Dulu lain sekarang lain

"Mula-mula dia datang sini dia memang berpakaian sebegitukah?" tanya seorang sahabat baik kepada saya.

"Tak juga, mula-mula elok, tutup semua, tapi entahlah"

"Kenapa agaknya ya?"

"Sampai di sini mereka terikut-ikut pula dengan budaya di sini"

Saya diam sekejap. Mencari jawapan.

"Tak perlulah fikir tentang kenapa mereka jadi begitu bila masuk Malaysia ni. Cuba lihat skop lebih kecil. Anak-anak yang berkelakuan baik, sopan dan menutup aurat di hadapan keluarga tu pun buat perkara yang sama. Sampai sahaja di perhentian bas setelah ibu ayah menghantar mereka, waktu itu juga pakaian litup yang dipakai hilang entah ke mana."

Sebenarnya saya tiada jawapan pun. Depan mata sendiri melihat kawan-kawan yang tidak lagi seperti yang saya kenali waktu di sekolah dulu. Tak kiralah sekolah mana sekalipun.

Saya tak tahu kenapa kerap hal-hal begini begitu menyentuh kotak pemikiran saya yang kecil ni. Buat apa nak fikir. Biarlah mereka dengan kehidupan mereka ya tak. Tapi tak bolehlah saya buat begitu. Tegur tak berani. Cuma saya masih boleh berkawan dengan sesiapa sahaja. Pedulikan sikap dan perwatakan. Berbaik sangkalah jalan penyelesaian. Pening.

Kawan-kawan sebaya, kalian memberontakkah. Penat mak ayah ajar. Penat guru-guru pesan. Jangan tak sempat minta maaf! Parah! Tersalah kawan, bahaya!

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Apa cerita sekarang?

"Salam Syahidah, apa khabar? Emm, nak tanya agak-agak minggu depan kau balik Karak tak? Syikin nak datang 1 Ogos, kalau boleh biar kita buat mini-reunion. Makan-makan kat kedai ke..Huhu.."

Pesanan ringkas diterima. Bukan yang pertama kali. Kali kedua. Terlepas yang pertama. Muncul lagi yang kedua. Bungkam!

Tak banyak yang hendak cerita. Masih seperti selalu. Syahidah yang ini juga. Walhal bukan jauh sangat Penang dengan Pahang ya tak. Tapi semenjak habis sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi memang tak jumpa dah semua.

Alasan! Huhu saya tiada alasan hendak diberi. Bukan bermakna saya terlalu sibuk. Tidak juga. Jadual kuliah di USM memang begitulah. Hari-hari pun ada kuliah. Kuiz tiap-tiap minggu. Dari semester pertama dulu sampai sekarang. Sidang lepas memang tahap mengganggu emosi. Hihi. Projek. Projek. Projek. Yuhu. Dah lepas. Terima kasih Dr Aziz, PP Sains Kimia, Zaheer, Ecah dan Su.

"Hidup ni mana boleh relaks je"

"Ye la" Akur.

Sabar.

Tapi, 1 dan 2 Ogos dah janji dengan Dayah, ada program. Hmmm...

Tanpa jawapan. Seperti selalu!

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Saya dan hari ini

Salam, hari ni kuliah hanya ada satu itu pun jam 1 tengahari tadi. Kuliah pukul 8 pagi batal. Dr Z ganti kelas waktu makan tengahari, katanya mahu habiskan silibus sebelum bulan puasa atau pun raya. Hari pertama kuliah pun dah diberitahu waktu-waktu pertukaran. Jadinya tak semena-mena semester ni saya jadi pelajar Pusat Pengajian Sains Matematik. Huhu. Setiap hari ada kuliah statistik.

Pukul 5 petang ada kelas catan. Haha satu lagi perkara yang tidak berkaitan dengan pelajar kimia. Ya lah subjek seni tu!
Apa pun pensyarah catan En Khairul memang sempoi. Katanya, "Saya bukan mahu suruh kamu jadi pelukis, minggu depan saya mahu setiap kumpulan bentang cara-cara nak mewarna". Aduhai ada presentation lagi minggu depan. Hari ini baru membentangkan tajuk Abstract expressionist. Terus-terang tak tahu apa pun tentang tajuk ni pada mulanya. Apa lagi bantuan En Goggle lah yang menyelesaikan masalah saya. Saya mana ada bakat melukis, mewarna ni. Ayo!

Maka berkenalanlah saya dengan Jackson Pollock, Yusof Ghani. Serius tak faham lukisan Jackson tapi saya suka lukisan Yusof Ghani. Semester ni kalau dilihat pada jadual sama seperti Tahun 1 dulu. Isnin hingga Jumaat penuh. Sabar Syahidah dah nak habis ni. Berusaha!

