Bersyukur lalu beringat, Teringat lalu bersyukur

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang dengan limpah dan kurnia-Nya.

Masih diberi kesempatan untuk tunduk dan sujud menyembah-Nya.
Walaupun di atas kenderaan.

Begitulah beringat sebelum terlewat.

Elok-elok dapat menunaikan solat di ruang selesa di rumah atau di tempat kerja boleh pula berlengah-lengah sambil menonton rancangan kegemaran di televisyen, berbual-bual kosong dengan rakan, berjual-beli tatkala azan berkumandang.

Tapi saat bermusafir. Bimbang pula tak sempat solat pada waktunya gara-gara bas ekspres yang dinaiki tidak berhenti di R&R. Mujur wudhu' yang masih ada membolehkan solat jama' diselesaikan. Begitulah waktu sukar memang meudah kita teringat.

Orang yang bertaqwa itu menunaikan solat. Rujuk Al-Baqarah ayat 2 dan 3.

Lagu tiga kupang,
Saku penuh padi,
Dah kata solat itu tiang,
Takkan tak faham lagi.

Wallahua'lam

Puduraya-sg.Nibong
http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

4 ulasan:

Iliana berkata...

sedapnya lagu hehe..
saya pernah menaiki bas pulang ke kampung ketika ramadhan yang lalu. sedih sekali. driver bas boleh berhenti di R&R untuk sahur, tapi tidak untuk subuh. adakah tahun ini akan mengalami situasi yang sama?

Haf berkata...

salam,syida...

lama sudah aku xjenguk blog ko.aku baru pulang dari bercuti dan berprogram anjuran universiti.jadi memang susahlah nk jenguk blog kawan2 semua.

aku ni pun problem jugak.ssh sgt nk bangun solat.xtau laa kenapa.kdg2 sedih juga knp perangai mcm ni.tp aku cuba laa ubah jgk.sampai bila mau mcm ni kan...papepon aku tau yg aku masih lg disayangiNya,sbb bg peluang utk aku hidup dan membetulkan segala kekhilafan aku...

psl musafir tu plak,ALLAH dah bagi kemudahan pd kita.gunakanlah sebaiknya.=)

PeNaRi LaUt berkata...

Susah lagi Sang Tari Solat...dikala belayar...
hanya Tuhan Yang tahu betapa lemahnya Hambanya ini.....

syahidah berkata...

@Iliana

Saya pun pernah alami sebengitu..tak tahu nak kata apa lagi.

@Haf

Huhu..tidak mengapa kawan..memang kau sibuk sama seperti di sekolah lagi kan..hihi..

Hmm...apa pun perlu saling mengingatkan..aku sendiri pun kadang-kadang perlu mendapat teguran juga..

Alhamdulillah kita diberi peluang untuk berubah..aku pun sama..ayuh mentapkan diri dan kawan-kawan

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...