Siapa yang sakit?

Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.

Ingin sekali saya berkongsi sedikit pengalaman di sini.Secara kebetulan pada hari Selasa 20 Januari 2009 saya berpeluang menziarahi pesakit-pesakit di wad C6 Hospital Pulau Pinang.Aktiviti ziarah hospital anjuran Pusat Islam Universiti Sains Malaysia ini mendedahkan saya pada beberapa isu.Menziarahi orang yang sakit bukan sekadar ziarah kemanusiaan bahkan ziarah yang dituntut iaitu sunat muaakad.

Wad C6 Hospital Pulau Pinang kira-kira jam 11.00 pagi.
Walaupun majoriti wad ini bukan beragama Islam kami dapat mendekati beberapa orang Islam yang terlantar di atas katil.Bagi yang bukan beragama Islam kami berikan sedikit buah tangan sebagai permulaan perkenalan.

Sayu melihat seorang perempuan tua yang baru sahaja kehilangan kedua-dua belah buah pinggangnya.Ada juga yang buta ,kencing manis dan sebagainya.Seorang remaja lelaki sudah lima bulan terlantar terpaksa menangguhkan persekolahan.

Betapa kita manusia yang alpa dan tidak mengasihi saudara seagama kita sendiri.Pesanan buat saya sendiri dan sahabat-sahabat.Saya tidak mahu menghurai panjang jenis-jenis penyakit yang saya temui.

Tahukah kalian walaupun kita sakit kita tetap perlu menunaikan solat.Nikmat sihat adalah nikmat yang besar.Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.Jikalau waktu sihat pun kita lalai dengan solat ,apalagi waktu kita sakit dan tidak berdaya.Allah yang menyembuhkan penyakit walaupun setelah mengambil panadol hilang rasa pening itu adalah dengan izin Allah jua.

Terdiam saya apabila mendengar seorang wakil pihak hospital menyatakan mereka memerlukan wang daripada pihak luar bagi membolehkan buku panduan solat ketika sakit dicetak untuk diedar kepada semua pesakit beragama Islam.Sebuah surau di tingkat bawah hanya boleh dikunjungi bagi pesakit yang boleh berjalan.Memandangkan ini hospital lama maka tiada tempat khas di setiap aras mahupun dalam setiap bangunan bagi memudahkan mereka menunaikan solat.

Syukur Alhamdulillah kemasukan pegawai Agama Islam yang baru sahaja ditempatkan membolehkan gerak kerja seperti mengajar pesakit bersolat dapat dijalankan sedikit demi sedikit.Namun ,sanggupkah kita meletakkan bebanan tersebut di bahu beliau sahaja?

Walaupun pihak hospital mempunyai badan yang menguruskan hal ehwal kebajikan pesakit, tidaklah dapat badan tersebut memenuhi keperluan pesakit yang bertambah saban hari sehinggakan kadangkala mereka sendiri membekalkan wang peribadi untuk diberikan kepada pesakit.Tabung ehsan perlu sentiasa diisi.Sanggupkah kita membiarkan saudara seagama dalam terumbang-ambing.Persatuan agama bukan Islam kerap kali mengunjungi hospital menziarahi saudara seagama kita ,tetapi kita?Anda jangan marah jika mereka keluar dari Islam jika anda sendiri tidak pernah mendekati mereka untuk menghulurkan bantuan.

Hospital Pulau Pinang didatangi pesakit yang berbeza latar belakang.Sesudah sesi rawatan pesakit yang tidak berupaya untuk menaiki bas selain tidak mempunyai wang yang mencukupi kepada siapa mahu mereka adukan.Kagum saya terhadap staf hospital yang menghulurkan duit poket supaya pesakit itu dapat menaiki teksi untuk pulang ke rumah.

Tidakkah ada rasa malu dalam diri ini.Betapa selama ini kita mewah dengan nikmat yang kita perolehi sedangkan kita lupa akan saudara kita sendiri.

Wassalam.

http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/
Desasiswa Indah Kembara

10 ulasan:

bazLa' berkata...

mereka memang banyak buat aktiviti amal kebajikan. satu yg sy tahu, bawa orang buta bersiar-siar di sekitar penang

Srikandi berkata...

salam ukhti.
tak dinafikan, ini salah satu kekuatan mereka. cara dakwah dorang akan singgah di tempat2 orang tak jangka. contohnya di hospital seperti ini. sudah banyak kali saya dengar berita seperti ini. tetapi inilah kelemahan umat kita. hanya uar-uarkan tetapi tiada tindakan yang sepatutnya. alhamdulillah, ada juga yang sedar akan hal ini daripada mereka yang langsung tidak sedarkan diri... nice entry though.. ;)

syahidah berkata...

@Bazla

kebetulan program ini hari selasa.jadual semester ini saya tiada kelas pada hari selasa.ditakdirkan berkesempatan mengikuti program ini.

hmm..mereka bantu orang yang baru sahaja mereka kenal.

syahidah berkata...

@Serikandi

menurut pihak hospital golongan ini sangat kerap menghampiri pesakit-pesakit ini berbanding masyarakat Islam sendiri.

itu belum soal wad campur lelaki perempuan.

Haf berkata...

urm,xtau pon cite ni.kalo agama lain mmg nmpk sgt diorg sgup tlg penganutnya tp kalo kita,aish...pelik dgn karenah beberapa student.ade ke mtk zakat sdgkn jpa da kasi duit?ade scholar pon still nk mtk zakat lg?mmg xtau malu...

Syahidah berkata...

@HAfrina

mereka bukan sahaja membantu penganut agama mereka bahkan saudara Islam kita yang dalam kesusahan..ialah mereka sakit..perlukan sokongan..perlukan semangat..perlukan kasih sayang..sebab bukan semuanya mampu terutama wang ringgit..

Student minta zakat?..kalau betul dalam kesusahan..

Ibnurashidi berkata...

Salam..

Suatu peningkatan dalam penulisan..
Dan seperkera lagi, saya agak 'kepeningan' bila dapat tahu Malaysia kekurangan Doktor..terutamanya wanita..oh ini amat membimbangkan. Perlu diberi kesedaran supaya para wanita yang ramai itu meminati bidang kedoktoran supaya tidak mendatang kesan tidak baik kelak.

syahidah berkata...

@Ibnurashidi

Doktor wanita?..Jika tentang itu pasti ingin sekali saya menyentuh soal tiada kesedaran supaya doktor lelaki bagi pesakit lelaki dan doktor perempuan bagi pesakit perempuan..Paling menyedihkan sanggup si suami membenarkan si isteri diperiksa oleh doktor lelaki...kesedaran?..pada siapa perlu dititikberatkan sebenarnya..masalah meruncing!

Abu Amirul berkata...

salam syahidah,
semoga ziarah syahidah diberi balasan olehNya.
memang benar, ziarah orang sakit sambil berdoa adalah yang terbaik ziarah mereka yang uzur agar mereka kembali sihat.
blog yang cantik.
ok, take care. oh ya nak tanya, kelate dimana?

Syahidah berkata...

@Abu Amirul

Syukran.Kelate di tanah merah.

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...