Jahil rupanya saya soal bahasa

Jujur memang saya jahil isu bahasa ni.Isu PPSMI.Puncanya ialah saya tak banyak membaca.Sepatutnya orang yang menulis perlu lebih banyak membaca.Perlu.Sejak sekolah rendah UPSR subjek sains dan matematik tu dalam Bahasa Melayu sehinggalah PMR dan SPM.Masuk matrik tiba-tiba belajar subjek Kimia ,Fizik dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.Masa tu saya jahil sungguh isu PPSMI ni.Tak ramai yang berani seperti sekarang.Terkejut juga ramai sungguh turun padang.Bukan 1000 tetapi 100 000.Terharu dibuatnya.

Waktu matrikulasi lagi memang kawan-kawan ada yang merungut belajar dalam Bahasa Inggeris ni.Terus terang saya katakan dalam dewan kuliah pensyarah mengajar campur Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.Namun ,dalam bilik tutorial cikgu tutor ajar dalam Bahasa Melayu.Siap cikgu tanya lagi.

Kamu nak saya ajar dalam Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris?.


Apa lagi ,mestilah ramai yang jawab Bahasa Melayu.Saya diam sebab saya telah dapat menerima subjek-subjek tersebut diajar dalam Bahasa Inggeris.Oh jahil sungguh masa tu.Tak terfikir langsung kasihan pada kawan-kawan yang tak faham.Hmmm.

Sekarang di universiti pun perkara yang sama berlaku.Di perpustakaan masih ada buku-buku rujukan Kimia versi Bahasa Melayu.Namun ,tak banyak.Pensyarah saya sendiri pun ada menerbitkan buku sendiri dalam Bahasa Melayu sebab nak bantu bagi yang tak faham.Sampaikan nota kuliah sesetengah pensyarah akan terjemahkan nota-nota dalam dwibahasa.Ini biasanya pensyarah yang sudah lama mengajar.Mereka ada inisiatif sendiri.

Di USM semua pelajar wajib ambil subjek Bahasa Melayu sebagai salah satu kursus universiti termasuklah pelajar antarabangsa.Universiti lain saya tak pasti.Ingat lagi Puan Safiah ,guru Bahasa Melayu saya kata dalam kelas LKM 400 (Kod kursus Bahasa Melayu di USM).

Orang kita ni lagi tinggi pangkat dan jawatannya lagi teruklah bahasanya.

Cikgu saya beritahu beliau paling tak suka membaca khidmat pesanan ringkas (SMS) yang banyak singkatan.Huhu.Jangan ketawa ya sebab saya pun begitu.Huhu.Selalu saya ditegur kawan-kawan saya taip panjang sangat.Hehe.Apa boleh buat.Sebab itu jugalah saya tak faham jika membaca apa yang orang lain taip.Mungkin kelihatan lucu ,tapi memang saya tak tahu.Contoh ,
*d digunakan sebagai singkatan study.Serius saya tak tahu pun.


Puisi Keranda 152 oleh Penyair Usman Awang

Malam itu di Balai Budaya
Api dan Air Mata

Malam itu di Balai Budaya
Seorang guru tua berbicara
'Berarak ke Parlimen, aku di muka'

Malam itu di Balai Budaya
Seorang peguam muda berkata
'Bakar Perlembagaan 152'

Malam itu di Balai Budaya
Seorang pemuda berteriak
'Ayuh, mari kita berarak'

Malam itu di Balai Budaya
Para pelajar berikrar
'Dada kami sedia dibakar'

Malam itulah juga
Parlimen jadi pertanda
Memenggal leher BAHASA

Usman Awang

Sumber puisi : Dari jiwa rasa

Desasiswa Indah Kembara
http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

12 ulasan:

Wardatul Shaukah berkata...

salam syahidah.

hehe. yang '*d' tu saya pun serius tak tahu itu sbnrnya study. lawak pula. saya pun kalau dalam sms, saya suka buat ringkas2 je dgn kawan2. tapi kalau ngan mak ayah memang ayat formal lah jawabnya. tentu mereka tak faham kan. kesian saya. tapi, saya cukup sakit mata kalau orang menulis dalam blog guna pesanan ringkas2 nie. kalau dalam sms, saya ada sebab gak napa nak ringkaskan ayat, kedekut sket nanti bertambah pages. hehe :P tapi kalau dalam blog, entah apa yang mereka kedekut sangat nak jimat ruang. sedangkan banyak je space untuk kita menaip. hehe..

pertahankan bahasa ibunda kita!!

nini berkata...

ya...saya pun jahil jugak. Pernah baca satu majalah ni, Menteri Besar Perak Dato' Nizar pernah pergi mahkamah untuk dapat keadilan bahasa melayu... saya tak berapa faham tapi dato' nizar kata dalam perlembagaan negara ada sebut tentang bahasa;di mana perlembagaan ini tidak dipraktikkan oleh kerajaan.... akan tetapi laporan yang dia buat seperti tidak dilayan oleh mahkamah...

abang ipar saya pernah cerita, orang-orang yang jepun, perancis, german lebih maju dengan guna bahasa sendiri... kalau pergi korea, sangat jarang nampak kereta import, semua kereta buatan korea... tak tahu lah pulak dari segi pemakaian... mungkin ada juga sedikit pengeruh dari barat tetapi mereka tetap ada semangat patriotik...

