkan derma kepada FATAH

Nota kaki : Maaf kerana tiada gambar Ops Sayangi Remaja tersebut dan penceritaan yang agak umum mengenainya.

Pembetulan~Ops Sayangi Remaja bukan Ops Remaja..aduh silap pula.

Desasiswa Indah Kembara
http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...