Mencetus panik

H1N1 yang menular sejak akhir-akhir ini tidak sudah-sudah menjadi isu utama di mana-mana. Saya sendiri yang pada mulanya menyangka saya mendapat simptom tersebut telah berjumpa dengan doktor di Pusat Sejahtera 3 Ogos yang lalu. Saya tertarik dengan perbincangan dalam subjek psikologi kesihatan iaitu bagaimana seseorang kekal sihat, mengapa mendapat penyakit dan apa respon terhadap penyakit yang dimiliki.

Awal-awal lagi di kaunter pertanyaan pusat sejahtera, saya ditanya kenapa saya datang ke klinik.

"Saya demam" kata saya kepada staf yang menjaga kaunter pendaftaran.

Saya bukan doktor rasa panas tu demamlah. Jika seseorang yang tidak tahu hendak jawab apa, dia akan jawab dia sakit, apa yang terlintas di kepala, termasuk saya. Saya rasa badan saya panas.

Persoalan 1 : Pesakit tak tahu dia sakit apa, yang dia tahu keadaannya sekarang ialah tidak selesa.

Memandangkan ramai pula yang ingin bertemu dengan doktor pada hari tersebut, lamalah juga saya menunggu giliran.

Persoalan 2 : Apakah jangka masa antara waktu pendaftaran dengan masa berjumpa dengan doktor akan mempengaruhi pesakit. Sama ada sakit penyakitnya akan bertambah atau emosinya bertambah sakit. Bagaimana emosi negatif pesakit boleh mendorong pesakit lebih terdedah untuk penyakitnya menjadi lebih serius. Jadi, teori emosi mempengaruhi penyakit adakah boleh diterima?

Saringan pertama, saya diperiksa oleh nurse yang bertugas. Saringan bagi mereka yang memberitahu mereka demam waktu di kaunter. Diperiksa suhu, tekanan darah dan pulse. 37 darjah selsius, b/p 105/68 dan pulse 64.

Nurse kata, "Awak tak demam ni, tak apalah awak tunggu giliran untuk berjumpa dengan doktor pula".

Huhu sikit punya lama tunggu. Tak apalah ramai lagi di belakang yang belum diperiksa, ada yang batuk, selsema, penuh dewan menunggu. Tak pernah pusat sejahtera yang dulunya dikenali dengan pusat kesihatan menerima kunjungan pesakit sebegitu ramai. Sabar. Tunggu. Kemudian, di ruang menunggu yang lain bersembanglah saya dengan pelajar tahun 1 di sebelah saya. Suhunya lebih 1 darjah selsius sahaja dengan saya.

"Dah seminggu dah saya demam, kejap panas, kejap baik, risau"

Aik, budak ni dah tahu demam, kenapa tak pergi klinik. Apa yang mempengaruhi pelajar ni untuk tidak ke klinik. Bukan jauh pun. Kalau tinggal di desasiswa Restu sekalipun masih boleh menaiki bas komuter ke Pusat Sejahtera. Semua bas (biru, ungu, hijau) kecuali bas berwarna merah akan berhenti di perhentian bas hadapan Pusat Sejahtera.

Persoalan 3 : Kenapa tak mahu berjumpa dengan doktor walaupun tahu demam yang agak lama tu mesti ada yang tak kena.

Waktu berjumpa doktor saya beritahu saya sakit kepala. Seperti ditarik-tarik. Bukan pening kepala seperti biasa. Seperti nurse tadi, doktor juga menyatakan saya tidak demam. Saya diberi mefenamic acid dan vitamin B complex pada hari tersebut atau nama panjangnya 2-(2,3-dimethylphenyl)aminobenzoic acid. Pelajar kimia boleh cuba lukis sturukturnya. Hehe. Satu nitrogen, dua oksigen, 12 karbon dan 12 hidrogen. Kalau sudah diberi bilangan ni masih tak dapat lukis baca semula buku kimia organik. Cari di wikipedia kerana rasa tak puas hati kenapa saya yang merasakan diri ni demam tidak dikategorikan sebagai demam. Patutnya bersyukur ya tak. ISh ish. Rasa sejuk/panas sahaja jumpa doktor. 1 dan 2 Ogos saya ada seminar di PP Sains Kemasyarakatan. Hujan memang agak lebat.

