Kebejatan Mengganas

Wah ramainya. Wat gapo ni. Central Square, Sg Petani.

Memantau persekitaran. Barisan pemantau. Rehat jap. Perempuan dapat tempat duduk. Yeh! Central Square, Sg Petani.

Alhamdulillah 11 Julai yang lalu berkesempatan ke Sungai Petani. Walaupun hujan, perjalanan hari itu berjalan lancar. Lambat betul Syahidah oii bercerita. Dush ketuk kepala sendiri. Nak wat guano banyok kijoe lae (alasan ini tidak relevan, tahu!)

9.40 pagi
Saya, Kak Wan dan Farhana bertolak dari USM ke Taman Jubli Perak, Sg Petani. Bersebelahan Masjid Sultan Muzaffar Syah, Sg Petani. Memandangkan hujan yang tidak berhenti, selain diberi taklimat pemetaan lokasi oleh Ustaz Din, kami juga dimaklumkan dengan isu penting yang dekat dengan kita iaitu Selatan Thailand. Memandangkan ramai juga yang tidak ambil tahu tentang pergolakan di Selatan Thailand ni.

12.06 t/hari
Seramai 17 aktivis ke stesen bas Sg Petani. Dua bangunan kedai kami kunjungi. Berterabur penutup tin gam ( Rubber Cement), botol arak (Thai Song, Cap Buluh) dan rokok murah di sana-sini. Ada masa saya cerita entri lain.

Berminat menjadi sukarelawan? Sangat dialu-alukan. Anda akan dilatih untuk sama-sama menyelamatkan adik-adik kita di luar sana. Klik Urusetia Menangani Gejala Sosial Negeri Kedah. Klik sini untuk lihat aktiviti LANDAS di Bukit Mertajam. Apa yang dapat dilihat situasi, keadaan dan remaja yang terlibat adalah sama.

2.00 petang
Kompleks beli-belah Central Square, Sg Petani


Ustaz Din bersama adik si rambut tegak. Sumber. Baru sikit ni. Kalau lihat sendiri ya ampun ramai sungguh kawan adik berambut tegak. Kebetulan ada konsert di aras 5 Central Square. Rock weh!

Ini belum lagi kita bincangkan isu sebenar. Punca dan masalah remaja-remaja ini berkeliaran di kompleks beli-belah tanpa pemantauan keluarga. Klik sini. Kak Wan ada fakta berkaitan.

"Adik, beritahu tak mak ayah mai sini?"
"Bagitau, depa tau saya mai, mak yang hantaq kat bustop tadi"

Boleh jadi lali mendengar ayat yang sama. Tapi tak bolehlah buat begitu ya tak. Mereka datang ke sini secara berkumpulan.

"Ni siapa ni?"
"Ni adik, ni sepupu" atau "ni kawan, kami kawan lama dah, dari sekolah rendah lagi"

Tak tahulah. Kita terima apa yang budak-budak ni beritahu.

"Adik buat apa kat sini"
"Saya kerja kat tingkat 4, kat kedai makan"
"Oh sekolah kat mana?" (setelah ditanya umurnya baru 16 tahun)
"Saya berhenti dah kak, keluarga susah, tu saya kerja"
"Adik da solat?"
"Payah la" (ditunjukkan rambutnya yang berwarna, mungkin kerana rambut yang berwarna perang, dia tidak perlu solat agaknyalah, tak pastilah tu) Aduhai! (ternyata adik ni tidak solat, kerja di kompleks ni hampir setahun)

Sebenarnya berkecamuk fikiran saya melihat gelagat dan tingkah laku mereka. Kalau ditanya perkara yang sama keluar daripada mulut mereka. Secara logiknya, remaja yang memenuhi kompleks Central Square ni dari tingkat 1 sampai tingkat 5 ni semuanya terlalu bermasalahkah? Belum cerita rambut yang tidak lagi berwarna hitam ataupun yang tajam-tajam, pakaian yang tidak manis dipandang siap berbelang-belang. Lelaki perempuan berpegangan tangan. Seolah-olah perkara ni tiada penyelesaian. Menurut senior yang telah lama dengan aktiviti ni semakin hari semakin teruk. Kalau tak kerana dek kesabaran, alamatnya tak sanggup. Huhu. Sabar. Sabar.