dalam sudut Islam, kita memang disuruh untuk menguasai banyak bahasa. kehidupan ini sangat singkat untuk menjadi orang biasa... tapi bukan senang nak jadi orang luar biasa... atas muka bumi ini kita akan cipta sejarah kita sendiri... bukan untuk dipengaruhi tetapi untuk mempengaruhi demi menegakkan kebenaran Islam yang sebenar yang banyak diselewengkan oleh orang Islam sendiri yang jahil tentang Islam.... Dunia masih ada... Allah memang sudah pastikan akan ada generasi yang akan membela Islam... dan kemenengan Islam itu juga suatu yang pasti berlaku! inshaAllah, kita mesti selalu kena ikhlaskan niat semata-mata kerana Allaah... walaupun kekadang sukar...

http://soulpower-kuasajiwa.blogspot.com/2009/01/manusia-luar-biasa.html

salaam...

Haf berkata...

heh,aku tls sms dgn sume org aku bantai singkatan.mak aku pon da pandai bhs sms,kueng3...

lecturer?diorg pon da expert da,kah3...

tp bila tulis surat aku masih terer menggunakan ayat yg formal.terima kasih kpd club kesayanganku yg bawa aku to the right track...

kakchik berkata...

Salam Maulidur Rasul Syahidah.

Isu bahasa ini memang tak akan selesai selagi mana negara kita terutama Kerajaan sendiri tidak menunjukkan ketegasan dalam memartabatkan Bahasa Melayu. Walaupun KakChik dari latar belakang yang banyak menggunakan Bahasa Inggeris, bagi KakChik kita masih boleh maju dengan bahasa kita sendiri. Lagipun perbaiki dulu pengajaran subjek BI agar lebih menarik dan boleh menggalakkan pelajar minat untuk belajar seterusnya berkomunikasi dalam BI. Tapi dalam subjek Math dan Sains biarlah diajar dalam bahasa Ibunda kerana lebih difahami.

p/s: rupanya masih guna LKM400 ya.

Syahidah berkata...

@Wardatul Shaukah

Srikandi ,rasanya tak timbul soal kedekut tetapi dalam keadaan realiti contohnya dalam SMS memang kita melakukan banyak kependekan perkataan dan bercakap pula campur aduk bahasa..saya bukanlah betul-betul SMS ayat penuh tapi memang panjanglah berbanding kawan-kawan...dalam blog pun memang sejak 2006 lagi saya tidak menggunakan kependekan..dah biasa..tak boleh buang yang tu..

Syahidah berkata...

@Kak chik

Hmm..LKM 400..huhu..mesti kak chik pun ambil dulu..

Bila agaknya isu ini akan selesai..perbincangan meja bulat yang dilakukan pun tak mampu selesaikan masalah ni..sekarang mereka beramai-ramai pula turun padang..kalau pihak berwajib tak sedar lagi tak tahulah apa akan jadi pada Bahasa Melayu.

Syahidah berkata...

@Haf

Bahasa Inggeris kau memang bagus dari zaman kita sekolah lagi..hmm...baguslah ada kesedaran..tapi memang dalam persuratan di kampus semasa aku jadi setiausaha memanglah penggunaan bahasa formal diperlukan.

Syahidah berkata...

@Nini

Betullah menguasai banyak bahasa itu suatu perkara yang baik bagi seorang daie.Semua orang pun ada tugas daie.Cuma dalam hal PPSMI ini saya sendiri pun tak dapat nak komen banyak.Persoalan yang sangat besar.Melibatkan maruah bangsa kita.Itulah masalah sekarang pihak yang berkaitan tidak mendengar suara orang bawah.Ini tahun ke tujuh PPSMI dilaksanakan.

Ali Akhbar berkata...

Saya nak cikgu ajar dalam bahasa melayu, bahasa jiwa bangsa cikgu......
Bahasa melayu bukannya hina sangat, kita mampu terjemahkan buku2 sains terutama sekali kimia (kata sarjana muda kimiakan) kepada bahasa melayu, cuma perlu usahakanla. Inila masanya pelajar terjemahan(BATI) untuk berfungsi dan bekerjasama...haha.
Namun bak kata Tun M, melayu mudah lupa,dah lupa bahasa sendiri agaknya.....

syahidah berkata...

@Ali

harap-harap pengumuman untuk memansuhkan PPSMI 2012 nanti berjalan lancar. Jangan hangat-hangat tahi ayam untuk melaksanakannya sudahlah. Kalau tak jadi PPSMI/BM seperti selalu..huhu Ali kau tahu sampai sekarang pun aku masih menggunakan nota dan buku rujukan Bahasa Melayu untuk subjek kimia sebagai bahan rujukan tambahan. Biasalah orang yang merasa sahaja mengetahuinya.

Kalau nak harapkan BATI sahaja memang tak kena ya tak. Tapi begus juga ada kursus tu. Sains dan sasteralah nampaknya perlu bekerjasama ya tak

Ali Akhbar berkata...

sains sekadar proses, sastera adalah hasilnya~

syahidah berkata...

@Ali

satu tajuk yang menarik kalau dipanjangkan lagi perbincangannya.

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...