Dulu lain sekarang lain

"Mula-mula dia datang sini dia memang berpakaian sebegitukah?" tanya seorang sahabat baik kepada saya.

"Tak juga, mula-mula elok, tutup semua, tapi entahlah"

"Kenapa agaknya ya?"

"Sampai di sini mereka terikut-ikut pula dengan budaya di sini"

Saya diam sekejap. Mencari jawapan.

"Tak perlulah fikir tentang kenapa mereka jadi begitu bila masuk Malaysia ni. Cuba lihat skop lebih kecil. Anak-anak yang berkelakuan baik, sopan dan menutup aurat di hadapan keluarga tu pun buat perkara yang sama. Sampai sahaja di perhentian bas setelah ibu ayah menghantar mereka, waktu itu juga pakaian litup yang dipakai hilang entah ke mana."

Sebenarnya saya tiada jawapan pun. Depan mata sendiri melihat kawan-kawan yang tidak lagi seperti yang saya kenali waktu di sekolah dulu. Tak kiralah sekolah mana sekalipun.

Saya tak tahu kenapa kerap hal-hal begini begitu menyentuh kotak pemikiran saya yang kecil ni. Buat apa nak fikir. Biarlah mereka dengan kehidupan mereka ya tak. Tapi tak bolehlah saya buat begitu. Tegur tak berani. Cuma saya masih boleh berkawan dengan sesiapa sahaja. Pedulikan sikap dan perwatakan. Berbaik sangkalah jalan penyelesaian. Pening.

Kawan-kawan sebaya, kalian memberontakkah. Penat mak ayah ajar. Penat guru-guru pesan. Jangan tak sempat minta maaf! Parah! Tersalah kawan, bahaya!

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

13 ulasan:

PurPlez berkata...

hehe, sy ingt kamu ckp kat saya, sekarang len dlu len.
haha. tgk la ape sy balas kat chatbox blog saya
p/s: malu~.hek3

rosniza berkata...

salam

=)

manusia memang sentiasa berubah
ada positif dan negatif
kadang-kadang memang susah nak kawal
tapi kena kawal juga
tak perlu sangat untuk menilai orang lain
kerana kita tak tahu 100% kisah kehidupannya,
nilai diri dan berusaha majukan diri!
semoga bermanfaat buat Islam
manusia takkan berubah menjadi baik dengan sekelip mata, kalaulah ada ubat yang boleh mengubah manusia jadi baik, pastinya ia amat laris... hanya Allah yang lebih mengetahui

salam

insan marhaen berkata...

Betul tu. Jangan tersalah kawan. Aku ni nasib baik masa sekolah dulu dah boleh beza memilih kawan yang baik dengan tak baik. Sebab itu aku jadi baik sekarang ni...he...he...

Tapi kata orang tua-tua dulu, orang baik ni Tuhan cepat ambil, betul ke?

Sebab aku baik le aku ingat nak p satu Ogos ni.

Jumpa kat sana ye...

julie@julianamnoor berkata...

hehe..dulu sekolah agama pakai litup2..bila dah keroje letup2..kuikui...dulu sekolah letup2..dah keje alhamdulillah litup2.pikir2kan..akak pun nk kena pikir tuk diri sendiri..hehe :)

ZAIEM AL- HILMEE berkata...

Salam.. tuan blog kena berusaha utk mengatasi masalah ini sbb dari entri yg tuan blog publish nampaknya tuan blog amat dekat dgn 'mangsa' budaya barat nie..

syahidah berkata...

@Purple

hehe, tak pe, tak perlu malu. =P

syahidah berkata...

@Rosniza

terima kasih atas nasihat tu, hmm tak tahulah sebab saya sedih. Tapi betul juga saya tak tahu apa kisah di sebaliknya sebab tu saya mahu sangat tahu mereka memberontakkah? hmmm..

syahidah berkata...

@Insan marhaen

alhamdulillah dapat berkawan dengan orang yang baik-baik..

ada seminar 1 ogos ni di USM. Memang tak dapat pergi. hmm, kalau buat sekitar Penang mungkin boleh cari transport. Naik bas pun boleh.

Selagi masih menggunakan duit mak ayah memang tak mahu buat perkara yang akan merisaukan mereka. Dulu pun hampir nak pergi (adalah satu demo tu, huhu).

Saya tahu sedikit apa yang berlaku. Internet kan ada, Goggle sahaja. Kalau tak saya tak tahu juga kisah di sebalik 1960 tu.

Soal undang-undang juga tuh!

syahidah berkata...

@Julie

Kak, litup=letup=? Huhu, baik, sama-sama membentuk nilai jati diri. Saya pun mesti cuba memperbaiki diri

syahidah berkata...

@ZAIEM AL- HILMEE

Tu lah, saya kadang-kadang bingung, kalau nak tunggu saya betul-betul jadi budak baik baru nak tegur, sampai bilalah saya tak tagur.

Yang dekat ada, yang jauh pun ada.

Dialog dalam entri di atas ni dalam dewan kuliah sebenarnya. Hmm.

apa pun terima kasih atas nasihat yang kalian berikan.

syahidah berkata...

28 Jul 09, 09:19 zalisa maz: iman masing2 yg boleh menjadi dinding. kita hanya boleh menasihati/mengingatkan

Diambil dari shoutoutbox. Huhu.

@Zalisa Maz

Hendak mengukuhkan dinding tu memerlukan gerak kerja. Gerak kerja siapa. Tuan punya badan termasuk sekali.

Haf berkata...

hmmm,xtau nk ckp mcm mana.diri sndri pon lebey kurg je tp dr segi lain laa,bkn dr segi pakaian.dlu rajin,kini mls kembali.itu saje,hak3...

syahidah berkata...

@haf

huhu, kamu haf, moga tetap rajin macam dulu...belajar weh..habiskan degree..weh..aku pun sama je dengan kaulah..aku pun tak habis lagi degree ni...hehe..aku rasa kau dah salah faham ingat aku sambung master ek..

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...