Menurut Kamus Dewan Edisi ke empat, bejat bermaksud Jw rosak (barang anyaman dll); 2. Id, bp rosak (budi pekerti), buruk (kelakuan), tidak berguna lagi; membejatkan merosakkan;kebejatan kerosakan, keburukan. Harap maklum.

Tak berapa nak berkait - Aduh bilalah nak jumpa Farhana ni. Mahu gambar lagi.

http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

11 ulasan:

Yang Kirim dari KARAK berkata...

salam....baguih no....adik sapa nih??
tapi untuk next time...klu nak siar gambar org lain....mohon di "sensor"kan mata bleh ke macm tuh??

huhu tak tau plak...nnt chek la dulu etika kewartawanan...dalam bab menyiar gmbar org lain....tp apa2 pun mungkin saya yg salah...
wsalam...

fareast berkata...

Teruskanlah cabarah mendekati masyarakat di Malaysia. Bila difikirkan kembali rasanya Jepun lebih Islam dari Malaysia. Hmmm x pe lah. Datang sini baru tahu.

Syahidah berkata...

@Yang kirim dari Karak

baik bos!, telah dihitamkan mata budak tuh..huhu.

@Fareast

Hmm, tak tahulah bila boleh datang tu, mungkin boleh cerita kat blog ke. Nak tahu juga.

Faridrashidi.Com berkata...

Assalamualaikum,

Saya angkat tangan tabik kepada anda kerana berani untuk mencuba sesuatu yang 'ganas'. Teruskan berdakwah.

Ternyata, saya tidak dapat menutup rasa malu bila tanahair saya menjadi begitu rakyatnya.

Selang beberapa tahun lepas, gejala black metal.. kini rambut balung ayam pula. Aduh!

Syahidah berkata...

@Farid Rashidi

Kalau remaja lelaki aktivis lelaki yang uruskan, remaja perempuan aktivis perempuan yang usruskan. Bukan kini sahaja ustaz dah lama dah budak-budak rambut tajam ni. Cuma kita hanya tahu tentang nama..katakan Punk ni..kalau betul-betul dekat dengan mereka ni sebenarnya bukan sahaja nama Punk tu, tapi banyak lagi masalah yang berkaitan di sebalik pakaian dan luaran yang mereka cuba tonjolkan.

kalau betul ada yang kaitkan dengan arak atau menghidu gam. Kebiasaannya kita tidak pula mengetahui secara spesifik. Apa jenis arak, apa jenis gam yang mereka gunakan. Itu antara tujuan aktiviti ni diadakan. Boleh klik link-link yang saya nyatakan di atas. Mereka lebih senior dan arif berbanding saya.

arnamee berkata...

sALAM.

wah - kagum +teraru anem baca.
teruskan perjuangan ya:)

Syahidah berkata...

@Arnamee

wassalam, anem pun terus berjuang! Berusaha!

eva berkata...

La datang SP ker?
nape tak bgth...
akak tingin nak join tapi sampai sekarag tak terlaksana lagi...
teruskan ek...lau sekadar memandang tak tau nape dorg jadi gitu...
cara dakwah yag betul adalah mendekati, memahami n menarik kembali ke jalan yang benar...
kita usaha Allah yang akan memberi hidayah...

Syahidah berkata...

@Eva

hmm, kalau nak beri nombor telefon ok juga kak, tapi, hihi emel ke, kak eva guna lagi x email y ada pada profil blog akak tu? ada program saya email ke, atau bagaimana

mulabelajarhentimimpi[at]gmail.com

nahmy berkata...

masyaAllah, subhanAllah...semoga 'kesedaran' Allah berikam kpd mereka...hmmm..sgt merungsingkan!

syahidah berkata...

@nahmy

Gerak kerja yang perlu untuk MEMBERI kesedaran

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...