Bila mahu pulang

Kakak akan pulang
tak pernah lupa
sayang adik
Tak mengapa dik
Jangan bimbang
Umi ada
Abi ada

Keperitan pasti ada penawarnya
Insyaallah
sama-sama doakan
Dari jauh kakak menangis
kerna rindu
padamu

Tapi
Adik harus mengerti
Ada tugas
Tak semudah seperti adik fikirkan
Tunggu
Kakak akan kembali

Bila kakak mahu pulang
Tiap kali itu disuarakan
di sudut hati
Kakak menangis
Mengenang nasibmu
Apakan daya
Pasti ada hikmah disebaliknya

Suatu hari nanti
Kau akan mengerti
Abi ,umi dan kakak
Sentiasa mendoakan
Kesihatan
Kesejahteraan
Selalu

Kadang-kadang bingung
Buntu
risaunya abi dan umi
Namun
gagahkan jua diri
Redha kehendak Illahi
Itu ujian

Adik sayang
Hanya mati tiada penawarnya
Teruskan senyum
Kuatkan semangat
Insyaallah

Senyummu memberi harapan
yang tinggi
Semoga bahagia
Di samping umi
Jumpa lagi..

Nur Syahidah Wan Mahassan
15 Oktober 2008 9.48 malam

Pagi masih ceria, petang menyusul tangisannya berpanjangan sampai ke malam, Wad pediatrik, Hospital Besar Kuala Lumpur, 2006/2007. Masih kuingat tak sanggup ditinggalkan tapi apa boleh buat saat itu mesti pulang ke kampus, pergi dengan berjujuran air mata ini tumpah.

Desasiswa Indah Kembara
http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

3 ulasan:

tanpa nama berkata...

Nur Syahidah…
Hari ini kita ketawa esok kita belum pasti kita akan gembira dan bahagia… Hari ini kita menangis esok belum pasti kita akan bersedih.. Kita mrancang Allah juga menentukan.. Kekuatan itu datang dari kelemahan.. bertabahlah menempuh dugaan.. Diri kita juga belum tentu lagi kesudahannya.. Gud Luck in your exam…
Classmate5D_Auckland
29/10/2008

BalQis berkata...

Salam Syahidah....

Sabar dan tabah, ya!!
Semoga Allah tempatkan kamu dalam golongan orang2 yang bersabar..

Wad paediatrik HKL, wah saya praktikal di situ... bila ya?

Syahidah berkata...

@Kak Balqis

Err..gamabr lama tu..emm..adik sekarang tiap2 bulan ada appointment dengan Doktor di HKL..April 2006 mula sakit tu..11 hari jugalah di HKL, tahan dalam wad tu..9 hari di Hospital Temerloh..

bila mula praktikal? Dah nak balik Malaysia ke?

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...