Piza sendiri

Sebenarnya dah sebulan yang lepas cuba buat di rumah. Hehe jadi tiada gambar ya! Kalau berminat bolehlah kawan-kawan cuba. Jangan malu-malu. Sendiri mahu makan bukan orang lain lagi. Selera sendiri apa.

Bahan-bahan doh piza (untuk dua keping)
1) 2 sudu teh yis direndam dalam secawan air suam sehingga kembang
2) 200 gram tepung gandum
3) air (agak-agak supaya doh boleh diuli dengan baik). Tak ukurlah pula berapa mililiter guna. Haha.

Sos piza pula memerlukan
1) garam
2) Dua sudu sos cili dan sos tomatoman (haha)
3) Satu biji tomatoman direbus dan dikisar baik punya (jangan terlebih tomatoman ni. Masamlah. Saya tak suka masam sangat. Rasa pelik nanti.
4) Setengah bawang merah (dikisar)

Inti piza
Ikut sukalah ( puan kentang, kakak ayam, encik cendawan, ikut kreativitilah, encik lada benggala dan sebagainya).

Cara-caranya ialah masukkan rendaman yis tadi ke dalam tepung. Tambah air. Uli hingga menjadi doh. Tutup doh dan tunggu sehingga 5 minit. Kemudian, uli semula. Tunggu pula selama 30 minit. Pastikan doh yang diuli tu kita tutup. Nanti bendalah lain pula yang masuk. Ngeh ngeh.
Ha setelah itu bolehlah buat bentuk bulat leper (sedang sahaja ketebalannya). Letak atas piring pembakar yang telah disapu marjerin. Sapu campuran sos di atas kepingan doh. Taburkan inti di atasnya. Kemudian parutlah encik keju (ala-ala gamlah kiranya encik keju ni). Sila bakar sampai keperangan . Selesai.

Tips - Untuk mengelakkan roti menjadi keras dan inti jadi mentah apabila selesai dibakar. Seeloknya dinasihatkan masak terlebih dahulu inti tadi sebelum letak atas doh piza. Goreng sekejap ke. Bolehlah. Layan!

http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/

5 ulasan:

nabilA berkata...

senang je rupanya nak buat roti piza/ piza base tu rupenya. selalu buat kat rumah, piza base tu saya pergi beli.. hurm lepasni boleh buat banyak2 piza
:D

julie@julianamnoor berkata...

ala...byk bahan..hehe

syahidah berkata...

@nabila

aha..buat doh donut pun begitu..

1 peket yis rendam dalam air suam hingga kembang
1 kg tepung gandum
susu pekat
marjerin

aduhai suka betul ya makan piza

@Julie

huhu..ala tak banyaklah..yang banyak tu inti..yang lain-lain tu biasa..

huhu ni asalnya sebab mahu boikot restoran makanan segera jadi cuba buat di rumah..

Farid Rashidi berkata...

Pandai ya buat pizza. Kalau sini cuma sediakan duit sebanyak LE10 sudah mampu merasa pizza yang lazat dan enak! :)

Apa tu, keju magaritta ke ape ntah.

Syahidah berkata...

@Farid Rashidi

biasa-biasa sahaja ustaz

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...