Kaki, pintu, muka, bola dan hadiah itu teknik?

Haha ada nama teknik ni. Lucu pula dibuatnya. Itu belum cerita tentang teknik pintu di muka dan teknik bola rendah. Rupa-rupanya termasuk dalam teknik-teknik untuk mendapatkan komplians.

Komplians tu apa pula ek. Adoi tak faham. Tak faham. Komplians ialah perubahan tingkah laku disebabkan permintaan daripada seseorang atau sesuatu kumpulan.

Contohlah kan, Cik M tak pernah gosok gigi sejak dari kecil, apabila masuk universiti, Cik M ditegur oleh kawan-kawan kenapa tak gosok gigi dan diminta untuk gosok gigi, jadi dia pun gosok gigi. (Teruk betul Cik M ni kan). Hehe. (Tidak berkaitan dengan mana-mana pihak yang namanya bermula dengan huruf M).

Enam teknik untuk mendapatkan komplians.

1.Teknik kaki dipintu, Foot-in-door.
Strategi mendapat komplians berdasarkan prinsip bahawa persetujuan dengan permintaan yang kecil akan meningkatkan persetujuan dengan permintaan yang besar.

"En, boleh tak derma 10 sen. 10 sen je." En tu pun jawablah ok. Kemudian si peminta derma pun kata lagi " En ambil kupon ni dan tiap-tiap bulan En bayar RM5 sebagai ahli kelab simpati''. En ni pun setuju.

Kenapa boleh setuju? Proses persepsi diri iaitu En itu melabel dirinya sebagai suka menolong dan mahu membantu.Permintaan pertama mewujudkan proses persepsi diri dan mendorong menigkatkan komplian untuk permintaan yang kedua. Selepas bersetuju untuk permintaan yang pertama, En itu cenderung untuk bersetuju dengan permintaan kedua kerana tak mahu malu dan dikatakan tidak konsisten.
2. Teknik pintu dimuka, Door-in-the face.
Strategi mendapat komplians berdasarkan kepada prinsip bahawa penolakan kepada permintaan yang besar akan meningkatkan persetujuan untuk permintaan seterusnya yang kecil.
"En, boleh derma RM1000?"/"Boleh En bekerja untuk program ni?". Sah-sahlah En tu tak setuju. Maka En tu kata, "RM 10 je boleh?". Sebenarnya En tu kemungkinan mahu menghentikan perbualan dan si peminta derma pula sememangnya tidak memerlukan derma yang besar dan akan menerima walaupun sedikit.
3. Teknik hadiah percuma, Free-Gift.
Strategi mendapatkan komplians berdasarkan kepada prinsip bahawa memberi hadiah yang kecil kepada seseorang akan meningkatkan persetujuan kepada permintaan kita.
Memberi hadiah seperti kalendar misalnya mendorong seseorang menderma wang sebagai balasan.

4. Teknik bola rendah, Low-Ball.
Strategi mendapat komplians di mana seseorang akan diberi tawaran menarik, tetapi selepas bersetuju diberitahu ada perubahan kepada tawaran tersebut.
Anda mungkin tertipu dengan tawaran jurujual kereta. Harga kereta diubah setelah anda bersetuju untuk membeli.Jadi usah kau tertipu. Hehe.

5. Teknik terhad, Scarcity.
Strategi meningkatkan tarikan sesuatu barangan dengan memberi gambaran ia terhad dan ada tempoh tertentu.
Cepat, cepat, tawaran hebat! Hanya lima yang tinggal. Tidak dijual pada hari yang lain. Jangan lepaskan peluang ini. Kecenderungan untuk mendapatkan sesuatu yang terhad menyebabkan ramai yang membeli sedangkan itu teknik si penjual untuk barang yang dijual.

6. Teknik suka, Liking.
Strategi mendapatkan komplians berdasarkan prinsip bahawa orang lebih cenderung bersetuju dengan orang yang mereka suka.
Kita mahu membuatkan orang yang kita suka/sayang gembira jadi kita setuju dengan permintaannya. Tak sampai hati la ni.

P/S ;
1. Siapa kata terjemahan tak boleh dibuat. Sebenarnya lucu jadinya tapi gunalah kamus tu.
2. Sebenarnya nak buat nota ringkas, tapi saja taip di sini. Hehe.
3. Jumaat ni nak balik rumah.
4. Saya tak berapa suka subjek ni di ajar berdasarkan teori barat. Tapi ada teori Malaysia ke?
5. Psikologi boleh menyelesaikan banyak masalah. Tapi tak ramai yang faham.
6. Psikologi di ruang maya boleh ditemui dalam Bahasa Inggeris dan Indonesia.
7. Saya budak baru belajar.
8. Saya tak suka tulis perkataan dengan singkatan. Mana ada orang guna Goggle dengan singkatan. Tahu tak.
9. Kalau rajin baca juga Emosi dan Persoalkan teori mimpi.
10. Tak dibenarkan menyalahgunakan teknik-teknik di atas dalam sebarang tindakan yang membawa kepincangan dan kerosakan dalam masyarakat. Hehe.

Desasiswa Indah Kembara
http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

Abdullah Hussain Tokoh Melayu terjemah Isabella


Isabella versi Bahasa Melayu. Cetakan pertama Jun 1988.

Novel ini pada asalnya ditulis dalam Bahasa Urdu oleh Maulana Mohammad Saeed dan diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris oleh Rahm Ali Al-Hashmi. Abdullah Hussain pula menterjemahkan novel ini dalam Bahasa Melayu.

Abdullah Hussain yang dilahirkan pada tahun 1920 di Yan, Kedah mempunyai pengalaman luas dan penguasaan dalam beberapa bahasa yang menjadi penyebab yang membantu beliau dalam bidang penulisan. Beliau pernah bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur dan Cawangan Sabah. Pada tahun 1979, beliau menjadi ahli cipta di USM, Pulau Pinang dan pernah juga bertugas di DBP, Brunei Darussalam.

