Mudah sebenarnya

"Cik Ti, kenapa suka jadi orang tengah, tak sokong siapa-siapa, Cik Ar yang salah bukan saya"
"Cik Es, berlaku adil tu sebenarnya senang kan, tak perlu nak gaduh-gaduh, bertikam lidah, buat penat badan, kan sedekah saya cuba damaikan kalian ni"
Betapa mudahnya diri kita ni berbuat kebaikan. Leraikan kawan-kawan yang tak sependapat pun dah dikira sebagai sedekah. Cantik sungguh sifat-sifat mahmudah ni kalau selalu kita lakukan. Cakap perkataan yang baik-baik pun sedekah. Tulis perkara yang baik-baik pun sedekah. Tak gitu.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim. Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata;
Rasulullah SAW telah bersabda: Setiap anggota badan manusia adalah sedekah baginya pada setiap hari apabila terbit matahari; engkau berlaku adil (iaitu mendamaikan) antara dua orang (iaitu dua orang yang berbalah) adalah sedekah, engkau membantu seseorang naik kenderaannya atau mengangkat barang-barangnya ke atas kenderaannya adalah sedekah, perkataan yang baik adalah sedekah, setiap langkah yang engkau hayunkan kaki pergi sembahyang adalah sedekah dan menghilangkan sesuatu bahaya di jalanraya adalah sedekah.
P/S - Cik Ar, Cik Es dan Cik Ti adalah watak rekaan semata-mata. Bukan nama sebenar. Harap maklum. Sekian.

Desasiswa Indah Kembara
http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

2 ulasan:

BalQis berkata...

Iya, betul tu Syahidah...

Banyak cara untuk bersedekah ni, bukanlah hanya dengan material semata-mata.

Syahidah berkata...

@Balqis

Mari kita bersedekah..=P..senyummmmm!!!

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...