Robot lupa akan Tuan

Gambar beberapa bulan yang lepas.

Sehari-hari sibuk dengan pelbagai urusan untuk mengejar cita-cita.Cita-cita dijadikan landasan keutamaan.Jadi seperti robot yang duduk di situ tak tahu tujuan hidup berbuat kerja sehingga penat dan mengulangi hari-hari yang sama keesokan hari.

Tak cukup dengan penat urusan dunia mahu pula hiburkan diri.Sedar tak sedar berhibur dan bekerja lalu menyangka diri cukup gembira.Sehinggakan kagum dengan diri sendiri bahawa tujuan hidup telah dicapai.Lupakah robot punya Tuan?Lama-lama Tuan akan mengambil robotnya ,dicabut nyawa sedangkan robot telah meninggalkan amanahnya.

Sindiran buat yang makan cili.Terima kasih Kak Liyana kerana ingatkan saya.Wallahua'lam.

Bismillahirrahmanirrahim.

"Wahai orang yang berselimut!
Bangunlah! lalu berilah peringatan!
Dan agungkanlah Tuhanmu,
Dan bersihkanlah pakaianmu,
Dan tinggalkanlah segala( perbuatan) yang keji."
Al-Mudassir : Ayat 1-5
P/S ~ Saya sarankan sesiapa yang baca laman ini punya Quran tafsir seorang satu.Boleh? Tak besarkan permintaan saya.

Desasiswa Indah Kembara
http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

Along itu abang

Assalamualaikum ,

Saya sedar cerita tentang diri saya dalam blog ini sangat sedikit.Tidak seperti dulu ketika saya punya laman blog di Frienster.Semua cerita tentang diri ,kawan dan keluarga.Kali ini saya cuma mahu beritahu along saya akan ke Pakistan selama sebulan.Tiap kali teringat tentang pengorbanan along terhadap saya sepuluh adik-beradik mudah sahaja air mata ini mengalir.Menangis sungguh-sungguh.Saya agak emosi jika berbicara soal keluarga.Apa yang saya tahu saya sayang along.Hari Raya Aidilfitri yang sudah pun along tidak pulang ke tanah air.Entah bila along akan dapat cuti.Tugas along sebagai tentera laut memang tak mudah.Along selalu beritahu along tak mahu adik-adiknya menyertai tentera laut.Biar along seorang yang lalui.Along mahu begitu.

Buat teman rapatku yang bersama-sama menjalankan projek tahun akhir ,tidak banyak yang dapat saya beritahu melainkan tidak kira bagaimanapun alongmu itu ,saya harap masih ada rasa sayang pada dia.Along itu abang.Abang itu tetap darah daging kita sendiri.Saya tahu dirimu kecewa ,tetapi dia tetap alongmu.Semoga dirimu punya kekuatan menyelesaikan masalahmu dengan seorang along.Saya ulang along itu abang.Selain ayah dan ibu kau hanya punya seorang abang seperti saya cuma beza dirimu tak punya adik.Dirimu hanya berdua.Dirimu dan abangmu.Tiada orang lain yang dapat menjernihkan keadaan melainkan dirimu sendiri.Saya kira dirimu dan abangmu perlukan masa untuk berbaik semula.Kalian kurang komunikasi saya kira tiap kali dirimu menceritakan tentangnya.Jika kata-kata ini menambah luka saya mohon maaf kerana saya begitu kecewa jika dirimu tak menyayangi abangmu sendiri.Along itu abangmu kawan.Setuju?

Desasiswa Indah Kembara
http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

# 2 : Pongsu Seribu tinggalkan kenangan ,7 Februari 2009


"Anak ,mak cik tak nampak ,boleh tolong tuliskan nama mak cik ,ni kad pengenalan."Mak cik itu berikan kad pengenalannya kepada Su ,saya dan Ila sibuk melayan staf dan pelajar USM yang juga perlu mendaftar.

Hmm ,saya terfikir sekarang saya sudah 22 tahun ,lama-lama pun boleh jadi seperti mak cik tu.Mata rabun ,telinga kurang mendengar ,ingatan pun jadi tak kuat ,maklumlah umur semakin meningkat.Maknanya saya perlu lihat juga umur meningkat adakah amalan saya semakin baik.Hmm..

Desasiswa Indah Kembara
http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

Bersama masyarakat realiti itu keperluan

Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.