Antara karya Abdullah Hussain yang penting ialah Terjebak (novel), Interlok (novel), Sebuah Pekan Bernama Semporna (kumpulan cerpen), Kota ke Kota (kumpulan cerpen), Sebuah Perjalanan (autobiografi) dan banyak lagi. Baca lanjut di sini.

Novel Isabella versi maya ada di sini (Bahasa melayu) dan di sini (Bahasa Inggeris). Novel ini menceritakan kisah seorang srikandi Islam di Sepanyol yang bernama Isabella.

"Waktu melihat-lihat buku di Kedai Buku Universiti Sains Malaysia pada 11 Jun 1980, ketika saya menjadi 'ahli cipta' di USM, perhatian saya terpikat pada sebuah buku berjudul Isabella oleh Maulana Muhammad Saeed. Melihat ilustrasi kulitnya yang berlambangkan bulan bintang dan salib, saya segera teringat kepada rencana di dalam sebuah majalah Islam terbitan England kira-kira 40 tahun yang lalu yang menceritakan kisah seorang serikandi Islam di Sepanyol yang bernama Isabella. Pada kulit buku itu ada ditulis 'a novel based on a comparative study of Islam and Christianity' tetapi pada hakikatnya ia lebih merupakan sebuah buku ilmu pengetahuan tentang perbandingan antara Islam dan Kristian daripada sebuah novel meskipun ada ciri-ciri kreatif di dalamnya." Abdullah Hussain, 4 Disember 1987, Bandar Seri Begawan, Berunei Darussalam.


Bukan senang tau nak terjemah novel ni. Abdullah Hussain telah menggunakan ;

1. Tafsir Al-Bayaan jilid 1 dan 2, Prof. T. M. Hasbi Ash-Siddieqy, P.T. Al-Maarief, Bandung, Indonesia.
2. Message of the Quran, Muhammad Asad, Dar al-Andalus, 3 Library Ramp, Gibraltar,1980.
3. Perkembangan Fikiran Terhadap Agama, H. Zainal Ariffin Abbas, Firma 'Islamiyyah' Medan, 1961/1380.
4. Good News Bible (Todays English Version), The Bible Society of India, Bangalore, 1985.
5. Al-Kitab, The Bible Society of Singapore, Malaysia and Brunei,1984.

Rujukan saya : Dunia Melayu Sedunia, Wiki, Satria Islam, Darul Islam e-book, Barukisu, Novel Isabella terjemahan oleh Abdullah Hussain.

P/S - Saya belum ada masa untuk baca novel ni semula. Novel milik abi yang lama tersimpan dalam timbunan buku-buku di rumah. Aishhh nak membaca semua buku yang ada di rumah pun belum sempatlah. Huhu. Kalah dengan umi. Malu weh. Haha.

Desasiswa Indah Kembara
http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

Namun kupunya hati


Salam pembaca budiman yang rajin. Hehe ayat bodek. Ini judul buku yang saya hadiahkan pada Nurasyikin Hamzah sahabat saya sempena hari lahirnya yang ke-22 pada 13 Mac yang lalu. Sejak akhir-akhir ni saya lebih suka beri buku sebagai hadiah. Saya sendiri sudah membacanya. Jalan ceritanya sangat menyentuh hati saya. Tak tahulah tahap sensitiviti setiap orang itu berbeza. Mungkin ada yang rasa biasa tetapi saya menangis. Haha. Apa boleh buat. Saya beli di Borders. Bagi yang nak cuba di ruang maya ada jual di sini.


"Ayah, walaupun aku bukan puteri dihatimu, tetapi akulah puterimu"


P/s - Doakan saya ya peperiksaan bermula 13 April ni sehingga 27.

Desasiswa Indah Kembara
http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

Titipan buat yang tersayang

Assalamualaikum ayahanda,

Salam dari pulau mutiara. Moga ayahanda sihat walafiat dan sejahtera hendaknya. Entah yang ke berapa sudah warkah anakanda titipkan buat ayahanda. Jelas sekali titipan sebelum ini hanyalah sekadar ingin memohon ayahanda kirimkan wang saku. Tidak terdetik sekali pun di sanubari anakanda untuk mengucapkan terima kasih. Ya Allah sampai begitu sekali fikiran jahat anakanda. Belum cukup itu anakanda sering pula sangsi yang bukan-bukan tentang ayahanda.

Ayahanda,

Anakanda begitu sedih sekali lantaran kehidupan masa lalu kita yang penuh cabaran. Kesangsian anakanda tentang sikap ayahanda pada anakanda. Pernah anakanda marah dalam diri anakanda sendiri kenapa ayahanda yang menjadi ayah, mengapa bukan orang lain. Saat jiran sebelah enak menjamu selera dengan ayam goreng, anakanda di rumah hanya dapat berkongsi sedulang nasi putih bergaulkan garam berperisa marjerin. Sungguh tika itu anakanda sampai terfikir, kita orang miskinkah? Bukankah ayahanda berjawatankan seorang pendidik. Ya Allah sungguh anakanda menangis saat warkah ini ditulis. Maafkan hati jahat ini ayahanda. Kenapa anakanda tak bersyukur.

Ayahanda sayang,

Ayahanda hantar anakanda ini belajar menuntut ilmu sampai di menara gading sudah. Sedikit masa sahaja lagi Insyaallah segulung ijazah dalam genggaman. Air mata ini tak dapat tertahan lagi. Dosa-dosa anakanda pada ayahanda tak dapat anakanda rungkaikan satu-persatu di sini. Tiap kali aidilfitri hati ini egois sekali seakan tak mahu mengucap maaf. Tapi ayahanda tetap tenang. Ayahanda, anakanda sayang ayahanda. Sungguh.

