Sembang dengan umi

"Umi, kakak nak kahwin.":n3sl0_19:

"Kerja dulu, ptptn nak suruh suami bayar ke?"

"Umi, kakak nak sambung belajarlah."

"Kerja dulu, nanti tak sempat abi nak hulur duit, kak teh, kak idah lagi nak belajar juga, tahun depan dah berapa orang adik-adik sekolah menengah."

"Umi, kakak tak mahu kerja boleh?":n3sl0_39:

"Kalau suami orang kaya bolehlah buat macam tu. Tak tahu suami ni mahu apa. Mungkin dia nak guna duit juga nanti. Habis, dah belajar tu rugi pula nanti. Umi ni belajar tak tinggi, peluang kan dah ada, usahalah."

"Kalau ada peluang umi nak belajar, kakak nak tukar dengan umi jadi suri rumah ni, biar umi yang belajar."

"Umi, kakak minta maaf. Kakak belajar rajin-rajin ni.":n3sl0_21:

Umi senyum. Kami bersalam dan berpisah di tepi jalan. Umi ada kelas tajwid sekejap lagi. Along meneruskan panduan van ke Terminal Bas Bentong.

"Tak rugi beli minyak pelincir RM 40.00 daripada kita keluarkan duit nak baiki enjin yang rosak." Along ulang kata-kata itu. :n3sl0_97:

Nota kecil :
1. Dayah pesan ulang 10 kali latihan yang sama kimia oragnik tu. Huhu. Berusaha!
2. Kabinet baru 2009.:n3sl0_66: Err teringat waktu Tingkatan 5 pernah jumpa Dato' Jamaludin Jarjis. Oh beliau tidak lagi jadi menteri sains. Orang Rompin patut kenal beliau.
3. Ini entri sembang-sembang jadi usah terpengaruh dengan topik perbualan tersebut. Harap maklum.

Desasiswa Indah Kembara
http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...