Mencari

Belum lagi aku meriwayatkan peristiwa hari khamis dan jumaat, haha fikir-fikir riwayat untuk dibaca orang, bah kapal tak hanyut, inikan pula kemarau panjang, untuk tubuh diri mengutip makna di sebalik riwayat. Ukir-ukir pinang Betawi, pinang satu dibelah dua, fikir-fikir badan sendiri, bantal satu kepalanya dua. Apa aku buat hari khamis dan jumaat, banyak membuta daripada celik. Haha. Khamis kuliah pemula satu tengahari, kuliah statistik. Sejam kemudiannya kosong aku tak isi, oh zuhur, tutorial statistik jam tiga nanti. Sejam kemudian kosong lagi, oh asar, jam lima aku belajar berkarya atas kanvas. Berkongsi duit poket dan peralatan. Dicari segera kertas lukisan, warna pensel, akrilik, berus lukisan, oh RM 11 seorang. Aku berkumpulan empat orang. Jimat. Nanti berkarya jua berkumpulan. Seni lukis tidaklah aku tahu, adik bongsuku Jannah pun mungkin lebih baik. Ah apa aku merepek hari ini?

Hmm, sesudah tamat kelas jam tujuh bersegera aku ke masjid. Oh maghrib. Jam 8 malam ke kelas lagi. Brother Kor berbicara soal budaya dan agama bangsa Cina, Buddhisme, Taoisme dan seangkatan dengannya. Terkesannya aku apabila diberitahu 'belajar tentang agama lain ni usah sampai pengetahuan kita tentang agama lain lebih tinggi berbanding agama Islam itu sendiri'. Mencarilah aku dalam proses membentuk jati diri, ada baiknya aku sertai hal-hal luar dari kuliah akademik. Tenangnya berada dalam majlis ilmu. Menyedarkan aku tentang sesuatu. Walaupun majlis bukanlah berkata soal solat contohnya, dengan sendirinya segala-galanya bersangkut-paut. Ah bukankah pada kad pengenalanku tertulis jelas agamaku Islam. Cukup tahukah aku tentang agamaku sendiri. Jika ditanya anak-anak suatu hari nanti, bolehkah aku menjawabnya?

Eh dah keluar topik.

Aku sambung, kata Brother Kor, pakai colok tu bukan dari Buddha tapi dari Taoisme. Buddha agama, Taoisme ni sembah Tuhan Langit..ada suatu hal yang aku musykil, cuma tidak aku punya bukti. Kata Brother Kor asalnya penggunaan colok ialah nak halau nyamuk, sebab dulu-dulu belajar agama bawah pokok. Jadi sah-sahlah nyamuk banyak, halau nak guna asap. Zaman ini, colok diguna untuk menyembah Tuhan supaya dirahmati. Diberitahunya pada kita itu warisan nenek moyang. Penting buat kesihatan dan kekeyaan. Supaya sihat dan banyak wang.

Apa kata sejarah, Buddhime masuk ke negara China sekitar tahun 65 selepas Masihi. Namun waktu itu pengikutnya sedikit. Tahun 290 selepas masihi ramai sekali pengikut di China terutamanya saat rusuhan banyak berlaku. Jadi, pembawaan agama ke dalam negara tersebut yang menentang kezaliman menarik minat penduduk tempatan yang dahagakan ketenangan.

Perayaan Hantu Lapar dalam bulan ke-7 kalendar Cina, menurut kepercayaan masyarakat bangsa Cina, pintu neraka terbuka, semua hantu turun, (boleh tonton drama/filem cina, aku selalu tengok 'gak', banyak cerita tentang hantu-hantu ni)

Hari ni hari sabtu, baru aku mahu beriwayat kisah hari khamis. Terkebelakangnya aku. Aku nak ikut Dayah melawat Qilah di klinik, tapi setakat ni dia di bawah pemerhatian. Di wad biasa. Semalam suhu 39.4 darjah selsius..panas tuuuuu. Semalam, aku, Yana, Ecah dan Dayah dengan sudah menjenguk, sampai ditegur dengan jururawat kenapa berlama-lama di tempat penuh orang sakit. Hihi. Maaf. 'First time' melawat 'member' ditahan lama di wad. Ah dulu Nad tak penuh sehari gara-gara gastrik, sebentar sahaja di wad. Tetapi Qilah ni kalau sakit mukanya tak macam orang sakit..jadi, kelihatan seperti biasa. Hendak menghantar makanan dan barang-barang Qilah..kemudian ada seminar di SK2. Patutnya program mula jam 8.30 pagi. Hihi. Tapi sekarang jam 9.30 pagi, aku masih di bilik menanti hujan teduh. Lebat 'seyh'. Bagaimana aku mahu membonceng JHE Dayah itu.

Dan aku rasa tajuk entri sudah tidak berkaitan dengan apa yang aku tulis sekarang. Oh ya ada lagi satu hal mahu diriwayatkan. Tentang hari jumaat pula iaitu semalam.'Kuang-kuang panjang'.

Semalam kelas aku mula jam 9 pagi, kuliah statistik, kemudian ada ruang kosong sejam. Ada pula kuliah Kimia Fizik. Segera aku balik selepas itu merehatkan diri. Haha. Malam tadi aku dan Dayah pi majlis makan malam di Vistana Hotel. Dapat sekeping sijil, bila pandang sijil ni aku rasa rendah diri tahap optimum, sebab aku kan pelupa. Sah-sah lah tak berapa ingat apa yang aku sudah pelajari. Huhu. Tapi Insyaalah, aku akan cuba lah juga baca semula mana-mana yang tak ingat tu. Sebab tu salin nota.

Huhu. Hujan sudah berhenti ni. Mahu ke klinik lawat Qilah. Petang baru balik sebab seminar habis 5.30 petang. Yuhu. Wassalam.

*Riwayat asal ditulis pada 1 Ogos 2009, ah teruk sekali bahasa aku!

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Ku mohon

Assalamualaikum semua,

Terima kasih kerana sudi menerima aku sebagai sahabat. Ampun maaf andai lenggok bahasa, tutur bicara membuat kau bersedih hati, bermuram durja.

Aku insan lemah sering berbuat salah, lalu terzahir perbuatan yang mungkin padahnya terpaksa kau terima.

Perpisahan pasti berlaku kerana itu ketentuan, moga pertemuan dan perpisahan yang kita telusuri bersama hanya kerana mengharap kebaikan menuju jalan kepada Allah tuhan pencipta alam raya.

Moga sinar Syawal yang bakal tiba tiada lagi sengketa yang merobek hati dan jua perasaan yang membawa barah dendam antara kita.

Moga perjalanan hidupku lebih tenang saat tiada lagi perselisihan. Insyaallah ke Kelantan aku tahun ini.

2.06 petang,
26 Ramadhan 1430 H,
Indah Kembara,
USM Pulau Pinang.

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...