Jom McD

"Weh, ceritalah sesuatu kat aku. Bosan ni. Aku ajak pergi McD tak nak"

"Betul kau nak dengar?"

"Nak, nak, nak"

"Aku cerita tentang Nabi Ibrahim boleh?'

"Biar betul kau. Apa-apalah"

"Begini, Nabi Ibrahim as ni zuriatnya ramai yang dilantik sebagai Nabi dan rasul"

"Oooo, siapa nabi-nabi tu?"

"Ada dua kelompok besar. Pertama daripada anaknya Ismail membentuk bangsa Arab. Kedua, keturunan Ishaq yang melahirkan bangsa Yahudi. Mereka juga dikenali sebagai Bani Israel sempena nama lain bagi Ishaq iaitu Israil."

"Nabi Ishaq yang anaknya nama Yaaqub tu kan?"

"Betul, betul, betul. Hmm, Nabi Yaaqub ni ada 12 orang anak termasuk Nabi Yusuf. Anak-anak nabi Yaaqub inilah yang melahirkan 12 puak dalam kalangan Bani Israel"

"Oooo"

"Mereka diutuskan di Palestin dan negeri-negeri berdekatan dengannya. Waktu itu Baitul Maqdis menjadi markaz ramai Nabi dan rasul. Mereka menggelar diri mereka sebagai bangsa Allah yang terpilih. Mereka menambah catatan dalam Taurat dan Talmud dengan menyifatkan bangsa lain lebih hina daripada anjing"

"Lupa daratan tu"

"Haah, sedangkan Allah mengutus bilangan rasul yang ramai kerana kedegilan dan keengganan mereka untuk beriman kepada Allah. Kaum ni melakukan jenayah paling besar membunuh ratusan nabi dan rasul"

"Oh ustaz aku pernah cerita mereka mempermainkan nabi Musa, membunuh nabi Zakaria dan cuba membunuh nabi Isa"

"Betul tu, mereka juga menderhaka kepada nabi Samwil dan raja Talut yang soleh"

"...Kemudian mereka ditimpa kenistaan dan kemiskinan, dan mereka (kembali) mendapat kemurkaan dari Allah. Hal itu (terjadi) kerana mereka menginkari ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi tanpa alasan yang benar. Yang demikian itu kerana mereka menderhaka dan melampaui batas" Al Baqarah ayat 61.

"Weh, mana kau tahu semua ni. Sejak bila?"

"Ayah aku bagi buku. Tajuknya 'Gaza menangis. Menelusuri sejarah perjuangan Palestin dan pembantaian di Gaza'. Kau nak pinjam?"

"Bagus tu. Eh sebab tu ke kau dah tak nak ikut aku pergi McD?"

"Kau rasa?"

P/S - Buku tersebut dijual di ruang maya. Klik sini. Harganya RM 20.00 sahaja. Penulisnya ialah Aris Hazlan Ismail dan Riduan Mohamad Nor.

****Kemaskini 2.00 petang 4 Jun 2009.

http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

8 ulasan:

nini berkata...

dialog penuh berilmu..hehe

=)

salam

PeNaRi LaUt berkata...

mak aih....da terer ,boleh buat buku sndiri pas nih...
baguih2....den raso bebanggo dapek adek macm ekao nih...=>

Wardatul Shaukah berkata...

salam..

ahhaaa... i like it very much.. suke sangat dgn cerita2 nabi, thanks for reminding me.. almost forget! pastu, saya suka betul dengan penutup cerita ni, yang kat bawah tu.. haha.. nice job.. :)

p/s: well, kebanyakan kawan-kawan saya dah berjangkit dengan boikot2 nie. alhamdulillah, semua dah boikot.. dah tak ada hati nak masuk + makan tempat2 tuh dah :)

p/s2: buku Gaza Menangis leh dapat katne ek.. rasa macam nak beli pula T_T

Syahidah berkata...

@Nini

hehe..tengah cuba buat entri pendek..tapi panjang jadinya..haha..sebab kalau salin bulat-bulat dari buku bukan semua orang minat membaca ayat buku teks..(berdasarkan maklum balas kawan-kawan yang suka membaca blog)..Saya boleh lagi tak kisah ayat buku teks ke..buku tu dah kuning ke..blog tu tak warna warni ke..apa-apalah..janji kandungannya bersih, suci lagi meyakinkan..LAYANNN

@Penari laut

Lorhh..takkan satu entri ni dah layak buat buku..nanti alif lam wau nga mesti jadi orang pertama beli buku eden..haha..apa pun eden jugo berbanggo dapat alif lam wau nga seperti ekau.

eh sejak bila dialek dah bertukar negeri..jangan lupo tempat saudara-mara..merajuk nanti pok cik dan mok cik..

Jangan pening dok kat tepi laut sudah..kerja molek alif lam wau nga..nanti dah ada pitih baru ambo gi lawat alif lam wau nga..pitih tak dop weh..la..

@Wardatul Shaukah

Tak tahu lah..kat kampus saya baru minggu lepas buka lagi satu cawangan restoran makanan segera..(dirahsiakan nama sebenar..konon2).

Buku tu kalau mahu beli boleh klik pada pautan pada entri di atas..

*Watak kau dan aku dalam cerita di atas hanya rekaan semata..hihi..yang penting kisah para nabi jangan kita lupakan!..Insyaallah

BalQis berkata...

Assalamualaikum..

wah, citer yang best!

rekaan? ingatkan betul.. takpelah... asalkan isinya sampai.

Hurm, tgh buat senarai buku2 mahu beli, bolehlah masukkan ini dalam list! Thanks ya syahidah!

syahidah berkata...

@Kak Balqis

Seronok betul nampaknya..siap buat senarai buku-buku yang hendak dibeli..saya tunggu ada budget baru buat senarai..hehe..tak sabar nak miliki Cogito Allah Sum...

School Of Tots berkata...

rajin baca buku
banyak dapat ilmu
banyak ilmu berjaya hidupmu

syahidah berkata...

@school of tots

Terima kasih kerana ke sini..tapi saya tak dapat buka laman anda..

ilmu dari buku,
kita tak jadi dungu.

huhu...sekian.

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...