Apakah benar tajuk entri saya ini? Sejak terfikir mahu meninggalkan dunia maya persoalan ini bermain-main dalam fikiran.Bagusnya beberapa orang rakan blogger memberikan pendapat masing-masing dan rata-rata tidak bersetuju dengan tindakan saya yang kelihatan mudah mengalah dan cepat putus asa.Oh lupakanlah tentang itu.Ketika itu fikiran agak kusut dan agak tidak selesa untuk diceritakan buat tatapan umum.

Apa yang saya maksudkan dengan keperluan bersama masyarakat realiti ialah janganlah sampai kita lupa akan keluarga ,rakan sebilik mahupun jiran tetangga hanya duduk di bilik menghadap komputer riba.Bukan beerti tidak boleh tetapi biarlah mengikut keadaan dan situasi yang bersesuaian serta tidak mengabaikan tanggungjawab kita masing-masing tidak kiralah siapa anda sekalipun.Utamakanlah yang utama.

Saya lihat warga kampus hari ini agak kurang mengikuti majlis ilmu.Dewan tidak penuh sama seperti yang saya ikuti tiga tahun lalu.Dewan yang sama ,tempat yang sama , jumlah hadirin yang tidak bertambah dan cuma tajuk forum yang berbeza.Di mana kalian? Jika boleh berborak santai di restoran-restoran sekitar kampus yang kian bertambah sehingga dua tiga pagi sukarkah untuk duduk sebentar tenangkan jiwa mendengar dan meneliti situasi semasa selain mengutip ilmu yang dapat kita lakukan ketika kita masih belum punya tanggungjawab yang lebih besar selain belajar.Tidak pergi sebab tak punya masa atau tak pandai membahagikan masa?

Kita terlalu selesa di dalam wilayah kampus.Ramai yang masih belum sedar.Queensbay Mall jua yang dikunjungi saban minggu.Hendak kata sudah bekerja berbelanja dengan wang JPA dan PTPTN juga.Oh apa nak jadi kawan? Agaknya jika ditanya tentang ekonomi mahupun politik semasa ,apa yang kau tahu?


Desasiswa Indah Kembara
http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

Aku dilamar?

1 Mac 2009 ,4 Rabiulawal 1430 H
Ahad ,8.30 pagi - 12.00 tengahari
Dewan Kuliah G31

Forum "Aku dilamar cinta"

Ustaz Akli bin Ahmad
Pensyarah Kuliah Syariah Kolej Universiti Insaniah

Ustazah Nor Azlina bt Zakaria
Dekan Hal Ehwal Pelajar Kolej Universiti Insaniah

Anjuran bersama
PMI USM dan Pusat Islam USM


Masuk adalah percuma! Sila ke kaunter pendaftaran di foyer Perpustakaan Hamzah Sendut 1 bermula 18 - 27 Feb 09 pada jam 9 pagi - 5 petang.

Sumber : Laman PMI USM

# 1 : Pongsu Seribu tinggalkan kenangan ,7 Februari 2009


Ramainya adik-adik beratur.Tak sabar mahu mencerap matahari.Unit Penyelidikan ilmu Falak & Sains Atmosfera USM sudi menyediakan peralatan.Beruntung adik-adik.


Membuat kolaj.Adik ni khusyuk betul.Semoga dalam solat juga khusyuk ya dik.Acara yang lambat habis.Hehe.Ingat senang!


Simpul kasih.Oh hanya suami isteri dibenarkan.Harap maklum.Peringatan serba tegas!=P.Juara berjaya mengikat kira-kira 94 cm panjang tali rafia 6 cm yang dicarik-carik lalu diikat menjadi panjang.Mahu cuba?


Musang berjanggut.Tiga orang daripada setiap keluarga mengasingkan kekacang.Oh ada yang kecewa sebab penyertaan melebihi peralatan yang disediakan.Maaf ya mak cik!


Mengukur kelapa.Acara yang menarik perhatian.Haruslah orang kampung yang menang.Ada juga pelajar USM yang sertai tetapi apa boleh buat lawan dengan profesional.Alahai.Haha.Waktu kecil-kecil dahulu pernah tolong umi (mak saya) kukur kelapa ,tapi lambatlah saya buat.


Sekolah Rendah Agama Pongsu Seribu ,Kepala Batas ,Pulau Pinang.Bersebelahan Masjid Pongsu Seribu.

Inilah antara aktiviti yang dijalankan.Saya puas hati.

Desasiswa Indah Kembara
http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

Katakan tidak mahu! Valentine Day!




Bismillahirrahmanirrahim.
Saya tertarik dengan entri Hari apakah itu sebagai seorang muslim? yang dikupas oleh Ustaz Hasrizal iaitu beliau kaitkan isu ini dengan soal integriti dan juga jati diri kita sebagai umat Islam.Pesanan saya jika ingin menegur sahabat-sahabat berkenaan hal ini perlulah kita jelaskan terlebih dahulu Semoga kalian peroleh kebaikan dan kesejahteraan.Wallahua'lam.