Jam 9.30 malam lebih kurang teman Syikin pergi rumah kayak (nama yang kami panggil untuk bangunan ni, di hadapannya ada tasik yang penuh biawak, Tasik Harapan). Tempat persatuan saya bermesyuarat dan membincangkan aktiviti. Kelab Rekreasi Unisains USM. Jumpa mereka semua. Barisan majlis tertinggi dan gelaran senator untuk yang tidak lagi memegang jawatan seperti saya. Hoho rindu betul dengan kayak, hutan, laut, sungai dan mereka semua. Dah hampir setahun "pencen" dengan aktiviti outdoor.

Lama betul saya tidak jumpa mereka semua. Kiranya tadi ala-ala reunion. Haha. Lawak sungguh. Buat persiapan untuk pembukaan booth pendaftaran ahli baru untuk sidang 2009/2010. 31 Julai ni ada aktiviti interaksi kelab di Sedim. Hmm nampaknya saya tak boleh pergi ada majlis makan malam di Hotel vistana, kelas IPSI tu. Berbaju kurung cukuplah kan. Kita bersederhana.
Memang seronok betul cerita diari kosong begini ya. Adoih saya tak pasti bila ada masa untuk menulis. Kalau saya kata mahu berhenti pun sah-sah lah esok tu saya dah menulis semula. Jadi ini entri ringan-ringan sahaja. Hanya sekadar menulis. Tak perlu berfikir kenapa saya mahu tulis tentang ini.

Apa faedah yang pembaca boleh dapat dengan apa yang saya tulis. Adakah ia memberi impak positif atau pun negatif. Saya suka kalau ada yang kritik entri saya. Sebab nanti saya dapat belajar. Barulah saya faham kenapa tuan blog yang popular tidak gemar komen yang sekadar berbentuk pujian. Huhu. Oh ya saya ada satu lagi masalah. Bila saya komen blog orang. Selepas dah publish komen tu. Kemudian tuan blog tu balas komen saya, rupa-rupanya apa yang saya komen agak lari dengan topik perbincangan entri. Jadi, bila baca semula saya pula yang pening.

P/S - Cik Hafrina Hamdi, kalau kau baca entri ni. Aku mahu beritahu kita sama sahaja. Sebab tu aku masih di USM. Jangan salah sangka pula ya. Lambat pun lambatlah. Nanti dah kerja kita cerita tentang tempat kerja pula ok. Untuk Cik Azian Che Puzi, aku tahu kau sudah di Malaysia, tapi seperti biasa aku tak tahu bila aku boleh jenguk kau di Pekan. Untuk Cik Alawiyah aku minta maaf tak dapat datang kenduri tu.

http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

Kebejatan Mengganas

Wah ramainya. Wat gapo ni. Central Square, Sg Petani.

Memantau persekitaran. Barisan pemantau. Rehat jap. Perempuan dapat tempat duduk. Yeh! Central Square, Sg Petani.

Alhamdulillah 11 Julai yang lalu berkesempatan ke Sungai Petani. Walaupun hujan, perjalanan hari itu berjalan lancar. Lambat betul Syahidah oii bercerita. Dush ketuk kepala sendiri. Nak wat guano banyok kijoe lae (alasan ini tidak relevan, tahu!)

9.40 pagi
Saya, Kak Wan dan Farhana bertolak dari USM ke Taman Jubli Perak, Sg Petani. Bersebelahan Masjid Sultan Muzaffar Syah, Sg Petani. Memandangkan hujan yang tidak berhenti, selain diberi taklimat pemetaan lokasi oleh Ustaz Din, kami juga dimaklumkan dengan isu penting yang dekat dengan kita iaitu Selatan Thailand. Memandangkan ramai juga yang tidak ambil tahu tentang pergolakan di Selatan Thailand ni.

12.06 t/hari
Seramai 17 aktivis ke stesen bas Sg Petani. Dua bangunan kedai kami kunjungi. Berterabur penutup tin gam ( Rubber Cement), botol arak (Thai Song, Cap Buluh) dan rokok murah di sana-sini. Ada masa saya cerita entri lain.

Berminat menjadi sukarelawan? Sangat dialu-alukan. Anda akan dilatih untuk sama-sama menyelamatkan adik-adik kita di luar sana. Klik Urusetia Menangani Gejala Sosial Negeri Kedah. Klik sini untuk lihat aktiviti LANDAS di Bukit Mertajam. Apa yang dapat dilihat situasi, keadaan dan remaja yang terlibat adalah sama.

2.00 petang
Kompleks beli-belah Central Square, Sg Petani


Ustaz Din bersama adik si rambut tegak. Sumber. Baru sikit ni. Kalau lihat sendiri ya ampun ramai sungguh kawan adik berambut tegak. Kebetulan ada konsert di aras 5 Central Square. Rock weh!

