Perlukah saya pergi?

Terasa ingin meninggalkan dunia blog.Aduh.Mangsa sebelum ini Frienster dan Multiply ,sampai bertalu-talu rakan-rakan mempersoalkan kenapa berbuat demikian.Maaf.Saya bosan dengan Frienster mahupun Multiply tanpa sebab yang kukuh.Ah segalanya tidak realiti ,benar saya dapat bertemu kembali dengan rakan-rakan lama dan baru melalui medium tersebut ,namun sekadar di alam maya ,sehinggakan baru-baru ini saya yang tak dapat menyertai reunion Sekolah Kebangsaan Karak begitu terkilan.Saya cuba juga hendak pergi ,sudah saya hubungi Fahmi selaku ketua dan juga Kak Long.Namun ,disebabkan ibu saudara yang terlantar hampir sebulan di hospital Kota Bahru gara-gara buah pinggang ,hati pilu ingin berjumpa beliau di Kelantan.Lantas saya sekeluarga ke Kelantan tiga hari.Ziarah bukan lagi jalan-jalan cari makan.Sungguh saya tidak boleh melihat beliau kurus kering.Hati pedih.Adik bongsu saya jika tidak di jaga boleh jadi begitu.Rawatan dialisis yang merumitkan!Nephrotic Syndrome!.Tahun pertama di kampus hidup penuh liku.Homesick yang tak tertahan.Saya tak boleh belajar.Adakah berulang kembali?Saya ingin pergi buat seketika.Jika masih berpeluang saya kembali.

Desasiswa Indah Kembara
http://mulabelajarhetimimpi.blogspot.com/

31 ulasan:

PiNkLaDy berkata...

Syida, kamu bagi keyakinan kat kita tapi nape kamu nak berenti? Bizi dengan projek ke?

alien berkata...

take a rest..
karang da ok, online la balik..

SangPelangi.com berkata...

Pergilah berhenti untuk tenangkan diri. Kemudian, kembalilah semula satu hari nanti. Dunia realiti lebih memerlukan kamu dari dunia maya.

Srikandi berkata...

salam ukhti. nampaknya, situasi kita agak sama juga. kerana saya memang sangat bosan dengan Friednster dan Myspace (stakat ni yg saya ada) tapi insya Allah tidak pada blog. kerana dengan blog ini, saya bisa lakarkan ilmu atau peringatan kepada diri saya sendiri dan orang yang menginginkan bacaan. dalam erti kata lain, saya menjadikan blog ini untuk jalan dakwah dalam maya secara tidak langsung. macam mana pun, dari anda sahaja ukhti. semoga setiap tulisan anda mendapat tempat di sisi Allah.. jaga diri, jaga iman.. dan jaga amal.. salam sayang dari saya yang jauh.. ;)

ainunl.muaiyanah berkata...

aku rasa cuba kau buat sesuatu yang lain pada penulisan kau.
menulis sesuatu yang berbeza bukan seperti sekarang..

hidup ini macam laibirin. kau tak tahu apa didepan, sebelah dan belakang. tapi kalau tak berani melangkah untuk tahu apa yang berselirat di depan sana, kau akan jadi bosan, sendiri dan ketakutan.

jadi, cuba sesuatu yang lain.

eva berkata...

Salam dik...

jika itu yg terbaik buatmu
teruskanlah...
engkau punya hak membuat keputusan
jika engkau kembali
akak akan tetap membaca nukilanmu
walau dalam lewat usia

jika ditakdir kita bertemu
di dunia nyata
kan kusambutmu sebagai saudara
seakidah
ukhuwah ini takkan retak dihempas
masa yang mengiringi...

semoga kau bahagia
dalam segala pilihan dan perbuatanmu...

doa akak agar rahmat Allah
membalut hidupmu dengan cinta-Nya...

chocolate berkata...

salam.. berhenti dari dunia rangkaian sosial internet saya bersetuju tapi dunia blogger ini rase kurang setuju. tapi mesti guna sebagai input n output untuk ilmu.. so, jangan putus asa...

~PakKaramu~ berkata...

Salam ziarah

aYuNi berkata...

huh~ kamo perlukan masa ketika ini.. amek masa tuk diri kamo ya!

e-leeyana berkata...

tak perlu berhenti dari berblog..
yang perlu dilakukan adalah berehat sebentar..
bukan mudah untuk mendirikan rumah maya..
takkan semudah ini kamu ingin merobohkannya..
lantas meninggalkan kami selaku sahabt kamu..
ohh~ sedih sekali..

Syahidah berkata...

@Pinkylady

Hehe..projek tidaklah sesibuk mana..ada pun yang beri pandangan..sekarang masa untuk selesaikan laporan akhir aka tesis..huhu..doakan aku ya!

