Kisah malam 14 Februari

Hari Sabtu 14 Februari 2009.Siang tu saya di makmal menjalankan eksperimen yang belum selesai.Hari Sabtu dan Ahad dah jadi rutin buat saya dan Ecah bertapa di makmal.Pernah sampai malam sebab eksperimen tertentu mesti diawasi dan kami tak boleh keluar lama.Bergilir-gilir tatkala waktu makan dan solat.Alhamdulillah semua itu dah selesai pun.Malam tu dengan kereta Kak Wan ,saya ,Qilah ,Milah dan Kak Amami ke Masjid Sg Nibong.Ada taklimat penting.Selesai taklimat dan diberitahu lokasi latihan kami bergerak berjalan kaki dalam kumpulan masing-masing.Lokasi ialah tepian pantai berhadapan Queensbay Mall.Angin malam tu sejuk.Deru air laut kedengaran.Air laut mula pasang.

Kami : Assalamualaikum dik.
Adik A dan pasangan : Waalaikumussalam.


Lelaki di sebelah Adik A (dirahsiakan nama) segera melepaskan tangannya dari Adik A pabila kami mendekati.Lama kami perhatikan mereka berdua sebelum memberi salam. Kak Wan yang selalu ikuti latihan dakwah lapangan anti sosial (LANDAS) pantas menghulurkan tangan bersalam dan mengajak Adik A pergi jauh sedikit supaya kami boleh fokus.Petugas lelaki pula pantas mula bicara dengan pasangan Adik A.Kami tidak mendengar perbualan petugas lelaki.Tapi fahamlah apa yang hendak disampaikan tidak jauh beza.

Kak Wan : Buat apa kat sini? Siapa tu?
Adik A : Tu kawan.Kami kawan ja.
Kak Wan : Owh.Mak ayah tau tak adik mai sini?
Adik A : Tau.Depa tau.Saya tiap-tiap kali keluar bagitau mak.Sebab nanti mak risau.Mak tanya.Mak tak bagi keluar lewat sangat.


Kami senyum.Jawapan yang biasa kami dengar.Perempuan ni mudah kalau ajak berborak tentang keluarga.Perempuan mudah tersentuh hatinya.Kadang-kadang kita tanya sikit mereka lebih seronok bercerita.Cuma malam ini nampaknya hubungan Adik A dan keluarganya baik.Tiada masalah keluarga.Pengalaman sebelum ini kalau jumpa yang ada masalah keluarga kadang-kadang saya rasa sedih.Ibu bapa abaikan anak-anak.Jam sudah menunjukkan pukul 2.00 pagi.

Kak Wan : Adik asal mana?
Adik A : Dari seberang.Dekat ja.Dah biasa mai sini.


Tangan Kak Wan masih memegang tangan Adik A.Erat sekali.Manis senyuman Adik A.Comel orangnya.

Petugas : Hmm kalau adik pakai tudung mesti lagi comel.
Adik A : (Diam)
Petugas : Dah makan? (Cuba berbual lagi)
Adik A : Baru makan la tadi.Sebelum mai sini.
Petugas : Mak ayah sihat?
Adik A : Depa sihat.Elok.
Petugas : Dah solat Isya' belum?
Adik A : Ermm belum.
Petugas : Hmm baliklah dik.Solat pun belum ni.Tak elok buat camtu.Solat tu kan wajib.Adik tau kan.
Adik A : Tau.Rasa nak solat saya solatlah.Dua minggu sekali kami mai sini.Jalan-jalan.
Petugas : Hmm..sedangkan orang sakit pun kena solat.Ini lagilah kita yang sihat walafiat ni.Lima kali sehari.Tak banyak pun.Esok kita mati nak jawab apa dengan tuhan.Adik jangan tinggal solat tau.
Adik A : (Diam lagi ,kepala diangguk-angguk)
Petugas : Naik apa tadi?
Adik A : Dengan abang la.Naik moto.
Petugas :Nak balik pukul berapa ni dik?
Adik A : Sat lagi kami balik la.Tak lama kat sini.
Petugas : Dah kerja ka?
Adik A : Kerja dah.Kakak semua ni dari mana? Buat apa kat sini? Selalu ka mai sini?
Petugas : Kami dari USM.Lagi dua ni dari Institut Perguruan Bainun.Saja jalan-jalan tengok adik-adik kat tepi pantai ni.Kami sayang adik-adik.Tu yang kami mai ni.
Adik A : Kakak mai dengan apa ni?
Petugas : Kami jalan kaki ja dari masjid Sg Nibong.Tu la kami tinggal assignment semua nak jenguk adik-adik buat apa kat sini.Nak datang bagitau kita umat Islam ni tak patut sambut Valentine Day ni.Itu bukan cara kita.
Adik A : Saya tau.Kami tau.Kami tak sambut pun.Kami jalan-jalan ja makan angin.Tu ramai orang kat sini.
Petugas : Hmm..Baguslah adik faham.Tapi apa pun tak elok kan keluar selalu dengan bukan muhrim.Tempat gelap pula kat pantai ni.Adik tak takut? Apa-apa jadi mak ayah tak tau.Adik pun muda lagi.Berkawan begini tak manis dipandang.
Adik A : (Diam sambil membetul-betulkan bajunya yang itu itu ,matanya memandang batuan di tepi pantai.Tak berganjak duduknya)
Petugas : Adik sayang mak ayah kan.Muda-muda ni la kita nak korek ilmu banyak-banyak.Takkan nanti tua esok baru kita nak cari semua tu.Kakak pesan ni bukan nak bagi tazkirah.Bukan nak salahkan adik.Tapi kami datang nak mengingatkan.Tanggungjawab kami ni.Adik tau kan remaja sekarang macam-macam masalah timbul.Sana-sini dalam akhbar.
Adik A : (Dengar sambil mengangguk kepala sekali sekala)