Ayahanda yang dihormati,

Tatkala adinda bongsu ditempatkan di rumah sakit kerana Nephrotic Syndrome sungguh anakanda marah pada ayahanda kerana gara-gara peperiksaan yang anakanda sedang hadapi ayahanda rahsiakan daripada anakanda. Anakanda masih menangis ayahanda. Oh tak bersyukurnya anakanda. Ayahanda tak mahu pelajaran anakanda terganggu. Ayahanda tak mahu anakanda jatuh.

Ayahanda,

Anakanda mohon jutaan kemaafan atas salah dan silap anakanda lakukan. Kebencian yang meluap-luap inilah yang menjadikan anakanda takut dan tidak rapat dengan ayahanda. Sedangkan walau apa pun anakanda tahu ayahanda tentulah sayangkan anakanda. Anakanda lupa dengan kasih sayang Allah. Anakanda lupa dengan janji Allah. Anakanda tidak bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan. Malu sekali anakanda dengan Allah. Anakanda masih punya ayah. Masih cukup makan minum.

Ayahanda yang dirindui,

Maafkan anakanda ya ayahanda, tak dapat anakanda balas jasa dan pengorbanan ayahanda dengan wang ringgit. Hanya dengan ayahanda maafkan kesalahan anakanda sudah cukup buat anakanda. Maaf ayahanda. Maaf. Anakanda selalu berprasangka buruk pada ayahanda. Anakanda tanam dalam diri anakanda kecil-kecil anakanda tak suka ayahanda membantu orang lain kerana mereka bukan keluarga kita. Sungguh tulus hatimu ayahanda. Halalkan makan minum ayahanda. Terima kasih segalanya ayahanda. Hanya Allah dapat membalas jasamu ayahanda. Ya Allah berkatilah ayahandaku. Ampunkanlah dosa-dosa ayahandaku. Tempatkanlah ayahandaku di tempat-tempat orang yang soleh.

Ya Allah warkah ini entah sempat atau tidak kupanjangkan pada ayahandaku. Maafkan dosa-dosaku pada ayahandaku. Maafkan kesangsian-kesangsianku pada ayahandaku sendiri. Air mata yang mengalir ini bukti sungguh-sungguh kesalahanku pada ayahandaku. Tak mahu rasa bersalah ini terus-menerus kekal dalam hati ini. Tak mahu titik hitam berkumpul. Tak mahu hidup ini merana kerana futur dengan rahmat Allah. Sekian buat kali ini ayahanda. Wassalam.

Desasiswa Indah Kembara
http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

Bahan kimia itu beracun, bahaya


Saya dan Ecah di makmal 221, PP Sains Kimia.

Seperti biasa saban minggu pelajar Pusat Pengajian Sains Kimia USM ni ada latihan amali di makmal. Waktunya kalau pagi dari jam 9 hingga 1 tengahari. Kalau petang mulanya jam 2 habis jam 5. Jadi, sedang eloklah. Habis pukul 1 tunggu waktu zohor masuk. Ambil wudu' kan, dah bersihkan anggota badan yang mungkin terkena bahan-bahan kimia tu. Alhamdulillah, samalah juga kalau habis jam 5 boleh terus solat Asar. Wudu' jugalah yang membersihkan sisa-sisa bahan kimia yang mungkin terkena kulit. Pelajar kimia perlu mengandaikan sebarang bahan kimia sebagai beracun walaupun sebenarnya bahan kimia tertentu mempunyai sifat tersendiri. Hmm bayangkanlah sejak Tahun 1 saya ada 8 latihan amali semuanya, campur dengan projek tahun akhir ada 9. Huhu, tak terkira dah sebenarnya berjenis dah terkena kulit ,terhidu gas itu gas ini. Makmal kimia organik, makmal kimia tak organik, makmal kimia fizik dan makmal kimia analisis. Ya saya memanglah pakai lab coat, goggle, glove dan mask. Almaklumlah manusia ni cuai kadang-kadang. Hehe. Hmm. Bagus kan. Kan. Kelebihan bagi yang mengangkat hadas kecil .Tak gitu Cik Milah, Cik Qilah, Cik Dayah, Cik Ecah dan Cik Ila?

Tema entri ini ialah kelebihan berwudu'.

Desasiswa Indah Kembara
http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

Buatmu akhi

Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wabarakatuh.

Ba’da tahmid dan shalawat…

Syukur pada Allah yang masih mengurniakan nafas padaku dan padamu untuk segera memperbaharui taubat.

Akhi,rasanya aku telah menemukan Kekasih yang jauh lebih darimu. Yang Tidak Pernah Mengantuk dan Tidak Pernah Tidur. Yang siap teres menerus Memperhatikan dan Mengurusku. Yang selalu bersedia berduaan disepertiga terakhir malam. Yang siap Memberi apa yang kupinta. Ia yang Bertakhta, Berkuasa dan Memiliki Segalanya.

Maaf akhi, tapi menurutku kau bukan apa-apa dibanding dengan Dia. Kau sangat lemah, kecil dan kerdil dihadapanNya. Ia berbuat apa sahaja sekehendaknya kepadamu..dan akhi, aku khawatir apa yang telah kita lakukan selama ini membuatNya cemburu. Aku takut hubungan kita selama ini membuatNya murka. Padahal,Ia Maha Kuasa, Maha Gagah, Maha Perkasa, Maha Keras SiksaNya.

