Katanya mahu sambung belajar

Saya memang suka berbual.Tak kisah umurnya tetapi sebaik-baiknya tentulah saya lebih senang berbual dengan perempuan.Tiada masalah.Biasanya kalau saya dalam perjalanan ke mana-mana seorang diri ,pelbagai ragam orang saya temui.Baru-baru ini sebelum mengambil ujian bagi mendapatkan lesen kereta ,sempat saya berborak dengan seorang remaja kalau tak salah saya umurnya dalam 20 tahun.Katanya sudah dua tahun bekerja di sebuah kilang di Bayan Baru ,Pulau Pinang.Baik dan ramah orangnya.Saya membahasakan diri kakak dengannya.

Saya memang banyak tanya.Adik-beradiknya ramai.Lapan orang.Anak saudara pun dah ada 13 belas orang.Apa yang saya kagum dengan Siti (bukan nama sebenar) ialah niatnya untuk bekerja lepas SPM.Saya sendiri pun tak bekerja lepas SPM.Dia tak sampai hati nak minta duit dengan mak ayah mahupun kakak dan abangnya.Anak saudaranya yang sulung sebaya.Tapi jalan yang dipilih berbeza anak saudaranya belajar dan dia bekerja di kilang.

Pabila ditanya ternyata dia menyesal tak belajar.Saya apa lagi bagi semangatlah.Terasa seperti dah lama kami kenal.Huhu.Layan.Sembang tak boleh berhenti.Keh keh.

Siti : Tapi kak seganlah saya budak kilang.Nanti saya sambung belajar apa orang kata.Semua pandai-pandai.Saya ni....

Saya : Hmm beginilah awak tak perlu risau pandangan orang semua tu.Jalan kita berbeza.Belum tentu awak tak boleh jadi lebih bagus.Rezeki tu kita dapat dengan cara berbeza.Ada orang belajar sampai tiga empat tahun tapi pengalama kerja kosong.Siapa lagi baik sebenarnya.Awak ada pengalaman bekerja.Bagus tu.


Saya pun ceritalah pada Siti kisah Nini (bukan nama sebenar) yang saya jumpa semasa Operasi Sayangi Remaja.Nini turut sama dalam operasi ambang tahun baru 1 Januari yang lalu.
Nini ni anak sulung.Lepas SPM terus kerja sebab mak ayah tak dapat tanggung. kos pengajianAdik-beradik pun ramai.Si Nini ni bagus tiga tahun kerja kilang banyak pengalaman dia dapat.Tolong mak ayah.Bagi duit kat mak ayah.Beli moto duit sendiri.Sekarang ni Nini ambil diploma tahun dua di sebuah kolej.Bagus kan.Diapernah bekerja di sebuah syarikat Intel di Penang.

Nini ambil diploma dalam kejuruteraan yang berkaitan.Aduh apa nama kursus tu.Lupa.Lupa.Aishhh.Tapi berkaitanlah.Kejuruteraan apa ya?Pengalaman bekerja tiga tahun.Mantap.Habis diploma masuk kilang tadi dah dapat jadi orang atas dah.Gaji pun lebih baik.Hmmm.Orang berusaha itu contohnya.Jadi jangan pandang rendah pada orang kerja kilang.Ok.Selalu kalau sembang-sembang begini saya memang tak minta nombor telefon.Kalau jumpa semula tu memang sangat mustahil melainkan duduk berjiran.Hehe.

Siti : Hmm saya ingat nak jual kereta wira yang saya guna sekarang.Saya nak masuk kolej.
Saya : Eloklah tu.Kakak pesan ni.Tak perlu risau pandangan orang tau.


Habislah Siti dengar saya cakap.Moga berjaya dik.Harap tiada repekan.Kereta wira tu tak pula saya tanya hak milik siapa sebenarnya.Mungkin pemberian ayahnya atau adik-beradiknya.Tak pasti.

Berkawan ramai tak salah ,buat baik berpada-pada ,tak perlulah buat jahat.

Nota kaki : Bak kata sebenarnya sembang-sembang begini melatih kita bercakap dan berhadapan dengan orang secara tak formal.Aktiviti LANDAS memerlukan seseorang itu petah bercakap.Idea tak boleh putus.Mesti tahu kawal topik perbualan.Saya sedang melatih diri sendiri ni.Jangan sampai orang terasa hati.Itu sangat penting.Wallahua'lam.

Desasiswa Indah Kembara
http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/




3 ulasan:

Iliana berkata...

kelakar la ikon ikon tu..

ya, asal ada niat untuk belajar, asal ada minat, asal ada usaha, insyaallah akan berjaya juga di akhirnya..

chayok chayok

PiNkLaDy berkata...

dengan kitorang kamu xbanyak cakap pun.... =(
Macam ada emas dlm mulut... hehehe..
*peace*
Banyak keje kan kan kan?? pening jugak

syahidah berkata...

@Iliana

Huhu kak Yana yang rajin jalan-jalan ke blog..lucu tu saya letak..hehe

@Pinklady

Hehe..ada masa aku sembang ngan kau ok..haha..selalu kita jumpa pun dalam kelas..nak sembang apanya..tak berkesempatan pun nak round penang macam kau..hehe....aku tidaklah pendiam sangat..tak percaya tanya Ain..huhu..ya banyak kerja ni..siapkan..siapkan..final dah nak dekat sangat..almaklum..lalalalala~

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...