Menghitung hari

Menghitung hari
23 Mac - Hantar laporan penuh KUE 309
26 Mac - Ujian bertulis makmal analisis (10 pagi)
27 Mac - Ujian 2 kimia organik (3 petang)
27 Mac - Ujian 2 kimia fizik (10 pagi)
3 April - Tarikh akhir tugasan STU 242 ,psikologi sosial

13 April - Peperiksaan kimia fizik (2.15 petang)
24 April - Peperiksaan psikologi sosial (9.00 pagi)
27 April - Peperiksaan kimia organik (9.00 pagi)

4 dan 5 Mei - Seminar KUE 309
6 Mei hingga Julai 2009 - Cuti. Kerja?

Lari setempat.Satu.Dua.Satu.Dua.Satu.Dua.Satu.Dua.

Kelipkan mata.Buka.Tutup.Buka.Tutup.Buka.Tutup.

Errrr..hehe

Kalau ada sumur di ladang ,tak mahu saya menumpang mandi ,Kalau Allah beri umur yang panjang , harap umur diberkati .

Saya mewakili diri saya sendiri ingin memohon ampun dan maaf kepada sesiapa jua sahabat handai ,adik kakak , saudara saudari andai kata tersilap bicara ,tersalah kata ,tersinggung hati ,termarah tak sengaja ,tertegur kecil hati ,terambil yang bukan hak ,tertulis kasar ,dan segala jenis ter yang sewaktu dengannya.Akhir kalam ,jangan tinggal solat ,baca Quran tiap hari ,jangan cari musuh ,muhasabah diri sepanjang masa ,hargai pengorbanan ibu ayah dan guru-guru.Doa buat rakyat Palestin.

P/S ~ Entri diubah dan diulang siar.Hehe.Blogspot kan boleh ubah tarikh dan masa untuk paparan.Bijak bijak.Serius belum ada idea nak tulis apa.Haha.Memandangkan ayat-ayat saya skema dan agak stereotaip itu.Itu pun dah konfius nak bahasakan diri saya atau aku.Campur-campur.Entri berderet dalam draft masih memerlukan penelitian.Tak mahu update lagi.Sebulan maksimum hanya 12 entri sahaja.Kalau lebih tu memang merapu dah.Wassalam.

Desasiswa Indah Kembara
http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

7 ulasan:

Iliana berkata...

hehehe ok ke tidak adik syahidah sorang ni? risau pula saya..

syahidah berkata...

@Iliana

Saya ok..hehe..comel kan emotion tu..err..maaf jarang berkunjung ke Lukisan Alam sejak akhir-akhir ni..saya baca tapi tak tinggalakan jejak di ruang komentar..

PiNkLaDy berkata...

waaa.. bz2.. jom kita hitung sama2 =)

Ibnurashidi berkata...

nampak sibuk sekali ya:)apapun. lakukan yang terbaik..

Syahidah berkata...

@Pinklady

Huhu..berusaha!

@Ibnurashidi

Terima kasih ustaz..

ainunL muaiyanah berkata...

Kalau misalnya sudah lebih 12 entri sebulan maknanya aku juga sudah ditahap merapu la..
oh tidak~

syahidah berkata...

@Ainunl

Huhu 12 tu tahap aku yang jarang menulis ni..bukan seperti kau..dari zaman sekolah pun kau dah menulis..lain..lain..hehe..aku sekarang nak belajar dulu aku ni tulis blog untuk apa..untuk sampaikan ilmu atau merapu..huhu..kalau merapu semua orang pun boleh buat..tapi nak sampaikan sesuatu tu dah jadi satu tanggungjawab kan..fikir-fikirkan..hehe..aku tiada hadiah untuk hari lahir kau..

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...