Akhi, belum terlambat untuk bertaubat. Apa yang telah kita lakukan selama ini pasti ditanyakan olehNya. Ia bisa marah, akhi. Marah tentang saling pandang memandang yang pernah kita lakukan, marah kerana setitik sentuhan kulit kita yang belum halal itu, marah kerana satu ketika dengan terpaksa aku harus membonceng motormu, marah kerana pernah ketetapanNya aku adukan padamu atau tentang lamunanku yang selalu membayangkan-bayangkan wajahmu. Ia bisa marah. Tapi sekali lagi, semua belum terlambat. Kalau kita memutuskan hubungan ini sekarang semoga Ia mahu Memaafkan dan Mengampuni.

Akhi, Ia Maha Pengampun, Maha Pemberi Maaf, Maha Menerima Taubat, Maha Penyayang, Maha Bijaksana.

Akhi, jangan marah ya. Aku sudah memutuskan untuk menyerahkan cintaku hanya padaNya, tidak pada selainNya. Tapi tidak cuma aku, akhi. Kau pun bisa menjadi kekasihNya, kekasih yang amat dicintai dan dimuliakan.Caranya satu, kita harus jauhi semua larangan-laranganNya termasuk dalam soal hubungan kita ini. InsyaAllah. Dia punya rencana yang indah untuk masa depan kita masing-masing. Kalau engkau selalu berusaha menjaga diri dari hal-hal yang dibenciNya, kau pasti akan dipertemukan dengan seorang wanita solehah. Ya, wanita solehah yang pasti jauh lebih baik dari diriku saat ini, Ia yang akan membantumu menjaga agamamu, agar hidupmu senantiasa dalam kerangka mencari redho Allah dalam ikatan pernikahan yang suci. Inilah doaku untukmu, semoga kaupun mendoakanku, akhi.

Akhi, aku akan segera menghapus namamu dari memori masa lalu yang salah arah ini. Tapi,aku akan tetap menghormatimu sebagai saudara dijalan Allah. Ya, saudara dijalan Allah, akhi. Itulah ikatan terbaik. Tidak hanya antara kita berdua, tapi seluruh orang mukmin didunia. Tidak mustahil itulah yang akan mempertemukan kita dengan Rasulullah ditelaganya, lalu beliaupun memberi minum kita dengan air yang lebih manis dari madu, lebih lembut dari susu, dan lebih sejuk dari krim beku.

Maaf akhi, Tidak baik rasanya aku berlama-lama menulis surat ini. Aku takut ini merosakkan hati. Goresan pena terakhirku disurat ini adalah doa keselamatan dunia dan akhirat sekaligus tanda akhir dari hubungan haram kita, insyaAllah.

Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

sumber : laman sahabatku Yan

Maaf saya tidak berkesempatan mengunjungi blog sahabat-sahabat yang lain.Insyaallah saya tak akan pergi dari laman ini..Err..cerita di atas tidak berkaitan dengan saya..harap maklum..sekadar buat muhasabah diri ya..=P.

Desasiswa Indah Kembara

http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

Hanya kerana sebentuk cincin

Satu.

"Bila Jan cuti? Mama ingat nak beli cincin ni."
"Ha? Cincin? Buat apa? " Pura-pura bertanya.
"Tak nak ke? " mama balas.

Bila nak balik ni. Bulan tiga sibuk dengan projek. Bulan empat musim peperiksaan. Bulan lima dan enam ada latihan industri. Bulan tujuh dan nak masuk semester semula. Adoi.

Dua.

Muka surat 1072 bab 22 Condensations and alpha of carbonyl compounds dibaca sungguh-sungguh. Biar sampai faham. Kimia? Tak pernah terfikir pun dulu mahu ambil kursus ini. Bahkan subjek yang paling tak digemari. Apa agaknya methyl benzoate ni dalam Bahasa Melayu. Hmm tak tahu pula. Metil benzo...Ntahlah. Apa nasib anak bangsa di pedalaman. Pasti pening guru hendak mengajar dalam Bahasa Inggeris. Alahai apa nak jadi.

Buku teks kimia organik dibiarkan terbuka.Pen biru masih di tangan. Nota ringkas belum selesai.Berkumandang lagu 'Suara Hidayah' nyanyian Nazrey Raihan dan Ustaz Akil Hayy.Telefon bimbit kesayangan berbunyi. Diangkat sambil tangan kanan rancak menulis.

In a crossed Claisen condensation an esther without alpha hydrogen serves as the electrophilic component.

"Assalamualaikum Jan"
"Waalaikumussalam Kak Rahmah ,apa khabar?"
"Baik ,alhamdulillah. Hari ni Kak Rahmah lihat bil telefon Abang Ha. Tak seperti selalu , lebih RM 100."

Aku rasa tak sedap hati. Cerita didengar satu-persatu sambil mata memandang buku.

Some useful esters without alpha hydrogens are benzoate ,formate ,carbonate and oxalate esters.

Abang Ha dan Kak Rahmah gunakan bil. Jadi Kak Rahmah tahu bil Abang Ha. Baru aku faham kenapa mama nak beli cincin. Alang-alang kata mama cincin untuk Kak Rahmah yang belum menjadi sebahagian ahli keluarga kami itu apa salahnya untuk anak sendiri mama belikan. Hehe. Seronok apa. Tapi nampaknya cerita Kak Rahmah buat aku risau. Hanya kerana bil telefon yang sampai ke rumahnya itu. Aduh .Tak dapat nak bantu. Abang Ha ni aku sediri tak tahu bagaimana sikapnya di luar, maksud aku di tempat kerja. Apa nak buat ni. Takkan aku nak beritahu mama.

Tiga.