Ini belum lagi kita bincangkan isu sebenar. Punca dan masalah remaja-remaja ini berkeliaran di kompleks beli-belah tanpa pemantauan keluarga. Klik sini. Kak Wan ada fakta berkaitan.

"Adik, beritahu tak mak ayah mai sini?"
"Bagitau, depa tau saya mai, mak yang hantaq kat bustop tadi"

Boleh jadi lali mendengar ayat yang sama. Tapi tak bolehlah buat begitu ya tak. Mereka datang ke sini secara berkumpulan.

"Ni siapa ni?"
"Ni adik, ni sepupu" atau "ni kawan, kami kawan lama dah, dari sekolah rendah lagi"

Tak tahulah. Kita terima apa yang budak-budak ni beritahu.

"Adik buat apa kat sini"
"Saya kerja kat tingkat 4, kat kedai makan"
"Oh sekolah kat mana?" (setelah ditanya umurnya baru 16 tahun)
"Saya berhenti dah kak, keluarga susah, tu saya kerja"
"Adik da solat?"
"Payah la" (ditunjukkan rambutnya yang berwarna, mungkin kerana rambut yang berwarna perang, dia tidak perlu solat agaknyalah, tak pastilah tu) Aduhai! (ternyata adik ni tidak solat, kerja di kompleks ni hampir setahun)

Sebenarnya berkecamuk fikiran saya melihat gelagat dan tingkah laku mereka. Kalau ditanya perkara yang sama keluar daripada mulut mereka. Secara logiknya, remaja yang memenuhi kompleks Central Square ni dari tingkat 1 sampai tingkat 5 ni semuanya terlalu bermasalahkah? Belum cerita rambut yang tidak lagi berwarna hitam ataupun yang tajam-tajam, pakaian yang tidak manis dipandang siap berbelang-belang. Lelaki perempuan berpegangan tangan. Seolah-olah perkara ni tiada penyelesaian. Menurut senior yang telah lama dengan aktiviti ni semakin hari semakin teruk. Kalau tak kerana dek kesabaran, alamatnya tak sanggup. Huhu. Sabar. Sabar.

Menurut Kamus Dewan Edisi ke empat, bejat bermaksud Jw rosak (barang anyaman dll); 2. Id, bp rosak (budi pekerti), buruk (kelakuan), tidak berguna lagi; membejatkan merosakkan;kebejatan kerosakan, keburukan. Harap maklum.

Tak berapa nak berkait - Aduh bilalah nak jumpa Farhana ni. Mahu gambar lagi.

http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

Nota buat yang membaca

Assalamualaikum semua. Secara peribadinya saya tidak lagi sekerap dahulu untuk menjengah laman maya rakan blogger yang lain. Apa pun saya baca juga apabila ada masa terluang kerana saya menggunakan goggle reader untuk membaca entri baru kalian. Buat rakan blogger yang menggunakan perkhidmatan mel saya mohon maaf kerana saya menidakkan kemudahan tersebut (unsubscribe).

Mesti pelik pula saya buat begitu. Walhal sama juga kalau saya guna goggle reader sekalipun. Cuma, saya lebih suka mengasingkan jenis-jenis mel yang sepatutnya masuk dalam inbox. Jadi, saya satukan semua blog yang saya ikuti di dalam google reader (sama ada blog yang baru saya kenali mahupun lama, termasuk yang telah disenaraikan dalam blog saya).

Saya juga telah menidakkan ajakan rakan-rakan lama untuk menyertai Frienster, Facebook, High-5, Ning dan sebagainya. Maaf ya.

Perancangan asal mahu menulis sesuatu tentang konflik di selatan Thai. Tapi nampaknya saya masih belum berbuat sedemikian. Cubaan pertama ada di sini. Peristiwa di Xinjiang, China boleh klik blog AO. Kalau tentang Palestin boleh klik di sini.

Sekian, jumpa lagi.

http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

Perjuangan yang belum selesai

Sumber Patanikini.

Memandangkan saya sendiri masih tidak begitu memahami isu sebenar yang berlaku di sana. Begitu juga maklumat yang sampai kepada masyarakat dilihat berbeza-beza.

Sajak berikut telah menarik perhatian saya untuk paparan semua. Tiada tajuk diletakkan. Saya kekalkan tulisan daripada sumber yang saya peroleh.

