# 1 : Pongsu Seribu tinggalkan kenangan ,7 Februari 2009


Ramainya adik-adik beratur.Tak sabar mahu mencerap matahari.Unit Penyelidikan ilmu Falak & Sains Atmosfera USM sudi menyediakan peralatan.Beruntung adik-adik.


Membuat kolaj.Adik ni khusyuk betul.Semoga dalam solat juga khusyuk ya dik.Acara yang lambat habis.Hehe.Ingat senang!


Simpul kasih.Oh hanya suami isteri dibenarkan.Harap maklum.Peringatan serba tegas!=P.Juara berjaya mengikat kira-kira 94 cm panjang tali rafia 6 cm yang dicarik-carik lalu diikat menjadi panjang.Mahu cuba?


Musang berjanggut.Tiga orang daripada setiap keluarga mengasingkan kekacang.Oh ada yang kecewa sebab penyertaan melebihi peralatan yang disediakan.Maaf ya mak cik!


Mengukur kelapa.Acara yang menarik perhatian.Haruslah orang kampung yang menang.Ada juga pelajar USM yang sertai tetapi apa boleh buat lawan dengan profesional.Alahai.Haha.Waktu kecil-kecil dahulu pernah tolong umi (mak saya) kukur kelapa ,tapi lambatlah saya buat.


Sekolah Rendah Agama Pongsu Seribu ,Kepala Batas ,Pulau Pinang.Bersebelahan Masjid Pongsu Seribu.

Inilah antara aktiviti yang dijalankan.Saya puas hati.

Desasiswa Indah Kembara
http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

4 ulasan:

Ibnurashidi berkata...

Assalamualaikum...

Saya tertarik dengan aktiviti kemasyarakatn spt diatas..sekurang2nya warga tua dan muda sama-sama join dan apa yang pasti mengeratkan silaturahim..

Kukur kelapa itu kat rumh sy dikampung ada lgi..

e-leeyana berkata...

wahhh~ seronok sungguh..bulan mei nanti saya pula akan beraktiviti sebegini (tapi untuk pelajar sekolah je)..bulan 3 pun ada (tapi untuk warga emas je)..mustahil boleh buat aktiviti macam di pongsu hu hu hu..sedih~

DAMAI berkata...

salam syahidah...

wah...bagus betul aktiviti yang dijalankan ini...ruginya damai tidak dapat turut serta...andai di masa akan datang ada lagi aktiviti2 sebegini...beritahu ya...mahu turut serta ^^

~~ teringat masa kecik2 selalu kene suruh buat karangan tentang aktiviti2 kemasyarakatan hihi ~~

Syahidah berkata...

@Ibnurashidi

Salam ustaz ,nampaknya ramai yang berminat dengan kukur kelapa nih..

@E-leeyana

Kak Yana ,ala warga emas boleh buat aktiviti macam simpul kasih tu..pelajar sekolah boleh buat kuiz ringkas ,kotak beracun

@Damai

Kak Maya jauh ..huhu..betul betul betul masa sekolah banyak buat karangan tentang ni..hehe..

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...