" Mama, Kak Rahmah macam ada masalah ,mama nasihatlah dia ya "
" Takkan mama pula nak cakap macam-macam, biarlah mak ayah dia kan ada "
" Betul juga tu". Aku masih tak beritahu hal sebenar, tak perlulah rasanya.
" Jan, mama rancang dengan papa minggu depan mama nak datang rumah Kak Rahmah, jumpa keluarga dia"
" Oh baguslah" Hati aku lega. Selesai masalah.
" Along pun dah masukkan duit dalam akaun mama untuk beli cincin untuk Kak Rahmah, Jan boleh balik rumah tak ikut sekali nanti"
" Mama, Jan sibuklah, nak siapkan tesis ni. Mama ada beritahu Abang Ha tak minta buat solat istikharah dulu"
"Haah ya tak ya juga, lupa langsung mama"

P/s~Bersambung..Hehe..watak dan cerita tidak berkait. Segala kemungkinan boleh berlaku. Apa hubungan Kak Rahmah dan Abang Ha tu dibolehkan? Dapatkah mereka bersatu? Saya tiada idea lagi. Ini pun atas desakan Cik Milah yang mahu saya letak cerita ni di sini. Selamat hari lahir yang ke-22 untuk saya. Hehe. 21 Mac 1987 yang lalu. Terima kasih Maxis kerana memberikan perkhidmatan panggilan percuma untuk hari ini. Tajuk cerita tak tahu nak letaklah. Adoi. Idea bila kau kan datang. Haha. Tak keluar langsung. Haha klimaks ke apa ni.

http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/
Desasiswa Indah Kembara

Menghitung hari

Menghitung hari
23 Mac - Hantar laporan penuh KUE 309
26 Mac - Ujian bertulis makmal analisis (10 pagi)
27 Mac - Ujian 2 kimia organik (3 petang)
27 Mac - Ujian 2 kimia fizik (10 pagi)
3 April - Tarikh akhir tugasan STU 242 ,psikologi sosial

13 April - Peperiksaan kimia fizik (2.15 petang)
24 April - Peperiksaan psikologi sosial (9.00 pagi)
27 April - Peperiksaan kimia organik (9.00 pagi)

4 dan 5 Mei - Seminar KUE 309
6 Mei hingga Julai 2009 - Cuti. Kerja?

Lari setempat.Satu.Dua.Satu.Dua.Satu.Dua.Satu.Dua.

Kelipkan mata.Buka.Tutup.Buka.Tutup.Buka.Tutup.

Errrr..hehe

Kalau ada sumur di ladang ,tak mahu saya menumpang mandi ,Kalau Allah beri umur yang panjang , harap umur diberkati .

Saya mewakili diri saya sendiri ingin memohon ampun dan maaf kepada sesiapa jua sahabat handai ,adik kakak , saudara saudari andai kata tersilap bicara ,tersalah kata ,tersinggung hati ,termarah tak sengaja ,tertegur kecil hati ,terambil yang bukan hak ,tertulis kasar ,dan segala jenis ter yang sewaktu dengannya.Akhir kalam ,jangan tinggal solat ,baca Quran tiap hari ,jangan cari musuh ,muhasabah diri sepanjang masa ,hargai pengorbanan ibu ayah dan guru-guru.Doa buat rakyat Palestin.

P/S ~ Entri diubah dan diulang siar.Hehe.Blogspot kan boleh ubah tarikh dan masa untuk paparan.Bijak bijak.Serius belum ada idea nak tulis apa.Haha.Memandangkan ayat-ayat saya skema dan agak stereotaip itu.Itu pun dah konfius nak bahasakan diri saya atau aku.Campur-campur.Entri berderet dalam draft masih memerlukan penelitian.Tak mahu update lagi.Sebulan maksimum hanya 12 entri sahaja.Kalau lebih tu memang merapu dah.Wassalam.

Desasiswa Indah Kembara
http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

Katanya mahu sambung belajar

Saya memang suka berbual.Tak kisah umurnya tetapi sebaik-baiknya tentulah saya lebih senang berbual dengan perempuan.Tiada masalah.Biasanya kalau saya dalam perjalanan ke mana-mana seorang diri ,pelbagai ragam orang saya temui.Baru-baru ini sebelum mengambil ujian bagi mendapatkan lesen kereta ,sempat saya berborak dengan seorang remaja kalau tak salah saya umurnya dalam 20 tahun.Katanya sudah dua tahun bekerja di sebuah kilang di Bayan Baru ,Pulau Pinang.Baik dan ramah orangnya.Saya membahasakan diri kakak dengannya.

Saya memang banyak tanya.Adik-beradiknya ramai.Lapan orang.Anak saudara pun dah ada 13 belas orang.Apa yang saya kagum dengan Siti (bukan nama sebenar) ialah niatnya untuk bekerja lepas SPM.Saya sendiri pun tak bekerja lepas SPM.Dia tak sampai hati nak minta duit dengan mak ayah mahupun kakak dan abangnya.Anak saudaranya yang sulung sebaya.Tapi jalan yang dipilih berbeza anak saudaranya belajar dan dia bekerja di kilang.

Pabila ditanya ternyata dia menyesal tak belajar.Saya apa lagi bagi semangatlah.Terasa seperti dah lama kami kenal.Huhu.Layan.Sembang tak boleh berhenti.Keh keh.

Siti : Tapi kak seganlah saya budak kilang.Nanti saya sambung belajar apa orang kata.Semua pandai-pandai.Saya ni....

Saya : Hmm beginilah awak tak perlu risau pandangan orang semua tu.Jalan kita berbeza.Belum tentu awak tak boleh jadi lebih bagus.Rezeki tu kita dapat dengan cara berbeza.Ada orang belajar sampai tiga empat tahun tapi pengalama kerja kosong.Siapa lagi baik sebenarnya.Awak ada pengalaman bekerja.Bagus tu.


