Semoga segalanya selamat



Salam, apa khabar kamu yang sedang membaca? Sihat-sihat ya moga hendaknya. Hari ni tepat jam 12.00 malam akan bermulalah perjalanan saya sehingga 23 Ogos ni. Bersempena dengan cuti pertengahan semester ini, saya Insyaallah akan menyertai program di Bangi, Selangor pada 15 dan 16, selepas itu terus pulang ke Pahang. Bertemu abi, umi dan adik-adik. Adik lelaki saya De pun katanya akan pulang bercuti. Kalau tiada aral melintang dapatlah sama-sama berbuka puasa dan menghayati kemulian bulan Ramadhan nanti. Sama-sama kita raikan dan nantikan.

Buat senior dan sahabat-sahabat di USM yang bergraduasi sejak kelmarin hingga Ahad ni saya ucapkan tahniah buat kalian. Moga kalian dapat menjadi insan yang bukan hanya cemerlang dengan skrol yang dimiliki malah lebih baik daripada itu. Hidup bukan hanya untuk cemerlang di dunia. Bukan hanya mahu kaya harta. Bukan hanya mahu kaya kuasa. Ingat! Insyaallah giliran saya akan tiba tahun depan. Doakan saya ya. Moga segalanya selamat. Moga saya tidak menjadi insan yang sombong dengan ilmu.

Saya juga ingin memaklumkan bulan ramadhan nanti saya akan berehat dari menulis di ruang maya (blog) ini. Jom kita lakukan anjakan paradigma! Oh saya bukan mengajak kalian juga menuruti langkah ini. Ini saya bukan kamu. Tak apa. Jom baca blog Abuyon tajuknya tentang Menulis sampai ke syurga. Senang hati sekali apabila baca madah-madah abuyon dalam blognya. Muhasabah ya kawan-kawan dengan apa yang kita tulis. Jumpa lagi jika Allah izinkan moga waktu itu kita lebih baik dari hari ini. Insyaallah. Alfatihah buat Ustaz Asri Rabbani. Lagu "Pergi tak kembali" banyak meninggalkan kesan buat diri saya kerana boleh dikatakan lagu-lagu Nadamurni menusuk jiwa. Saya dan kamu yang sedang membaca pun akan pergi suatu hari nanti dan kita takkan kembali untuk memegang tetikus yang kamu sedang pegang, kita takkan kembali untuk menatap skrin laptop yang kamu sedang pandang, kita takkan kembali untuk menaip papan kekunci , kita takkan kembali untuk membaca http://syahidahmahassan.via.my/. Ya kita takkan kembali. Muhasabah kawan. Muhasabah. Kamu yang sedang membaca dan juga saya sudahkah kita bersedia untuk pergi?

Kamu yang sedang membaca tak perlu tanya kawan sebelah, tak perlu tanya ustaz ustazah, tapi kamu tanyalah diri kamu sendiri.

Sekian, terima kasih.

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Hadiah maya lagi


Nyatakan 5 fakta menarik mengenai pemberi 'award' ini. Ada dua orang.

Azim
1- Kolaborasi beliau, Aizat, Basri, Puteri, As dan Lala menarik minat senator-senator KRU untuk mengekalkan keterlibatan beliau dan 5 sahabat dalam KRU. Senator ialah gelaran yang kami berikan untuk mantan. Kiranya sidang ni saya sendiri adalah golongan senator. Huhu.
2- Baru mula jadi blogger. Huhu. Jangan tak siap projek tahun akhir sudahlah ya.
3- Mantan YDP Kelab Rekreasi Unisains (KRU) USM sidang 2008/2009.
4- Tak marah saya kerana pencen menjadi setiausaha KRU secara tiba-tiba.
5- Mudah dibawa berbincang dalam segala hal.

Hawa
1- Muda tiga tahun daripada saya.
2- Seorang penulis.
3- Sangat berusaha untuk menjadi penulis yang berjaya
4- Rupa-rupanya beliau juga membaca blog saya ni. Terima kasih
5- Sewaktu saya mula-mula komen di blog beliau tentang PPSMI, beliau dengan senang hati memberi cadangan kepada saya apabila saya menyatakan kerisauan adik yang bakal menduduki SPM pada tahun ini.

