Hilang gemuruh

Salam, beberapa hari tidak menulis.

Jam 10.30 pagi tadi selesai membentangkan keputusan hasil kaijan projek.
Alhamdulillah. Selesai. Masih perlu meluangkan beberapa hari di USM untuk menyelesaikan beberapa perkara. Esok masih ada seminar kerjaya satu hari suntuk. Sebelum 13 Mei laporan kajian projek mesti dihantar. Hmm, Insyaallah masih ada masa. Gemuruh hilang? Haha selepas habis pembentangan selama kira-kira 20 minit termasuk sesi soal jawab terus sahaja berjumpa Dr Aziz, penasihat projek saya. Tangan masih terketar-ketar. Paling penting saya, Ecah dan Suraya Shasrudin berjaya melepasi satu cabaran walaupun ini bukanlah projek besar seperti pelajar sarjana. Sekurang-kurangnya sedikit pengalaman yang diperoleh dapat membantu kami dalam kerjaya masing-masing pada masa akan datang ataupun jika mahu meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Alhamdulillah penat lelah kami bertiga sejak tahun lepas menunjukkan hasil.

Dr Aziz penasihat projek kami sangat membantu dalam memberikan buah fikiran dan tunjuk ajar yang sangat berguna. Siapa tahu suatu hari nanti pasti nasihat dan galakan Dr sangat berguna. Insyallah Dr. Kami ingat jasamu! Kami mohon maaf andai tersalah bicara, andai melakukan sebarang kesalahan (walaupun saya tak pernah beritahu Dr tentang blog ni). Jumpa lagi Dr.

Desasiswa Indah Kembara
http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

2 ulasan:

bazLa' berkata...

salam...

apa nama projek awak?
baiknya dr Aziz
alhamdulillah dapat penasihat yang baik

Syahidah berkata...

@Bazla

ada saya cerita pada netri sebelum ini..berkaitan pengisomeran xilena

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...