Persoalan 4 : Adakah kerana situasi semasa yang mencetus panik dalam diri seseorang walaupun simptom yang ada tidak berkaitan dengan penyakit yang menular. Akibat hebahan tentang penyakit dan sebagainya. Asyik baca akhbar isu berkaitan. Tingkah laku membaca itu sebenarnya baik atau tidak.

Persoalan 5 : Bagaimana terkena hujan itu boleh mencetus panik, maka cepat-cepat mencari doktor. Tingkah laku itu sebenarnya baik atau tidak. Seseorang terdorong untuk bersikap negatif terhadap dirinya sendiri. Minda menyatakan "saya sakit", maka tubuh merelakan dirinya untuk sakit, maka sakitlah tubuhnya. Jadi, fizikalnya yang sakit atau mindanya yang sakit.

Pada tahun 1948, world health organization (WHO) menyatakan seseorang itu sihat apabila fizikal, mental dan sosialnya sihat secara menyeluruh dan sihat tidak hanya ditakrifkan sebagai tiada penyakit atau gejala.

Tingkahlaku manusia terhadap dirinya sendiri, orang lain merupakan sesuatu yang unik untuk dikaji. Walau apa pun mesti diingat tidak semua perkara itu dapat diselesaikan secara saintifik. Doktor mungkin boleh membantu kita mengubati simptom, tetapi untuk mengubat hati seseorang, makanlah ubat paling mahal di dunia sekalipun sukar sekali.

"Sesunggunya kami jadikan untuk neraka jahanam kebanyakan di antara jin dan manusia, bagi mereka ada jantung hati, (tetapi) tiada mengerti dengan hatinya, dan bagi mereka ada mata, (tetapi) tiada melihat dengan matanya dan bagi mereka ada telinga (tetapi) tiada mendengar dengan telinganya. Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat. Mereka itulah orang-orang yang lengah. " Surah Al-a'raf : ayat 179.

"Hai segala manusia, sungguh telah datang kepadamu pengajaran dari Tuhanmu dan menyembuhkan apa yang dalam dada (hati), lagi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman." Surah Yunus : ayat 57.

"Tidakkah mereka berjalan di muka bumi, supaya mereka mempunyai akal (untuk) memikirkan, atau telinga (untuk) mendengarkan. Sesungguhnya mereka bukankah buta mata, tetapi buta hati yang dalam dada." Surah Al-hajj : ayat 46.

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

4 ulasan:

Sofia berkata...

Mungkin H1N1 ini sebagai suatu ujian dimana kerana kelalaian manusia yg jauh dan semakin jauh dari ISLAM.

Syahidah berkata...

@Sofia

betul tu, tapi bukan hanya H1N1 ni sahaja ujiannya malah pelbagai penyakit berjangkit yang menular sebelum ini, JE dan sebagainya.

Kita yang sedar akan kelalaian ini harus mengajak mereka yang lalai supaya kembali ke jalan benar. Saling kita mengingatkan dan mengulang-ulang walaupun ia peringatan yang sama. Selagi kita sabar dan tetap berjuang mengingatkan sahabat yang lain Insyaallah dalam masa yang sama kita turut mengingatkan diri kita sendiri

PurPleZ berkata...

haha
salwa yg kawan kite
kite x kawan salwa.
hek3
p/s; joking jak bah
yaya.
kite kwn salwa.
tp.. dah wat dh award tu.
huuu
terharu sey
byk giler org bg awrd kat kite
cm xlayak la plak.
hek3
anyway, thanks

syahidah berkata...

@Purplez

sama-sama

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...