Setiap blogger harus menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima 'award' seterusnya

1. Muslim.
2. Rakyat Malaysia.
3. Melayu.
4. Pelajar USM.
5. Major sains kimia minor psikologi.
6. Anak kedua dalam keluarga.
7. Tinggal di Pahang.
8. Suka membaca.
9. Suka aktiviti lasak.
10. Bercadang untuk ........ hehehehehe......

Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya,dan jelaskan siapa mereka

1. Salwa, saya pernah berkayak dengan beliau.
2. Arnamee, walaupun beliau pelajar USM, tapi kami hanya mengenali di ruang maya.
3. Sofia, baru sahaja menjadi rakan blog saya.
4. Put, orang Pahang.
5. Kak Julie, boleh cari beliau di Pusat racun USM.
6. Purplez, katanya kawan Salwa.
7. Ayuni, seperti Arnamee walaupun beliau pelajar USM, tapi kami hanya mengenali di ruang maya.
8. Allin, antara rakan blogger yang awal.
9. Kak Zai, mula kenal waktu cuti semester yang lepas.
10. Eyda, seorang pelajar UKM.

Azim, terima kasih. Begitu juga sahabat maya Hawa.

Seterusnya ingin sekali saya bercerita kenapa muslim itu menjadi pilihan utama saya. Kenapa tidak memilih saya sebagai pelajar, rakyat Malaysia atau berbangsa Melayu sebagai pilihan pertama? Saya sebagai seorang pelajar, bermula dari tadika sehingga universiti baru sahaja 16 tahun. Apalah sangat 16 tahun. Tak banyak yang boleh diceritakan. Begitu juga status saya sebagai warganegara Malaysia dan berbangsa Melayu baru sahaja 22 tahun sejak Mac 1987.

Menurut Sejarah Kerajaan Melayu Patani oleh Ibrahim Syukri terbitan UKM, bab pertama Tanah Melayu pada zaman purbakala, orang-orang Melayu itu bangsa yang terakhir sekali datang menduduki dan mendiami di dalamnya. Bangsa pertama yang mendiami Semenanjung Tanah Melayu, mengikut kitab-kitab sejarah ialah orang-orang bangsa liar. Kemudian diikuti orang-orang Hindu yang datang dari India. Setelah itu dikuasai oleh orang-orang Siam asli dari Tanah Siam dan akhir sekali barulah orang Melayu.

Walaubagaimanapun muslim itu mempunyai sejarah yang paling panjang iaitu bermula sejak nabi Adam a.s., seterusnya nabi-nabi yang terdahulu dan akhirnya nabi Muhammad. Kembali kita mengingati peristiwa nabi-nabi menyebarkan agama kebenaran. Nabi Muhammad contohnya berusaha menyeru penduduk Makkah yang terpesong dan menyembah berhala. Pada asalnya penduduk Makkah mengikut ajaran Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s. Sanggupkah kita lupa akan semua ini?

Bermula pada 610 Masihi turunnya wahyu pertama baginda berdakwah secara sembunyi hanya 40 orang pengikut, 613 Masihi baginda berdakwah secara terang-terangan dan sehingga 633 Masihi sahaja dikatakan 120, 000 orang pengikut. Lihat betapa sabarnya baginda dalam perjuangan.

Perjuangan ini tidak terhenti di situ apabila diteruskan oleh Khulafa' Ar-Rasyidin iaitu Saidina Abu Bakar, Saidina Umar al-Khatab, Saidina Uthman dan juga Saidina Ali r.a. Bagaimana misi menyebarkan Islam boleh kan sampai ke Syria, Mesir, Palestin, Armenia, China dan utara Afrika. Masihkah kita lupa?

Seterusnya bagaimana diteruskan oleh Muawiyah pada zaman Bani Umayyah (661 Masihi) sehingga Islam berjaya menguasai dua pertiga (2/3) dunia berdasarkan populasi manusia bukan kawasan (area) pada 750 Masihi. Zaman Abbasiyah pula di Baghdad Islam terkenal di seluruh dunia. Tertubuhnya Universiti Al-Azhar (988 Masihi) lebih awal berbanding Oxford University (1167 Masihi). Kita masih mahu ditipu sewenang-wenangnya oleh mereka yang mahu hancurkan ISlam?