Saya pun ceritalah pada Siti kisah Nini (bukan nama sebenar) yang saya jumpa semasa Operasi Sayangi Remaja.Nini turut sama dalam operasi ambang tahun baru 1 Januari yang lalu.
Nini ni anak sulung.Lepas SPM terus kerja sebab mak ayah tak dapat tanggung. kos pengajianAdik-beradik pun ramai.Si Nini ni bagus tiga tahun kerja kilang banyak pengalaman dia dapat.Tolong mak ayah.Bagi duit kat mak ayah.Beli moto duit sendiri.Sekarang ni Nini ambil diploma tahun dua di sebuah kolej.Bagus kan.Diapernah bekerja di sebuah syarikat Intel di Penang.

Nini ambil diploma dalam kejuruteraan yang berkaitan.Aduh apa nama kursus tu.Lupa.Lupa.Aishhh.Tapi berkaitanlah.Kejuruteraan apa ya?Pengalaman bekerja tiga tahun.Mantap.Habis diploma masuk kilang tadi dah dapat jadi orang atas dah.Gaji pun lebih baik.Hmmm.Orang berusaha itu contohnya.Jadi jangan pandang rendah pada orang kerja kilang.Ok.Selalu kalau sembang-sembang begini saya memang tak minta nombor telefon.Kalau jumpa semula tu memang sangat mustahil melainkan duduk berjiran.Hehe.

Siti : Hmm saya ingat nak jual kereta wira yang saya guna sekarang.Saya nak masuk kolej.
Saya : Eloklah tu.Kakak pesan ni.Tak perlu risau pandangan orang tau.


Habislah Siti dengar saya cakap.Moga berjaya dik.Harap tiada repekan.Kereta wira tu tak pula saya tanya hak milik siapa sebenarnya.Mungkin pemberian ayahnya atau adik-beradiknya.Tak pasti.

Berkawan ramai tak salah ,buat baik berpada-pada ,tak perlulah buat jahat.

Nota kaki : Bak kata sebenarnya sembang-sembang begini melatih kita bercakap dan berhadapan dengan orang secara tak formal.Aktiviti LANDAS memerlukan seseorang itu petah bercakap.Idea tak boleh putus.Mesti tahu kawal topik perbualan.Saya sedang melatih diri sendiri ni.Jangan sampai orang terasa hati.Itu sangat penting.Wallahua'lam.

Desasiswa Indah Kembara
http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/




Prof Dr Jerald F. Dirks di USM 18 Mac 09

Siapakah beliau?
-Bekas paderi (deacon) Gereja United Methodist
-memilik ijazah sarjana dalam bidang ketuhanan dari Universiti Havard dan ijazah doktor falsafah dalam Psikologi dari Universiti Denver ,Amerika Syarikat
-Bacaan lanjut tentang beliau di sini


Muslims in American History: A Forgotten Legacy
18 Mac 2009
Tempat : Dewan kuliah SK 3
Masa : 8.00 malam

Datang ,datang jangan tak datang!
Sumber berkaitan : My belief System , Musings of a Mualaf dan IPSI

Desasiswa Indah Kembara
http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

Kisah malam 14 Februari

Hari Sabtu 14 Februari 2009.Siang tu saya di makmal menjalankan eksperimen yang belum selesai.Hari Sabtu dan Ahad dah jadi rutin buat saya dan Ecah bertapa di makmal.Pernah sampai malam sebab eksperimen tertentu mesti diawasi dan kami tak boleh keluar lama.Bergilir-gilir tatkala waktu makan dan solat.Alhamdulillah semua itu dah selesai pun.Malam tu dengan kereta Kak Wan ,saya ,Qilah ,Milah dan Kak Amami ke Masjid Sg Nibong.Ada taklimat penting.Selesai taklimat dan diberitahu lokasi latihan kami bergerak berjalan kaki dalam kumpulan masing-masing.Lokasi ialah tepian pantai berhadapan Queensbay Mall.Angin malam tu sejuk.Deru air laut kedengaran.Air laut mula pasang.

Kami : Assalamualaikum dik.
Adik A dan pasangan : Waalaikumussalam.


Lelaki di sebelah Adik A (dirahsiakan nama) segera melepaskan tangannya dari Adik A pabila kami mendekati.Lama kami perhatikan mereka berdua sebelum memberi salam. Kak Wan yang selalu ikuti latihan dakwah lapangan anti sosial (LANDAS) pantas menghulurkan tangan bersalam dan mengajak Adik A pergi jauh sedikit supaya kami boleh fokus.Petugas lelaki pula pantas mula bicara dengan pasangan Adik A.Kami tidak mendengar perbualan petugas lelaki.Tapi fahamlah apa yang hendak disampaikan tidak jauh beza.

Kak Wan : Buat apa kat sini? Siapa tu?
Adik A : Tu kawan.Kami kawan ja.
Kak Wan : Owh.Mak ayah tau tak adik mai sini?
Adik A : Tau.Depa tau.Saya tiap-tiap kali keluar bagitau mak.Sebab nanti mak risau.Mak tanya.Mak tak bagi keluar lewat sangat.


Kami senyum.Jawapan yang biasa kami dengar.Perempuan ni mudah kalau ajak berborak tentang keluarga.Perempuan mudah tersentuh hatinya.Kadang-kadang kita tanya sikit mereka lebih seronok bercerita.Cuma malam ini nampaknya hubungan Adik A dan keluarganya baik.Tiada masalah keluarga.Pengalaman sebelum ini kalau jumpa yang ada masalah keluarga kadang-kadang saya rasa sedih.Ibu bapa abaikan anak-anak.Jam sudah menunjukkan pukul 2.00 pagi.

Kak Wan : Adik asal mana?
Adik A : Dari seberang.Dekat ja.Dah biasa mai sini.


Tangan Kak Wan masih memegang tangan Adik A.Erat sekali.Manis senyuman Adik A.Comel orangnya.

