Nasihat buat bakal graduan

Pesanan buat saya oleh seorang ibu melalui emel yang pada asalnya bertanya tentang sekolah saya di Perak.Saya kongsikan di sini pesanan beliau.

"Apabila di alam pekerjaan nanti, terus kekal merendah diri, berikan yang terbaik, berinisiatif tinggi dan paling penting jujur, ikhlas dalam menjalankan amanah kerja. Jangan fikirkan sangat soal wang ringgit. Itu semua rezeki dari Allah s.w.t. InsyaAllah kalau kita jujur, amanah dan ikhlas, Allah akan mengatur yang terbaik untuk kita. Auntie berkerja syarikat swasta dan sudah bekerja selama lebih 15 tahun. Kadangkala ada juga rasa kecewa dengan graduan-graduan baru sebab terlalu mengejar pangkat & duit. Kadang-kadang sebab mereka antara yang terbaik di universiti, ada rasa bangga yang terlebih dalam diri. Jadinya, kurang mahu bekerja keras, kurang usaha tapi mahu akan imbuhan lebih sebab merasakan diri sangat pandai serba serbi. Tidak semua tetapi ada yangg auntie alami sendiri. Kecewa sebab mereka ini anak bangsa melayu. Dulu-dulu selalu auntie memilih pekerja yg CGPA nya 3.5 ke atas. Sekarang ni tidak lagi sebab selalunya mereka yg CGPA dalam 3.0 itulah yg lebih berusaha, lebih berinisiatif, rajin, sentiasa mahu belajar dan juga merendah diri.

Panjang pula auntie memberi nasihat yg tak di minta ya.. Tapi auntie ikhlas. Selalu kalau auntie menemuduga graduan-graduan baru, auntie selalu berkongsi perkara yang sama. Mengingatkan mereka apa yang auntie nasihatkan syahidah di atas. Sebab tak semua graduan-graduan tu dapat auntie ambil bekerja kerana tak cukup tempat. Jadi auntie harap walaupun tak dapat mengambil mereka bekerja sekurang-kurangnya tidak sia-sia mereka datang temuduga sebab dapat juga serba sedikit nasihat apa yang baik boleh disimpan. Nanti kalau datang temuduga, bertanya soalan-soalan lazim, tak dapat pula apa-apa ilmu dan nasihat kan.

Terima kasih sekali lagi ya Syahidah. InsyaAllah kalau pada masa depan Syahidah dan rakan-rakan sudi mencuba mencari pekerjaan dengan kumpulan UEM Group (di bawah Khazanah), bolehlah hubungi auntie untuk maklumat lanjut. Syarikat auntie bekerja, Faber Group di bawah UEM Group."


Berikut pula ialah pesanan oleh Prof Dr Amir Hussein Baharuddin ,dipetik daripada Berita Kampus USM 16 Feb 2009 .Beliau merupakan pensyarah ekonomi Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan USM.

"Graduan -graduan yang baru berijazah tidak boleh mempunyai sikap memilih kerja dan jangan terlalu mengambil kira jumlah gaji dan kebajikan ,tetapi harus menerima apa sahaja yang ditawarkan oleh majikan.Manakala perkara yang terpenting ialah memperoleh pengalaman supaya mendapatkan pekerjaan yang lebih baik."

"Kita harus merancang kehidupan sendiri ,jangan mengejar kebendaan seperti membeli banglo tanpa perancangan yang terpenting dan selalu menukar kereta.Ini akan menyebabkan individu tersebut mengalami krisis kewangan ,dan keadaan ini merupakan krisis individu dan bukan krisis ekonomi."

Desasiswa Indah Kembara
http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

10 ulasan:

PiNkLaDy berkata...

weh.. nak sambung master.. penin nak wat proposal =( stress2

e-leeyana berkata...

saya sokong saya sokong..

pointer yang baik tak menjanjikan apa-apa..ramai yg kata, mrk ni t'lalu membaca sehingga kurang sosialnya..di alam pekerjaan, mereka kurang berdaya..

apa pun, kalau ada kedua-duanya sekali pasti lg bagus kan

Syahidah berkata...

@Pinklady

WOOOOOOOOOOo..ramainya nak sambung master..bagus..bagus..kau buat full research ke mix mode?..buatlah perlahan-lahan proposal tu..

Kalau mix mode?..kau kejalah waktu cuti 3 bulan ni..banyak duit nak pakai weh

Syahidah berkata...

@E-leeyana

Kak Yana ..paling penting bagi saya pesanan auntie tu ialah sikap garduan ni..pointer tetap penting..masih diambil kira..dah jadi masalah akar umbi kalau mahasiswa lepasan universiti ini yang dikatakan golongan intelektual namun sikap tidak menunjukkan mereka sedemikian..bukan mudah untuk mencari mereka yang amanah ,jujur ,merendah diri ,tidak materialistik dalam kehidupan ni.

Muhammad Azli Shukri berkata...

nasihat yang menyentuh hati nurani sesiapa sahaja yang membacanya.

ﻤﺤﻤﺩ ﻤﻬﻴﻤﻴﻥ ﺍﺒﻥ ﻤﺯﻟﻥ berkata...

salam ziarah....

chocolate berkata...

tulah.. budak2 zaman lani asyik nk berfuya2. dh biasa idup dlm materialistik. lainlah kalo negara mesia setanding UK ok ar.. nasihat yg sgt berguna! thx..

Syahidah berkata...

@Chocolate

Saudara Khamarudin..baratkah yang saudara maksudkan?..

@Muhammad Azli

Terima kasih berkunjung ke sini

@Muhammad Muhaimin

Terima kasih jua.

BalQis berkata...

Thanx for sharing!!

Good advice~

Syahidah berkata...

@Kak balqis

Sama-sama

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...