Alhamdulillah

Assalamualaikum, apa khabar? Saya baru sahaja selesai membaca bab karbohidrat dan asid nukleik. Hehe. Peperiksaan 24 ni. Penantian itu sungguh menyeksakan. Itulah tak pernah nak bersyukur kan. Habis awal tak boleh. Habis lambat pun tak boleh. Ish ish. Ingat nak tidur tetapi nampaknya simptom-simptom tak boleh tidur telah datang kembali. Adoi. Musim peperiksaan punya hal. Habis baca buku telan tiga keping Toastem Raisin Oatmeal. Erkkk. Alhamdulillah.

Petang tadi sempat pergi pasar malam dengan Aqilah. Alang-alang boleh jalan kaki ni nak cari pisang emas untuk dibawa belayar. Haha. Tiada maknanya belayar. Alhamdulillah dapat beli pisang. Hehe. Campur popia basah dan nasi lauk ayam. Air tak beli kononnya tak mahu minum ais. Dapurku tak berasap hari ni. Hehe.

"Syida, adik kau dapat matrik mana?" Aqilah dengan gumbiranya bertanya setelah memberitahu adiknya dapat Kolej Matrikulasi Perak.

"Haah ya, lupa nak tanya. Jap."

Haha, masa tu juga telefon Kak Teh. Dapat Kolej Matrikulasi Kedah. Adoi jauh tu. Jenuh nak hantar. Oooooo ingat Penang dekat ke? Hehe ni mesti nak kena marah lagi ni sebab ada orang tu belajar lagi jauh. Alhamdulillah dapat masuk matrik.

Boleh semak keputusan kemasukan tu di sini. Baru saya tahu ada empat Kolej di Kedah. Sejak bila wujud yang di Pendang tu. Tak berapa tahulah. Jadi apa je yang tahu ni? Hoho tiada jalan pintas selain banyak membaca! Sekian repekan kali ini.

Desasiswa Indah Kembara
http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

3 ulasan:

aYuNi berkata...

wah! tahniah buat adek miss syahidah ya! gud lux tuk final exam ya!

Anak Pendang Sekeluarga berkata...

"Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam) dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia." (Al-Anfaal 8:74)

Salam ziarah dari saya,,blog yang menarik ,jemput muzakarah di blog saya....dan jadikan blog saya sebagai rakan anda..tq

Syahidah berkata...

@Ayuni

terima kasih

@Anak Pendang sekeluarga

Aha..kalau tanya tentang Pendang ni mesti saudara tahu kan..

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...