Petugas : Hmm kalau adik pakai tudung mesti lagi comel.
Adik A : (Diam)
Petugas : Dah makan? (Cuba berbual lagi)
Adik A : Baru makan la tadi.Sebelum mai sini.
Petugas : Mak ayah sihat?
Adik A : Depa sihat.Elok.
Petugas : Dah solat Isya' belum?
Adik A : Ermm belum.
Petugas : Hmm baliklah dik.Solat pun belum ni.Tak elok buat camtu.Solat tu kan wajib.Adik tau kan.
Adik A : Tau.Rasa nak solat saya solatlah.Dua minggu sekali kami mai sini.Jalan-jalan.
Petugas : Hmm..sedangkan orang sakit pun kena solat.Ini lagilah kita yang sihat walafiat ni.Lima kali sehari.Tak banyak pun.Esok kita mati nak jawab apa dengan tuhan.Adik jangan tinggal solat tau.
Adik A : (Diam lagi ,kepala diangguk-angguk)
Petugas : Naik apa tadi?
Adik A : Dengan abang la.Naik moto.
Petugas :Nak balik pukul berapa ni dik?
Adik A : Sat lagi kami balik la.Tak lama kat sini.
Petugas : Dah kerja ka?
Adik A : Kerja dah.Kakak semua ni dari mana? Buat apa kat sini? Selalu ka mai sini?
Petugas : Kami dari USM.Lagi dua ni dari Institut Perguruan Bainun.Saja jalan-jalan tengok adik-adik kat tepi pantai ni.Kami sayang adik-adik.Tu yang kami mai ni.
Adik A : Kakak mai dengan apa ni?
Petugas : Kami jalan kaki ja dari masjid Sg Nibong.Tu la kami tinggal assignment semua nak jenguk adik-adik buat apa kat sini.Nak datang bagitau kita umat Islam ni tak patut sambut Valentine Day ni.Itu bukan cara kita.
Adik A : Saya tau.Kami tau.Kami tak sambut pun.Kami jalan-jalan ja makan angin.Tu ramai orang kat sini.
Petugas : Hmm..Baguslah adik faham.Tapi apa pun tak elok kan keluar selalu dengan bukan muhrim.Tempat gelap pula kat pantai ni.Adik tak takut? Apa-apa jadi mak ayah tak tau.Adik pun muda lagi.Berkawan begini tak manis dipandang.
Adik A : (Diam sambil membetul-betulkan bajunya yang itu itu ,matanya memandang batuan di tepi pantai.Tak berganjak duduknya)
Petugas : Adik sayang mak ayah kan.Muda-muda ni la kita nak korek ilmu banyak-banyak.Takkan nanti tua esok baru kita nak cari semua tu.Kakak pesan ni bukan nak bagi tazkirah.Bukan nak salahkan adik.Tapi kami datang nak mengingatkan.Tanggungjawab kami ni.Adik tau kan remaja sekarang macam-macam masalah timbul.Sana-sini dalam akhbar.
Adik A : (Dengar sambil mengangguk kepala sekali sekala)

Pelbagai nasihat diberi.Beri hidayah itu bukan kerja kita.Hanya Allah.Kita tak boleh merendahkan martabat orang lain.Tapi kita ambil peluang.Allah tentukan semuanya.Kita tak boleh memaksa.Lama-lama di situ kami mohon undur diri dan meminta mereka pulang segera.Kami harap dengan sedikit kesempatan ini dapatlah juga kami sampaikan sesuatu pada Adik A dan pasangannya tadi.Malam itu empat pasangan dapat kami temui.Gambar tak mungkin saya siarkan.Biarlah rahsia.=P.Err sempat lagi menulis ni.Kata sibuk.Huhu.Wallahua'lam.

Desasiswa Indah Kembara
http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

Jahil rupanya saya soal bahasa

Jujur memang saya jahil isu bahasa ni.Isu PPSMI.Puncanya ialah saya tak banyak membaca.Sepatutnya orang yang menulis perlu lebih banyak membaca.Perlu.Sejak sekolah rendah UPSR subjek sains dan matematik tu dalam Bahasa Melayu sehinggalah PMR dan SPM.Masuk matrik tiba-tiba belajar subjek Kimia ,Fizik dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.Masa tu saya jahil sungguh isu PPSMI ni.Tak ramai yang berani seperti sekarang.Terkejut juga ramai sungguh turun padang.Bukan 1000 tetapi 100 000.Terharu dibuatnya.

Waktu matrikulasi lagi memang kawan-kawan ada yang merungut belajar dalam Bahasa Inggeris ni.Terus terang saya katakan dalam dewan kuliah pensyarah mengajar campur Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.Namun ,dalam bilik tutorial cikgu tutor ajar dalam Bahasa Melayu.Siap cikgu tanya lagi.

Kamu nak saya ajar dalam Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris?.


Apa lagi ,mestilah ramai yang jawab Bahasa Melayu.Saya diam sebab saya telah dapat menerima subjek-subjek tersebut diajar dalam Bahasa Inggeris.Oh jahil sungguh masa tu.Tak terfikir langsung kasihan pada kawan-kawan yang tak faham.Hmmm.

Sekarang di universiti pun perkara yang sama berlaku.Di perpustakaan masih ada buku-buku rujukan Kimia versi Bahasa Melayu.Namun ,tak banyak.Pensyarah saya sendiri pun ada menerbitkan buku sendiri dalam Bahasa Melayu sebab nak bantu bagi yang tak faham.Sampaikan nota kuliah sesetengah pensyarah akan terjemahkan nota-nota dalam dwibahasa.Ini biasanya pensyarah yang sudah lama mengajar.Mereka ada inisiatif sendiri.

