Tiada rahsia tentang itu

Khamis 15 Januari saya dikehendaki mengundi bagi memenuhi syarat untuk memilih manusia yang akan menduduki tampuk pemerintahan Majlis Perwakilan Pelajar bagi sidang 2008/2009 (Semasa Tahun 1 saya mengundi sebab bimbang akan dikeluarkan dari Desasiswa ,kini saya mengundi kerana mahu memilih antara yang boleh dipilih). Pro Mahasiswa menang 10 daripada 37 kerusi di USM.Bermakna Aspirasi yang memegang majoriti kerusi yang dipertandingkan.Pro Mahasiswa hanya menang 3 kerusi di USM Utama(Pulau Pinang) daripada 25.Di kampus kejuruteraan Nibong Tebal Pro memenangi 3 daripada 7 kerusi yang dipertandingkan manakala di kampus kesihatan Kubang Kerian ,Kelantan 4 daripada 5 kerusi dipegang oleh Pro Mahasiswa.

Rapat umum kali ini saya berkesempatan mengikuti hanya pada 13 Januari yang lalu.Pelbagai ragam calon ketika itu dapat saya lihat bagi meraih undi.

Sembang-sembang dengan seorang sahabat di perantauan melalui Yahoo Messanger ,beliau bertanya :

Perubahan apa yang kalian mahukan?


Saya jawab :
Saya tidak perlukan wireless (Saya memiliki laptop sendiri pun semasa Tahun Dua ,sebelum itu Cyber Cafe menjadi tempat rutin untuk menyudahkan kerja kursus)
Saya tidak perlukan bilik desasiswa yang ada lift dan sebagainya.(Memang Desasiswa Indah Kembara ni tiada lift ,3 tahun sudah saya di sini)
Saya tidak perlukan bas yang banyak (Seingat saya dua tahun yang lalu saya lebih banyak berjalan kaki untuk ke kuliah atau Pusat Pengajian Sains Kimia ,lebih cepat begini cuma tahun ini bilangan bas bertambah dan kemasukan pelajar Tahun 1 sidang 2008/2009 lebih sedikit berbanding batch saya dahulu)


Bukanlah semua itu tidak penting walhal saya sendiri menggunakannya cuma keperluan-keperluan ini tidak lagi relevan untuk dijadikan bahan meraih undi.Perjuangan yang wajar salah satunya ialah bagi saya perubahan minda masyarakat USM terutamanya para pelajar.Apa akan jadi pada masa hadapan sedangkan mereka ini ialah bakal pemimpin-pemimpin negara pada masa hadapan (Ayat biasa dalam karangan masa sekolah dulu).

Buat teman sebilik yang menang tanpa bertanding bagi kerusi Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan ingin sekali saya memberi pesan agar amanah itu kau jalankan sebaik mungkin tidak kira kau menyebelahi pihak yang mana.

Sudahlah.Lihat dan tunggu.Saya mahu dengar lagu Untukmu Palestin.

Berzikir dengan nama tuhanmu
Bermunajatlah di tengah malam
Bertaubatlah padanya penuh rasa hamba
Agar doa kita di.. makbulkan
Agar Palestin kita genggam semula
Agar Palestin bebas di tangan kita
Kembali damai disirami air
Kebenaran Al-Quran dan sunnah
Palestina kan dimiliki lagi
Ingatlah Allah dan hindarkan dosa
Palestin kan aman lagi
Dengan ketaatan dan amalan soleh
Palestine you will regain your land
Remember Allah and stay away from sin
Palestine will be at peace again
And filled with the worship of Allah
Dengan kata dan ketaqwaan
Pada Allah yang maha kuasa
Ketakutan dan kelemahan
Peluru dan dentuman
Bukan lagi penghalang
Pembelaan Allah akan datang
Palestin... Palestin... Palestin
Palestin... Palestin...
Palestin...

Raihan

http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/
Desasiswa Indah Kembara

8 ulasan:

Budak Kampung berkata...

yeah aku sokong..
masa rapat umum manis gila kata2..
lps 2 diorng hilang kan diri..
macam x buat kje..
dah nama wakil pelajar, mestilah sibuk..
ni hari2 nmpk bt date..dari pagi smpai ke mlm..
wakil pljr apa namany 2..
xnmpk bt kje lngsng..

*sigh*

syahidah berkata...

@Budak kampung

Hmm..kau pergi rapat umum yang hari rabu 14 januari kan..aku ada kelas habis dalam pukul 10.oo malam..jadi hari selasa pergi awal-awal..

Walaupun mereka ni ada yang lagi muda berbanding kita (seperti yang kau maklumkan di Pemikiran Budak Kampung) ,rasa-rasa apa agaknya perubahan yang bakal kita tempuhi.

Oh semester ini tinggal beberapa ketika sahaja lagi..

nabilA berkata...

wah, aku ketinggalan rupanya
sudah sampai musim pengundian dan penaburan janji manis rupanya
maklumlah, aku tiada di kampus

jadi, keputusannya bagaimana?
siapa yang memegang tampuk 'pemerintahan' ??

Syahidah berkata...

@Nabila

Kau ada latihan industri ya..hehe..
Aduh..boleh klik pada Aspirasi (aspirasi.blogspot.com)..ada keputusan di situ..Pusat Pengajian Teknologi Industri Aspirasi menang tanpa bertanding..

e-leeyana berkata...

wahh..agk serius ya haru berkempen n mengundi usm..uum 'cool' je..smpi t'lebih 'cool' ala2 xde pape gtu..bosan2..mpp??? mcm xde mpp...pilihanraya ke bukan sy pn xthu..

apa pn, sumtime tradisional style is better rite..more independent..

rosniza berkata...

Truth and Consequences Under the Israeli Occupation
By Mohammed Omer

I am a Palestinian journalist from Gaza. At the age of 17, I armed myself with a camera and a pen, committed to report accurately on events in Gaza. I have filed reports as Israeli fighter jets bombed Gaza City. I have interviewed mothers as they watched their children die in hospitals unequipped to serve them because of Israel’s embargo. I have been recognized for my reporting, even in the United States and United Kingdom, where I have won two international awards. I have also been beaten and tortured by Israeli soldiers.

read more...

http://detainthis.wordpress.com/2008/08/01/mohammed-omer-in-his-own-words/

Syahidah berkata...

@e-leeyana

Wah berbeza ya kita..teringin pula melihat perbezaan itu..

Syahidah berkata...

@Ros

Terima kasih atas makluman itu~

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...