Robot lupa akan Tuan

Gambar beberapa bulan yang lepas.

Sehari-hari sibuk dengan pelbagai urusan untuk mengejar cita-cita.Cita-cita dijadikan landasan keutamaan.Jadi seperti robot yang duduk di situ tak tahu tujuan hidup berbuat kerja sehingga penat dan mengulangi hari-hari yang sama keesokan hari.

Tak cukup dengan penat urusan dunia mahu pula hiburkan diri.Sedar tak sedar berhibur dan bekerja lalu menyangka diri cukup gembira.Sehinggakan kagum dengan diri sendiri bahawa tujuan hidup telah dicapai.Lupakah robot punya Tuan?Lama-lama Tuan akan mengambil robotnya ,dicabut nyawa sedangkan robot telah meninggalkan amanahnya.

Sindiran buat yang makan cili.Terima kasih Kak Liyana kerana ingatkan saya.Wallahua'lam.

Bismillahirrahmanirrahim.

"Wahai orang yang berselimut!
Bangunlah! lalu berilah peringatan!
Dan agungkanlah Tuhanmu,
Dan bersihkanlah pakaianmu,
Dan tinggalkanlah segala( perbuatan) yang keji."
Al-Mudassir : Ayat 1-5
P/S ~ Saya sarankan sesiapa yang baca laman ini punya Quran tafsir seorang satu.Boleh? Tak besarkan permintaan saya.

Desasiswa Indah Kembara
http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

6 ulasan:

PiNkLaDy berkata...

tgh serabut jgk =(

Srikandi berkata...

alhamdulillah. hidup yang penuh sibuk sangat bagus sebenarnya. lagi2 bila kita sentiasa sedar yang kita ni hanya robot, yang mana bila2 saja bateri kita akan di cabut. masya Allah.

p/s: alhamdulillah. punya quran tafsir seadanya. senyum lah kerana syukur.. :)

syahidah berkata...

@Pinklady

Kenapa?

Syahidah berkata...

@Srikandi

Bagus..bagus..bagus..

e-leeyana berkata...

salam dik

wahh...nampaknya kita sama. meja pasti penuh sarat. rasanya nak pakai meja makan 8 kerusi je buat belajar hehe..apa pun, perlu ingat, semua di dalam hayat kita, jangan sekali melebihi cinta kita kepada-Nya ya..ingatkan saya juga andai terlupa

syahidah berkata...

@E-leeyana

Hehe..jenuhlah meja makan letak dalam bilik..sah-sahlah bilik saya ni tak muat..huhu

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...