Mudah sebenarnya

"Cik Ti, kenapa suka jadi orang tengah, tak sokong siapa-siapa, Cik Ar yang salah bukan saya"
"Cik Es, berlaku adil tu sebenarnya senang kan, tak perlu nak gaduh-gaduh, bertikam lidah, buat penat badan, kan sedekah saya cuba damaikan kalian ni"
Betapa mudahnya diri kita ni berbuat kebaikan. Leraikan kawan-kawan yang tak sependapat pun dah dikira sebagai sedekah. Cantik sungguh sifat-sifat mahmudah ni kalau selalu kita lakukan. Cakap perkataan yang baik-baik pun sedekah. Tulis perkara yang baik-baik pun sedekah. Tak gitu.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim. Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata;
Rasulullah SAW telah bersabda: Setiap anggota badan manusia adalah sedekah baginya pada setiap hari apabila terbit matahari; engkau berlaku adil (iaitu mendamaikan) antara dua orang (iaitu dua orang yang berbalah) adalah sedekah, engkau membantu seseorang naik kenderaannya atau mengangkat barang-barangnya ke atas kenderaannya adalah sedekah, perkataan yang baik adalah sedekah, setiap langkah yang engkau hayunkan kaki pergi sembahyang adalah sedekah dan menghilangkan sesuatu bahaya di jalanraya adalah sedekah.
P/S - Cik Ar, Cik Es dan Cik Ti adalah watak rekaan semata-mata. Bukan nama sebenar. Harap maklum. Sekian.

Desasiswa Indah Kembara
http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

α-D-glucopyranosyl-β-D-fructofuranoside

Salam everyone. Hehe.

It's common table sugar. A sucrose (non reducing sugar). I'm not going to write about chemistry here.

α-D-glucopyranosyl-β-D-fructofuranoside or β-D-fructofuranosyl-α-D-glucopyranoside. Either one. Useful for preserving foods such as jams and jellies.

Doing organic chem exercise while watching Selangor versus Kelantan. 4-1.

Bye. Wassalam. I must sleep. That's it for today!

Desasiswa Indah Kembara
http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

Salah siapa?

Pernah menaiki feri? Di Penang? Hmm, dah lama tak guna perkhidmatan tu. Kali terakhir semester lepas. Oh bukan mahu cerita tentang feri tetapi apa yang pasti kita akan terserempak dengan peminta sedekah di jeti. Itu belum pasar malam hadapan TESCO Sg dua.

"Apa yang kau rasa bila tengok mereka duduk di situ meminta-minta?"

"Aku tak berapa sukalah, sepatutnya boleh cari kerja lain, aku tengok badan sihat, boleh berjalan, apa masalahnya?"

"Bersangka baiklah kita dengan orang lain, tak rugi pun. Tak salah kita tolong kan."

Terdiam.

Betapa niat sangat penting dalam tiap-tiap tingkahlaku. Wallahua'lam.

Desasiswa Indah Kembara
http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

Alhamdulillah

Assalamualaikum, apa khabar? Saya baru sahaja selesai membaca bab karbohidrat dan asid nukleik. Hehe. Peperiksaan 24 ni. Penantian itu sungguh menyeksakan. Itulah tak pernah nak bersyukur kan. Habis awal tak boleh. Habis lambat pun tak boleh. Ish ish. Ingat nak tidur tetapi nampaknya simptom-simptom tak boleh tidur telah datang kembali. Adoi. Musim peperiksaan punya hal. Habis baca buku telan tiga keping Toastem Raisin Oatmeal. Erkkk. Alhamdulillah.

Petang tadi sempat pergi pasar malam dengan Aqilah. Alang-alang boleh jalan kaki ni nak cari pisang emas untuk dibawa belayar. Haha. Tiada maknanya belayar. Alhamdulillah dapat beli pisang. Hehe. Campur popia basah dan nasi lauk ayam. Air tak beli kononnya tak mahu minum ais. Dapurku tak berasap hari ni. Hehe.

"Syida, adik kau dapat matrik mana?" Aqilah dengan gumbiranya bertanya setelah memberitahu adiknya dapat Kolej Matrikulasi Perak.

"Haah ya, lupa nak tanya. Jap."

Haha, masa tu juga telefon Kak Teh. Dapat Kolej Matrikulasi Kedah. Adoi jauh tu. Jenuh nak hantar. Oooooo ingat Penang dekat ke? Hehe ni mesti nak kena marah lagi ni sebab ada orang tu belajar lagi jauh. Alhamdulillah dapat masuk matrik.