Desasiswa Indah Kembara
http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

Meneladani wanita muslim melalui buku

Assalamualaikum.
Saya tinggalkan kalian dengan cerita ini.Semoga ada manfaatnya.

Maryam : An exemplary muslim woman-Contoh tauladan wanita muslim.

Kehidupan Maryam

Merujuk sumber sejarah ,Allah memuliakan Maryam yang hidup kira-kira dua ribu tahun yang lalu dengan kelahiran Nabi Isa (a.s.).Maryam wanita pilihan di bumi dan kehidupan selepasnya .Dilahirkan di Rom-tinggal di Palestin baginda berbangsa Yahudi dan tinggal dalam komuniti Yahudi.

Di Rom Maryam dipuja oleh masyarakat di sana.
"Wahai Bani Israel! Ingatlah nikmat-Ku yang telah aku berikan kepadamu ,dan Aku telah melebihkan kamu daripada semua umat yang lain di alam ini (pada masa itu)." Al-Baqarah : 47.
*Dikatakan perjanjian yang dimaksudkan ialah mereka beriman kepada Allah dan rasul-rasulNya.

Yahudi itu ,telah mengubah agama Allah ,mengikut kepercayaan yang salah ,derhaka dengan perintah Allah dan tidak lagi mensyukuri nikmat yang mereka perolehi.Bahkan sesetengah daripada mereka telah membunuh utusan yang dihantar kepada mereka ,kerana orang Yahudi tidak mahu mematuhi perintah yang disampaikan oleh para utusan Allah.

"Sesungguhnya kami telah mengambil perjanjian dan Bani Israel dan telah Kami utus kepada mereka rasul-rasul.Tetapi setiap rasul datang kepada mereka dengan membawa apa yang tidak sesuai dengan keinginan mereka ,(maka) sebahagian (dari rasul itu) mereka dustakan dan sebahagian yang lain mereka bunuh." Al-Mai'dah : 70.

Baca seterusnya...

Kenapa dalam Islam perempuan memakai tudung?Kenapa ada lelaki Islam yang menyimpan janggut?

Jawapan balas buat orang bukan Islam yang bertanya.
Tiada satu pun gambar Maryam dalam gereja yang tidak bertudung.Tiada satu pun gambar paderi-paderi dalam gereja yang tidak berjanggut.Kita sayang Nabi Isa a.s. ,kita sayang Maryam ,kita sayang Nabi Musa a.s. seperti kita sayang Nabi Muhammad s.a.w.Nabi Musa a.s. tidak pernah berkata saya beragama Yahudi.Begitu juga Nabi Isa a.s. tidak pernah berkata saya beragama Kristian.Sebaliknya Nabi Muhammad s.a.w. mengatakan saya Islam dan melengkapkan ajaran yang dibawa oleh nabi-nabi terdahulu.Rugilah mereka menyebut Nabi Muhammad s.a.w. membawa ajaran baru sedangkan mereka sendiri sebenarnya yang tidak mengikut ajaran Nabi Musa a.s. dan Nabi Isa a.s.

Nota kaki : Usah mengeluh kerana bahasa ,tapi bacalah dengan mata hati bukan kerana terpaksa.Tidak dapat saya terjemahkan kesemuanya.Maaf.Yahudi dan zionis adalah berbeza.Zionis tiada kaitan dengan agama.Dikatakan golongan zionis ini berkaitan dengan ideologi.Sebarang kesilapan harap ditegur ya.Wallahua'lam.

~13 Februari ini saya ada ujian Kimia Fizik dan Kimia Organik.Doakan saya.Baca buku Syahidah! Lariiiiiiiiiiiiiiii.Hehe.

Desasiswa Indah Kembara
http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

Pernah bersekolah di Perak

Apa komen tentang Perak?


Perak????
Kampung aku di Perak.
Sekolah dulu pun dua tahun di Perak.
Saudara aku pun kahwin di Ipoh ,Perak.
Itu sahaja.
=)


Hehe.Baiklah.


Apa yang kau maksudkan?
Tak faham?
Kenapa dengan Perak?


Oh.Tak apalah.
Aku pun sekolah dua tahun di Perak.