Di USM semua pelajar wajib ambil subjek Bahasa Melayu sebagai salah satu kursus universiti termasuklah pelajar antarabangsa.Universiti lain saya tak pasti.Ingat lagi Puan Safiah ,guru Bahasa Melayu saya kata dalam kelas LKM 400 (Kod kursus Bahasa Melayu di USM).

Orang kita ni lagi tinggi pangkat dan jawatannya lagi teruklah bahasanya.

Cikgu saya beritahu beliau paling tak suka membaca khidmat pesanan ringkas (SMS) yang banyak singkatan.Huhu.Jangan ketawa ya sebab saya pun begitu.Huhu.Selalu saya ditegur kawan-kawan saya taip panjang sangat.Hehe.Apa boleh buat.Sebab itu jugalah saya tak faham jika membaca apa yang orang lain taip.Mungkin kelihatan lucu ,tapi memang saya tak tahu.Contoh ,
*d digunakan sebagai singkatan study.Serius saya tak tahu pun.


Puisi Keranda 152 oleh Penyair Usman Awang

Malam itu di Balai Budaya
Api dan Air Mata

Malam itu di Balai Budaya
Seorang guru tua berbicara
'Berarak ke Parlimen, aku di muka'

Malam itu di Balai Budaya
Seorang peguam muda berkata
'Bakar Perlembagaan 152'

Malam itu di Balai Budaya
Seorang pemuda berteriak
'Ayuh, mari kita berarak'

Malam itu di Balai Budaya
Para pelajar berikrar
'Dada kami sedia dibakar'

Malam itulah juga
Parlimen jadi pertanda
Memenggal leher BAHASA

Usman Awang

Sumber puisi : Dari jiwa rasa

Desasiswa Indah Kembara
http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

Saat namamu disebut


Muka yang dipaksa untuk berhadapan dengan kamera.Beginilah.

Hari ni telefon rumah lagi.Kak Idah yang angkat.Umi dan abi tiada di rumah.Mereka ke Kuala Lumpur.Rutin penting buat kesihatan adik.Along di Karachi apa khabar agaknya.Kak Teh kerja pula hari ini.Harap Ain tak menangis lagi di asrama.Jenuh kalau Ain menangis.Susah nanti Kak Nur.Aduhai mujur dapat satu bilik dengan Kak Nur ,kalau tak berendam air matalah Ain tu seorang diri.Hehe.Saya? Samalah kalau di asrama ,Tingkatan 1 mestilah menangis.Ain kata Kak Nur selalu tiada di bilik.Mestilah Kak Nur banyak kelas tambahan ,tahun ni kan ada PMR.Susah juga nak pesan pada Ain jangan menangis di sekolah ni.Ain.Ain.Oh pening.Pening.

Rindu pada yang bukan muhrim

Ha kalau bab ni.Hmm ,beginilah puasa je boleh? Nak kahwin duit tiada kan.Belajar pun belum habis.Kahwin waktu belajar tak mudah kan. Apa pesan ustazah dalam kuliah hari Ahad ya.Tahu tak perkara yang paling besar ialah detikan hawa nafsu.Sebenarnya perasaan itu fitrah tetapi akan menjadi fitnah jika tidak dipandu dengan jalan yang betul.Allah jadikan makhluk di muka bumi ini berpasang-pasangan.Itulah antara kekuasaan Allah s.w.t.

Dup dap dup dap jantung berdegup walau kita tidur sekalipun.Bagaimana dengan hati? Hati ini ustazah kata ibarat bateri.Bateri kita perlu cas selalu.Ha buat apa.Solatlah.Apa lagi.Lihat pula akal ,otak kita ni kalau tak berfikiran rasional ,tak berpandu ilmu pengetahuan rosaklah kita.Apa lagi ,tuntutlah ilmu.

Saat nama disebut ,bergetarlah hatinya...

Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya ,dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka ,bertambah (kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal.
Surah Al-Anfal : Ayat 2
Malunya Ya Allah.Saat namamu disebut hati ini...

Cinta big foot

Oh ada juga yang begini.Kata ustaz pula ini kes cinta di ruang maya.Hanya tapak kaki kukenal tetapi tidak tuannya.Tak cukup cinta monyet.Cinta big foot pula muncul.Hmm big foot tu sampai sekarang orang tak jumpa.Orang jumpa tapak kaki.Hanya tapak kaki.Sungguh-sungguh ni.Jadi ,pesan saya berhati-hatilah berkawan dengan big foot.Oh saya memang sejak akhir-akhir ini anti dengan ruangan sosial.Apa-apa pun terletak pada kita sendiri hendak menggunakannya.Ruang sosial pun boleh jadi medan dakwah.

Ilmu itu penting

Sahabat-sahabat sekalian.Kalian tahu tak ilmu itu di mana-mana.Forum pencerahan diri saban minggu sepanjang semester diadakan di kampus.Program sana-sini.Tak cukup ustaz ustazah dari Pusat Islam dan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusian ,orang luar dijemput.Bukan mudah.Bukan mudah.Kita telah pun dipermudahkan.Tak lama.Sungguh percayalah tak lama.Tak mengganggu waktu belajar akademik pun.Sungguh.Lelaki atau perempuan tak kisahlah suatu hari nanti kita akan punya tanggungjawab.Tanggungjawab yang lebih besar.Tak cukup dengan segulung ijazah ,gembira dengan sijil dekan.Ilmu akhirat pun mesti ambil tahu.Bila lagi? Bila lagi? Sekaranglah. Waktu ilmu itu di mana-mana. Ustaz ustazah di mana-mana.Buku ,majalah ilmiah tak cukup di perpustakaan Hamzah Sendut carilah di perpustakaan Pusat Islam.Ruang itu ada.Ada.Sungguh.

Wallahua'lam.

Desasiswa Indah Kembara
http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...