Hanya kita

Ikan emas dibawa belayar,
Goreng seekor di dalam kuali,
Hutang aku bila kau nak bayar,
Nak tunggu kau jadi menteri?

Gunung Jambul bercabang empat,
Tak pernah didaki orang kebanyakan,
Aku bilang sampai empat,
Nanti kau aku kerjakan.

Pulau Serai jauh ke seberang,
Tak mahu Cik Nah ikut sekali,
Bayarlah sekarang,
Mahu aku bawa ke lokap sekali.

Nota kaki nota tangan,
Penuh depan dan belakang,
Kau ada telinga kan,
Berapa kali mahu aku terangkan.

P/S :
1. Maaf, pantun ini tak bagus untuk tatapan umum dan tidak sesuai dijadikan rujukan pelajar-pelajar sekolah. Kasihan.
2. Wajib bayar pabila berhutang.
3. Beri pinjam tu harus.
4. Oh ptptn sayang! Sabar ya.

Desasiswa Indah Kembara
http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

4 ulasan:

BalQis berkata...

Hahaha, best2 pantun2 ni...

Syahidah berkata...

@Kak Balqis..rajin ek komen kat blog saya..terima kasih..nak tolong bayar tak..hihi..

SAKINAH berkata...

Salam,

oh ini pasal pinjaman ptpn ke?
hehe..pandai berpantun..

Syahidah berkata...

@Sakinah

wassalam, hmm seronok sekali sekala berpantun..terima kasih ya follow blog saya..

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...