Kerajaan Turki Uthmaniyyah (1265 Masihi) yang diasaskan oleh Uthman Gazi di Turki. Pada 1453 Sultan Muhammad al-Fateh membuka Constantinople (Istanbul). Seterusnya berakhir zaman khalifah pada tahun 1924 di tangan Kamal. Sejarah inilah harus kita ulang-ulang pada generasi Islam kita. Mahukah kita dilabel sebagai Islam warisan atau Islam hanya pada nama?. Hmm, ada masa jom baca semula sejarah Islam ya kawan-kawan. Saya mahu pulang bercuti ke Pahang sehingga 23 ogos ni. Wassalam.

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Mencetus panik

H1N1 yang menular sejak akhir-akhir ini tidak sudah-sudah menjadi isu utama di mana-mana. Saya sendiri yang pada mulanya menyangka saya mendapat simptom tersebut telah berjumpa dengan doktor di Pusat Sejahtera 3 Ogos yang lalu. Saya tertarik dengan perbincangan dalam subjek psikologi kesihatan iaitu bagaimana seseorang kekal sihat, mengapa mendapat penyakit dan apa respon terhadap penyakit yang dimiliki.

Awal-awal lagi di kaunter pertanyaan pusat sejahtera, saya ditanya kenapa saya datang ke klinik.

"Saya demam" kata saya kepada staf yang menjaga kaunter pendaftaran.

Saya bukan doktor rasa panas tu demamlah. Jika seseorang yang tidak tahu hendak jawab apa, dia akan jawab dia sakit, apa yang terlintas di kepala, termasuk saya. Saya rasa badan saya panas.

Persoalan 1 : Pesakit tak tahu dia sakit apa, yang dia tahu keadaannya sekarang ialah tidak selesa.

Memandangkan ramai pula yang ingin bertemu dengan doktor pada hari tersebut, lamalah juga saya menunggu giliran.

Persoalan 2 : Apakah jangka masa antara waktu pendaftaran dengan masa berjumpa dengan doktor akan mempengaruhi pesakit. Sama ada sakit penyakitnya akan bertambah atau emosinya bertambah sakit. Bagaimana emosi negatif pesakit boleh mendorong pesakit lebih terdedah untuk penyakitnya menjadi lebih serius. Jadi, teori emosi mempengaruhi penyakit adakah boleh diterima?

Saringan pertama, saya diperiksa oleh nurse yang bertugas. Saringan bagi mereka yang memberitahu mereka demam waktu di kaunter. Diperiksa suhu, tekanan darah dan pulse. 37 darjah selsius, b/p 105/68 dan pulse 64.

Nurse kata, "Awak tak demam ni, tak apalah awak tunggu giliran untuk berjumpa dengan doktor pula".

Huhu sikit punya lama tunggu. Tak apalah ramai lagi di belakang yang belum diperiksa, ada yang batuk, selsema, penuh dewan menunggu. Tak pernah pusat sejahtera yang dulunya dikenali dengan pusat kesihatan menerima kunjungan pesakit sebegitu ramai. Sabar. Tunggu. Kemudian, di ruang menunggu yang lain bersembanglah saya dengan pelajar tahun 1 di sebelah saya. Suhunya lebih 1 darjah selsius sahaja dengan saya.

"Dah seminggu dah saya demam, kejap panas, kejap baik, risau"

Aik, budak ni dah tahu demam, kenapa tak pergi klinik. Apa yang mempengaruhi pelajar ni untuk tidak ke klinik. Bukan jauh pun. Kalau tinggal di desasiswa Restu sekalipun masih boleh menaiki bas komuter ke Pusat Sejahtera. Semua bas (biru, ungu, hijau) kecuali bas berwarna merah akan berhenti di perhentian bas hadapan Pusat Sejahtera.

Persoalan 3 : Kenapa tak mahu berjumpa dengan doktor walaupun tahu demam yang agak lama tu mesti ada yang tak kena.