=)


Sekadar borak kosong dengan kawan lama.Haha beliau buat-buat tak tahu walhal saat pilihan raya dulu sibuk 'update' tentang pilihan raya.Sudah tak terkata dan mahu melihat dengan mata hati situasi ini barangkali.Oh sungguh saya tak layak perkatakan isu ini.Selesai menonton berita di sebuah rangkaian televisyen secara tak sengaja di restoran Gee Tomyam , saya rasa mual.Apakah perlu mereka-reka cerita sedangkan ramai yang boleh mendapatkan kisah benar melalui internet.

Sekian.
Desasiswa Indah Kembara.
http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

Bersama masyarakat realiti suatu kepuasan atau keperluan

Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.

Sebagai terapi buat diri ,mari sibukkan diri!Mari!Mari!

Forum We & Palestin
We love Each other Forever
5 Februari 2009
Dewan Kuliah A
8.00-10.30 malam


Anjuran Persatuan Mahasiswa Islam dengan kerjasama Pusat Islam USM.

Malam Pendekar 2009
6 Februari 2009
Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP) ,USM
8.30 malam - 11.30 malam
RM 5.00


Program Interaksi bersama masyarakat Pongsu Seribu ,Kepala Batas ,Pulau Pinang
7 Februari 2009
8.00 pagi - 5.00 petang


Perjumpaan AJK jam 11.00 malam di dewan utama pelajar selepas Forum We & Palestin.
Program ini adalah anjuran Pusat Islam USM.Huhu ,bersama orang kampung weh!Ohoho saya perlu berbaju ungu pada hari tersebut!

Sekian.Wassalam.
Desasiswa Indah Kembara.
http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

Perlukah saya pergi?

Terasa ingin meninggalkan dunia blog.Aduh.Mangsa sebelum ini Frienster dan Multiply ,sampai bertalu-talu rakan-rakan mempersoalkan kenapa berbuat demikian.Maaf.Saya bosan dengan Frienster mahupun Multiply tanpa sebab yang kukuh.Ah segalanya tidak realiti ,benar saya dapat bertemu kembali dengan rakan-rakan lama dan baru melalui medium tersebut ,namun sekadar di alam maya ,sehinggakan baru-baru ini saya yang tak dapat menyertai reunion Sekolah Kebangsaan Karak begitu terkilan.Saya cuba juga hendak pergi ,sudah saya hubungi Fahmi selaku ketua dan juga Kak Long.Namun ,disebabkan ibu saudara yang terlantar hampir sebulan di hospital Kota Bahru gara-gara buah pinggang ,hati pilu ingin berjumpa beliau di Kelantan.Lantas saya sekeluarga ke Kelantan tiga hari.Ziarah bukan lagi jalan-jalan cari makan.Sungguh saya tidak boleh melihat beliau kurus kering.Hati pedih.Adik bongsu saya jika tidak di jaga boleh jadi begitu.Rawatan dialisis yang merumitkan!Nephrotic Syndrome!.Tahun pertama di kampus hidup penuh liku.Homesick yang tak tertahan.Saya tak boleh belajar.Adakah berulang kembali?Saya ingin pergi buat seketika.Jika masih berpeluang saya kembali.

Desasiswa Indah Kembara
http://mulabelajarhetimimpi.blogspot.com/

setiausaha mohon pencen menyendiri

"Kakkkkkkkk..lama tak nampak..satu semester sudah" ,Asmidar Syarial menegur.


Setiausaha mohon pencen senyum sahaja.Puteri Raifana yang berbaju kurung di sebelah tumpang senyum sekali.

"Bersembunyi dalam bilik ya?",katanya lagi.


Semalam setiausaha mohon pencen terserempak dengan bekas YDP Hamid Ilhami di Puduraya,mantan YDP sidang lepas.Sebelum cuti ada juga Kak Yua ,Kak Leh dan JKG 3221 menegur di kafeteria Desasiswa Harapan.Kak Yua hendak bertunang katanya.YDP Azim selalu juga setiausaha mohon pencen lihat bersama-sama Exco Aizat dan Exco Basri.Kali terakhir setiausaha mohon pencen bersama Kelab Rekreasi Unisains ialah pada sesi pengambilan ahli baru sidang 2008/2009.

Oh ya terima kasih buat JKG yang rajin ke sini walaupun tidak pernah tinggalkan komentar pada entri.Semoga selesai penulisan tesis Sarjanamu!

Disediakan oleh,
Setiausaha mohon pencen
Ruang legar dewan kuliah Q ,USM
http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

Hujah dalam emosi

Berhujah bukan berdasarkan emosi tetapi akal dengan ilmu kerana kita mahu orang berfikir ,sedar dan hanya Allah yang boleh membuka pintu hati mereka supaya dikurniakan hidayah.

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...