Penjajah datang.
menjajah bangsa merdeka.
menguatkuasa hukum imperialis.
merugol,memenjara,membunuh.
bersultan di mata,beraja di hati.
pejuang-pejuang bangsa bangkit melawan.
ditembak, dikelar, dicincang.
lawan tetap lawan.
dari hidup bercermin bangkai.
baik mati bergalang tanah.
pengkhianat bangsa.
bersubahat dengan penjajah.
menghapus pejuang bangsa.
dengan upah semurah hati nya.
menjilat ludah geleliat penjajah.
menghirup muntah muntah penjajah.
penjajah dan pengkhianat petani.
bersepakat menulis sejarah nesta.
konon merekalah pembila rakyat.
pejuang bangsa di kata pengganas.
pejuang bangsa di kata pemisah.
sepangjang usia pasti di laknat.
sedangkan merekalah firaun dunia.
pembunuh bangsa melayu petani.
perjuangan haram di hentikan.
sehingga petani di bebaskan pemuda.
pejuang-pejuang petani menulis sejarah baru.
merdeka,merdeka,merdeka bangsaku…

Sumber : Patanikini

Isu ini ada kaitannya dengan Perjanjian Anglo Siam 1909.

Berbeza sekali sajak ini. Sajak yang penuh keinginan untuk memerdekakan diri. Sajak yang ditulis jujur. Satu-persatu penindasan yang berlaku ditulis jelas. Inilah yang dialami bagi mereka yang ingin akan kemerdekaan. Kita di Malaysia telah berada di zon selesa (sebenarnya masalah yang menimpa masyarakat tidak begitu disedari, lihat anak-anak remaja yang terbiar). Baiklah, sewaktu Palestin ditindas ramai yang mula sedar dengan pergolakan yang berlaku di sana. Namun, apa yang berlaku dekat dengan kita tidak ramai yang tahu. Umat Islam di selatan Thailand turut ditindas dalam dimensi yang berbeza. Mereka turut berdepan dengan kesukaran untuk menegakkan syiar Islam dan juga boleh dikatakan keinginan memerdekakan tanah air. Seolah-olah kita di Malaysia tidak mengambil tahu sedikit pun apa yang berlaku. Insaf weh!

http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

Datang bila-bila masa

7.35 pagi : Kita baru mula berjalan ke perhentian bas.

7.40 pagi : Kita sudah berada di perhentian bas.
7.45 pagi : Sebuah lori secara tiba-tiba merempuh perhentian bas (termasuk kita dan sesiapa sahaja yang ada berdekatan).
7.46 pagi : Kita mati di tempat kejadian.

Moral : Ingat mati!

http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

Piza sendiri

Sebenarnya dah sebulan yang lepas cuba buat di rumah. Hehe jadi tiada gambar ya! Kalau berminat bolehlah kawan-kawan cuba. Jangan malu-malu. Sendiri mahu makan bukan orang lain lagi. Selera sendiri apa.

Bahan-bahan doh piza (untuk dua keping)
1) 2 sudu teh yis direndam dalam secawan air suam sehingga kembang
2) 200 gram tepung gandum
3) air (agak-agak supaya doh boleh diuli dengan baik). Tak ukurlah pula berapa mililiter guna. Haha.

Sos piza pula memerlukan
1) garam
2) Dua sudu sos cili dan sos tomatoman (haha)
3) Satu biji tomatoman direbus dan dikisar baik punya (jangan terlebih tomatoman ni. Masamlah. Saya tak suka masam sangat. Rasa pelik nanti.
4) Setengah bawang merah (dikisar)

Inti piza
Ikut sukalah ( puan kentang, kakak ayam, encik cendawan, ikut kreativitilah, encik lada benggala dan sebagainya).

Cara-caranya ialah masukkan rendaman yis tadi ke dalam tepung. Tambah air. Uli hingga menjadi doh. Tutup doh dan tunggu sehingga 5 minit. Kemudian, uli semula. Tunggu pula selama 30 minit. Pastikan doh yang diuli tu kita tutup. Nanti bendalah lain pula yang masuk. Ngeh ngeh.
Ha setelah itu bolehlah buat bentuk bulat leper (sedang sahaja ketebalannya). Letak atas piring pembakar yang telah disapu marjerin. Sapu campuran sos di atas kepingan doh. Taburkan inti di atasnya. Kemudian parutlah encik keju (ala-ala gamlah kiranya encik keju ni). Sila bakar sampai keperangan . Selesai.

Tips - Untuk mengelakkan roti menjadi keras dan inti jadi mentah apabila selesai dibakar. Seeloknya dinasihatkan masak terlebih dahulu inti tadi sebelum letak atas doh piza. Goreng sekejap ke. Bolehlah. Layan!

http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

Biarkan sendirian



Jiwang seyh! Konon biarkan sendirian. Oh bukan itu maksud asalnya. Menyendiri saat terbaik untuk muhasabah diri. Renung dosa-dosa kecil yang bertimbun telah kita lakukan. Jika dihitung boleh jadi banyak. Ha makanya waktu berdiam itu usah berangan. Apa lagi. Koreksi diri. Okeyh! Mungkin buat silap dengan adik, kakak, abang apatah lagi ibu ayah dan guru-guru. Tak lupa kawan-kawan. Kawan adik kakak maafkan saya ya!

http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...