Semoga segalanya selamat



Salam, apa khabar kamu yang sedang membaca? Sihat-sihat ya moga hendaknya. Hari ni tepat jam 12.00 malam akan bermulalah perjalanan saya sehingga 23 Ogos ni. Bersempena dengan cuti pertengahan semester ini, saya Insyaallah akan menyertai program di Bangi, Selangor pada 15 dan 16, selepas itu terus pulang ke Pahang. Bertemu abi, umi dan adik-adik. Adik lelaki saya De pun katanya akan pulang bercuti. Kalau tiada aral melintang dapatlah sama-sama berbuka puasa dan menghayati kemulian bulan Ramadhan nanti. Sama-sama kita raikan dan nantikan.

Buat senior dan sahabat-sahabat di USM yang bergraduasi sejak kelmarin hingga Ahad ni saya ucapkan tahniah buat kalian. Moga kalian dapat menjadi insan yang bukan hanya cemerlang dengan skrol yang dimiliki malah lebih baik daripada itu. Hidup bukan hanya untuk cemerlang di dunia. Bukan hanya mahu kaya harta. Bukan hanya mahu kaya kuasa. Ingat! Insyaallah giliran saya akan tiba tahun depan. Doakan saya ya. Moga segalanya selamat. Moga saya tidak menjadi insan yang sombong dengan ilmu.

Saya juga ingin memaklumkan bulan ramadhan nanti saya akan berehat dari menulis di ruang maya (blog) ini. Jom kita lakukan anjakan paradigma! Oh saya bukan mengajak kalian juga menuruti langkah ini. Ini saya bukan kamu. Tak apa. Jom baca blog Abuyon tajuknya tentang Menulis sampai ke syurga. Senang hati sekali apabila baca madah-madah abuyon dalam blognya. Muhasabah ya kawan-kawan dengan apa yang kita tulis. Jumpa lagi jika Allah izinkan moga waktu itu kita lebih baik dari hari ini. Insyaallah. Alfatihah buat Ustaz Asri Rabbani. Lagu "Pergi tak kembali" banyak meninggalkan kesan buat diri saya kerana boleh dikatakan lagu-lagu Nadamurni menusuk jiwa. Saya dan kamu yang sedang membaca pun akan pergi suatu hari nanti dan kita takkan kembali untuk memegang tetikus yang kamu sedang pegang, kita takkan kembali untuk menatap skrin laptop yang kamu sedang pandang, kita takkan kembali untuk menaip papan kekunci , kita takkan kembali untuk membaca http://syahidahmahassan.via.my/. Ya kita takkan kembali. Muhasabah kawan. Muhasabah. Kamu yang sedang membaca dan juga saya sudahkah kita bersedia untuk pergi?

Kamu yang sedang membaca tak perlu tanya kawan sebelah, tak perlu tanya ustaz ustazah, tapi kamu tanyalah diri kamu sendiri.

Sekian, terima kasih.

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

10 ulasan:

[S]itie [B]Um [B]Um berkata...

ct suka sume lagu2 die.. suara sedap.

nahmy berkata...

salam...
semoga berjaya...(saya baru tahu guna google readers ni dan baru tahu camna nak menghantar ulasan).

Faridrashidi.Com berkata...

Salam,

Teruskan berjuang. SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK.

Haf berkata...

selamat berpose syida~~~ rindu ustaz asri, wuuu~~~

syahidah berkata...

@Siti bum bum

saya pun sangat suka, sampai ke hati liriknya

@Nahmy

terima kasih, oh begitu rupanya, saya memang ada akaun goggle, jadi goggle reader, goggle map, goggle search kecuali goggle digunakan sebaiknya

@Farid rashidi

wassalam, selamat menyambut Ramadhan, terima kasih

@Haf

Selamat berpuasa juga Haf, hehe sabar ya bulan puasa ni, urus alumni elok-elok ya, jangan rungsing-rungsing, biasalah manusia hanya tahu mempertikai tapi tak cuba menyelesaikan. sabar. sabar

syahidah berkata...

*kecuali goggle talk, perkhidmatan goggle yang lain saya gunakan.

HaWa berkata...

SalaAm..

Tolong tinggalkan komn di pos CalleRingtone. TQ.

Syahidah berkata...

@Hawa

wassalam, sudah hawa.

arnamee berkata...

Salam syahidah..

erm, salam ramadhan ea.
semoga dapat manfaat dri madrasah ini.


p/s:OUT OFF TOPIC-P/S : autorun memang file yg baik untuk setting bground pendrive, buka cd secara automatik, tapi ada satu virus menggunakan namanya juga - autorun.;)
kena hati2;p

syahidah berkata...

@Aneem

terima kasih aneem.

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...