Kaki, pintu, muka, bola dan hadiah itu teknik?

Haha ada nama teknik ni. Lucu pula dibuatnya. Itu belum cerita tentang teknik pintu di muka dan teknik bola rendah. Rupa-rupanya termasuk dalam teknik-teknik untuk mendapatkan komplians.

Komplians tu apa pula ek. Adoi tak faham. Tak faham. Komplians ialah perubahan tingkah laku disebabkan permintaan daripada seseorang atau sesuatu kumpulan.

Contohlah kan, Cik M tak pernah gosok gigi sejak dari kecil, apabila masuk universiti, Cik M ditegur oleh kawan-kawan kenapa tak gosok gigi dan diminta untuk gosok gigi, jadi dia pun gosok gigi. (Teruk betul Cik M ni kan). Hehe. (Tidak berkaitan dengan mana-mana pihak yang namanya bermula dengan huruf M).

Enam teknik untuk mendapatkan komplians.

1.Teknik kaki dipintu, Foot-in-door.
Strategi mendapat komplians berdasarkan prinsip bahawa persetujuan dengan permintaan yang kecil akan meningkatkan persetujuan dengan permintaan yang besar.

"En, boleh tak derma 10 sen. 10 sen je." En tu pun jawablah ok. Kemudian si peminta derma pun kata lagi " En ambil kupon ni dan tiap-tiap bulan En bayar RM5 sebagai ahli kelab simpati''. En ni pun setuju.

Kenapa boleh setuju? Proses persepsi diri iaitu En itu melabel dirinya sebagai suka menolong dan mahu membantu.Permintaan pertama mewujudkan proses persepsi diri dan mendorong menigkatkan komplian untuk permintaan yang kedua. Selepas bersetuju untuk permintaan yang pertama, En itu cenderung untuk bersetuju dengan permintaan kedua kerana tak mahu malu dan dikatakan tidak konsisten.
2. Teknik pintu dimuka, Door-in-the face.
Strategi mendapat komplians berdasarkan kepada prinsip bahawa penolakan kepada permintaan yang besar akan meningkatkan persetujuan untuk permintaan seterusnya yang kecil.
"En, boleh derma RM1000?"/"Boleh En bekerja untuk program ni?". Sah-sahlah En tu tak setuju. Maka En tu kata, "RM 10 je boleh?". Sebenarnya En tu kemungkinan mahu menghentikan perbualan dan si peminta derma pula sememangnya tidak memerlukan derma yang besar dan akan menerima walaupun sedikit.
3. Teknik hadiah percuma, Free-Gift.
Strategi mendapatkan komplians berdasarkan kepada prinsip bahawa memberi hadiah yang kecil kepada seseorang akan meningkatkan persetujuan kepada permintaan kita.
Memberi hadiah seperti kalendar misalnya mendorong seseorang menderma wang sebagai balasan.

4. Teknik bola rendah, Low-Ball.
Strategi mendapat komplians di mana seseorang akan diberi tawaran menarik, tetapi selepas bersetuju diberitahu ada perubahan kepada tawaran tersebut.
Anda mungkin tertipu dengan tawaran jurujual kereta. Harga kereta diubah setelah anda bersetuju untuk membeli.Jadi usah kau tertipu. Hehe.

5. Teknik terhad, Scarcity.
Strategi meningkatkan tarikan sesuatu barangan dengan memberi gambaran ia terhad dan ada tempoh tertentu.
Cepat, cepat, tawaran hebat! Hanya lima yang tinggal. Tidak dijual pada hari yang lain. Jangan lepaskan peluang ini. Kecenderungan untuk mendapatkan sesuatu yang terhad menyebabkan ramai yang membeli sedangkan itu teknik si penjual untuk barang yang dijual.

6. Teknik suka, Liking.
Strategi mendapatkan komplians berdasarkan prinsip bahawa orang lebih cenderung bersetuju dengan orang yang mereka suka.
Kita mahu membuatkan orang yang kita suka/sayang gembira jadi kita setuju dengan permintaannya. Tak sampai hati la ni.

P/S ;
1. Siapa kata terjemahan tak boleh dibuat. Sebenarnya lucu jadinya tapi gunalah kamus tu.
2. Sebenarnya nak buat nota ringkas, tapi saja taip di sini. Hehe.
3. Jumaat ni nak balik rumah.
4. Saya tak berapa suka subjek ni di ajar berdasarkan teori barat. Tapi ada teori Malaysia ke?
5. Psikologi boleh menyelesaikan banyak masalah. Tapi tak ramai yang faham.
6. Psikologi di ruang maya boleh ditemui dalam Bahasa Inggeris dan Indonesia.
7. Saya budak baru belajar.
8. Saya tak suka tulis perkataan dengan singkatan. Mana ada orang guna Goggle dengan singkatan. Tahu tak.
9. Kalau rajin baca juga Emosi dan Persoalkan teori mimpi.
10. Tak dibenarkan menyalahgunakan teknik-teknik di atas dalam sebarang tindakan yang membawa kepincangan dan kerosakan dalam masyarakat. Hehe.

Desasiswa Indah Kembara
http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

2 ulasan:

Iliana berkata...

salam (^_^)V

makin ceria penulisan kamu..bagus sekali..
hehehe..entri ni nampaknya telah memberi satu teknik kepada saya untuk mencari penaja program..yahuuu

Syahidah berkata...

@Kak Iliana

Huhu..bagus bagus..tapi ingat jangan guna teknik-teknik itu untuk ambil kesempatan..hehe..

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...