Sama-sama kita beri semangat antara satu sama lain..sahabat kimia kau seorang yang rajin menulis..dayah lama x update..huhu

Syahidah berkata...

@Alien

hehe..terima kasih..

Syahidah berkata...

@Sang Pelangi

Dunia realiti yang aku lalui penuh onak diri..oh..aku manusia biasa kadangkala perlukan sokongan rakan-rakan realiti..cuma di dunia maya caranya berlainan..terima kasih kerana ke sini..

BalQis berkata...

Tidak boleh tidak harus setuju dengan Iliana. Nanti kalau kamu menyepi tidak bermakna kamu pergi. Oh, jangan sekali-kali tinggalkan apa yang telah kamu bina dengan susah payah ini. Tiada ertinya lagi nanti. Pergilah berehat mencari kekuatan. Bila sudah penuh bertenaga, kembalilah semual ke gelanggang ini. Satu masa kamu pasti rasa akan menulis kembali!

Semoga kamu tabah!

Syahidah berkata...

@Serikandi

Hmmm..blog sebagai medan dakwah..itu memang tugas sesiapa pun lebih-lebih lagi dunia realiti..saya sebenarnya masih mencari-cari cara tersendiri menulis di alam maya..sungguh berbeza!

Syahidah berkata...

@Kak e-leeyana

Ya benar ,bukan mudah untuk membina rumah maya..saya perlu berehat barangkali..terima kasih

Syahidah berkata...

@Kak balqis

Wahhhhhhhhhh..lama tak ketemu..huhu..aduh..nampaknya saya perlu kembali..cuma perlukan masa untuk menulis sesuatu..

Syahidah berkata...

@Ayuni

Baru sahaja kita kenal bukan..maaf saat ini pula saya berkata begini..terima kasih ya Ayuni!

Syahidah berkata...

@Pakkaramu

Salam ziarah kembali..

Syahidah berkata...

@Chocolate

Betul juga ruang maya saya sendiri jadikan tempat rujukan untuk menimba ilmu..tetapi masih ada rakan-rakan yang menjemput saya menyertai rangkaian sosial..saya serba salah..

Syahidah berkata...

@Kak eva

Ayat kak boleh buat orang menangis..

jika ditakdir kita bertemu
di dunia nyata
kan kusambutmu sebagai saudara
seakidah
ukhuwah ini takkan retak dihempas
masa yang mengiringi...

saya baca berulang kali..huuuuuuu

Syahidah berkata...

@Ainunl

Hmmm..cuba sesuatu yang lain?

Aku bereksprementasi dulu kalau begitu...aduh lama kita tak berjumpa kan..kau mesti masih banyak cakap seperti dulu kan...yan akan pulang ke Malaysia nanti..Kalau jadi aku ingin berjumpa Wiyah waktu majlis perkahwinan nanti..mahu?

Syahidah berkata...

@Untuk semua yang ke sini

Saya mohon ribuan ampun dan maaf..terima kasih atas pandangan dan sokongan..penuh makna..saya akan berkunjung ke rumah maya kalian..pembaca senyap untuk seketika..saya suka menulis..jika tidak di ruang maya..saya menulis dalam buku untuk diari sendiri..huuuuu..

Ruang realiti dan ruang maya penuh tanda tanya..sungguh berbeza..

Ibnurashidi berkata...

Salam Syahidah yang dalam dilema..

Saya dengan nada yang saya juga ingin memperkatakan perkara yang sama seperti rakan blogger lain tuliskan.

Rehat sebentar, tetapi jangan dihentikan penulisan. Semoga tak futur ya..kuatkan semangat!

Haf berkata...

erk,ape yg da berlaku ni?mm~~

bazla' berkata...

salaam, saya ada baca mesej awak dalam twitter melalui email saya tapi saya reply dari email, err... awak ada terima ke mesej itu? saja inginkan kepastian...terima kasih,salam

Syahidah berkata...

@Ibnurashidi

Terima kasih.Saya tak tahu maksud futur sebenarnya.Oh setelah dicari baru saya faham..Hoho..bahaya juga kalau sampai putus asa sebegitu..oh tidak..

Syahidah berkata...

@Haf

hehe..kau rasa apa yang berlaku?..erkkk

Syahidah berkata...

@Bazla

saya dah terima.saya balas melalui email juga!

dayah berkata...

dayah terasa nie..bkn x nk update..xde idea..ketandusan..hehe..cerpe aku dh siap lum?hehehe

Syahidah berkata...

@Dayah

weh aduh tak perlulah terasa weh..aku mohon ampun dan maaf..huhu..cerpen tu aku tak dapat ilham lah nak siapkan

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...