Namun kupunya hati


Salam pembaca budiman yang rajin. Hehe ayat bodek. Ini judul buku yang saya hadiahkan pada Nurasyikin Hamzah sahabat saya sempena hari lahirnya yang ke-22 pada 13 Mac yang lalu. Sejak akhir-akhir ni saya lebih suka beri buku sebagai hadiah. Saya sendiri sudah membacanya. Jalan ceritanya sangat menyentuh hati saya. Tak tahulah tahap sensitiviti setiap orang itu berbeza. Mungkin ada yang rasa biasa tetapi saya menangis. Haha. Apa boleh buat. Saya beli di Borders. Bagi yang nak cuba di ruang maya ada jual di sini.


"Ayah, walaupun aku bukan puteri dihatimu, tetapi akulah puterimu"


P/s - Doakan saya ya peperiksaan bermula 13 April ni sehingga 27.

Desasiswa Indah Kembara
http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

4 ulasan:

BalQis berkata...

Oh, oh, oh...

Saya jealous. Ada kawan beri hadiah buku kepada kawannya...

Saya jealous, hehe...
Tak salahkan untuk cemburu?

Syahidah berkata...

Hehe tak salah cemburu..hehe..kak balqis jauh la..saya ingat lagi saya hantar kad raya buat sahabat saya di UK..sebulan baru sampai..haha..dia balas pun sebulan lepas tu baru saya dapat..saya bukan apa..dari saya bagi teady bear yang memang saya sendiri tak berapa suka lebih baik saya bagi buku..ada faedahnya..berjam-jam saya di kedai buku nak pilih..hmm selalunya buku yang saya bagi saya sendiri akan berusaha untuk membacanya terlebih dahulu supaya sesuai dengan minat si penerima...huhu

ismirieya berkata...

oh..best ya buku ni..?

hmm..cuma mampu belek2 je kat mph ari tu.. =p

Syahidah berkata...

@Ismirieya

hmm..cerita tentang sebuah keluarga..ada message dakwah juga..liku hidup watak utama buatkan saya berfikir..tapi sebenarnya saya memang suka membaca walaupun orang beritahu sesetengah buku itu tak best..sebabnya buku tu takkan diterbitkan dengan usaha yang sambil lewa..bukan mudah untuk menulis..cuma Namun Ku Punya Hati ni sebuah diari kehidupan..

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...