Meletusnya Gunung

Abi memarkir van Ford betul-betul di hadapan kedai serbaneka PLMN (bukan nama sebenar). Seorang kanak-kanak lelaki berbaju belang putih hijau sedang asyik menolak sebuah basikal. Oh basikal itu lagi besar daripada saiz badan budak berbaju belang putih hijau. Tak mungkin miliknya. Tiba-tiba basikal itu jatuh.

"Buat apa ni ha? Bodoh!"

Perempuan muda berskarf merah jambu menghampiri. Kelihatan sedang mendukung bayi.

"Dush!"

Ditendang kanak-kanak tadi tak semena-mena. Terjatuh. Menangis.

"Astagfirullahalazim, mak apa ni?" Saya berpaling ke arah lain tak sanggup memandang.

Kebiasaankah begini. Perlukah si ibu mendidik anak dengan kekerasan. Didikan tanpa tarbiyah. Hawa nafsu menguasai.

"Budak-budak ni tak perlu marah-marah dan guna kekerasan kalau hendak ditegur. Tegur secara lembut Insyaallah dia dengar" pesan umi kepada saya.

Kasih sayang paling penting bukan. Tak dapat saya lupakan peristiwa ini walaupun setahun telah berlalu.

Marah mewujudkan sombong, takabur dan dendam. Tanpa kawalan syariat akan menggerakkan anggota seperti tangan, kaki dan sebagainya untuk bertindak. Mudah sekali mencaci maki, mengutuk, menyebut-nyebut keaiban orang lain sesukanya. Tidak ada satu kebaikan disebutnya kecuali perkara yang menjatuhkan maruah orang yang dimarahi.

Kerana sifat marahlah Firaun membunuh ramai anak Bani Israel. Kerana marahlah kaum kafir Quraisy menolak kebenaran Rasulullah. Tercetus krisis-krisis nilai dan peradaban.

Rasulullah bersabda, "Barangsiapa menahan kemarahannya, nescaya Allah akan menahan siksanya terhadap orang itu. Barangsiapa mengemukakan keuzurannya kepada Allah akan menerima keuzurannya itu, dan barangsiapa menyimpan lisannya, nescaya Allah akan menutup segala keburukannya"

P/S - Kalau ditendang bunyinya dush kah Syahidah oiiii?

http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

4 ulasan:

PiNkLaDy berkata...

kamu punye cerita.. xkesahla bunyi ape2 pon.. hehhee..

Syahidah berkata...

@Pinkyldy

Huhu..begitu ya..ok!

ainunl.muaiyanah berkata...

harap-harap saya akan dewasa dengan menjadi ibu yang penyabar dan penuh kasih sayang

Syahidah berkata...

@Ainul

Moga kita jadi wanita yang sabar!

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...