Boleh semak keputusan kemasukan tu di sini. Baru saya tahu ada empat Kolej di Kedah. Sejak bila wujud yang di Pendang tu. Tak berapa tahulah. Jadi apa je yang tahu ni? Hoho tiada jalan pintas selain banyak membaca! Sekian repekan kali ini.

Desasiswa Indah Kembara
http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

Dussssshhhhh

Mulut seakan dipempan. Bukan membisu. Di kaki langit biasan matahari kelihatan berbalam merah tembaga.

"Umi, tak perlulah beli cincin untuk kakak, biar dulu. Nantilah belum masanya lagi."

"Umi bukan nak kahwinkan kamu lagi, saja-saja belilah, anak orang umi belikan, apa salahnya beli untuk anak sendiri. Ish kamu ni. Dah nak kahwin sangatkah? "

Haha. Aku menggaru kepala yang tak gatal. Dussssshhhhhhh malu sendiri.:n3sl0_21:

"Esok kamu teman along beli baju nikah kat KL. Ok. Bukan untuk kamu"

"Baik umi. Err untuk kakak bila umi?":n3sl0_19:

Err...terhenti di sini. Kamu yang baca sambung sendiri...haha..Permulaan memang mengarut dan dinasihatkan tidak cuba menipu pembaca lain kali. Ya iya bakat yang terpendam didapati melencong daripada tujuan asal.:n3sl0_39:

Komunikasi itu penting

Kadang-kadang kita ni mudah sangat salah faham dalam tindakan dan perbuatan kita dengan orang lain. Hehe. Cepat betul nak salah faham. Ish ish. Sebab itulah kalau berbincang tu biar habis. Bila mendengar orang tua cakap tak usah nak cepat memotong. Ingat!!!! Syahidah!!!!

Desasiswa Indah Kembara
http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

Don't wait until tomorrow

Have you ever had the sinking feeling that you would probably not be able to do something that you were supposed to do (or something that you want to do). I do. Perhaps I avoided my textbook readings for a course until the day before the exam and then realized that there was no way I'd be able to read all the chapters carefully. It involves the belief that I am not capable of performing particular behaviours (reading all chapters carefully). Now an important question : How would I belief affect my actual behaviour? Would I give up quickly and stop trying? A particular behaviour is required for a particular goal.

I would try to read some of the textbook chapters carefully but quit when I began to feel confused. Note that the decision to stop would occur in response to events that virtually I would experience in the situation. I feels confused when initially trying to read a large number of chapters. So, the goal will not be achieved.

If i am confident that I will be to perform necessary things to do well in a chemistry course, such as reading and understanding the textbook, completing assignments successfully, and solving questions on exams, I am more likely to enroll the course and more likely to stay in the course even if an early test goes poorly than if I lack confidence. Haha my first test for both organic and physic' chemistry were bad. When I have high self-efficacy, I interpret problems and failures as temporary and correctable - after all, I believe that I am capable of performing the necessary behaviours. This perception that failure can be overcome is associated with increased effort and persistence. Hehe.

Yehhhhhhh!

Desasiswa Indah Kembara
http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

Bila mahu pulang

Kakak akan pulang
tak pernah lupa
sayang adik
Tak mengapa dik
Jangan bimbang
Umi ada
Abi ada

Keperitan pasti ada penawarnya
Insyaallah
sama-sama doakan
Dari jauh kakak menangis
kerna rindu
padamu

Tapi
Adik harus mengerti
Ada tugas
Tak semudah seperti adik fikirkan
Tunggu
Kakak akan kembali

Bila kakak mahu pulang
Tiap kali itu disuarakan
di sudut hati
Kakak menangis
Mengenang nasibmu
Apakan daya
Pasti ada hikmah disebaliknya

Suatu hari nanti
Kau akan mengerti
Abi ,umi dan kakak
Sentiasa mendoakan
Kesihatan
Kesejahteraan
Selalu

Kadang-kadang bingung
Buntu
risaunya abi dan umi
Namun
gagahkan jua diri
Redha kehendak Illahi
Itu ujian

Adik sayang
Hanya mati tiada penawarnya
Teruskan senyum
Kuatkan semangat
Insyaallah

Senyummu memberi harapan
yang tinggi
Semoga bahagia
Di samping umi
Jumpa lagi..

Nur Syahidah Wan Mahassan
15 Oktober 2008 9.48 malam

Pagi masih ceria, petang menyusul tangisannya berpanjangan sampai ke malam, Wad pediatrik, Hospital Besar Kuala Lumpur, 2006/2007. Masih kuingat tak sanggup ditinggalkan tapi apa boleh buat saat itu mesti pulang ke kampus, pergi dengan berjujuran air mata ini tumpah.

