Gaza ,nyawa,hilang dan terima kasih


Selasa ,06/01/2009 - Kementerian Kesihatan Penduduk Palestin di Gaza melaporkan tentera rejim Zionis telah menyerang Semenanjung Gaza pagi semalam dan mengakibatkan 17 rakyat Palestin terbunuh.

Kementerian berkata antara 17 yang terbunuh pagi ini adalah lima orang anak dari sebuah keluarga tujuh orang , apabila pejuang-pejuang jet rejim Zionis mengebom rumah mereka . Medik melaporkan bahawa ahli keluarga tersebut dibiarkan mati bersendirian kerana ambulans-ambulans itu tidak dapat mengambil mereka kerana kereta kebal rejim Zionis mengawal di situ.

Pada hari Isnin, kereta kebal rejim Zionis telah mengebom rumah milik Arafa Abed Al Dayim, membunuh empat orang mencederakan sekurang-kurangnya 40 orang yang lain. Sumber-sumber tempatan berkata , Abed Al Dayim telah terbunuh pada hari Ahad sebelum itu apabila ambulans yang beliau bawa telah diserang oleh tentera rejim Zionis . Warga Palestin berkumpul hari ini di rumah beliau bagi memberi penghormatan terakhir.

sumber:palestinkini.info

Cerita saya.

Saya baru sahaja kehilangan dompet dan telefon bimbit di Puduraya gara-gara kecuaian saya sendiri.Jenuh juga rupanya untuk saya buat laporan.Jumpa polis ,jabatan keselamatan USM ,pihak bank.Paling lucu hendak cari pejabat pendaftaran untuk mohon kad pengenalan baru sebab saya tidak tahu tempat.Mujur ada yang membantu saya.

Jutaan terima kasih buat umi ,abi dan adik-adik di rumah.
Kak Nisa.Hati-hati ya pandu kereta kak.=P.Orang yang menghantar saya sampai ke Pahang.
En Mohd Firdaus b Othman - Pegawai bertugas di IPD Karak ,Bentong.Saya ditemani adik saya Mujahid membuat laporan polis.
En polis di Puduraya - tidak tahu nama pula.Pihak pertama yang saya temui di Puduraya.
Sahabat di Klang.=P.
Pegawai bertugas di bahagian keselamatan.Apa nama ya?..ramai..hehe..Pak Cik di sini minta saya buat kad pelajar dengan segera.
Pegawai bertugas di Bank Muamalat ,Bank Islam dan Bank CIMB.Guard di sini sangat membantu saya.
Cik Nurul Aishah Kholeb yang menemani saya ke pejabat pendaftaran.
En Razis ,En Ezzrinorhisham ,Cik Diana Rashid dan Cik Aqilah Ahmad sebagai penyebar maklumat tambahan.

Alhamdulillah.Kini menunggu untuk mendapatkan kad pengenalan ,kad pelajar dan kad bank yang baru.Kehilangan yang boleh diganti.Bagaimana dengan nyawa?Ya Allah bantulah umat Islam di Palestin.Pengajian di Sekolah Memandu perlu ditangguhkan buat seketika.

Desasiswa Indah Kembara
http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

5 ulasan:

CaBaiKeRinG berkata...

astaghfirullah!

BUDAK KAMPUNG berkata...

kesian kan dekat orang dekat sana..
memang tak berhati perut..
kdng2 aku sendiri tak faham kenapa mesti nk berperang2..
apa sgt la harta yng diorng nk dkt dunia sementara ni..
mati nti semua kita tinggal *sigh*

btw, ko kena rompak ke??
x cerita pn..

Syahidah berkata...

@Budak kampung

Hmm..kesian memang kesian..solat hajat selamatkan Islam di Gaza di masjid khalid al-malik mlm ini 8/1/09 slps solat mgrb..semua djemput hadir..penduduk sekitar USM boleh datang..

Aku tak kena rompak..rompak tu macam dahsyat sangat tu..aku tak apa-apa..kecurian di Puduraya..hehe..Alhamdulillah selamat..nak tahu lebih..ziarah ke bilik aku..boleh?..

SangPelangi.com berkata...

Err.. aku tak faham untuk apa ucapan-ucapan itu ditujukan pada penama yang kamu senaraikan.

p/s: Nak tanya, OPS Remaja dikendalikan oleh siapa ya?

Syahidah berkata...

@Sang Pelangi

Nama dan pihak yang aku nyatakan telah membantu aku bagi menyelesaikan segala prosedur akibat kehilangan dompet di Puduraya.

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...