Waktu berjumpa doktor saya beritahu saya sakit kepala. Seperti ditarik-tarik. Bukan pening kepala seperti biasa. Seperti nurse tadi, doktor juga menyatakan saya tidak demam. Saya diberi mefenamic acid dan vitamin B complex pada hari tersebut atau nama panjangnya 2-(2,3-dimethylphenyl)aminobenzoic acid. Pelajar kimia boleh cuba lukis sturukturnya. Hehe. Satu nitrogen, dua oksigen, 12 karbon dan 12 hidrogen. Kalau sudah diberi bilangan ni masih tak dapat lukis baca semula buku kimia organik. Cari di wikipedia kerana rasa tak puas hati kenapa saya yang merasakan diri ni demam tidak dikategorikan sebagai demam. Patutnya bersyukur ya tak. ISh ish. Rasa sejuk/panas sahaja jumpa doktor. 1 dan 2 Ogos saya ada seminar di PP Sains Kemasyarakatan. Hujan memang agak lebat.

Persoalan 4 : Adakah kerana situasi semasa yang mencetus panik dalam diri seseorang walaupun simptom yang ada tidak berkaitan dengan penyakit yang menular. Akibat hebahan tentang penyakit dan sebagainya. Asyik baca akhbar isu berkaitan. Tingkah laku membaca itu sebenarnya baik atau tidak.

Persoalan 5 : Bagaimana terkena hujan itu boleh mencetus panik, maka cepat-cepat mencari doktor. Tingkah laku itu sebenarnya baik atau tidak. Seseorang terdorong untuk bersikap negatif terhadap dirinya sendiri. Minda menyatakan "saya sakit", maka tubuh merelakan dirinya untuk sakit, maka sakitlah tubuhnya. Jadi, fizikalnya yang sakit atau mindanya yang sakit.

Pada tahun 1948, world health organization (WHO) menyatakan seseorang itu sihat apabila fizikal, mental dan sosialnya sihat secara menyeluruh dan sihat tidak hanya ditakrifkan sebagai tiada penyakit atau gejala.

Tingkahlaku manusia terhadap dirinya sendiri, orang lain merupakan sesuatu yang unik untuk dikaji. Walau apa pun mesti diingat tidak semua perkara itu dapat diselesaikan secara saintifik. Doktor mungkin boleh membantu kita mengubati simptom, tetapi untuk mengubat hati seseorang, makanlah ubat paling mahal di dunia sekalipun sukar sekali.

"Sesunggunya kami jadikan untuk neraka jahanam kebanyakan di antara jin dan manusia, bagi mereka ada jantung hati, (tetapi) tiada mengerti dengan hatinya, dan bagi mereka ada mata, (tetapi) tiada melihat dengan matanya dan bagi mereka ada telinga (tetapi) tiada mendengar dengan telinganya. Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat. Mereka itulah orang-orang yang lengah. " Surah Al-a'raf : ayat 179.

"Hai segala manusia, sungguh telah datang kepadamu pengajaran dari Tuhanmu dan menyembuhkan apa yang dalam dada (hati), lagi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman." Surah Yunus : ayat 57.

"Tidakkah mereka berjalan di muka bumi, supaya mereka mempunyai akal (untuk) memikirkan, atau telinga (untuk) mendengarkan. Sesungguhnya mereka bukankah buta mata, tetapi buta hati yang dalam dada." Surah Al-hajj : ayat 46.

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Sabar, sabar, sabar, sabar dan sabar tanpa henti

Kenapa ya orang marah kita menentang kezaliman? Sebenarnya berkata soal kezaliman ni, hanya orang pernah dizalimi atau pun rapat dengan orang yang dizalimi atau orang yang ambil tahu tentang kesusahan mereka yang dizalimi sahaja yang tahu KEZALIMAN mereka yang zalim. Ya Allah bantulah mereka yang dianiaya oleh mereka yang ZALIM ini.

Sabarlah dalam menghadapi ujian hidup. Bersyukurlah kepada Allah kerana menciptkan orang yang menyakiti hati kamu kerana dialah orang yang menabahkan hati kamu. Setiap kali kita ditimpa musibah, usah cepat marah, usah cepat putus asa. Muhasabahlah kerana itulah yang membuatkan hati kamu tenang, aman, damai walau apa pun yang menimpa.

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...