Desasiswa Indah Kembara
http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

Patah tumbuh hilang berganti

Mak Cik Salmah tak suka kicap,
Ambil daun mangga dibuat ulam,
Tak sempat jenguk tak sempat ucap,
Ibarat siang tiada malam,

Pak Man Teh minum kopi,
Minum kopi di tepi bendang,
Baik-baik menanam budi,
Jangan sampai budi terbuang.

Pak Cik Seman suka mendulang,
Mendulang emas penuh berisi,
Tak patah, tak hilang,
Tak tumbuh, tak ganti.
P/S :
1. Seperti biasa tajuk entri tak berkaitan dengan kandungan. Hehe.
2. Pesanan buat pembaca yang baik hati, jika kamu juga ada blog saya mohon kamu tulis perkataan-perkataan tanpa sedikit pun singkatan bagi memudahkan orang lain menggunakan Goggle. Kamu tahu kamu telah membantu orang lain tanpa kamu sedari dengan hanya menulis dengan perkataan penuh.

Saya yang banyak main!

Desasiswa Indah Kembara
http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

Hanya kita

Ikan emas dibawa belayar,
Goreng seekor di dalam kuali,
Hutang aku bila kau nak bayar,
Nak tunggu kau jadi menteri?

Gunung Jambul bercabang empat,
Tak pernah didaki orang kebanyakan,
Aku bilang sampai empat,
Nanti kau aku kerjakan.

Pulau Serai jauh ke seberang,
Tak mahu Cik Nah ikut sekali,
Bayarlah sekarang,
Mahu aku bawa ke lokap sekali.

Nota kaki nota tangan,
Penuh depan dan belakang,
Kau ada telinga kan,
Berapa kali mahu aku terangkan.

P/S :
1. Maaf, pantun ini tak bagus untuk tatapan umum dan tidak sesuai dijadikan rujukan pelajar-pelajar sekolah. Kasihan.
2. Wajib bayar pabila berhutang.
3. Beri pinjam tu harus.
4. Oh ptptn sayang! Sabar ya.

Desasiswa Indah Kembara
http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

Nasihat buat bakal graduan

Pesanan buat saya oleh seorang ibu melalui emel yang pada asalnya bertanya tentang sekolah saya di Perak.Saya kongsikan di sini pesanan beliau.

"Apabila di alam pekerjaan nanti, terus kekal merendah diri, berikan yang terbaik, berinisiatif tinggi dan paling penting jujur, ikhlas dalam menjalankan amanah kerja. Jangan fikirkan sangat soal wang ringgit. Itu semua rezeki dari Allah s.w.t. InsyaAllah kalau kita jujur, amanah dan ikhlas, Allah akan mengatur yang terbaik untuk kita. Auntie berkerja syarikat swasta dan sudah bekerja selama lebih 15 tahun. Kadangkala ada juga rasa kecewa dengan graduan-graduan baru sebab terlalu mengejar pangkat & duit. Kadang-kadang sebab mereka antara yang terbaik di universiti, ada rasa bangga yang terlebih dalam diri. Jadinya, kurang mahu bekerja keras, kurang usaha tapi mahu akan imbuhan lebih sebab merasakan diri sangat pandai serba serbi. Tidak semua tetapi ada yangg auntie alami sendiri. Kecewa sebab mereka ini anak bangsa melayu. Dulu-dulu selalu auntie memilih pekerja yg CGPA nya 3.5 ke atas. Sekarang ni tidak lagi sebab selalunya mereka yg CGPA dalam 3.0 itulah yg lebih berusaha, lebih berinisiatif, rajin, sentiasa mahu belajar dan juga merendah diri.

Panjang pula auntie memberi nasihat yg tak di minta ya.. Tapi auntie ikhlas. Selalu kalau auntie menemuduga graduan-graduan baru, auntie selalu berkongsi perkara yang sama. Mengingatkan mereka apa yang auntie nasihatkan syahidah di atas. Sebab tak semua graduan-graduan tu dapat auntie ambil bekerja kerana tak cukup tempat. Jadi auntie harap walaupun tak dapat mengambil mereka bekerja sekurang-kurangnya tidak sia-sia mereka datang temuduga sebab dapat juga serba sedikit nasihat apa yang baik boleh disimpan. Nanti kalau datang temuduga, bertanya soalan-soalan lazim, tak dapat pula apa-apa ilmu dan nasihat kan.

Terima kasih sekali lagi ya Syahidah. InsyaAllah kalau pada masa depan Syahidah dan rakan-rakan sudi mencuba mencari pekerjaan dengan kumpulan UEM Group (di bawah Khazanah), bolehlah hubungi auntie untuk maklumat lanjut. Syarikat auntie bekerja, Faber Group di bawah UEM Group."