Pelbagai nasihat diberi.Beri hidayah itu bukan kerja kita.Hanya Allah.Kita tak boleh merendahkan martabat orang lain.Tapi kita ambil peluang.Allah tentukan semuanya.Kita tak boleh memaksa.Lama-lama di situ kami mohon undur diri dan meminta mereka pulang segera.Kami harap dengan sedikit kesempatan ini dapatlah juga kami sampaikan sesuatu pada Adik A dan pasangannya tadi.Malam itu empat pasangan dapat kami temui.Gambar tak mungkin saya siarkan.Biarlah rahsia.=P.Err sempat lagi menulis ni.Kata sibuk.Huhu.Wallahua'lam.

Desasiswa Indah Kembara
http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

6 ulasan:

mr chocolate berkata...

salam.. wah hebat! bangga betul rasenye kerja murni saudari tu. tulah bebudak zaman lani.. semua ikut cara barat smpai tak kenal agama Islam.. Nauzubillahi min zalik..

BalQis berkata...

Astaghfirullah,

Teruskan Syahidah. Bagus, bagus...

Semoga semakin ramai mereka-mereka yang seperti kamu!

syahidah berkata...

@Mr Chocolate...dan juga Kak Balqis ataupun sesiapa yang membaca ruangan ini..

Apabila kalian pulang ke tanah air atau berada di sekitar utara dan mempunyai kelapangan waktu..sangatlah diperlukan sukarelawan lebih-lebih lagi dalam bidang agama dalam menangani isu sosial..Dijemput mana-mana individu mahupun badan atau pertubuhan untuk sama-sama turun padang..

Boleh klik pada pautan urusetia menangani gejala sosial negeri kedah darul aman jika berminat...

saya secara kebetulan mengikutinya dan masih hijau dalam kerja lapangan sebegini..tujuan utama saya untuk memaklumkan pada umum bahawa sesiapa pun boleh turut serta untuk mengenali sendiri dan mencari sebab kenapa masalah sosial berlaku..

apa yang pasti masyarakat memang memerlukan bantuan kita..Tetapi itulah yang berlaku..kita tak pasti kita sendiri bagaimana pada masa hadapan..Penulisan saya mungkin tidak begitu bagus untuk menceritakan situasi sebenar pada malam itu..tetapi itulah hakikat yang berlaku saban hari saban tahun di negara kita..bukan hanya pada waktu malam Valentine Day..hendak kata tiada yang peduli tidak juga..

Ini belum masuk bab penggunaan alkohol ,pakaian dan bermacam-macam masalah yang tak terjangkau oleh akal rasional kita..mereka ini jika diteliti benar-benar bukanlah semuanya daripada golongan yang tak tahu bahkan mereka tahu apa yang mereka lakukan..cuma agak tipis dan melencong dari kesedaran..

Sebab itu juga saya harap tiada pihak yang mudah menuding jari kepada mereka tanpa usul periksa jika

syahidah berkata...

Penelitian diperlukan sebelum menyatakan itu ini kepada mereka kerana penampilan tidak cukup untuk kita menyalahkan mereka.Wallahua'lam.Itulah ujian buat mereka ,bagaimana dapat mereka kembali pada kebenaran.

indahnyasisuria berkata...

salam.. jalan ke arah kebaikan penuh dgn liku2 dan cabaran.. semoga Saudari diberikan kekuatan utk meneruskan apa yg dilakukan.. n terima kasih kerana prihatin..

syahidah berkata...

@Indahnya suria

hehe.,nama pun dah indah..hmm..awak ada apa-apa nak cerita dengan saya?..hehe..boleh beritahu ya..boleh email syida8196[at]yahoo.com

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...