Bersama masyarakat realiti itu keperluan

Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.

Apakah benar tajuk entri saya ini? Sejak terfikir mahu meninggalkan dunia maya persoalan ini bermain-main dalam fikiran.Bagusnya beberapa orang rakan blogger memberikan pendapat masing-masing dan rata-rata tidak bersetuju dengan tindakan saya yang kelihatan mudah mengalah dan cepat putus asa.Oh lupakanlah tentang itu.Ketika itu fikiran agak kusut dan agak tidak selesa untuk diceritakan buat tatapan umum.

Apa yang saya maksudkan dengan keperluan bersama masyarakat realiti ialah janganlah sampai kita lupa akan keluarga ,rakan sebilik mahupun jiran tetangga hanya duduk di bilik menghadap komputer riba.Bukan beerti tidak boleh tetapi biarlah mengikut keadaan dan situasi yang bersesuaian serta tidak mengabaikan tanggungjawab kita masing-masing tidak kiralah siapa anda sekalipun.Utamakanlah yang utama.

Saya lihat warga kampus hari ini agak kurang mengikuti majlis ilmu.Dewan tidak penuh sama seperti yang saya ikuti tiga tahun lalu.Dewan yang sama ,tempat yang sama , jumlah hadirin yang tidak bertambah dan cuma tajuk forum yang berbeza.Di mana kalian? Jika boleh berborak santai di restoran-restoran sekitar kampus yang kian bertambah sehingga dua tiga pagi sukarkah untuk duduk sebentar tenangkan jiwa mendengar dan meneliti situasi semasa selain mengutip ilmu yang dapat kita lakukan ketika kita masih belum punya tanggungjawab yang lebih besar selain belajar.Tidak pergi sebab tak punya masa atau tak pandai membahagikan masa?

Kita terlalu selesa di dalam wilayah kampus.Ramai yang masih belum sedar.Queensbay Mall jua yang dikunjungi saban minggu.Hendak kata sudah bekerja berbelanja dengan wang JPA dan PTPTN juga.Oh apa nak jadi kawan? Agaknya jika ditanya tentang ekonomi mahupun politik semasa ,apa yang kau tahu?


Desasiswa Indah Kembara
http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

4 ulasan:

alien berkata...

ya la..
saya juga seperti kamu, semasa belaja dulu..memang pelik kenepa ia terjadi..
sedikitnyer pelajar mengikuti program berunsur ilmiah..
kekadang mereka hanyut di alam mereka sendiri..seperti berada di alam lain..

mengapa ya mereka berubah sedemikian?

e-leeyana berkata...

salam syahidah..

ye ke? mungkin entrinye terkebawah..sebab kadangkala, solutionnya lain..

owh~ maaf ya, sy belum sempat nk membaca blog org..inyaallah akan dibaca nanti..sungguh mengejar masa..

syahidah berkata...

@Kak Yana

Hmm..dah boleh buka..dah baca pun..tapi tak tinggalkan jejak pada ruang komentar je..hehe aktif sungguh dengan aktiviti luar kampus ek..saya tak boleh dah..cukuplah dua tahun lepas jelajah ke negeri-negeri lain dengan pelbagai aktiviti..sekarang asyik masuk makmal..huhu..

syahidah berkata...

@Alien

Hmm..dah habis belajar rupanya..lagi banyak pengalaman ni..en alien tahu kenapa mereka berubah?

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...