Berikut pula ialah pesanan oleh Prof Dr Amir Hussein Baharuddin ,dipetik daripada Berita Kampus USM 16 Feb 2009 .Beliau merupakan pensyarah ekonomi Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan USM.

"Graduan -graduan yang baru berijazah tidak boleh mempunyai sikap memilih kerja dan jangan terlalu mengambil kira jumlah gaji dan kebajikan ,tetapi harus menerima apa sahaja yang ditawarkan oleh majikan.Manakala perkara yang terpenting ialah memperoleh pengalaman supaya mendapatkan pekerjaan yang lebih baik."

"Kita harus merancang kehidupan sendiri ,jangan mengejar kebendaan seperti membeli banglo tanpa perancangan yang terpenting dan selalu menukar kereta.Ini akan menyebabkan individu tersebut mengalami krisis kewangan ,dan keadaan ini merupakan krisis individu dan bukan krisis ekonomi."

Desasiswa Indah Kembara
http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

Sembang dengan umi

"Umi, kakak nak kahwin.":n3sl0_19:

"Kerja dulu, ptptn nak suruh suami bayar ke?"

"Umi, kakak nak sambung belajarlah."

"Kerja dulu, nanti tak sempat abi nak hulur duit, kak teh, kak idah lagi nak belajar juga, tahun depan dah berapa orang adik-adik sekolah menengah."

"Umi, kakak tak mahu kerja boleh?":n3sl0_39:

"Kalau suami orang kaya bolehlah buat macam tu. Tak tahu suami ni mahu apa. Mungkin dia nak guna duit juga nanti. Habis, dah belajar tu rugi pula nanti. Umi ni belajar tak tinggi, peluang kan dah ada, usahalah."

"Kalau ada peluang umi nak belajar, kakak nak tukar dengan umi jadi suri rumah ni, biar umi yang belajar."

"Umi, kakak minta maaf. Kakak belajar rajin-rajin ni.":n3sl0_21:

Umi senyum. Kami bersalam dan berpisah di tepi jalan. Umi ada kelas tajwid sekejap lagi. Along meneruskan panduan van ke Terminal Bas Bentong.

"Tak rugi beli minyak pelincir RM 40.00 daripada kita keluarkan duit nak baiki enjin yang rosak." Along ulang kata-kata itu. :n3sl0_97:

Nota kecil :
1. Dayah pesan ulang 10 kali latihan yang sama kimia oragnik tu. Huhu. Berusaha!
2. Kabinet baru 2009.:n3sl0_66: Err teringat waktu Tingkatan 5 pernah jumpa Dato' Jamaludin Jarjis. Oh beliau tidak lagi jadi menteri sains. Orang Rompin patut kenal beliau.
3. Ini entri sembang-sembang jadi usah terpengaruh dengan topik perbualan tersebut. Harap maklum.

Desasiswa Indah Kembara
http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

Cinta dunia

DUNIA BUKAN DESTINASI SELAMANYA
NAMUN
PERLU
DITEMPUHI
SATU PERSATU

OH
CINTA DUNIA

MOHON BANTUAN
YA ALLAH


5.31 petang
6 April 2009
L07
DESASISWA INDAH KEMBARA
USM, PULAU PINANG
http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

Penentang jadi pembela


Salam buat pembaca yang baik hati dan moga dimurahkan rezeki. Kali ini saya nak bercerita tentang novel ini pula. Novel ini boleh beli di sini.

"Syida, mana buku Ikramah hari tu? Nak pinjam"

Hmmm, novel ni jalan ceritanya menarik. Kali pertama baca tajuk novel serius saya tak kenal ada tokoh namanya Ikramah. Jarang sekali kita didedahkan dengan cerita tentang Ikramah. Lebih-lebih lagi rupa-rupanya anak Abu Jahal. Siapa sangka anak Abu Jahal menjadi pembela Rasululllah setelah masuk Islam dan syahid dalam Perang Yarmuk.

Jarang sungguh ada penulis seperti Abdul Latip Talib ni. Menulis tentang pahlawan Islam dalam bentuk yang sangat menarik. Anda tak percaya. Jenguk di sini. Kak Chik ada letak senarai karya Abdul Latip Talib yang lain di terataknya di sini.

Novel Abu Ubaidah si Penakluk Parsi saya hadiahkan buat sahabat saya Noor Hidaya Mat Yusa pada hari lahirnya Januari yang lalu. Novel Ikramah untuk saya. Hehe. Selamat menemui sejarah Islam melalui novel!

Desasiswa Indah Kembara
http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...